Tuesday, November 3, 2009

Laporan Amali 4

Bagi tutorial kumpulan keempat ini, mengenai perkembangan motor halus meliputi kemahiran menulis dan melukis. Soalan tutorial yang diberikan ialah menjelaskan perkembangan fizikal di prasekolah meliputi aktiviti fizikal, permainan lasak, dan permainan luar. Manakala soalan amali pula antaranya ialah merancang kandungan program perkembangan fizikal, permainan lasak dan permainan luar, mengajar kanak-kanak mengenai kemahiran motor asas (berjalan, berlari, melompat, bergalop, skiping, memanjat, melempar, menyepak, mengelecek, berguling, menangkap bola, meregang, berpusing, berbuai). Permainan ini lebih kepada kemahiran lokomotor yang melibatkan kanak-kanak untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bagi tugasan amali keempat ini, kumpulan kami telah melakukan aktiviti fizikal yang memerlukan pergerakan otot kasar iaitu berlari, melompat, menangkap dan gallop. Kami hanya menggunakan surat khabar lama sebagai objek untuk kami melakukan permainan ini. Permainan ini dimulakan dengan setiap orang dikehendaki untuk berlari bagi mendapatkan bola surat khabar. Setelah hampir sampai kepada kawasan untuk mendapatkan bola surat khabar tersebut, mereka dikehendaki untuk melompat dan menangkap bola surat khabar yang dibaling oleh salah seorang ahli kumpulan kami. Kemudian apabila bola surat khabar sudah dapat ditangkap, mereka diminta untuk gallop bagi sampai ke garisan penamat.

Permainan ini dimulakan dengan membahagikan kumpulan kepada dua secara sama rata. Pembahagian kumpulan ini bertujuan untuk memudahkan kami yang akan menjadi guru mengawal pergerakkan murid-murid. Kemudian kami memberikan taklimat kepada mereka mengenai cara-cara permainan ini dilaksanakan. Setelah semua faham tentang permainan ini, permainan ini dimulakan. Kami meminta mereka untuk beratur dan melakukan permainan ini secara teratur dan lebih terkawal. Permainan ini dapat dihabiskan secara lancar.

Terdapat pelbagai gelagat dan reaksi rakan-rakan yang dapat dilihat. Antaranya terdapat beberapa daripada mereka yang tidak mendengar arahan untuk melakukan sesuatu pergerakan seperti pergerakan untuk melompat dan gallop. Mereka juga tidak dapat melakukan pergerakkan gallop dan kebanyakkannya hanya berjalan sahaja untuk sampai ke garisan penamat. Namun kami telah meminta mereka untuk melakukan semula perlakuan pergerakkan yang tidak dapat mereka lakukan. Akhirnya semuanya dapat melakukan pergerakkan dengan lancar dan baik.

Kesimpulannya, melalui aktiviti ini kami sekumpulan mendapati bahawa amat pentingnya sebagai seorang guru untuk peka terhadap pergerakkan murid-murid dan mengawal pergerakkan dan perlakuan mereka. Kami juga perlu memberikan arahan secara jelas dan mengambil kira tentang kefahaman murid-murid berdasarkan aras pencapaian mereka. Selain itu, semangat bantu-membantu sesama rakan-rakan amat penting bagi membantu mereka memberikan kata-kata semangat kepada segelintir rakan-rakan yang tidak dapat melakukan aktiviti dengan sempurna.