Cara Kenali logo HALAL yang Tulen & Palsu
Friday, June 21, 2013
Hari ini Hari Jumaat
Salam Jumaat 12 Syaaban.. dah tak lama nak berpuasa...
Al- Faqih berkata,” Barangsiapa yang ingin selamat dari siksa kubur, maka ia
wajib menjalankan 4 hal, dan harus menjauhi 4 hal yang lain. Adapun 4 hal yang
harus dilakukan adalah,
1. Memelihara solat.
2. Bersedekah.
3. Membaca al-Quran.
4. Membaca Tasbih.
Keempat faktor ini dapat menerangi dan melapangkan kubur. Sedangkan 4 hal yang harus dijauhi adalah,
1. Berdusta.
2. Berkhianat.
3. Mengadu domba.
4. Kencing di badan (maksudnya kencing sampai percikannya mengenai badan tanpa dibasuh atau disucikan).
Rasulullah SAW bersabda, ‘’ Sucikan air kencing itu, sebab kebanyakan siksa kubur diakibatkan oleh air kencing yang mengenai badan.”
Petikan daripada buku Perkhabaran Alam Barzakh Perjalanan Yang Panjang.
1. Memelihara solat.
2. Bersedekah.
3. Membaca al-Quran.
4. Membaca Tasbih.
Keempat faktor ini dapat menerangi dan melapangkan kubur. Sedangkan 4 hal yang harus dijauhi adalah,
1. Berdusta.
2. Berkhianat.
3. Mengadu domba.
4. Kencing di badan (maksudnya kencing sampai percikannya mengenai badan tanpa dibasuh atau disucikan).
Rasulullah SAW bersabda, ‘’ Sucikan air kencing itu, sebab kebanyakan siksa kubur diakibatkan oleh air kencing yang mengenai badan.”
Petikan daripada buku Perkhabaran Alam Barzakh Perjalanan Yang Panjang.
Jom baca surah al-kahfi..banyak keistimewaannya
Thursday, June 20, 2013
Hari Jubah
sumber: youtube MatLutfi90
Haha tak ada kena mengena sahaja nak dengar Mat Lutfi cakap pasal Hari Jubah..
Layan ni mula2 sebelum tiba hari konvo baru rasa sikit excited hahaha
Hari Jubah aku.. Sponsor by Mak & diri sendiri haha
Sumber: Youtube - Izzul
saja upload aku nak simpan buat kenangan hehe
Alhamdulilah..usaha gigih (gigihlah sangatkan hehe) 5
tahun 5 bulan belajar berhasil .. Selepas tamat belajar secara officialnya pada
awal November yang lalu & setelah hampir 7 bulan di rumah sebagai
penganggur berijazah akhirnya pada 29 Mei 2013 aku konvo pada sidang 6 di PICC.
Syukur… apa yang aku aim dapat aku kecapi walaupun sukar.. Apa boleh aku
cakapkan..aku pernah jatuh, kemudian bangun rebah kembali dan cuba berdiri lagi
dan lagi hingga ke akhirnya dapat berlari pantas mencapai ke garisan penamat…
Namun aku sedar di sini bukanlah penamat bagi semua larian.. Ada acara baru
selepas ini.. Mengenggam sarjana adalah impian kedua bagi aku..
24 – 25 Mei 2013:
Kisah nak sampai hari jubah aku ni banyak sangat halnya..bla..bla..bla..tapi yg
sadisnya masa malam sebelum bertolak ke KL (hari Jumaat malam) adik aku dapat
call daripada staff yg lain minta adik kerja sebab dia pun ada hal (main
basikal katanya) manakala ketuanya dah ke Perak.. Adik aku sebagai second-man
(hujung tahun lepas kot naik pangkat..ntah!) kena masuk kerja. Pos office hari
Sabtu kira OT & hanya half day.. Kiranya kerja hanya dua orang macam tu ar
untuk cawangan ni.. Bising jugak parents
aku malam tu, biasalah semua dah plan siap-siap. Tapi nak buat macam mana kan..
Kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan segalanya. Jadi decide hari Sabtu
lepas adik aku abis kerja dalam jam 3pm bertolak ke Kuantan dulu stay rumah Che
Sue. Esokkan harinya bertolak ke KL konvoi katanya dengan Ain haha Ye ye aje
haha kami berjumpa lepas tol Gombak terus ke PICC untuk raptai katanya..haha
26 Mei 2013:
Raptai?? Erkkk.. Daftar dulu ya sebab lecture nak macam tu so datang awal
daftar tunggu sampai jam 2 masuk raptai kemudian balik.. Lepas tu Che Ta satu
family datang ambil kat PICC tu.. Parents aku tunggu kat lobi atas yg nyata
lebih selesa tapi adik aku tunggu dalam kereta yg berbumbungkan bumbung kereta
semata-mata sahaja haha Tapi tak apa dia tak bising, makanan dah siap-siap ada
dalam kereta haha
27 Mei 2013:
Esokkan isilah masa dengan pelbagai rencah dan rasanya.. Ke KL rumah Che Yah,
rumah Ibu (parents angkat aku) , jalan-jalan kat mall dengan kazen acik… Oit
masa ni makan buah langsat sampai kenyang giler hahaha
Credit: Kazen Ijat
28 Mei 2013:
PICC kami datang lagi.. Untuk ambil jubah.. Kos aku last sekali sidangnya..
Terpaksalah hahaha Lepas tu gi snap2 ambil gambar kat masjid Putrajaya.. Kita
relax2 je tak rasa sangat nak bergambar just ikutkan adik aku suruh ambil
gambar pakai jubah katanya.. tapi lebih kepada ambil gambar dia hahaha
**Hampeh lecture semua kata aku makin gemuk (ia diakui)
lepas tu siap gelak-gelak lagi..tak apa encik..nanti saya kuruslah bila posting
kat p3!!**
29 Mei 2013:
Yeah…hari itu tiba. Penat lelah belajar selama 5 tahun 5 bulan.. Mula masuk
maktab 16 Julai 2007.. rasmi habis belajar 7 November 2012…
Serius… Nak adapt kan diri masuk dalam kos ini memang susah
giler2.. Aku tak suka budak2, malu pun ada dengan kos yg aku ambil ni (masa
mula-mula).. Nangis rasa bila ingat balik..kejamnya aku waktu tu..
Tak payah nak flashback sangatlah kan… Cuma yg paling penting aku
belajar di sana berusaha dengan bersungguh-sungguh… Kaut sebaik yg
mungkin… ingat senang aku nak target dari 1st year degree nak dapat 1st
class?? Tak ada!! Ni semua bermula sem 5 aku rasa… Ada lecture yg support
selain parents & ada senior aku jadikan sumber insipirasi..
Scroll, book hood, sampul surat tu ada transkrip & ijazah aku serta hadiah daripada IPG aku..
Bla..bla…bla…tak bebel benda-benda lepas… Kita kan kena move
on.. Cuma banyak kisah yg berlaku lepas dahulu ajar aku banyak perkara..
Setiap orang ada kisah di sebalik semuanya… ada suka duka
pahit manis gembira sedih.. semuanya bersatu menjadi satu.. Itulah semua asam
garam dalam kehidupan & menjadi pengalaman yg berharga dan semualah haha
Arghh…mengarut lebih2 ni…
Okeh sambung…
Masuk dewan dalam 1.30pm kot (tak sure).. Rasa macam apa je
masa tu tak duduk dekat dengan budak kelas.. Kiri kanan aku tak kenal pun..
Tapi sekejap je.. lepas masuk dewan kami duduk apa lagi berbual semua rasa
hahaha
Huh…rasanya berbaloi belajar bersungguh-sungguh… Sungguh aku
tak akan lupa insan-insan yg menyokong, membantu, mendorong dan semualah.. Tapi
kalian tak adalah semua ni.. Semuanya sangat berharga.. Jasa kalian kenang
dalam jiwa selama-lamanya.. Semoga Allah merahmati kalian & Allah kasih…
Lagi terharu Ibu Ayah (keluarga angkat sejak kecik) datang aku konvo.. Ayah siap ambil cuti lagi..
Credit to Ana
Nangis
wei..haha
Hadiah kejayaan aku memang untuk Mak Ayah aku yg menjadi bahu kanan
& kiri aku selama ni.. Betullah tanpa mereka tak akan sampai di puncak
ini..
Adik dan Along, Ibu dan Ayah.. Rakan-rakan di Afzan esp
klazmate, rakan2 di lain-lain maktab, sahabat baik yg banyak bagi support dulu
sebelum masuk maktab dan semasa foundation “AA” walaupun kita dah tak macam dulu-dulu
lagi tapi bagi saya awak selamanya sahabat saya.. ESR yg banyak membantu dan
berjasa walaupun menyakitkan hati pun sama banyak jugak.. =p
Dan sesiapa sahaja.. Hanya Allah sahaja yg dapat
membalasnya..
30 Mei 2013: Kami
konvoi balik Terengganu hahaha
31 Mei 2013: My
Kazen Bella (sebelah Mak) kahwin!! Oit..langkah bendul okeh ini budak hahaha
aku cucu perempuan sulung pun tak kahwin lagi =p
1 Jun 2013: BBQ
kat rumah Che Lah.. Semua ada.. Family Che Yah, Che Ta, Che Sue, Family aku… Tq
kepada yg menyumbang semuanya haha
Credit: Kazen Ijat
**Cari jugak mana gambar aku, acik & arif duk amik tapi tak jumpa..hmm..**
5 Jun 2013: Usia dah bertambah setahun lagi.. harap lebih
matang dan jadi insan yg bertaqwa kepada Allah SWT..
19 Jun 2013: Gmbar studio konvo dapat dah haha Oh ya adik
aku interview dengan spp hari ni. Semoga dia dapat kerja dengan
government..insyaAllah
Gambar studio ala-ala bajet comel haha
Adik: Nampak gemuk!
Aku: Yelah...mng gemuk pun aku..
**Nak kuruslah ni sebelum gi medical check up takut pengsan tengok berat =p**
20 Jun 2013: Nak tidur dah sebab tak sedar dah pukul 1am tahulah aku ni penganggur terhormat kena tidur awal jugak hahaha
Adios!
Thursday, June 6, 2013
PANAS BARAN : Sifat Yang Memusnahkan
ANGRY???!!
Eh sekejap ni bukan angry bird ni ya =p
Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang yang tidak berasa gembira dengan dirinya sendiri. Orang yang tidak gembira dengan dirinya sendiri, tidak dapat menggembirakan orang lain. Kita seharusnya bijak mengawal dan menangani emosi pasangan dengan kaedah dan cara yang betul.
Apabila kita
berhadapan dengan seseorang yang panas baran, jangan cepat berasa marah. Tetapi
kita menganggap dia sedang sakit dan kita sebagai doktor kepadanya.
Kata
pepatah, "Orang yang baik menjadi guru kepada orang yang jahat dan orang
yang jahat menjadi 'kertas kerja' untuk orang yang baik'.
Jadi, jika pasangan
anda adalah seorang yang panas baran, anggaplah dia sebagai seorang pesakit
yang perlu dirawat. Bagi merawatnya kita perlu tahu diagnosisnya. Bagi
mengetahui diagnosis pula, kita perlu tahu penyebabnya. Mohonlah bantuan dari
Allah s.w.t bagi menyelesaikan masalah, sekaligus memberikan ketenangan yang
menguatkan mental. Jika kita suka apa yang berlaku di dunia luaran, maka kita
perlu mencermin dunia dalaman kita iaitu:
1. Perbetulkan diri sendiri dahulu
2. Berasa belas kasihan kepada pasangan
3. Cuba berkomunikasi yang baik Sebelum menegur orang yang panas baran, menangilah kepercayaannya kepada anda dahulu kemudian tegrlah secara bijaksana.
1. Perbetulkan diri sendiri dahulu
2. Berasa belas kasihan kepada pasangan
3. Cuba berkomunikasi yang baik Sebelum menegur orang yang panas baran, menangilah kepercayaannya kepada anda dahulu kemudian tegrlah secara bijaksana.
"Lihatlah contoh terbaik iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Walaupun Baginda berasa sedih, namun Baginda tidak berasa marah apatah lagi
berdendam, apabila orang-orang Thaif telah menolak dakwahnya dan mencederakan
tubuh badannya"
"Banyak orang tahu tapi tak ramai orang sedar. Sebab
tahu tu dekat akal sahaja, informasi dengan inspirasi lain. Bila tahu dekat
akal, sedar dekat jiwa dan hati dan jiwa juga hati nak jumpa Allah s.w.t"
- Prof Dr. Muhaya, Reset Minda Artis.
Jika kita menulis matlamat hidup kemumngkinan besar akan
berjaya. Jika kita tidak pernah fikir apa matlamat hidup bagaimana mendapat
kehidupan yang bahagia dan membahagiakan
Jangan tidur selagi belum memaafkan semua orang dan berdoa
agar Allah ampunkan dosa orang lain. Fikirkan kebaikan semua orang dan lupakan
semua kebaikan kita pada orang. Niat untuk berbuat baik dan lebih beriman dan
bertakwa dan solat lebih tepat pada waktu dan menjaga aurat serta pergaulan..
Sumber: Celik Hati Prof Muhaya
Bersamalah kita menjaga diri kita... Aku pun hot temper jugak cuma kadang2 berlaku atau meletup.. Sekarang lebih cool.. atasinya dengan mengambil wuduk, membaca al-quran, buku...plus menangis sorang2..online senyap conteng kat blog hahaha
Nobody perfect but we try to be the best... peace =)
Wednesday, June 5, 2013
Ulang tahun tiba lagi!!
5 Jun 2013 bersamaan 26 Rejab 1434
Happy besday to me!! Sweet 25
hahahaha
Alhamudlilah...syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipeluang bernafas di muka bumi ini..
Semoga aku lebih matang & kuat dalam menghadapi kehidupan yg penuh liku ini serta diberikan kesempatan menjadi hambaNya yg solehah ..
Display semata2 haruslah..sebab aku bukan pengemar kek pun =p
Bertalu2 ucapan di facebook, twitter, fon... Terima kasih kawan2.. Walaupun mungkin ada yg aku tak kenal tapi aku anggap semua kawan aku bila dah jadi frenlist di FB, followers di twitter, mempunyai no fon aku hehe
Terima kasih di atas ucapan.. Semoga Allah lebih kasih..Malam ni malam israk & Mikraj.. Esok jom berpuasa sunat Rejab..lagi 5 hari Syabaan akan tiba..Ramadhan bulan yg dirindui...
Yeah!! Aku dah officially konvo pada 29 Mei 2013
Sekarang menanti masa untuk di postingkan sahaja dengan penuh sabar..
(Nantikan entry mengenai konvo ku tidak lama lagi)
Adios!!