Friday, August 7, 2009

Bilik darjah PrasekoLah

Menurut Rohani Abdullah (2003), ruang dalam bilik darjah prasekolah seharusnya dibahagi kepada pusat pembelajaran tertentu bagi membolehkan;

  • Murid nampak lebih jelas pilihan ruang bai menjalankan aktiviti tertentu. Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf.
  • Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan yang bersesuaian. Contohnya, alat permainan blok disimpan di rak pusat manipulatif.
  • Murid-murid dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka menjalankan aktiviti bebas.
  • Bahan berkaitan yang mudah diambil dan disimpan oleh murid-murid. Ini menggalakkan kemahiran murid-murid bagi menyusun mengikut jenis, bentuk, warna dan sebagainya.

Pusat pembelajaran atau sudut yang perlu ada dalam sebuah bilik darjah prasekolah berdasarkan komponen pembelajaran ialah;

  • Pusat bahasa,
  • Pusat manipulatif,
  • Pusat drama atau main masak-masak.
  • Pusat seni dan kraf,
  • Pusat kognitif (sains dan matematik),
  • Pusat teknologi,
  • Pusat kerohanian dan moral, dan
  • Pusat perbualan awal.
Sekiranya guru mempunyai ruang bilik darjah yang besar, guru boleh menyediakan kesemua pusat tersebut. Jika tidak, memadailah guru menyediakan pusat-pusat yang penting sahaja.

No comments: