Sunday, May 2, 2010

Sayang disayang...

Sebagai manusia kita sepatutnya perlu bersyukur diatas segala kurniaan dari Allah S.W.T ke atas diri kita. Segala apa yang dikurniakan-Nya kepada kita itu adalah untuk kebaikan diri kita bukan untuk membebankan diri kita. Percayalah bahawa Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamban-Nya itu. Setiap dugaan dan musibah yang kita tanggung pasti ada hikmah disebaliknya. Kasih sayang adalah satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai kerana setiap manusia yang hidup pasti memerlukan kasih sayang walaupun hanya sedikit. Kasih sayang ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kasih sayang terhadapat Allah S.W.T, kasih sayang terhadapat ibu bapa dan keluarga, kasih sayang terhadap guru-guru dan rakan-rakan serta kasih sayang terhadapat masyarakat sekeliling.

Kita perlu sedar bahawa dalam kehidupan seharian kita pasti ada orang yang menyayangi kita, pasti ada orang yang mengambil berat tentang kita dan pasti ada orang yang inginkan kasih sayang dari kita, tetapi ia berbeza-beza dari segi penyampaian kasih sayang itu. Ada orang yang mempamerkan kasih sayangnya dengan cara meluahkan perasaannya, ada orang yang mempamerkan kasih sayangnya dengan cara mengembirakan orang yang disayangi, ada yang mempamerkan kasih sayangnya melalui kata-kata yang indah diiringi puji-pujian dan ada juga orang yang mempamerkan kasih sayangnya dengan cara tindakan yang mereka dilakukan. Contoh yang paling jelas adalah dengan cara mengambil berat. Semua ini bergantung pada individu itu sendiri kerana setiap manusia diciptakan dengan kelebihan masing-masing untuk mempamerkan kasih sayangnya.

Kita juga perlu sedar bahawa kasih sayang akan hilang sekiranya kita ada niat yang tidak betul dalam diri ini. Inilah yang menjadi menyebab kenapa manusia sering terjerumus dalam lembah kebinasaan kerana kasih sayang yang dipamerkan adalah semata-mata untuk kepentingan diri sendiri saja. Sekiranya kita rasa kasih sayang yang kita berikan untuk tiap-tiap individu itu adalah betul dan diiringi doa tidak ada salahnya jika kita bersungguh-sungguh untuk mempamerkan kasih sayang kita dan jika sebaliknya kita haruslah perbanyakkan zikir dan doa agar hati kita kembali tenang dan supaya kita dapat kembali seperti sediakala. Sebaik-baiknya lakukanlah solat istiqarah untuk mengetahui adakah kasih sayang yang kita berikan itu betul atau tidak. InsyaAllah jika kita berusaha bersungguh-sungguh pasti akan tahu jawapannya.

Kesimpulan yang khairi ingin memperjelaskan lagi apa yang ditulis untuk ruangan kali ini adalah kasih sayang terhadap Maha Pencipta adalah patut diutamakan, yang kedua adalah ibubapa kita dan isteri jika mempunyai isteri serta diikuti para guru-guru kita. Anna menyeru kepada semua pembaca blog ini termasuk juga diri saya marilah kita sama-sama mempamerkan kasih sayang yang berlandaskan syariat Islam, jangan jadikan kasih sayang menjadi penyebab kepada diri kita untuk menyimpan perasaan kecewa dalam diri, jangan jadikan kasih sayang sebagai penyebab kita menjadi seorang yang pemarah, pendendam, dan akhir sekali janganlah kerana kasih sayang kita dibinasakan. Sekiranya kita menyimpan perasaan hampa dan kecewa disebabkan kasih sayang luahkanlah kepada orang-orang yang boleh dipercayai seperti ibubapa dan guru-guru kerana dengan berbuat sedemkian kita akan merasa lega. Perlulah diingat kasih sayang bukanlah untuk mendidik seseorang itu untuk menjadi seorang yang pemurung, seorang yang pemarah, dan seorang yang terpinggir tapi sebaliknya kasih sayang itu adalah untuk mendidik seseorang itu menjadi insan yang mulia disisi Allah S.W.T dan seterusnya cemerlang di dunia dan akhirat.

No comments: