Monday, January 24, 2011

Hantaran Al-Quran

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...fikir2kan..

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.


“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.    read dis..     Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

 Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'




p/s: mcm mana? ada hati ag ke nak letak berpuluh2 ribu wang hantaran? tp bg aku x perlulah kita minta biarlah pasangan kita memberi seikhlas hatinya tanpa paksaan drpd kita agar tidak akan ada hal yg berbangkit satu hari nanti....

The words give me motivation....

Kursus PLGDP, Temerloh ~ En Roselan Ahmad, Timbalan Penagarah IPGKTAA


- kunci penting untuk berjaya ialah keyakinan diri, manakala kunici penting untuk keyakinan diri ialah
   persediaan.
- 'Sesiapa yg merasakan dirinya sbg cacing jangan mengeluh apabila dipijak orang.'
- Diri anda berasa lemah & kecil, kerana anda sendiri yg meletakkan diri anda di tahap itu.
- Jangan minta kehidupan yg senang, mintalah jiwa yg kuat.
- Diri kita bukan hasil apa yg kita fikirkan tapi apa yg kita lakukan.
- Nasib bukan secara kebetulan, tapi pilihan. Ia bukan untuk ditangani, tapi untuk dicapai.
- Wawasan tanpa tindakan angan2 pada siang hari. Tindakan tanpa wawasan mimpi ngeri pada malam hari.
- Apa yg terletak di belakang & di hadapan kita terlalu kecil jika dibandingkan dgn apa yg terdapat di dalam
   diri kita (hati).
- Kehidupan seperti bermain catur, siapa yg dapat melihat jauh ke hadapan akan menang.
- Kejayaan tidak datang pada anda - andalah yg perlu pergi mendapatkannya.
- Tidak ada jalan pintas dalam hidup, yg ada jalan pantas.
- Anda tadbirlah muka bumi ini mengikut kemampuan dan bidang kuasa yg anda miliki. Tugas sekecil-kecil
   khalifah adalah mentadbir diri anda sendiri. Tugas sebesar-besar khalifah mentadbir umat sejagat.

Sunday, January 23, 2011

Kesempatan dalam kesempitan...

Catatan hujung minggu.............

kekangan masa makin bertalu-talu...wpn kdg2 aku rasa masa aku banyak terhabis di facebook...hahaha
tapi sebenarnya tu menyelam sambil minum air...alang2 ngah buat keje facebook lar sebentar..hihi
minggu ni di isikan dengan kuliah pada siang hari dan latihan 'the crescendo' pada waktu malam.....enjoy...waktu petang aku habiskan masa menyiapkan kerja2 yg tertangguh sebelum ini seperti ISL dll....
minggu juga minggu aku menyiapkan paperwork utk Program Jelajah The Crescendo...impian aku biarlah kami mampu sampai ke sesuatu tempat & memperlihatkan 7 elemen muzik dalam muzik perkusi yang dipersembahkan selain hadiah kepada penat lelah selama 7 bulan bersama The Crescendo... 
menyiapkan Draft paperwork untuk penubuhan prasekolah bagi subjek major aku prasekolah (PRA3110)....

hujung minggu aku diserikan dengan kursus pengacaraan majlis dan protokol di PLGDP Temerloh pada 21 hinga 22 Januari 2011...kiranya hari jumaat tu aku x pergi kelas lar sbb pagi jam 8 bertolak ke sana....best gilerr pi sana....jauh sikit drpd suasana di afzan...bukan xsuka....kat sana kelengkapan (apartment) memang terbaik...dalam apartment tu ada 3 bilik 1 bilik seorang 2 lagi bilik utk 2 org...2 toilet, dapur ada freeze, ada hitter, gelas, sudu, pinggan dsbgnya...dan yg paling penting ada tv....hahaha
seronok3x....duduk ngan senior aiza & zati serta 1 batch ummu & solehah....banyak benda kami kupaskan bersama2 bila waktu rehat & lepak depan tv hingga terbabas lambat mandi & turun makan & terus utk solat...heheheh..........pendek kata semuanya okey! ilmu pengetahuan tentang pengacaraan majlis & protokol pun terbaik yg disampaikan oleh Encik Halif, Encik Wahab, Encik Mohd Nor & Encik RAsdi.....dan yg baling best En Roselan (timbalan pengarah IPGKTAA) sempat memberi kami pembentangkan slide seperti kata2 motivasi...(utk post seterusnya akan diupdatekan)............

balik drp PLGD kami singgah di rumah Syafiq YDP kami.....sedih & hiba...terasa sedih & hanya ALLAH sahaja yg tahu....terfikir di fikiran aku pada masa tu 'sekejap je kalau ALLAH nak tarik kenikmatan hidup kita ni'..........Syafiq...daripada seorang guru pelatih yg disegani krn kewibawaannya & pembawakan watak yg baik & Islamik itu....seorang yg sopan & lembut tutur katanya....satu saat pada bulan 9 yang lalu terkena jangkitan kuman sehingga ke otak...menyebabkan kini terlantar tidak berdaya di rumahnya.....sayu rasa hati....ALLAH itu maha berkuasa, maha mengetahui....mungkin itu utk menghindari dirinya drpd segala perkara yg negatif & keburukan serta kejahilan dunia....mungkin ujian utk ibu bapanya.....sedangkan kita yg masih tegap berdiri, lebat berbicara semakin alpa dimakan waktu dinodai dengan nafsu duniawi....ALLAH!!Maha suci-MU! Sekarang keluarganya sedang memperjuangkanuntuk mendapatkan katil utk dia yg berharga rm10k....moga ALLAH meringankan beban yg ditanggung....Moga ALLAH memberi kesempatan untuk Syafiq bangkit kembali utk mencapai cita-citanya utk bergelar guru itu....amin....

sampai di AFzan aku xde lain dah fikir selain paperwork program jelajah the crescendo & draft paperwork penubuhan prasekolah.....nak kena siapkan semua malam ni...sikit je lagi...usaha itu tangga kejayaa....chayuk3x...=)

Sunday, January 16, 2011

JANGAN TELAN PANADOL

SEBUAH KISAH BENAR....

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Iamerosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.

p/s: serik la aku xnk telan benda ni lagi..apa komen korang.?? tp boleh ke aku serik kerana ni pain killer aku bila aku sakit kepala & migrain???hahahah

sepagi bersama junior prasekolah...150111 di Astaka..=)

 mula dengan aktiviti senaman aerobik di padang bola...pukul 8.30 mula..tunggu2 orang2 lain xdatang2 lagi..mula lar terus.....=)

budak 2 orang ni sibuk nak suruh aku ambil gambar dowg..hehehe

Time to aerobic...satu,dua,tiga,empat...=P  

Moderate @ master main program ni...afiq awang

Selepas aerobik, kami duduk di astaka buat bulatan dengar taklimat program...

senior mengawal + memeriksa junior...ada ke? hahahah

Aktiviti bermain bekas sabun beracun? hahaha

Ni aktiviti public speaking...

Khalil melakon aksi bercerita tentang 'Cinta Pertama' untuk Public speaking...

Ni aktiviti bercerita ~ sesi berdialog dgn berdasarkan 4 kad yg digantungkan di badan...hehehe
si Liza sempat lagi tu duk peluk tiang...hahaha

Senior pun nak tunjuk bakat pandai main...padahal aktiviti2 macam ni kelas aku sudah selalu buat...=P


ni aktivit tiru gaya alien..hahahahah...xtaw ar aktiviti apa dah lupa...hahahah


overall, wpn aktivit2 yg dijalankan agak boring..hahahaha....namun best....kira kami ni senior yg best lar kerana sanggup menjalankan aktiviti bersama-sama junior kami sekaligus meraikan kedatangan kaum peribumi (10 orang) menyertai prasekolah (junior 1 lagi dah rai masa dowg masuk dulu)...hehehe....mana nak cari senior mcm ni kan...hahahaha.....namun di sebalik kegembiraan pasti ada cerita lain...ada owg xpuas hati kerana kami bising2 & gelak ketawa........sampai post kat wall fb dia...dan datanglah makhluk2 ALLAH yg lain memberi komen yg negatif seakan kami ni (perempuan) jahat sangat kerana ketawa dll.........what the hell uols??? kowg ingat kalau kowg duk di tempat + situasi kami kowg mcm tu ke x? aku rasa lagi teruk kot....ni ar manusia....tak tahu pape terus label owg bla...bla...bla.....manusia...manusia....sengal aku kalau aku marah & layan post + komen2 tu.....buat dosa kering saja!! hahahaha........tp yg paling aku rasa (sehabisnya berfikir positif) kowg sebenarnya JELES kan sebab junior @ senior @ dll xbuat @ rai kowg macam tu???!!!!hahahahahaha............sengal lar uols ni!! tapi pape pun mohon maaf lar kat blok2 lelaki yg dengar kami ketawa ++++ tu...biasalah kuat2 ni....tengah x sedar duk layan + main2 hahahahah......PEACE!!

aktiviti macam ni bolehkah mengeratkan lagi hubungan senior & junior? aku memang dah rapat dgn junior prasekolah tapi tidak dengan junior prasekolah pribumi...bukan memilih & ++++ tapi dowg masuk lmbt & duduk pulak blok lain & budak2 junior yg sedia ada ni terlibat ngan kumpulan The Crescendo....hehehe....lgpn aku susah sikit kalau tak kenal....x boleh sngt nk go on esp ngan lelaki....boleh percaya ke? hahahahahaha

thumbs up to afiq & fareez di atas idea kowg ni!! thanx to all classmate yg datang semalam (wpn cepat @ lmbt) ~fiza, k.chik, ana, teyha, sue, izza, adeq, cha, afiq, fareez & me~ syg uols lebih lar....hehehe

Sunday, January 2, 2011

16 disember 2010...reunion Momo da group kaw?

al-kisahnya...aku plan dgn yaya dan aini utk pergi menziarahi noor sekeluarga yg baru kematian ayahnya. jadi kami pun ber'msg2 lar tiga owg ini...pada masa kejadian 14 Dis 2010 yaya btahu dia akan pergi ke KT (Kuala Terengganu) drpd Besut bersama dgn Sarah....emm....wpn aku ni hnya setahun ja study di UiTM Dungun namun x da masalah..... aini dtg dr Dungun masa tu....
pada pagi lebih kurang jam 11 pagi lebih2 kami smpai ke rumah noor itu pun setelah sesat sepanjang jalan beberapa jalan saat & selekoh...hehehe....
lepas ke rumah noor kami berjimba2 berempat tnpa noor utk pergi makan2. Pada masa makan di Restoran Meka kami jumpa dgn Jie + Iqin + Eme + budak2 lelaki DIA dulu...aku pun suda lupa...hahaha...
kiranya hari tu aku dpat jumpa semua budak2 Momo kecuali ira & Farah....

 di Masjid terapung sibuk nak bergambar...aku da pose ala2 penyanyi nasyid da tu..=P

 ni masa di rumah noor

 3 dara pinggitan yg datang drpd jauh ke KT..thnx uols..=)

tp syg gmbr bersama2 jIe + eme + iqin kami x amik....jadi xdelah kenangannya...huhu
tp sweet ja dpat jmpa kowg...sedar xsedar da lama kita kawan wpn jarak jauh selepas aku masuk mktb...
drpd Julai 2006 hingga skg 02 Januri 2011....emmmm....Momo da group olwez in my heart...cayalah..brabo....huhu

Supper at Permai Hotel at 28 Dis 2010...thnx to Baan coz belanja..=)

ni antara AJK yang jalankan reunion 5 Cekal hr tu...baan ketua projek panggil kami2 ni suma untuk kuar bersama2 makan di Permai Hotel utk supper sambil diiringi Orestion Live band di sana...best gilerrr nak2 owg yg belanjakan hahaha...ni antara gmbr2 yg sempat di'snapkan semasa di sana...hehehe

 antara AJK yg hadir yg xdpat hadir Din Manan + Che + Aziey

 sue + BaaN + ling

 Mat + MedaN + diN + syukor


last, ngan syuKor yg AJK reunion tp last sekali xdpat hadir..heheh

 tu jew lar skit sebanyak...bnyk2 xleh...kena simpan wat pekasam ar...ok...chow...