Friday, October 28, 2011

10 Perkara Yahudi TAK NAK kita TAHU!

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!


Friday, October 21, 2011

CINTAKU HANYA UNTUKMU

(Pitca iNi xde keNa mgeNa dgn Tajuk Cerita)


Masihku ingat lagi wajah itu, dia gadis pertama yang berjaya mengetuk pintu hatiku. Sehingga kini aku masih mengingatinya. Lapan tahun telah berlalu. Dia nampak matang dengan gaya dan penampilannya. Berbaju kurung berwarna biru lembut ayu bertudung. Dulu rambutnya terbang bebas kini sudah bertutup. Semuanya sudah berubah namun senyuman dia yang satu itu tidak pernah pudar dari ingatanku.
Lapan tahun lalu, aku telah menyebabkan dia dibuang dari universiti gara-gara cerita yang aku dan Khairul sebarkan. Kami katakan dia bersedudukan dengan tunangnya Faris dan juga menjadi perempuan murahan serta melakukan kerja-kerja yang tidak bermoral di waktu malam. Buktinya kami dapatkan dengan memberi upah kepada pelakon upahan kami untuk memerangkap sekaligus merakam kejadian yang dirancangkan tanpa disedari oleh Qaseh. Ini semua aku lakukukan bagi mengubat luka di hati aku setelah cinta aku tidak berbalas oleh dia. Dia hanya menganggap aku tidak lebih daripada hubungan seorang kawan!
Selama ini, aku sentiasa menjadi jejaka kegilaan ramai perempuan namun dia....gadis pertama yang aku mula mengenalkan aku erti cinta dan hidup telah menolak aku. Egoku tercalar, maruahku seakan dipermainkan ketika melihat rakan-rakanku mengejek aku! Sungguh, waktu itu fikiran aku cetek! Dek kerana rasa marah aku mula merancang menabur fitnah dengan menyebarkan gambar dan cerita palsu di internet dan poster di sekitar universiti. Tapi demi Allah, aku lakukan semua itu hanya sekadar main-main sehinggalah aku mendapat khabar berita bahawa dia dibuang dari universiti atas faktor masalah sosial yang boleh memberi pengaruh yang buruk pada pelajar-pelajar lain. Dia pergi dan menghilang sehingga ke hari ini aku bertemu kembali dengannya. Sudah berkahwinkah dia dengan Faris, tunangnya? Mesti sudah sebab sebelum ni mereka sememangnya menunggu masa untuk berkahwin. Berapa orang agaknya anak dia? Argh...begitu banyak persoalan bermain di fikiran aku sekarang?
Hari ini, dia datang ke pejabatku untuk memohon pekerjaan. Aku yakin dia adalah Qaseh Alia. Ku renung wajahnya dari birai tingkap di bilikku. Qaseh menunggu giliran untuk ditemuduga. Apabila dia mengalihkan pandangannya ke arah bilikku cepat-cepat aku menutup birai tingkap itu. Aku bermain-main dengan pen pilot yang diberikan oleh Qaseh lapan tahun lalu setelah kami selesai menyampaikan tugasan projek kami. Aku menghembuskan nafas kasar.
'Bila lagi aku nak menolong dia. Dulu aku membuat dajal kepadanya!, sekarang aku perlu memberi peluang untuknya. Biarlah dia dah berkahwin pun, sekurang-kurangnya rasa rindu aku pada dia selama lapan tahun ini terubat,' omel aku sendiri, senyum. Lantas aku menghantar pesanan ringkas kepada Lutfi yang merupakan salah seorang penemuduga hari ini agak meluluskan permohonan calon yang bernama Qaseh. Lutfi ada membalas bertanyakan kenapa dan meminta aku bersikap profesional, namun aku membalas nanti akan kuberikan jawapan di atas pertanyaannya itu.
* * *
Cik Qaseh, tunggu jawapan kami. Kami akan memberitahunya tidak lama lagi.” Ujar Lutfi senada. Puan Julia dan Encik Hashim mengangguk-angguk.
Qaseh tersenyum. Dia berdoa moga ada rezekinya bersama AF Holdings. Dia sudah kesempitan wang bagi menampung kehidupannya di bandaraya Kuala Lumpur ini. Tebal rasanya jika masih mengharapkan bantuan Kak Zila yang telah banyak membantunya selama ini. Jika ada rezeki dia, dia tidak akan memilih kerja dan akan bekerja rajin-rajin.
“Terima kasih Encik, Puan.” Ucap Qaseh sebelum bangun meninggalkan bilik menemuduga.
“I suka budak ni. Dia nampak lembut tapi tegas. Penuh keyakinan dalam kata-katanya. What do you think about her, Hashim, Lutfi?” Beritahu Puan Julia sebaik sahaja Qaseh keluar.
“I setuju. Lagipun....Qaseh Alia ni dalam course yang kita ingin isikan kekosongannya.” Ulas Lutfi, bersahaja.
Actually, I ada calon lain tapi kalau you all kata macam tu so what can i do. I setuju. Lagipun she's not bad.” Beritahu Encik Hashim.
“Jadi kira ni kata sebulat suaralah ya. Lutfi, esok you minta Zana call Qaseh beritahu dia diminta datang bekerja minggu depan ya” Puan Julia memberi arahan.
Lutfi mengangguk. Dia tersenyum sendiri. Dalam hati berkata 'Kalau kita tak setuju pun kita kena setuju juga sebab bos besar sudah bagi arahan untuk luluskan dia. Tapi apa hubungan antara Aizam dan Qaseh? Bukan ke selama ni hati Aizam macam batu, keras sahaja dengan perempuan?'
* * *
Di luar bangunan pejabat, Qaseh melangkah laju. Hujan mula turun. Cepat-cepat dia melangkah mencari tempat untuk berteduh. Tiba-tiba dia terasa dia disapa seseorang.
“Qaseh?” Pemuda itu menegur. Qaseh berpaling, cuba diamati wajah lelaki itu. Dia ingat lagi wajah itu. Senyumannya mati. Dia perlu segera pergi dari sini. Setelah hampir lapan tahun, kenapa hari ini dia perlu berjumpa lagi dengan lelaki yang sudah menghancurkan hidupnya dahulu. Cukuplah dia telah kehilangan semua orang yang disayangi.
Lelaki itu mengeluh panjang. Dilap mukanya yang terkena hempias hujan itu dengan sapu tangan yang diambil dari poketnya. Qaseh melihatnya. Dia teringat sesuatu.
‘Sapu tangan tu, aku yang hadiahkan. Kenapa dia masih menyimpannya?’
Dia telah menghadiahkan sapu tangan bercorak bunga tulip itu yang dikaitnya sendiri. Di sapu tangan itu tertulis nama QA yang bermaksud Qaseh Aizam. Sapu tangan itu tanda persahabatan mereka dulu.
“Nur Qaseh Alia, saya tahu awak berpura-pura tidak kenal saya. Saya Ahmad Fidry Aizam. Dulu saya pernah satu kursus dengan awak dan kita pernah bekerjasama siapkan satu projek. Awak dah lupa ke?”
'Alhamdulilah akhirnya sampai juga Kak Zila' kata Qaseh dalam hati sebaik sahaja melihat Myvi putih milik Kak Zila memasuki bangunan AF Holdings itu.
“Qaseh....” Panggil Aizam lagi apabila tiada respon daripada Qaseh sebelum ini.
“Saya...saya takkan lupa apa yang telah dilakukan pada saya lapan tahun dulu. Saya tidak mahu ingat lagi kenangan yang menyakitkan hati itu. Beritahu Qaseh sambil mengatur langkah menuju ke arah kereta Myvi putih itu. Aizam hanya meraup mukanya
‘Kenapalah waktu itu dia begitu bodoh menyakiti hati gadis yang dicintainya hanya kerana cintanya tidak berbalas? Bukankah jika kita menyintai seseorang kita akan membahagiakannya?’ Dia mengeluh kasar. Sesalnya datang bertalu.
* * *
Televisyen di hadapan dipandang sepi. Kisah-kisah lapan tahun dahulu bermain-main di fikirannya....
* *
Woi mak cik, kau dah siapkan report? Prof. Halim call aku tadi nak petang ni'” beritahu Aizam sambil menarik rambut Qaseh yang diikat seperti ekor kuda.
Qaseh mencebikkan bibirnya. Geram dia dengan Aizam tak habis lagi, sudahlah semalam dia tidak datang masa perbincangan tiba-tiba hari ni muncul dengan pertanyaan laporan projek sudah siap atau tidak!
“Amboi Encik Fidry Aizam sayang, sedapnya kau bertanya. Apa kau ingat aku ni kuli kau ke? Semalam kenapa kau tak datang, dating dengan girlfriend mana pulak?!” Perli Qaseh.
Aizam tersengih. Semalam dia keluar bersama Alya. Penat dia melayan Alya shopping. Sungguh, lain kali tidak mahu lagi dia keluar dengan Alya. First and last!
“Kau sayang aku eh? Patutlah, berkali-kali aku tengok handphone aku berkelip-kelip semalam, kalau aku tahu kau yang call masa tu jugak aku terbang cari kau!” Beritahu Aizam.
“Tolonglah, mamat playboy macam kau berada dalam ranking last sekali dalam hidup aku. Tak hingin aku dengan kau, perempuan keliling pinggang. Lepas tu kerja selalu lepas tangan, menyusahkan aku saja!”
'Dalam hati ada taman! Muka kau dah blushinglah sayang!'
“Alah kau ni, jual mahal pulak dengan aku. Aku dah nak habis study dah ni, bila lagi kau nak couple dengan senior yang hot macam aku ni!” Aizam berkata lagi sambil ketawa.
Qaseh menjeling. Kenapalah dia diletakkan sekumpulan dengan Aizam lelaki buaya di universitinya dan keras kepala. Masih dia ingat lagi macam mana dia dibuli pada hari pertama dia dan Aizam serta 2 lagi ahli kumpulan berbincang. Aizam telah menarik kerusinya sehingga dia terjatuh di atas lantai. Selepas itu, dia disuruh menaip semua minit mesyuarat walaupun hanya perbincangan dalam kumpulan sahaja. Pelbagai perkara dilalui bersama Aizam sepanjang semester lepas sehinggalah kejadian dia menyelamatkan Aizam semasa mereka di tapak projek. Dia sempat memegang tangan Aizam sebelum Aizam terjatuh tergelincir menjunam jatuh dari bangunan yang tidak siap itu. Sejak dari itu Aizam tidak pernah membuli dia lagi namun sikap dia yang suka mengusik itu tetap ada. Sehingga semester ini hubungan mereka semakin akrab. Ada mata-mata mengganggap mereka pasangan yang ideal bergandingan namun pada dia dan Aizam mereka hanya sekadar kawan sahaja. Dia sudah mempunyai tunang namun dirahsiakan kepada semuanya walaupun pada Aizam. Padanya, walaupun setiap kali percakapan Aizam terselit perkataan sayang tapi dia tahu Aizam hanya bergurau dan dia juga tidak kisah untuk menyambut gurauan bersahaja Aizam itu.
“Ouch...sakitlah!” Marah Qaseh sebaik sahaja terasa rambutnya ditarik lagi dengan kuat.
Aizam ketawa.
“Siapa suruh kau berangan? Aku dah kat depan kau ni, tak perlulah berangan ingat orang lain depan aku!” selamba Aizam berkata.
“Sengallah kau ni Aizam. Rambut serabut kau ni tak reti nak sikat ke, atau kau tak mampu nak beli sikat sebab duit habis belanja girlfriend?” Perli Qaseh mencari ideal mengenakan Aizam yang tersengih-sengih di hadapannya itu.
Aizam senyum. Rambutnya dilurut perlahan dengan tangannya. Dia memang suka rambutnya berserabut, sytle!
“Ni stylelah Qaseh, kau apa tahu perempuan lambat up to date!”
“Sudahlah kau Zam, aku malas nak layan kau. Aku nak balik. Report aku dah bagi kat Razlan mintak dia submit kat Prof sebelum kau mintak lagi. Harapkan kau memang tak boleh haraplah!” beritahu Qaseh sambil menyandang begnya di bahu.
“Wei takkan merajuk kot? Aku gurau ajelah. Jomlah aku belanja kau makan kat tempat biasa nak?” Pujuk Aizam sambil menghalang jalan Qaseh.
Qaseh menggeleng. “Aku nak balik.”
“Tapikan Qaseh, kalau kau tak nak pun kau mesti nak. Kalau tak aku sebarkan cerita kau bercinta dengan aku kat youtube, biar popular macam cinta Shahir dan Adira!” Tukas Aizam lagi, serius.
Qaseh mendengus geram. Aizam selalu memberi ugutan jika keinginan tidak dituruti. Agaknya semua anak orang kaya macam ini ya? Tapi Faris juga anak orang kaya, namun begitu Faris sangat suka bersikap humble dan tidak suka memaksa. Disebabkan itulah dia jatuh cinta pada lelaki itu. Lelaki yang kaya dengan budi bahasa serta sopan-santun.
“Jom sayang;” ajak Aizam lembut. Qaseh akur. Malas hendak dilayan kerenah Aizam yang kadang-kala agak kebudak-budakan ini.
* *
Jauh termenung dik? Dah sampai kat mana?” Sergah Kak Zila.
Qaseh tersenyum. Dia berpura-pura menguap.
“Mana ada kak. Saya tengok cerita CSI ni.”
Zila tersenyum. Sejak dia mengenali Qaseh, gadis itu cukup perahsia dan bersahaja. Namun dia tahu banyak masalah telah menimpa gadis itu. Dia mengenali gadis itu 5 tahun lalu semasa mengikuti program sukarelawan kebajikan amal bersatu. Di situ hubungan yang terbina tidak berakhir begitu sahaja. Setelah mengetahui perjalanan hidup Qaseh dia bersimpati dan jatuh sayang pada gadis itu lantas dia mengajak untuk tinggal sekali kerana kebetulan dia juga baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat kemalangan jalan raya dan anaknya bersama arwah suaminya menyambung pengajian di luar negara 3 tahun lalu. Sekurang-kurangnya kehadiran Qaseh mengurangkan rasa kesunyian dan kerinduan pada anaknya.
“Alih siaran ya. Hurm...macam mana interview hari ni?” Tanya Zila sebaik sahaja melihat Qaseh yang tidak ingin berkongsi rasa hati bersama.
Qaseh tersenyum menampakkan lesung pipinya itu.
“Alhamdulilah kak, insya-Allah kalau ada rezeki saya adalah tu.” Beritahu Qaseh sambil memegang remote tv.
“Insya-Allah Qaseh, akak doakan ya. Sudah jom makan, nanti sejuk pula lauk nanti,” ajak Zila sambil bangun dari sofa.
“Wah, mimpi apa ni kak? Biasa tapow aje makan, anything special ke?” Usik Qaseh, padahal dia tahu jika Kak Zila balik awal Kak Zila akan rajin masak di dapur. Dia hanya sekadar menolong mana yang patut sahaja.
“Pandailah awak tu. Jom!”
Qaseh menuruti langkah Kak Zila daripada belakang.
* *
Zam, Zam, Zam!!” Panggil Khairul dari jauh dengan membuka seribu langkah untuk segera sampai di hadapan Aizam yang sedang ligat bermain basketball itu.
“Apa hal kau ni, menjerit-jerit? Bini mengamuk ke? Aku tengah practice ni, minggu depan ada match!” Tanya Aizam sambil ketawa diikuti rakan-rakan yang lain.
‘Siot betul kawan aku ni!’ Tukas Khairul dalam hati.
“Binawe kau, bila masa aku ada bini! Ni hal lagi besar untuk kaulah mangkuk!”
“Seriusnya! Aku ingat kau dengan Yana tu dah kahwin. Maklumlah gaya hidup macam orang barat, tak kenal dosa pahala!” Perli Aizam.
Khairul tersengih.
“Setan kau Zam! Kau pun sama je, sejak kenal Qaseh buat-buat baik!” Khairul memerli Aizam semula.
“Ha..ha..ha...straight forward..apa hal kau cari aku ni? Nak join team aku ke?” Aizam bertanya kerana dia tahu Khairul tidak akan mengalah untuk mengenakannya dan dia benci dikaitkan dengan Qaseh!
“Qaseh....Dia kena buang uni, pasal hal yang kita sebarkan tu. Kau ingat tak? Aku kesianlah wei tengok dia merayu jumpa NC tadi. Aku rasa bersalah. Melampau kita buat dia macam ni. Kita mengaku sahajalah Zam,” beritahu Khairul agak berbisik kerana dia bimbing rahsia mereka terbongkar.
“Gila kau! Kalau kita mengaku, silap-silap nanti kita kena buang 24jam! Kau nak ke? Ni dahlah tahun akhir kita, aku tak nak, fullstop!!” Aizam bersuara agak melenting dan lantang. Dia membaling bola keranjang tu ke jaring gol. Dia memberi isyarat kepada rakan-rakan sepasukannya dia ada hal.
“Dah, jom kita pergi minum. Aku belanja, sambil-sambil tu kita boleh fikirkan masalah yang kau ceritakan tadi.” Ajak Aizam bersahaja sambil mengalas begnya.
Khairul menuruti. Sebaik sahaja mereka berdua berpaling, mereka melihat Qaseh berdiri dekat dengan mereka. Rasa di hati berdengup kencang.
‘Qaseh, dia dengar ke apa yang aku dan Zam cakap tadi? Masak aku!’
“Qaseh...” Sebut Khairul.
Qaseh mencebik sinis. Dia terasa tertipu. Seorang yang dianggap sahabat sanggup menganiaya dirinya hanya kerana cintanya ditolak? Sampai hati dia kerana sanggup membuat dirinya dibuang dari uni! ‘You’re loser Aizam!!!’ bentak hati kecilnya. Pada masa ini dia terasa amat kerdil di mata Aizam yang hanya mempamerkan riak wajah selamba. Ikutkan hatinya mahu saja di tumbuk muka Aizam dan tali barutnya Khairul Hafiz.
“Jom Khai. Aku lapar ni!” Ajak Aizam ingin berlalu.
“Puas hati kau buat aku macam ni Zam? Kerana cinta ditolak kau buat hidup aku kononnya orang yang kau kata kau cinta dibuang uni?!!” Lantang Qaseh bersuara menghalang langkahan kaki Aizam.
Khairul tunduk. Rasa kesal kini bersarang di hatinya. Jikalau dia tidak mengikut rancangan Aizam untuk memerangkap Qaseh.
“Apa hal kau ni? Aku tak faham apa kau cakap. Dah jangan ganggu aku, kau sendiri yang mintak hari tu kan!” dalih Aizam, selamba.
“Aku tak kisah aku dibuang dari uni tapi nama aku kau busukkan. Manusia jenis apa kau ni hah? Aku nak kau bersihkan nama aku!”
Aizam tersenyum sinis.
“Kau fikir aku bodoh ke Qaseh, sanggup aku memperjudikan masa depan aku untuk perempuan macam kau? Tolonglah sikit. Pergilah kau. Kaukan dah nak kahwin, nanti minta laki kau tanggung kau study. Opss, tak pun mana-mana Dato sponsor kau! Tak pun, kalau tak ada laki lain nak kat kau aku sanngup kutip kau.”
You’re LOSER!!! Jiwa kau ni sakit, lepas ni mohon taubat daripada Allah SWT. Aku akan pergi, tapi kau ingat suatu hari nanti kau akan menyesal dan menderita kerana sikap kau ini sendiri!” beritahu Qaseh sambil menahan air matanya daripada jatuh. Dia tahu tangisannya akan membuatkan Aizam merasakan kemenangan miliknya.
Aizam menggenggam tangannya. ‘I’m loser?’
Aizam bingkas naik di atas bangku lalu dia menjerit.
“Dengar sini, perempuan tak tahu malu ni datang kat aku untuk minta simpati. Dia marah sebab aku membongkarkan kegiatan malam dia. Korang kalau nak tahu dia ni perempuan sundal tapi berlakon baik depan kita. Kita semua tertipu dengan kebaikan dia. Dia memang cari stok-stok dato atau anak dato. Sekarang, rahsia dah terbongkar pihak uni akan buang dia. Tapi kalau siapa-siapa nak dia, boleh minta free of charge!”
Semua pelajar yang ada di situ berbisik-bisik sesama mereka, bertepu tangan dan ada yang membuat siulan. Aizam tersenyum bangga kerana berjaya memalukan Qaseh. Khairul menarik baju Aizam, dia mahu Aizam segera berlalu. Tidak sampai hati dia melihat Qaseh dipermalukan lagi kerana dia tahu kebenarannya. Aizam menepis kasar.
Qaseh menundukkan mukanya. Terasa ujian Allah kali ini amat memeritkan dirinya. Sudahlah sebelum dia bertemu dengan NC dia dikejutkan dengan panggilan daripada jirannya berita tentang keluarganya yang kemalangan dalam perjalanan pulang dari bandar. Dia harus segera pulang ke Johor.
Qaseh memandang sesekeliling. Terasa dirinya ingin rebah ke muka bumi namun cuba digagahinya. Dia perlu segera ke hospital kerana ahli keluarganya yang kritikal akibat kemalangan antara kereta dan lori.
“Nur Qaseh Alia, bukan susah nak susah, bukan senang nak senang. Aku dah kata sesiapa yang menyakitkan hati aku akan kena balasan yang setimpal! Get lost, aku tak nak tengok muka kau lagi di sini!” bisik Aizam dekat dengan telinga Qaseh sebelum berlalu.
Qaseh tersungkur.
‘Ya Allah, kiranya ini ujian yang diberikan, aku redha.’
“Maafkan kami, Qaseh.” Ucap Khairul sebelum berlalu menuruti Aizam.
Dari jauh Khairul melihat, Iqlima sahabat baik Qaseh membantunya bangun dan berlalu. Sempat juga dia mendengar kata-kata Iqlima memarahi pelajar-pelajar lain dan meminta mereka bersurai. Dia memandang Aizam yang lalu tidak berkalih setelah apa yang yang telah dia lakukan pada Qaseh. Khairul kesal!
‘Kau harus kuat Qaseh, maafkan aku!’ bisik hati kecil Aizam.
* * *
Selamat datang ke AF Holdings, Nur Qaseh Alia. Saya harap kamu dapat bekerja dengan baik dan selesa di sini.” Ucap Puan Julia sambil berjabat tangan dengan Qaseh. Qaseh terasa seperti sentuhan seorang ibu. Rindu datang mencengkam jiwa. Matanya bergenang air mata. Dia rindu pada ibu!
Qaseh tersenyum. “Terima kasih Puan.”
“Alia, welcome to AF Holdings. If you have anything just come to me okay! I masih bujang 3 ya,” seloroh Lutfi. Rakan-rakan pejabat yang lain ketawa. Mereka kenal Lutfi yang suka berjenaka itu.
“Terima kasih Encik Lutfi.” Ucap Qaseh.
“Ehem...Alia jangan formal sangat. Panggil aku Lutfi atau Lut. Pangkat tidak membeza nama dan taraf kita. Di sini semuanya relaks saja.” Terang Lutfi.
Qaseh menggangguk, tersenyum. Dia dibawa oleh Puan Julia dan Lutfi untuk berkenal-kenalan dengan staf-staf di AF Holdings.
* *
Qaseh masih ingat lagi sebulan yang lalu apabila dia berjaya diterima menjadi salah seorang daripada ahli AF Holdings. Namun sehingga ke hari ini dia tidak pernah sempat untuk berkenalan dengan tuan empunya syarikat ini. Puan Julia memberitahu bos tiada kerana ke luar negara bagi menguruskan perniagaan di sana. Di AF Holdings, dia rapat dengan Puan Julia yang senang disapan Kak Ju, Aina, Lutfi dan Shahrul. Biasanya jika waktu lunch dia akan keluar makan bersama-sama mereka. Staf-staf di sini juga baik dan ramah.
Tiba-tiba....
Good morning boss! Lama tak jumpa, staf baru dah nak basi dah!” Sapa Lutfi apabila melihat Tuan Besar AF Holdings masuk ke dalam pejabat. Dia tersenyum, bermakna.
Aizam membalas sapaan Lutfi dengan anggukan sahaja. Dia tidak segera pergi ke arah stafnya tapi terus masuk ke biliknya. Namun sebelum dia masuk ke biliknya..
“Lut, suruh staf baru tu masuk bilik aku!” Arah Aizam lalu memulas tombol pintu biliknya.
“Oit Lut, apa hal bos tu, moody semacam je?” Tanya Shahrul di sebelahnya.
“Entahlah datang period kot!” Lutfi bersahaja berkata. Staf yang lain ketawa.
“Engkaukan kawan dia, sahabatlah orang kata!”
“Aku tak jaga dialah pak cik. Menyibuklah kau ni Shah!” Sangkal Lutfi ingin menamatkan cerita.
Qaseh berpaling melihat kepada rakan sekerja yang sedang ketawa. Dia tidak sempat untuk berkenalan dengan bos syarikat ini.
“Alia, bos nak jumpa kau. Maybe nak berkenalan, manalah tahu boleh isi borang kekosongan,” beritahu Lutfi sambil sempat berseloroh.
“Pandailah awal Lutfi. Buat apalah dia nak jumpa saya?” Rasa risau mula bersarang di hatinya.
“Alah relakslah Alia, bos tu nak test market dengan kau. Fid tu okay aje, single lagi tau!” balas Shahrul pula menambah, sambil ketawa.
“Malas layan awak berdua!” Kata Qaseh bingkas bangun menuju ke bilik bosnya.
Good luck Alia, jangan kau nanti termakan kata-kata dia!” Ucap Lutfi.
Qaseh membaca bismillah sebelum mengetuk pintu bilik bosnya. Apabila dia mendengar suara menyuruhnya masuk dia memulas tombol pintu itu berhati-hati.
“Assalamualaikum tuan.” Ucap Qaseh cuba untuk bertenang. Setelah hampir sebulan bekerja di sini, baru hari ini dia dapat bersua denga bosnya. Dia cuba melihat namun keadaan bosnya yang duduk membelakangi mejanya itu terhalang untuk melihat raut wajah bosnya.
“Sila duduk Cik Nur Qaseh Alia binti Mohd Qushairi.” Beritahu bosnya masih lagi tidak berpaling. Qaseh resah. Dia duduk di kerusi yang disediakan.
“Terima kasih tuan.”
“Seronok bekerja di sini?” Tanya bosnya.
“Seronok tuan, semua staf di sini baik dan peramah.” Cerita Qaseh, ceria.
“Qaseh bahagia sekarang? Kenapa masih belum berkahwin sedangkan awak sudah lama bertunang? Keluarga awak sekarang tinggal di mana?” Tanya bosnya lagi.
Qaseh termangu. Hairan dengan soalan-soalan yang ditanya oleh bosnya.
Qaseh diam. Dia keliru sama ada perlu atau tidak dia menjawab soalan yang berbaur peribadi itu. Hairan apabila memikirkan kenapa bosnya bertanya soalan yang tiada seorang pun di syarikat ini tahu yang dia pernah bertunang dan merancang untuk berkahwin.
“Maafkan saya tuan, tapi soalan-soalan tuan berkisahkan kehidupan peribadi saya. Saya rasa tidak perlulah saya menjawabnya.” Beritahu Qaseh jujur.
Qaseh melihat pen pilot di atas meja bosnya. Dia kenal pen itu. Di hujung pen itu ada tertulis AFA bermaksud......
Bosnya memusingkan kerusinya menghadap Qaseh. Qaseh terkejut.
‘Aizam!’
Aizam berwajah serius. Hampir sebulan dia menyiasat kehidupan Qaseh selama 8 tahun sebelum ini. Dia merasa teramat bersalah. Daripada Iqlima dia memperolehi jawapan tentang persoalan-persoalan yang bermain di mindanya sebaik sahaja melihat resume Qaseh. Setelah puas dia memaksa Iqlima untuk memberitahunya hal sebenar setelah diakui kesalahan dan kesilapannya dahulu. Dia bernasib baik berjumpa dengan Iqlima semasa menjalani urusan perniagaan di Dubai. Iqlima memberitahu, Qaseh telah kehilangan seluruh ahli keluarganya kerana kemalangan jalan raya dan kematian tunangnya yang menghidap kanser otak tahap akhir sebaik sahaja dia dan Khairul membuat onar dalam hidup Qaseh sehingga Qaseh dibuang dari universiti. Bukankah ini bermaksud dia telah menambahkan lagi episod duka dalam hidup Qaseh? Kesal berpanjangan terasa di hatinya. Perasaan bersalah, simpati, sayang, kasih dan cinta bersatu.
‘Aku bersalah Qaseh. Aku berjanji selagi hayatku ada, takkanku biarkan kau menangis lagi!’ Sumpah Aizam dalam hatinya.
Qaseh segera bangun namun dihalang.
“Duduk dulu Qaseh, kita berbincang. Saya tidak mahu wujud ketidakserasian antara saya dengan staf saya. Pada awak Qaseh, saya....saya minta maaf!” Ucap Aizam sayu.
Qaseh senyum, sinis.
“Ucapan maaf kau takkan mengembalikan warna dalam kehidupan aku yang kelam ini! Aku benci kau. Aku benci tengok muka kau! Aku nak berhenti kerja. Aku tidak mahu bekerja dengan orang yang telah memusnahkan masa depan aku!” Beritahu Qaseh, tegas.
Cool Zam, kau mampu kawal keadaan!’
Aizam tersenyum. ‘Api perlu dilawan dengan air.’
“Saya tidak menghalang tapi sanggup ke awak menumpang di rumah Kak Zila dengan percuma lagi? Hutang bank ayah awak bila awak nak selesaikan? Takkan awak nak biarkan Kak Zila menanggung bebanan hutang tu lagi? Dia bukan sesiapa pun dengan awak. Dia juga ada anak yang sedang belajar di luar negara yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Qaseh, awak boleh terus bekerja di sini, saya tidak akan mengganggu awak jika awak menyatakan saya ni mengganggu hidup awak. Saya tahu silap saya pada awak Qaseh. 8 tahun lalu saya bodoh, degil dan terlalu bersikap kebudak-budakan. Sekarang bagilah peluang kepada saya untuk memperbaiki kembali.”
Qaseh mengeluh. Sudah banyak rahsia dirinya diketahui oleh Aizam. Dia tidak tahu dari mana Aizam mengetahui cerita mengenai kehidupannya. Iqlima sahaja yang tahu kisah hidupnya 8 tahun ini. Tapi Iqlima sekarang berada di Dubai mengikut suaminya bekerja di sana. Namun yang dia pasti, Aizam lelaki yang akan buat apa yang diinginkannya. Dia akan mencapai dan mendapatkan apa sahaja yang diingininya walau sesusah manapun. Qaseh perlu berfikiran rasional. Jika dia berhenti sekarang dia akan membebankan Kak Zila sekali lagi dan dia tidak mahu itu berlaku. Kesian kepada kakak yang dianggap seperti kakaknya sendiri itu.
‘Baik aku terus sahaja bekerja di sini. Lepas aku dapat kerja kat tempat lain aku berhentilah.’ Bisik hati kecil Qaseh.
“Qaseh, kerja sahaja di sini. Saya janji saya takkan ganggu awak. Be a profesional. Kita bekerja as a team. Hal kita kita ignore just for company. Lain-lain, saya tak akan ganggu awak. Only for work!” Tekan Aizam separuh memujuk. Baginya peluang dia untuk berbaik kembali dengan Qaseh terbuka luas jika Qaseh terus bekerja di sini. Baginya, jika dia gagal untuk mendapatkan hati Qaseh sekurang-kurangnya biarlah dia mendapatkan kemaafan Qaseh di atas kesilapannya yang lalu.
“Saya keluar dulu Tuan!” Beritahu Qaseh terus berlalu.
Aizam ingin menghalang, namun difikirkan dia perlu memberi masa dan ruang untuk Qaseh berfikir sebaiknya.
Sebaik sahaja sampai di tempat duduknya, Shahrul dan Lutfi berkunjung.
“So macam mana Cik Alia, pertama kali bertemu dengan big boss kita? Jatuh cinta pandang pertama tak?” Tanya Lutfi separuh mengusik.
“Alia, hensemkan bos kita? Beruntung siapa dapat dia. Muda-muda lagi dah kaya, workholic. Tak macam 2 orang ni suka sangat bersidai kalau tak ada kerja!” Tanya Aina separuh memerli Shahrul dan Lutfi.
“Oi Cik Aina, kau janganlah nak mengata kami berdua. Nanti lunch hour kau makan seorang!” Balas Shahrul, ketawa.
“Eleh, ingat kau 2 orang je yang kerja di sini? Ramai lagi staf lain aku boleh pergi makan tau!” Bidas Aina.
Qaseh tersenyum. Rasa gundah di hatinya reda sedikit apabila melihat rakan-rakannya bergurau.
“Ehem..ehem...” Aizam berdehem dari belakang.
Secara automatik semua stafnya berpaling ke arahnya dan memberikan tunduk hormat kecuali Qaseh yang masih kaku di tempatnya.
“Aina, Lutfi dan Kak Julia, masuk bila saya. Bawakan sekali report site yang di Johor.” Beritahu Aizam lalu berlalu ke arah biliknya.
“Hah tu Aina, boyfriend kau dah panggil kau dengan 2 orang saksi ajak kahwin!” gurau Shahrul memerli Aina.
Aina mencebik. Dia, Lutfi dan Kak Julia bergerak ke bilik bosnya. Qaseh memandang sepi komputer di depannya. Kisah lama bermain di fikirannya.
* *
Qaseh, aku ada sesuatu nak bagi kat kau” ucap Aizam pada suatu petang semasa mereka berdua selesai berbincang tentang projek baru semester ini di tasik. Ahli kumpulan mereka dah lama balik.
“Aku pun Zam. Tapi kau cakap dululah” beritahu Qaseh.
“Qaseh ambil ni.” Aizam menghulurkan sekeping kada berwarna merah.
Qaseh mengerutkan dahinya.
Mimpi apa mamat ni tiba-tiab bagi kad kat aku ni?’
Apa ni Zam?”Tanya Qaseh.
Bukalah. Nanti kau faham sendiri.” Beritahu Aizam sambil tersenyum.
Perlahan-lahan Qaseh membuka kad itu.
Try Guna Handphone Anda :)
1. Pergi ke "write msg"
2. Tukar "abc" ke "abc yg brgaris" atau "english" & aktifkn kamus english.
3. Tutup skrin hp guna tangan & tekan 4156831968 263 4164771968
4. Sekarang buka tangan! >_<
#ngeeee~ ♥’
Zam, apa sengal sangat kau ni nak bukak handphone pulak ni?!” Marah Qaseh kerana disangkanya Aizam mempermainkan dia macam selalu.
Buatlah Qaseh, nanti kau tahu jawapannya. Cepatlah!” Gesa Aizam masih lagi berahsia.
Qaseh mengeluh. Ikutkan hatinya malas dia hendak melayan kerenah kawannya itu, dia lagi tidak sabar ingin memberitahu Aizam bahawa majlis perkahwinan dia dan Faris akan dipercepatkan 2 bulan lebih awal kerana Faris baru sahaja diberikan tawaran melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di UK. Oleh itu, Faris ingin hubungan mereka dimeterai secepat yang mungkin sebelum dia berangkat ke sana. Qaseh menekan handphonenya mengikut arahan kad itu. Setelah selesai, Qaseh kelu untuk bersuara.

I.love.u.i.miss.u’

Aizam sukakan aku?’ ‘Tak mungkin!’
Aizam tersenyum. Dipegangnya tangan Qaseh. Cepat-cepat Qaseh meleraikannya. Dia resah. Inilah padahnya apabila merahsiakan status dirinya. Faris pernah berpesan kepadanya supaya berterus-terang kerana Faris memberitahu lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan. Pasti akan ada yang tersasar jatuh CINTA!!
Qaseh, aku dah mula sukakan kau. Aku suka mata kau, aku suka senyuman kau, aku suka rambut kau, aku suka semuanya. Tapi yang paling penting, aku mula jatuh cinta pada kau kerana kau yang banyak memberi aku kesedaran tentang erti hidup ini. Aku nak kau jadi teman aku sehingga ke syurga.” Beritahu Aizam, syahdu.
Qaseh menggelengkan kepalanya, dia mengeluh. Aizam mengerutkan dahinya, tanda tidak faham dengan tingkah Qaseh kerana selama ini dia menyangkakan hubungan rapat mereka memberi satu makna untuk mengenali dengan lebih dekat lagi.
Zam, aku hargai perasaan kau kat aku. Tapi aku betul-betul minta maaf. Aku dah bertunang Zam dengan Faris. Dia bekas student di sini juga. Dia dah grad last year. Kami akan berkahwin tak lama lagi Zam!” jelas Qaseh, menolak.
Aizam tunduk kesal! Dia ada mendengar berita ini yang kononnya Qaseh dikatakan bercinta dengan Faris Ikram anak Dato Fakhrul Razif sejak first year dia di sini lagi. Namun dinafikan cerita itu, kerana selama mereka berkawan hampir setahun ini tidak pernah sekalipun Qaseh mengeluarkan atau menyebut nama Faris. Oleh itu dia hanya menyangka itu semua hanyalah berita yang lalu ditiup angin.
Kenapa kau tak berterus-terang dengan aku tentang hubungan kau dengan Faris? Kau nak mainkan perasaan akukan Qaseh? Qaseh, please, aku sayangkan kau lebih daripada Faris sayangkan kau! Aku boleh terima kau seadanya. Kau tinggalkan dia. Aku akan bagi kau lebih dari apa yang dia bagi pada kau!” bentak Aizam tiba-tiba.
Qaseh tersentak. Dirasakan nafas Aizam kejap kejap naik dan turun seakan sedang menahan marah. Handphone di dalam poketnya bergetar. Tadi dia menukar ke silent mode kerana Aizam memang tidak suka diganggu apabila membuat perbincangan. Dia yakin Faris menelefonnya untuk bertanyakan sudah siap atau tidak perbincangan projek mereka kerana Faris datang menjemputnya untuk dibawa ke butik untuk mencuba baju pengantin.
Aizam, aku minta maaf. Aku tak sangka kau akan suka kat aku. Sungguh, aku cuma anggap kau kawan baik saja tak lebih daripada itu.” Beritahu Qaseh, jujur penuh ketegasan.
Aizam merasakan dirinya seperti hilang pertimbangan.
Aku tahu hanya ada satu cara sahaja untuk kau terima aku Qaseh!” Beritahu Aizam sambil tersenyum penuh kejahatan.
Qaseh dapat merasakan sesuatu bakal berlaku.
Tiba-tiba Aizam memegang lengan Qaseh. Di heretnya ke tepi pokok yang besar. Di lepaskan Qaseh ke arah pokok tersebut.
Kalau aku tak dapat kau, orang lain takkan dapat kau. Lepas ni aku nak tengok macam mana tunang kau nak terima kau lagi atau tak?!” beritahu Aizam sambil ketawa. Dia membuka tali pinggang di seluarnya. Dilonggarkan butang baju kemeja yang dipakainya. Niatnya jelas memesong daripada tujuan asalnya. Hatinya terasa amat kelam sebaik sahaja diberitahu kasihnya ditolak. Mungkin inilah rasanya apabila gadis-gadis lain yang dipermainkan dan ditolaknya dulu.
Arghhh...dia perlu jadi milik aku!’ Walaupun rasa kesian menguasai diri namun keegoaan dan desakan nafsu lebih menguasai fikirannya. Seorang lagi anak Adam akan tertewas dengan bisikan syaitan.
Aizam memegang kuat tangan Qaseh. Dia mencium muka itu dengan rakus. Qaseh cuba untuk menjerit dan melepaskan dirinya, namun pipinya pula ditampar dengan kuat oleh Aizam. Dia semakin lemah. Rontaannya tidak sekuat tadi. Di hatinya hanya memohon semoga dia diberi kesempatan membebaskan diri daripada nafsu syaitan lelaki di hadapannya itu.
Qaseh sempat merayu pada Aizam agar dirinya dilepaskan dan dia akan berfikir semula tentang perasaan Aizam kepadanya namun ditolak oleh Aizam. Qaseh menangis. Dia cuba meminta tolong dan melawan Aizam yang semakin mengganas itu. Kekesalan mula menghimpit diri. Tiba-tiba..
Dush! Sebatang kayu terkena bahu Aizam. Dalam separa sedar Qaseh melihat tunangnya, Faris memukul Aizam dan Aizam tidak sempat membalasnya. Faris menutup tubuhnya yang separuh terdedah dengan sweaternya. Dipangku dia terus ke kereta. Aizam dibiarkan terkulai begitu sahaja.
Di dalam kereta Qaseh menangis sepuas hatinya. Dia mengucap syukur, mahkota wanitanya tidak sempat diragut oleh Aizam. Dia memandang Faris. Faris tersenyum, lantas dilapnya air mata Qaseh. Faris bersyukur kerana Allah gerakkan hatinya untuk datang melihat kawasan tasik sambil mencarinya setelah puas menelefon tetapi tidak diangkat oleh tunangnya. Semasa berjalan, dia terdengar suara perempuan menjerit dan suara lelaki ketawa. Dia cuba untuk membantu dengan membawa kayu yang dijumpai di kawasan berhampiran. Alangkah terkejutnya, suara perempuan itu milik tunangnya dan lelaki itu merupakan anak kepada salah seorang rakan perniagaan papanya serta merupakan juniornya dahulu di universiti. Dibelasahnya Aizam sekuat hati. Jika bukan Qaseh mangsanya, dia tetap akan membantu. Faris mengusap-usap rambut Qaseh.
Qaseh sabar ya. Faris ada di sini. Faris akan sentiasa bersama Qaseh sehingga ke hujung nafas terakhir Faris.” Bisik Faris perlahan.
Qaseh menggangguk. “Terima kasih Faris, Qaseh tak tahu apa akan terjadi pada Qaseh jika Faris tidak datang tepat pada masanya.”
Faris segera meletakkan jari telunjuknya di bibir Qaseh.
Shhh... Jangan cakap macam tu sayang, insya-Allah pasti ada hikmahnya kenapa Allah memberi kita ujian seperti ini. Sudahlah jangan bersedih. Kita balik tukar baju kemudian ke butik seterusnya pergi makan seafood ya?” Pujuk Faris, senyum.
Qaseh menggeleng. “Sorry Faris, not in mood. Feeling very bad now. Maybe next time kita pergi butik cuba baju ya. Maaf okay sayang.”
Faris menggangguk, faham.
Okey sayang. Sekarang Faris hantar sayang balik rumah terus ya. Nanti apa-apa beritahu Faris. Faris cuti seminggu. Tak berapa sihat selalu sakit kepala, papa bagi cuti suruh berehat dan uruskan hal kahwin kita.” Beritahu Faris, cuba berseloroh untuk menghiburkan hati tunangnya.
Qaseh menggangguk. Dia diam sambil berfikir tergamaknya Aizam melakukan hal demikian kepadanya. Dia berfikir pelbagai kemungkinan jika ianya terjadi. Ya Allah!!
Qaseh...” Panggil Faris perlahan.
Ehem....” Sahut Qaseh.
Tak nak buat report ke tentang hal tadi? Biar dia diberi hukuman.”
Qaseh diam lagi. Lama dia berfikir. Faris lebih senang memerhati.
Biarkanlah ianya menjadi cerita antara kita sahaja. Qaseh tak nak merosakkan masa depan dia. Lagipun tak lama lagi dia akan tamat pengajian. Mungkin lepas ini dia takkan ganggu Qaseh lagi, Faris.”
Okeylah kalau Qaseh kata macam tu Faris ikut sahaja. Jangan risau kerana Faris akan sentiasa jadi hero Qaseh dalam suka mahupun duka!”
Qaseh tersenyum. Kata-kata Faris menyenangkan hatinya. Dia perlu melupakan peristiwa tadi walaupun dia yakin bayangannya tetap akan menghantui hidupnya kelak.
Qaseh, kau harus kuat!’
Kereta BMW yang dipandu Faris meluncur laju di jalan raya.
Aizam yang kesakitan dipukul oleh Faris menyandarkan badannya di pokok di tempat dia menolak Qaseh tadi. Digenggam rumput. Dia bersumpah akan menghancurkan hidup Qaseh! Akan dia pastikan Qaseh akan berambus keluar dari universiti!
* *
Qaseh mengeluh. Bayangan semalam menjelma kembali. Susah payah dia cuba melupakan episod duka dalam hidupnya. Kini bayangan itu muncul kembali. Dia tidak tahu masih kuatkah lagi dirinya untuk bertahan tanpa keluarga yang tecinta dan tunangnya yang tersayang yang sentiasa ada bersamanya dahulu dalam susah dan senang. Terasa rindu datang. Dihadiahkan al-fatihah kepada arwah ibu, abah, adik dan tunangnya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh hendaknya. Amin.
Qaseh memerhati sekeliling. Lama dia termenung. Kelibatan Aizam sudah lama menghilang. Dia merenung fail di atas mejanya. Ada report yang perlu disiapkannya hari ini. Encik Hamdan inginkan report itu diberi kepadanya pagi-pagi lagi.
‘Orang tua ni dahlah suka bagi kerja last minute, lepas tu nak cepat-cepat pulak. Ingat aku ni kuli dia ke? Aku bukan setiausaha dia!’ Rungut Qaseh dalam hati namun tangannya ligat menekan keyboard komputernya menaip report yang perlu disiapkan itu.
* * *
Aizam bermain-main pen pilot. Kepalanya melayang entah ke mana. Dia tersenyum. Aizam membuka laci mejanya. Dikeluarkan frame gambar yang mengandungi gambar dia bersama Qaseh 8 tahun lalu ketika mandi di Ulu Yam, Selangor. Gambar candid ini diambil oleh Khairul secara tiba-tiba. Kemudian dicucinya lalu dihadiahkan kepadanya. Kata Khai untuk kenang-kenangan. Sedar tak sedar sudah hampir setahun Qaseh bekerja di syarikatnya. Namun mereka masih seperti dulu. Hanya bersuara bila perlu sahaja. Kalau keluar makan bersama rakan-rakan pejabat, mereka lebih suka mendengar dan diam.
“Qaseh, andai kasih kau dapat diberikan kepadaku!”
‘Tok..tok...tok...’ Bunyi pintu biliknya diketuk.
Aizam membetulkan kedudukannya. Cepat-cepat di menyimpan frame gambar itu ke dalam laci. Dipegangnya pen pilot itu kembali.
“Masuk!”
Aizam melihat Qaseh berjalan masuk ke biliknya.
‘Apa mimpi tiba-tiba datang bilik aku ni, nak serang aku lagi ke?’
“Ya Qaseh, ada apa?” Tanya Aizam berlagak formal.
“Aizam, aku nak kau hentikan perbuatan kau yang berlakon baik tu dengan aku! Apa tujuan kau hah?!” Serang Qaseh agak tinggi bersuara.
Aizam terkesima. Dia terkejut. ‘Kenapa dengan Qaseh ni?’
“Qaseh, saya tak faham. Apa maksud awak?” Tanya Aizam, tenang.
Qaseh benci ketenangan yang dipamerkan oleh Aizam sejak mereka bertemu. Setiap kemarahan dan kebenciannya diluahkan, Aizam hanya membalas dengan senyuman dan ketenangan. Berubah benar Aizam sekarang, jika dulu mati-mati dia akan menghentam sesiapa yang menghentamnya.
“Sudahlah Aizam, kau tak payah berpura-pura tidak faham! Kenapa kau tolong aku? Kenapa kau tolong langsaikan hutang bank arwah abah aku? Kenapa kau tebus kembali rumah dan kereta keluarga aku? Kenapa kau bantu Kak Zila dengan memberi biasiswa kepada anaknya yang belajar di luar negara? Kenapa? Kenapa, kau buat semua tu Zam?!” Tanya Qaseh, lantang.
Aizam tenang. Dia masih bermain dengan pen pilot kesayangan itu. Qaseh yang melihat situasi itu merasakan menyampah dan ingin menjerit. Lantas dirampasnya pen di tangan Aizam lalu dipatahkan menjadi dua dan dibuangnya ke dalam tong sampah. Dia bencikan kenangan. Dia bencikan lelaki di hadapannya. Dia bencikan dirinya kerana membiarkan dia hidup dalam kenangan dan dendam selama 8 tahun ini.
Aizam terkejut. Jelas terpancar di wajahnya yang berkerut dengan tindakan Qaseh itu. Sayu rasa hatinya melihat pen itu dirosakkan oleh orang yang menghadiahkannya. Dia bangun menghampiri Qaseh. Dia memandang tepat ke arah mata Qaseh. Dilihatnya mata yang berwarna hazel itu mencerita sepenuhnya kisah duka yang dilaluinya. Air mata dilihatnya bergenang. Tangannya ingin menahan air mata itu mengalir namun ditepis kasar oleh Qaseh.
Qaseh jadi takut. Dia takut peristiwa lama berlaku. Dia tidak akan teragak-agak untuk menjerit kiranya Aizam cuba bertindak di luar batasannya. Kali ini dia akan bertindak lebih tegas.
“Qaseh, aku minta maaf! Dulu aku tahu aku jahat, nakal dan selalu membuatkan hidup kau susah. Tapi masa dan usia telah mematangkan aku Qaseh. Aku ingin tebus kembali kesilapan aku dulu. Kalau kau tak dapat terima aku dan maafkan aku sekurang-kurangnya jangan menolak bantuan aku. Anggaplah ini harga yang perlu kubayar untuk apa yang telah aku lakukan dulu. Beri aku peluang Qaseh, menggantikan tempat arwah Faris di sisi kau. Kalaupun aku tidak sebaik arwah tetapi akan selalu cuba untuk membahagiakan kau kerana cintaku hanya untukmu, Qaseh!” Jelas Aizam tersekat-sekat menahan rasa hati.
Qaseh senyum sinis. Baginya cinta di hatinya mati di hari kematian Faris. Arwah Faris telah membawa cintanya sekali pergi untuk selama-lamanya. Dia juga tidak akan menyintai lelaki yang telah menghancurkan masa depannya dahulu. Lama juga dia perlu masa untuk bangkit berdiri seperti sekarang. Oleh itu, tidak akan sesekali dibiarkan dirinya dipijak lagi untuk ke sekian kali. Itu tekadnya!
“Layak ke orang macam kau mendapat cinta? Orang yang tidak pernah kenal erti cinta mahupun memahami perasaan orang lain, yang ada dalam hati kau hanya keegoaan dan kerakusan kau! Kau tak layak. Manusia macam kau tak layak menerima cinta aku ataupun mana-mana perempuan. Hidup kau penuh dengan dusta dan noda!”
Aizam tunduk. Sukar untuk dijelaskan perasaannya kini. ‘Hina sangatkah aku? Ya Allah, mungkin inilah balasan yang kau berikan kepadaku?’
“Qaseh....andainya aku tidak layak untuk kau, aku faham. Namun jangan kau tolak pertolongan aku. Aku ikhlas Qaseh.” Beritahu Aizam.
Qaseh mencebik.
“Aku tak perlukan pertolongan kau! Aku mampu uruskan diri aku sendiri!” Qaseh meninggikan suaranya.
“Sabar Qaseh, ni di office. Nanti staf-staf dengar apa pulak kata mereka.” Aizam cuba untuk menenangkan Qaseh.
“Tahu pulak kau malu ya? Aku ingatkan kau memang tak tahu malu. Kau malu ke bila staf-staf kau tahu perangai kau yang sebenarnya? Perangai yang macam malaikat ni sebenarnya lebih teruk daripada setan!”Perli Qaseh.
Aizam mengucap dalam hatinya. Dia cuba untuk bersabar. Dia tahu dan sedar kesabarannya semakin menipis. Kalau diikutkan rasa amarahnya, mahu sahaja dia menghalau dan menghentikan wanita di hadapannya 24jam!
Aizam mengeluh panjang. Dia cuba untuk bertenang.
“Qaseh, awak dah habiskan? Boleh keluar tak? Ni office. Nanti kita sambung balik ya. Saya perlu baca report ni sebelum membentangkannya petang ni, please Qaseh.” Pujuk Aizam, lembut.
Qaseh mengalah. Dia teremosi. Terbawa-bawa hingga ke pejabat walhal sudah berkali-kali diingatkan kepada dirinya agar bersikap profesional apabila berada di pejabat dan bertemu dengan Aizam.
“Maafkan saya. Saya keluar dulu!” Kata Qaseh lalu berlalu ingin keluar.
Sebelum Qaseh keluar, Aizam sempat berkata
“Qaseh, jangan lupa makan lunch nanti. Saya dah pesan dekat Zana supaya belikan awak makanan kegemaran awak macam biasa. Tak perlu workholic. Saya tak suka orang kata saya ni bos yang suka mendera pekerjanya.” Beritahu Aizam selamba sambil menutup mukanya dengan fail report.
Qaseh mendengus geram. Sudah berkali-kali dia memberi amaran kepada Aizam agar menghentikan kerja gilanya dengan menyediakan breakfast dan lunch serta menghantar bunga kepadanya setiapa hari dengan menyelit kad kecil bertuliskan ‘i’m sorry’ kepadanya. Aizam pula seakan tahu dia keluar atau tidak makan walaupun dia tiada di pejabat. ‘Memang kaki spy betullah mamat ni!’ Qaseh melangkah keluar dari bilik Aizam.
Di dalam bilik Aizam tersenyum. Mujur ada Lutfi yang sanggup bekerjasama dengannya. Jadi semua hal Qaseh di pejabat akan diketahuinya walaupun keluar outstation.
Dia bangun dari kerusinya. Diselongkarnya bakul sampah. Dicarinya pen pilot yang dicampak Qaseh tadi. Diambil pen itu dan diletakkan di atas mejanya. Pen itu sudah terpatah dua. Namun masih boleh digunakan dengan dakwatnya. Diletakkan pen itu di dalam bekas pen.
‘Hati perempuan macam kerak nasi. Sekeras-keras kerak nasi pun, pasti akan lembut juga bila direndam lama-lama dengan air.’ Bisik hati kecilnya.
* * *
Dato Aizat dan Datin Amalin duduk berbual-bual di lonteng rumah mereka sambil menikmati minuman petang yang dibawakan oleh orang gaji mereka. Kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke laman rumah. Dijenguk Datin Amalin ke laman rumah, kereta Lamborghini Gallardo milik anak tunggal mereka Aizam masuk. Sudah lama anak bujang mereka tidak pulang ke rumah. Aizam memilih untuk tinggal bersendiri di kondonya di Sri Hartamas. Katanya ingin berdikari. Hanya seminggu sekali anaknya akan pulang ke rumah. Hanya papanya Dato’ Aizat yang selalu berjumpa dengan anaknya atas urusan syarikat. Walaupun telah menyerahkan syarikat AF Holdings kepas Aizam namun sesekali Dato’ Aizat akan turun ke padang membuat sport check katanya! Dato’ Aizat tersenyum memandang anak bujang itu masuk ke arah lonteng tempat dia dan isterinya berehat.
“Mama, papa!” Sapa Aizam lalu menyalami dan mencium kedua-dua ibu bapanya. Rasa rindu di hati membuatkan di balik ke rumah walaupun dia tahu banyak lagi kerja yang perlu di selesaikan dan ditambah lagi hal dia dengan Qaseh yang masih tiada titik noktahnya.
“Hai, baru nak ingat balik rumah? Ni dah 2 minggu tak balik merayap ke mana?” Perli mamanya. Aizam tersenyum.
“Alah mama ni, Fid busy sikit. Kat office tu banyak kerja. Papalah pencen cepat sangat. Dah sibuk Fid ni Ma.” Pujuk Aizam, lembut.
Datin Amalin memandang suaminya. Dato’ Aizat sekadar menjungkitkan bahunya. Dia malas hendak masuk campur hal isteri dan anaknya.
“Fid, awak dah masuk 32 tahun tau. Bila nak bagi mama menantu dan cucu Fid? Mama bukan ada anak ramai Fid. Fid seorang saja buah hati mama. Fid dah ada calon belum? Kalau belum mama carikan ya?”
Aizam menggelengkan kepalanya. Inilah sebab kenapa dia jarang nak balik ke rumah. Mamanya selalu bertanya hal yang sama iaitu bila dia mahu kahwin?!
“Ma...relakslah dulu. Fid muda lagi. Fid nak bina kerjaya dulu baru kahwin. Okey Ma?” Pujuk Aizam sambil melihat ke arah papanya meminta pertolongan untuk melepaskan diri.
“Banyaklah kau punya muda Fid! Anak orang lain seusia kau anak dah nak masuk 3 tahu tak? Kalau kau tak nak cari calon mama carikan! Tamat!”Mamanya sudah meninggikan suaranya. Dia tidak berpuas hati dengan sikap acuh tak acuh Aizam tentang perkahwinan. Memang menjadi impian setiap ibu untuk melihat anaknya ke jinjang pelamin dan itu yang ingin dilakukannya sebelum dia menutup mata.
“Sudahlah mamanya. Fid penat tu. Nanti-nantilah bincang. Dahlah Fid, pergi masuk mandi solat. Nanti kita berjemaah bersama-sama maghrib dan isyak.” Arah Papanya meleraikan persengketaan. Aizam mengenyitkan mata ke arah papanya menandakan isyarat terima kasih.
“Fid masuk dulu ya Ma, Pa. Oh ya, nanti lepas dinner Fid kena balik office balik. Esok ada meeting dengan Tan Sri Jafri nak bincang tentang projek di Ulu Tiram tu Pa.” Beritahu Aizam hormat lalu masuk ke dalam rumah. Dia tidak betah tinggal lama di rumahnya. Takut dibebel lagi dengan mamanya.
Datin Amalin melihat suaminya. Suaminya sentiasa menangkan Fidry sejak dari kecil lagi.
“Abang ni setiap kali saya nak berbincang dengan Fidry mesti abang menyibuk cari alasan nak elakkan dia. Tak suka tahu tak?!”
“Awak ni, dah budak tu tak sedia lagi nak kahwin buat apa dipaksanya. Nantikan lagi dipaksa lagi lain pula yang berlaku. Lagipun saya tahu dia dah ada pilihan dia sendiri. Tapi saya nak dia yang beritahu kat kita” jelas Dato’ Aizat.
Muka Datin Amalin ceria apabila mendengar cerita yang Fidry sudah mempunyai pilihan hati.
“Siapa bang, kita kenal ke dia?” Tanya Datin Amalin tidak sabar.
Suaminya ketawa kecil. Dia banyak mendapat maklumat daripada Lutfi yang memberitahu Aizam seakan-akan meminati perkerja baru mereka yang bernama Alia. Dia sendiri pernah berjumpa dengan Alia. Ramah budak tu, lembut berbahasa sesuai jika berdampingan dengan Fidry.
“Staf dia juga. Lutfi yang beritahu pada saya. Saya dah jumpa budaknya. Cantik budak tu. Baik, sopan dan lemah-lembut macam awak masa dulu-dulu. Dia anak yatim piatu.” Beritahu Dato’ Aizat lagi.
Datin Amalin tersenyum lebar. Dia yakin pilihan anaknya itu betul. Dia tidak kisah siapa pun menantunya asalkan gadis itu dapat membahagiakan Fidry.
“Saya rasa tak sabar nak jumpa dengan dialah bang.” Bisik Datin Amalin.
“Nantilah, kita buat sport check bersama kat office tu ya!” seloroh Dato’ Aizat ketawa. Datin Amalin tersenyum sambil memeluk lengan suaminya itu. Dia sudah tidak sabar untuk mempunyai menantu dan seterusnya menimang cucu. Pasti meriah rumahnya jika anak kecil ada.
* * *
Tolong jangan apa-apakan saya Encik Hamdan. Ingat Allah banyak-banyak encik!” rayu Qaseh apabila melihat Encik Hamdan semakin rapat dengannya.
“Mari Alia, saya sayangkan awak. Selama ni awak jual mahal dengan saya. Saya layan awak baik-baik awak buat tak tahu sahaja. Mari Alia datang rapat dengan saya jangan lari.” Pujuk Hamdan dengan nafsunya lebih menguasai akal.
Qaseh menangis. Dia menangisi hidupnya yang akan semakin kelam. Jika dulu dia berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa Aizam kali ini tiada siapa yang akan mendengar jeritannya.
'Faris... Jika awak masih ada, hidup saya tidak akan berakhir begini' rintih Qaseh. Dia melihat Hamdan semakin rakus. Tudungnya direntap kasar. Blaus yang dipakai koyak dibahu ditarik Hamdan semasa mengejarnya ketika dia ingin melarikan diri. Silap dia kerana tidak meminta Aina untuk menemaninya sedangkan Aina sudah menawarkan diri. Dia ingatkan tiada orang di pejabat disebabkan itu dia beranikan diri berada di pejabat sehingga lewat malam. Rasa menyesalnya datang.
“Binatang kau! Aku suruh kau kerja bukan kerjakan orang!” Qaseh terdengar suara satu nama datang untuk menyelamatkan dia. Dilihatnya samar-samar susuk tubuh yang sedang membelasah Hamdan secara bertubi-tubi. Hamdan tidak membalasnya.
“Qaseh, kau tak apa-apa ke?” Tanya Aizam kepada Qaseh sebaik sahaja dia melihat Hamdan seudah lembik dibelasahnya. Dihulurnya tudung Qaseh yang dibuang oleh Hamdan tadi.
'Aizam! Kenapa dia yang menyelamatkan maruah aku?' Qaseh menangis mengenangkan hidupnya. 'Ya Allah...'
Qaseh menggeleng. Dilihatnya muka Aizam yang kelihatan sangat risau. Peristiwa 8 tahun lalu bermain di fikirannya. Dulu dia juga mengalami peristiwa yang sama cuma sekarang pemangsa dan penyelamat adalah orang yang berbeza. Dia tidak sangka penyelamatnya adalah lelaki yang dibencinya.
Aizam bersyukur. Keinginan dia untuk pergi ke pejabat bagi menyiapkan laporan yang akan dibentangkan. Sebaik sahaja dia memanjat tangga pejabat dia terdengar suara perempuan menjerit. Dicepatkan langkahnya untuk melihat. Sungguh dia terkejut dengan apa yang dilihat dan berlaku. Dia melihat Hamdan sedang menindih Qaseh. Qaseh meronta dengan kuat. Dia cukup tidak suka jika ada stafnya bekerja lebih masa tanpa ditemani pasangan yang lain.
“Maafkan saya bos. Saya janji saya takkan buat lagi bos” Rayu Hamdan sambil memegang perutnya yang senak diteranjang oleh Aizam tadi.
“Kau berambus sekarang Hamdan! Ini balasan yang aku dapat, aku kutip kau kerja dengan aku, tapi kau buat onar di pejabat aku. Kau berambus sekarang. Aku berhentikan kau 24jam! Aku tak nak tengok lagi muka kau di sini, pergi sebelum aku buat laporan polis!” Tempiak Aizam kepada Hamdan.
Hamdan kecut perut. Dia tidak sanggup meringkuk di dalam penjara. Perasaan menyesal mula dirasainya. Kesal kerana tidak berjaya melawan nafsu syaitan yang menguasai dirinya. Sekarang dia yang susah!
“Maafkan saya bos.” Ucap Hamdan.
“Alia, maafkan aku. Aku tak sengaja.” Ucap Hamdan lagi sambil memandang wajah sugul Qaseh. Dia berlalu meninggalkan ruang biliknya. Menyesal sudah tidak berguna. Sia-sia sahaja usahanya selama ini, akhirnya jawatan yang dipegangnya selama ini terpaksa dilepaskan kerana kegagalan dia mengawal rasa keinginannya.
Aizam memandang Qaseh sebaik sahaja melihat Hamdan keluar dari biliknya.
“Saya dah pesan, saya tak perlukan pekerja yang rajin sehingga boleh mendatangkan masalah kepada dirinya sendiri. Cuba bayangkan sekiranya saya tidak datang tepat pada waktunya, apa akan terjadi kepada awak Qaseh?” Marah Aizam. Sesungguhnya dia selalu berpesan kepada semua stafnya jika perlu bekerja lebih masa biarlah secara berkumpulan bukannya berseorangan.
“Qaseh, jika awak seorang yang baik dan tidak suka menyusahkan hidup orang lain pun, awak boleh bawa pulang atau siapkan tugasan itu pagi esok! Keselamatan awak tanggungjawab saya!” Tukas Aizam lagi.
“Kau sama saja dengan Hamdan. Dulu perangai kau lebih teruk daripada itu. Jika apa-apa yang berlaku pada aku bukan urusan kau! Kehadiran kau yang banyak memberi aku kisah duka dalam hidup aku! Kaulah pemusnah hidup aku! Aku tak perlukan kau dalam hidup aku. Kau berambuslah dari hidup aku!” Sembur Qaseh tiba-tiba. Dia rasa geram melihat Aizam memarahinya bertubi-tubi sedangkan hal yang sama pernah dilakukannya dahulu.
Aizam diam.
Aizam memandang ke arah Qaseh. Kasihnya tumpah hanya untuk wanita di hadapannya itu. Sekiranya ada kesempatan dan jodoh dia ingin mama dan papanya melamar wanita di hadapannya itu. Dia ingin menjaga dan menjadi pelindung wanita itu hingga ke akhir hayatnya.
“Saya hantar awak balik Qaseh. Saya tunggu di basement. Esok awak mc. Nanti saya beritahu Aina minta ganti tempat awak. Sekiranya awak degil, saya tak pasti jika Hamdan akan datang balik ke sini.” Beritahu Aizam, tenang sambil berlalu.
Qaseh menangis lagi. Kenapa dia perlu naik angin dengan kebaikan yang dilakukan oleh Aizam? Tidakkah dia menyedari lelaki itu yang menyelamatkannya tadi?
* * *
Sebulan telah berlalu sejak peristiwa itu. Hamdan telah diberhentikan kerja. Semua staf di AF Holdings tertanya-tanya sebab kenapa Hamdan berhenti kerja secara tiba-tiba. Qaseh hanya mendiamkan diri. Selama sebulan juga dia langsung tidak melihat kelibat Aizam di pejabat. Sesiapa pun tidak tahu ke mana menghilangnya bos mereka. Semua urusan pejabat di serahkan kepada Encik Hisham dan Puan Julia buat sementara. Selama sebulan ini juga dia kehilangan arah tuju. Hidupnya terasa kosong. Tiada lagi bunga, kad minta maaf, sarapan pagi dan makan tengaharinya tersedia di mejanya. Qaseh seperti hilang punca. Terasa rindu mengamit di hatinya. Jatuh cinta lagikah dia? Semalam dia bermimpikan arwah ibu, abah, adik dan tunangnya tersenyum. Kak Zila juga ada berpesan kepadanya supaya memberi peluang kepada dirinya sendiri untuk hidup seperti orang lain. Buangkan rasa dendam dan benci kerana Kak Zila yakin perasaan itu telah menghilang dalam dirinya, yang ada hanya rindu kepada lelaki itu.
“Alia....Ni ada bungkusan untuk kau!” tiba-tiba Aina datang mematikan lamunannya. Dihulurnya bungkusan yang dibalut cantik. Qaseh mengucapkan terima kasih kepada Aina. Direnungnya bungkusan itu. Ditilik-tilik apakah isi di dalamnya. Ada juga di bertanya daripada siapa namun Aina hanya sekadar menjungkitkan bahunya menandakan tidak tahu.
Qaseh mengoyakkan balutan bungkusan itu perlahan-lahan. Dilihatnya di dalam bungkusan itu terdapat sebentuk cincin di dalam bekasnya. Bersama-sama itu terselit sepucuk surat untuknya.
Assalamualaikum Qaseh...
Maafkan aku di atas semua kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan 8 tahun lalu terhadapan kau. Aku terlalu muda dan berfikiran kebudak-budakan waktu itu. Yang aku tahu, setiap apa yang aku inginkan perlu aku dapatkan. Kau budak baik Qaseh, aku yang jahat. Aku telah menganiayai hidup kau sehingga kau dibuang dari uni. Aku bersalah! Andai dapat ku undur waktunya ingin aku memutar jarum jam agar kembali ke waktu itu di mana kita bersahabat dengan baik. Namun aku tahu semua itu tidak akan kembali berulang lagi. Oleh itu hanya kemaafan yang aku inginkan daripada kau Qaseh agar aku tenang melewati hari-hariku kelak.
Mungkin ini adalah yang terakhir Qaseh. Selepas ini aku akan menghilangkan diri aku dari hidup kau seperti yang kau pintakan sebulan yang lalu. Sejak peristiwa itu, aku sentiasa dibayangi epilog kisah dulu. Aku kesal Qaseh! Aku akan menyambung pengajianku di UK dan seterusnya menetap di sana. Semoga ketiadaanku nanti akan membahagiakan hidup kau.
8 tahun yang lalu aku menderita di atas apa yang aku lakukan pada kau, sebulan yang lepas aku terseksa untuk menjauhkan diri dari kau dan sekarang untuk selama-lamanya aku akan cuba untuk melupakan kau walaupun ku tahu bayangkan kau takkan pernah lupus dari ingatan dan hatiku.
Namun begitu Qaseh, aku masih mengharapkan kemaafan kau. Jika kau maafkan aku dan sudi menerima diriku dalam hidupmu sarungkanlah cincin ini dijarimu. Aku akan menunggu kau sebelum aku berlepas. Jika kau tiada aku faham.
Cuba belajar mencari kebahagiaan diri kerana kau berhak untuk bahagia Qaseh. Aku doakan kau sentiasa gembira. Kau boleh terus bekerja di sini sampai bila kau mahu.
Qaseh, cintaku hanya untukmu...
-Fidry Aizam-


Qaseh menangis. 'Aku sayangkan kau Zam!' Qaseh bingkas bangun. Dia ingin segera ke KLIA untuk bertemu dengan Aizam. Dipandangnya cincin itu lalu diambilnya disarung di jari manisnya.
'Maafkan Qaseh, Faris. Izinkan Qaseh bahagia dan menyintai insan lain.'


* * *
Suasana di lapangan terbang KLIA sesak dengan penumpang-penumpang yang ingin berlepas. Di suatu sudut Aizam gelisah menanti sesuatu yang tidak diketahuinya akan datang atau tidak. Panggilan untuknya sudah beberapa kali berbunya.
“Fid, cepatlah dah 2 kali panggilan masuk flight tu” tegur Datin Amalin.
Aizam menggangguk seakan berputus asa. Dia memandang papanya. Dato' Aizat hanya menggangguk. Dia merasakan seperti ada yang tidak kena apabila anaknya itu membuat keputusan ingin menyambung pengajiaan di luar negara secara tiba-tiba. Adakah berkaitan dengan Alia?
“Ma, Pa...Fid minta maaf dunia akhirat ya. Ampunkan Fid ya.” Ucap Aizam mengalah.
Ibu bapanya hanya menggangguk dan dipeluknya anak itu.
“Sudahlah mamanya. UK tu dekat saja. Nanti kita pergi buat sport check dia kat sana ya.” Gurau Dato' Aizat.
Datin Amalin hanya tersenyum. Sebak dia apabila mengenangkan dia akan berpisah dengan anak itu.
Aizam menbawa begnya ke balai berlepas. Dilambai ke arah ibu bapanya sebelum kembali memandang ke hadapan. Tiba-tiba....
“Aizam!!” Jerit satu suara dari belakang. Ditolehnya. Qaseh datang bersama Lutfi. Dia tersenyum. Dia meletakkan begnya dan berlari ke arah Qaseh. Dilupakan tujuan asalnya.
“Aizam...” panggil Qaseh.
Aizam meletakkan isyarat jari dibibirnya. Dia tidak mahu Qaseh berkata apa-apa kerana dia sudah tahu jawapannya sebaik sahaja melihat jari manis Qaseh tersarung cincin pemberiannya.
“Apa? Qaseh cuma nak cakap Qaseh tak nak lelaki di hadapan Qaseh ni rambut dia berserabut lagi. Kemas sikit macam pergi office.” Seloroh Qaseh menutup rasa gugupnya apabila berada di hadapan Aizam.
Dulu benci kini sayang. Betullah kata orang jangan terlalu membenci kelak akan memakan diri sendiri.
Aizam ketawa.
“Nanti Zam beli 10 sikat letak kat mana-mana ya?”
Qaseh senyum.
“Qaseh...” Panggil Aizam lembut.
“Ya?” Tanya Qaseh.
“Terima kasih kerana menerima Zam dalam hidup Qaseh. Bulan depan confirm kita kahwin ya?” Tanya Aizam secara bergurau namun tegas.
Qaseh hanya menggangguk malu.
'Syukur pada-MU Ya Allah kerana memberi dia kepadaku.'
Dato Aizat, Datin Amalin dan Lutfi tersenyum menjadi pemerhati.
Akhirnya cintaku berbalas juga....=)


:: Sebuah karya khayalan...tidaK semPurNa masiH lg mencari waktu & ruang utk terus menuLis...hahaha ::