Sunday, March 24, 2013

Whoa!! Adaptasi Sebenarnya saya isteri dia di slot Zehra

Setelah lama menyepi dari menulis, kini kembali menulis tentang drama terbaru yang akan bersiaran di tv3 @ slot zehra mulai minggu depan.. Jumaat depanlahkan selepas drama Hanya padaMu abis dah last week (tak puas hati ending macam tu hehe)

Novel ni aku dah baca last year.. sebenarnya, aku mula baca masa aku berjinak2 menyukai penulisan2u.. Dalam tu kenal penulisnya. Bila aku search ratings novel latest last year untuk dibuat sebagai koleksi terbaru, aku nampak novel ni 1st kalah Love You Mr Arrogant walaupun ikhlas cakap aku lebih suka novel Love You Mr Arrogant (baca 45x pun tak jemur) Tapi tak nafikan novel ni best cuma tebal sangat & aku pulak bukan spesis suka baca buku tebal2 cukuplah kamus aje yang tebal hehe

Okeh berhenti mengarut.. Aku harap cerita ni tidak terlebih sudi dari kuah ditokok tambah..sedan2 sudahlah hehe


SINOPSIS OFFICIAL SSiD DARI PIHAK TV3

Drama bersiri Sebenarnya, Saya Isteri Dia! menghidupkan gelagat pasangan muda yang tidak sekepala selepas dipaksa kahwin. Izzue yang memegang watak Firash, seorang pelajar universitidalam jurusan kejuruteraan yang lebih muda empat tahun berbanding watak Syaf lakonan Tiz, graduan universiti yang sudah mula bekerja sebagai jurutera.

Tidak pernah terlintas dalam fikiran Firash ataupun lebih dikenali sebagai Chad di kalangan kawan-kawannya bahawa dia dijodohkan pada usia 21 tahun. Firash yang terpaksa berkahwin dengan kekasih abangnya akibat peristiwa hitam yang terjadi pada majlis hari jadi Rania (Uqasha Senrose). Tanpa mereka sedari, Rania dan abangnya, Raimy (Azlee Khairi) masing-masing berpasang niat jahat untuk bermesra dengan Firash dan Syaf.

Namun, ia tidak berlaku seperti dalam rancangan mereka apabila Firash dan Syaf terambil minuman yang sudah diletakkan ubat khayalan dan tidur sebilik dalam keadaan mencurigakan. Ekoran peristiwa itu, Firash bertengkar besar dengan abangnya, Farish (Fezrul Khan) yang menuduhnya terlanjur dengan Syaf.

Ibu mereka, Datin Farizah mencadangkan Firash berkahwin saja dengan Syaf kerana nasi sudah menjadi bubur, kahwin adalah jalan penyelesaian terbaik demi menjaga maruah keluarga. Firash menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia muda tambahan pula Syaf lebih tua empat tahun daripadanya. Farish juga tidak bersetuju Syaf yang mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish bersetuju dengan cadangan itu.

Perkahwinan antara Syaf dan Firash diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia seperti yang dipinta oleh Firash. Hanya Firash, Farish, Syaf dan Datin Farizah yang tahu pasal status sebenar mereka. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish membawa diri kerana tidak sanggup melihat kekasihnya dinikahkan dengan adik sendiri, akhirnya terbabit dalam kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila dia tidak dibenarkan untuk hadir ke majlis pengebumian Farish kerana tidak mahu rahsia terbongkar.

Selepas berkahwin, Firash dan Syaf tinggal berasingan dirumah bujang masing-masing. Apabila berjumpa, Firash sering melemparkan kata-kata sinis kepada Syaf dan tidak pernah berbaik-baik dengannya. Sifat keanak-anakkan dan keegoan Firash sering menguris hati Syaf, namun dia hanya bersabar dan menelan semuanaya.

Apabila Syaf bertemu semula dengan rakan universitinya, Haqimy (Qi Qushairi), yang juga abang sepupu kepada Firash, keserasian mereka berdua menimbulkan rasa cemburu Firash. Tambahan pula Syaf ditukar ke Kerteh, Terengganu dan bekerja di syarikat yang sama dengan Haqimy.

Firash juga menjalani praktikal disana, tidak dapat menahan rasa marahnya apabila melihat Syaf seolah-olah senang hati berada disisi Haqimy. Barulah Firash sedar yang dia telah jatuh hati dengan isterinya dan mula mengambil hati Syaf. Apa yang akan terjadi seterusnya?

Nantikan siaran episode pertama, Sebenarnya, Saya Isteri Dia! bermula 29 Mac 2013 ini, setiap Jumaat jam 9 malam menerusi slot Zehra di TV3. Drama bersiri 13 episode ini terbitan Primework Studios arahan Raja Ahmad Alaudin yang juga diadaptasi daripada novel popular-Sebenarnya, Saya Isteri Dia! karya Zura Asyfar.


p/s: Tak mustahil aku akan simpan cerita sebagai koleksi...hahaha

Mood: Tak sabar nak tunggu... Banyak ni adaptasi novel.. Kampung girl, sedetik cinta, manisnya cinta (tak tahu tajuk apa dia tukar), cinta kau & aku (walaupun pelakon aku tak berapa suka tapi boleh je tengok) dan lain2 lagi (padahal tak tahu dah hahahah)

okeh mata dah leleh maknanya mengantuk...zZzzzZZZz