Friday, October 30, 2009

laporan AmaLi 3

Pada 4 Ogos 2009, ahli kelas kami telah melaksanakan tugasan amali yang ketiga. Di dalam tugasan amali ketiga ini, kami dikehendaki membuat kajian terhadap perkembangan kemahiran melukis melalui peringkat-peringkat perkembangan seperti membuat contengan, pergerakan corak terkawal, garisan terkawal, bentuk terkawal, bentuk bermakna, benuk simbolik dan lukisan bermakna. Kami juga perlu menjalankan aktiviti mengembangkan kemahiran melukis.

Bagi kemahiran melukis, kemahiran kanak-kank maju mengikut peringkat yang tertentu. Semakin meningkat usia, semakin berkembanglah kemahiran melukis. Pada tahap permulaan melukis, kanak-kanak akan menconteng pada satu buku kertas sahaja. Setelah kanak-kanak bertambah yakin maka contengan akan memenuhi kertas tersebut. Sedikit demi sedikit mereka akan mencuba. Kanak-kanak maju dari satu peringkat ke peringkat seterusnya bergantung kepada kebolehan dan tahap pembelajaran mereka. Sebagai guru, kita boleh membantu dengan menyediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti mereka. Mereka juga perlu diberi peluang untuk mencuba sesuatu perkara yang diingini.

Manakala, bagi perkembangan kemahiran melukis kanak-kanak, koleksi-koleksi lukisan yang dipaparkan bertujuan untuk memahami bagaimana kemahiran melukis kanak-kanak berkembang dari usia 1 ½ tahun hingga 6 tahun. Bagi proses mengembangkan bakat kanak-kanak, mereka perlu banyak mencuba, sediakan bahan yang sesuai, memberi rangsangan, berbincang dan mempamerkan hasil kerja mereka.

Bagi amali kali ini, kumpulan kami telah memilih untuk melakukan aktiviti mewarna dan membuat contengan bebas dalam gambar yang telah dicetak. Kami telah memulakan sesi pengajaran dengan meminta ahli kelas kami yang berlakon sebagai murid prasekolah membaca doa dahulu. Selepas itu kami telah membahagikan kumpulan kepada 3 kumpulan mengikut umur iaitu 4, 5 dan 6 tahun di meja yang berasingan. Tujuannya, kami ingin melihat tahap pencapaian perkembangan motor halus murid-murid yang berbeza umur.

Kami telah menyediakan bahan bercetak iaitu gambar 4 jenis belon yang berlainan bentuk untuk diwarna dan dicontengkan. Sebelum itu, kami telah memberi arahan dan penerangan bagaimana untuk menjalankan aktiviti mewarna tersebut. Kami juga telah menyediakan sekotak pensel warna untuk setiap kumpulan. Kami telah menghadkan masa mewarna dan mebuat contengan selama 15 minit sahaja.

Selepas semuanya selesai, semua hasil lukisan dipersembahkan di hadapan kelas. Hasil kumpulan 4 tahun sangat menarik. Kami mengakhiri kelas dengan membaca doa.

Hasil daripada aktiviti yang telah dijalankan, kami telah membuat refleksi iaitu positifnya; aktiviti contengan sangan menarik, ianya juga dapat melihatkan daya imaginasi kanak-kanak dan mewarna belon sangat baik serta ianya mampu mengembangkan kreativiti kanak-kanak dan. Manakala teguran membina; kami tidak boleh terlalu memberi penekanan untuk kanak-kanak cepat menyiapkan tugasan, bahan jangan terlalu besar atau banyak kerana ini akan menyebabkan kanak-kanak mudah bosan dan malas. Kami juga boleh mengisinya dengan meletakkan huruf atau apa sahaja yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk terus leka dengan tugasan yang diberi.

Secara kesimpulannya, kami telah memahami setiap bahan yang digunakan haruslah kreatif dan mampu menjana tahap perkembangan sesorang kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak berlainan tahap perkembangannya.

No comments: