Sunday, February 20, 2011

'de Crescendo

kepala aku ni berserabut....banyak sngat benda nak fikir bukan merungut namun aku hanya manusia biasa yg xkan lari drpd sume tu.....ni x termasuk lagi aku nak fikir apa laporan perubatan aku bulan 3 ni...dah ar cuti bln 3 ni nak scan apa benda ntah...hopefully xde pape lar...cuma migrain biasa2 aje....byk ni plan dlm hidup aku ni...aku cuma nak cerita pasal 'de crescendo jew kali ni..............

'de Crescendo....dlm Julai 2010 ditubuhkan selepas btahun kelas aku pegang perkusi....kami (aku, eija, ez, chem, adeq & ita) bg support & bersungguh2 utk kami terus menggerakkannya di atas pakej SS...hahaha...aku igt lagi masa tu aku berbincang ngan ita & eija di bilik ita....mng best ar....huhu............tp pape pn aku tetap berbangga (bkn nk bangga sgt) dgn bantuan lecture ~ En Shamsuri & En Umran mengukuhkan lg 'de Crescendo yg diberikan nama sempena muzik naik yg kami bawakan itu dgn menggunakan instrument perkusi.....

terima kasih berbanyak krn tanpa sokongan & dorongan kalian 'de crescendo xkan sampai ke saat ini....my klazmate yg byk support~han, ez, eija, chem, fiza, adeq, una, fareez, afiq, emma & k.chik~ terima kasih di atas kepercayaan yg diberikan....

kpd my junior wpn kowg sbnrnya dlm keterpaksaan pada mulanya masuk terima kasih jgk ~husna, bung, liwei, leeza, jiha, minim, miza, chai, beh, lee ying, sia, low, lew, haikal, khalil, zainal, azam, syahir, lina & hafiz~

kpd group kompang yg diserap masuk ke dlm 'de crescendo ~wan, waqar, baba, din, paan, dato, alif & azam~ tnpa kamu sume sapalah 'de crescendo....xkan adanya t-shirt utk item perkusi & xdenya baju baru + vase utk 'de crescendo, xdenya paperwork yg diluluskan utk bawa 'de crescendo keluar...
tnpa fazita mohamad yg memberi peluang kpd kita...xdenya 'de crescendo bakal ke UMK utk membuat persembahan di sana....

segala kisah duka ditelan....tanpa siti haliza sy mybe xsekuat ini....tanpa sokongan wan & husna sy xmampu merancang & melaksanakan ini sewenang2nya....tanpa bantuan & tunjuk ajar drpd En Shamsuri & En Umran sapa lar kami ini......

sampai satu ketika hujung semester ini, semua ini akan dilepaskan bagi memberi laluan kepada pelapis baru utk menguruskan 'de crescendo @ membuat penjenamaan baru ke arah yg lebih cemerlang....

next aktiviti 'de Crescendo selepas tahun ni membuka tirai sbg ending of teater bicara 3 Tun pada 16/02/2011 yg lepas (solo tu hahahah)...kami akan ke UMK bersama group GITA pd 26/03/2011 & Program jelajah 'de crescendo ke IPGKPI, Bangi (buat persembahan di sana) & IStana budaya (penonton teater muzikal lat) pada 01-02 April 2011....buat masa ini aku & kwn2 sem 5 (eija, han, fareez, afiq, ez, chem, adeq) akan melihat mcm mana wan & husna uruskan 'de crescendo....hopefully everything will be okay...kami percaya pd bakat mereka....

syg kalu melepaskan setiap ahli kumpulan ini.....aku xsuka....jd kaedah psycho tpaksa digunakan utk mengekalkan mereka di dlm 'de crescendo shnga smpai di suatu masa...syg kalu melepaskan mereka yg berbakat....pasal masalah displin tu hanya sikit shja & bleh diperbaikinya...aku tahu tu...hahaha

oklah aku nak solat isyak, phtu bersiap2 nk g gym cz ada perjumpaan batch sem 5 mlm ni utk GERKO @ PJ....jmpa lg....shnga itu ku paparkan antara kenangan sepanjang sebulan berlatih utk persembahan ending teater 3 Tun...

all of the crew & pelakon & 'de Crescendo & pengarah teater 3 Tun~ fazita & lecture En Umran


the crew & pelakon & pengarah Teater Bicara 3 Tun


masa malam sebelum raptai ~ jumaat 11/02/2011


semasa raptai 14/02/2011


raptai 14/02/2011


 raptai lagi...the main of 'de crescendo...han with glokspiel


 full rehearsal

 selepas pementasan teater bicara 3 Tun 16/02/2011


 selepas raptai 14/02/2011

'de crescendo dgn En Umran


p/s: sebenarnya ada sebahagian drpd gmbr2 ni aku dah post sebelum ni...tp saje nak post lagi...hehehe

Saturday, February 19, 2011

Snakes in Your Life – Beautiful Analogy

“Venomous snakes were being ferried from Africa to Europe in a plane. Unfortunately the person who packed the snakes forgot to lock the box in which the snakes were put. Once the plane had taken off and responding to the movement of the plane, the snakes found their way out of the box. Passengers in the plane could see various snakes on the isle. They screamed, some fainted and the brave ones sought refugee wherever they could within the plane.”
The air hostess ran to the pilot to inform him of this scary incident. The pilot quickly informs the air controllers on the ground. “We are very sorry, says his boss. We forgot to lock the box where we put the snakes. They are indeed some of the most poisonous snakes in the world”.
“So where can I land? Please advise me before passengers are bitten”, asks the shaken pilot.
“No do not land, stay there for a minute, let me think”, advises the boss. Surely this sounds like stupid advice to the impatient pilot. But he has to follow the orders. A minute is too long for someone faced with such trouble he thinks. But he has to follow orders.
After a minute, the boss contacts him. “At what altitude are you flying? He asks. “300″, says the pilot. “Go higher”, advises the boss. “But the snakes will….” Before he finishes his sentence the boss bellows “I said go higher!!”. He complies. Now what’s your altitude? Asks the boss. “500.66″, answers the shaken pilot.
“Go higher”. “But sir…..”. “I said, go higher, captain.” He complies. By now the snakes are all over the plane, even one male member of the cabin crew collapses. It is unbearable. A few have been bitten and have instantly died. But still, the majority keeps on seeking refugee.
“Now captain, keep on going higher”, says the boss. The pilot complies and keeps on going higher and higher. “Now what’s your altitude?”, asks the pilot.. “I am reaching 1200″, replies the pilot. “Now I am on 1200″, he says quickly. “Now stay there. Tell the cabin crew that at this altitude the snakes are now harmless. They can just pick them up with their hands and return them to the box and this time they should not forget to lock.”, advises the boss.
This is true. One cabin crew member tries holding one snake. It is numb and harmless. Soon it is a game within the plane with passengers, some for the first time holding snakes in their hands and returning them to the box. “Look at this black mamba, it was really after me. Now I can even throw it and catch it like a ball”, says one passenger even throwing and catching the black mamba. This was the end of the seemingly dangerous ordeal in the plane. Even those who had fainted were resuscitated and they gained consciousness.
Now what is the lesson of the story?
In 2011, the snakes or problems of 2010 will follow you. However there is need for you to increase your altitude in prayer. And surely, there is a certain point in praying that you reach and this is the point when even the most seemingly unconquerable problems are defeated; they lose power. Insha’Allah !
(* A freelance writer, motivator based in KSA, can be reached at kaunaingayawi@gmail.com)

Kenapa Sifat Dengki Dibenci

Sebut je benci, semua org tau bahawa ini adalah sifat mazmumah. Ke ada orang kata sifat dengki la baguih…boleh meningkatkan jati diri?? Orang yang mempunyai sifat tercela sangat dibenci orang ramai. Orang yang pendengki ni memang takleh tengok orang lebih pada dia, biar sikit pun. Kalau boleh sampai kerepot pun dialah nak yang atas sekali sedangkan dunia berputar dan hidup ini ada turun naiknya.
Sifat dengki ni akan merosakkan potensi diri. Betul ke? Bila seseorang itu bersifat dengki, maka dia dibenci…time tu ko buatlah hape pun takde dah sape nak pandang. Kalau cakap berisi pun, orang malas nak layan. Bila dah jadi mcm ni, kita pulak dah susah hati. Bila susah hati, makin lah rasa dengki tu mencanak-canak naiknya. Pastu mula plan itu ini nak jatuhkan orang.
Sifat dengki juga adalah dosa pertama yang dilakukan oleh iblis laknatullah apabila menolak perintah ALLAH SWT supaya sujud kepada Nabi Adam. Begitu juga kejadian Qabil yang membunuh Habil. Dengki adalah sikap dimana bila orang naik, kita pulak nak jatuhkannya pulak
Bukan tak boleh orang mukmin bersifat dengki tapi biarlah sekadar berusaha menjadi terbaik dan bukan menjatuhkan orang. Percayalah bahawa tidak rugi berusaha keras untuk menjadi yang terbaik daripada menjatuhkan orang tapi kita tu tak baik-baik jugak.
Bagaimana mencegah perasaan dengki? Cubalah bersifat qanaah iaitu berasa cukup dengan apa yg ada slps berusaha. Redhalah dengan ketentuan ALLAH dan bersyukurlah sekurang-kurangnya kita masih diberi nikmat hidup. Kerana takdir yang ALLAH beri tidak sama. Namun ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNya.
Sesiapa yg susah walaupun telah berusaha, tetapi sabar, maka ALLAH memberi pahala atas kesabaran itu. Malah sesiapa yg diberi kesenangan dan berkongsi kesenangannya dgn ikhlas, maka pahala juga baginya. Cukuplah dengan apa yang telah ditakdirkan namun berusaha kearah kehidupan yang lebih baik adalah sifat yang terpuji.
Rasulullah SAW bersabda, yang ertinya : “sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan sepertimana api memakan kayu bakar”
Hasad Dengki Hancurkan Perpaduan Ummah
PERASAAN hasad dengki sukar dihapuskan dalam jiwa kerana ia lahir di hati kecil tanpa pengetahuan orang lain. Ia bermula daripada perasan cemburu hingga merebak dan berkembang menjadi perasaan tidak tenang.
Akibatnya, seseorang yang dihinggapi penyakit dengki berusaha sedaya upaya untuk memenuhi hasrat hati yang sedang menekan perasaan jiwanya.
Sesungguhnya masalah hasad dengki menjadi punca fitnah besar yang merosakkan perhubungan hidup bermasyarakat sejak manusia mula bertapak di bumi. Perasaan dengki bermula dari anak Nabi Adam, Habil dan Qabil, hasil hasutan iblis.
Perasaan hasad dengki di kalangan umat manusia membawa kepada gejala buruk yang akan menghancurkan perpaduan dan kerana itu Islam benci mereka yang mempunyai hasad dengki dalam jiwa.
Sesungguhnya setiap kelebihan atau keistimewaan yang diperoleh seseorang adalah kurniaan Allah yang Maha Pemurah. Firman Allah yang bermaksud: “Apakah mereka mendendami manusia disebabkan suatu kelebihan yang Allah berikan kepada mereka?” – (Surah an-Nisa’, ayat 54)
Apabila perasaan hasad dengki bercambah dan menyerap ke seluruh jiwa seseorang, dengan sendirinya keadaan hidup mereka menjadi tidak tenang.
Perasaan hati sering tergugat kerana melihat kebahagiaan orang lain. Maka hatinya mula timbul rasa resah dan benci lantas ia pun cuba membuat pelbagai fitnah untuk memburukkan orang dicemburui itu.
Hasad dengki membawa kehancuran perhubungan kasih mesra dalam masyarakat. Penyakit dengki susah diubati dan apabila seseorang itu diresapi dan ia dengan sendiri akan merosakkan sifat tolong menolong dalam masyarakat.
Hasad dengki paling kuat melanda kedudukan agama ialah daripada bukan Islam seperti berlaku pada zaman jahiliah.
Kedudukan Islam diancam pelbagai tipu daya dan fitnah untuk melemahkan keteguhan jiwa umat Islam. Namun mereka yang beriman, tetap teguh memperjuangkan Islam dengan menggadaikan harta dan nyawa demi agama.
Setiap perkara bertujuan baik akan musnah dan hancur jika timbul rasa dengki dan iri hati. Umat Islam yang mengamalkan sifat dengki boleh menyebabkan sinar keagamaan beransur pudar dan setiap gerak langkah mereka terkeluar daripada garis Islam.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jauhkanlah diri kamu daripada dengki kerana dengki itu memakan segala amalan kebajikan sebagaimana api memakan kayu.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Sesungguhnya dengki mendengki dan benci membenci sesama sendiri tidak sedikit pun memberi faedah atau keuntungan bahkan merugikan. Lagipun sifat hasad dengki bertentangan dengan dasar Islam dan boleh dianggap sebagai musuh paling ketat.
Untuk keteguhan hati dalam keimanan, kita mesti berpegang teguh kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah kamu dengki mendengki. Jangan kamu putus memutus hubungan, janganlah kamu jauh menjauhi hati, janganlah kamu benci membenci; hendaklah kamu semua wahai hamba Allah hidup bersaudara dan haram bagi seorang Muslim itu menjadi saudaranya tidak bercakap selama tiga hari.” (Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Muslim)
Hasad dengki
Hasad dengki. Apa tu? Ha ha..buat2 tak pernah dengar pulak ek. Kata bebudak zaman sekarang orang zaman skang ni ramai yang ada PHd. ‘perasaan hasad dengki’. Kadang-kadang tu benda yang orang lain lebih dari kita tu kecik je, mula la kita pun anto antu jin setan ape kat dia.
Tapi tu teknologi zaman silam anto benda2 lagu tu. Orang zaman skang semua guna kaedah mami jarum. Pernah tengok mami jarum? Huhu..gitula kaedah yang selalu digunakan oleh kaum wanita kan? Kan? So, teknik orang lelaki mcm mana? Ada jugak kot diorg ni guna kaedah yang sama. Sampai ada jugak yang menggunakan teknik backhand untuk menumbangkan orang yang didengki.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Alangkah comelnya dunia ni kan kalau kita berdengki tanpa ada perasaan mahu menjatuhkan. Kalau dengki, usaha la sendiri kasik up u punya diri. Biarlah orang yang dah berjaya tu meraikan kejayaannya. Satu kenikmatan yang hebat andai kita meraikan kejayaan dengan usaha sendiri, bukan dengan menjatuhkan orang lain.
Dari kita Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam Al-Ghazali) menyenaraikan punca timbulnya perasaan hasad dengki:
• Perasaan permusuhan dan kebencian – sekalipun marah, janganlah sampai timbul perasaan mahu bermusuh. Jika betul marah, ubat yang paling mujarab adalah memaafkan. Hayati kembali perkataan ‘kemaafan adalah dendam terindah’. Dengan memaafkan, hati dan jiwa kita kian tenang dan tidak akan ada lagi perasaan mahu bermusuhan.
• Berasa diri mulia – kita tentu saja pernah menjadi yang terbaik namun untuk mengekalkan status itu memang sukar kerana dunia ibarat roda. Terimalah hakikat bahawa dunia ini hanya sementara. Relakanlah orang lain mencapai kemanisan dalam kehidupan mereka. Bukan bermakna kita jatuh kita tidak akan bahagia kerana rekod kita pernah bagus Cuma bila dunia berubah, maka kita juga perlu berubah. Jika dulu manusia berjaya memasak dengan kayu api namun zaman skang, dah macam-macam teknik tanpa nampak apinya pun makanan masih boleh dimasak. Begitulah diibaratkan kita perlu sentiasa memperbaharui keadaan supaya kita sentiasa di atas namun kita perlu akur andai teknik kita mungkin kurang berkesan untuk membantu.
• Takbur – jangan suka membesarkan diri. Dengan membesarkan diri, kita akan mengecilkan orang lain. Sedangkan kita manusia tidak bersifat sempurna kerana kita banyak kelemahan.
• Ujub – bila kita takjub dengan diri, kebenaran akan selalu terhalang. Kita akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan kerana bimbangkan orang lain akan lebih menonjol.
• Takut terlepas sesuatu tujuan atau habuan – bukankah rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh ALLAH. Berusahalah dengan cara yang tersendiri dan redhalah dengan apa yang kita dapati. Semoga dengan cara ini hidup kita akan lebih diberkati.
• Ghairah untuk menjadi ketua dan mencari popularity – perasaan mahu menjadi orang yang paling atas memang akan selalu terdedah dengan perasaan hasad dengki. Sekali lagi ingat, bahawa dunia laksana roda, ada masa kita di atas dan di masa lain, kita akan di bawah juga akhirnya.
• Busuk hati – jika perasaan busuk hati wujud pada seseorang, akan wujud juga perasaan tidak suka pada kebaikan orang lain. Setiap manusia, ada bahagiannya masing-masing di dunia ini. Bersama-sama lah menjaga bahagian masing-masing jangan sampai kerana sibukkan bahagian orang lain, bahagian kita akan menjadi sia-sia.
Sudah-sudahlah dengan perasaan dengki. Bina satu rasa yang lebih menyenangkan dalam diri dari kita melayan rasa dengki ini. Bagaimana lagi untuk mencari bahagia dalam diri andai kita mengizinkan lagi hasad dengki ini bertapak terus menjadi daki dalam hati kita.

Sembahyang yang terpengaruh dan sembahyang yang berpengaruh

2664903061_c48c5d3596_oPeri pentingnya sembahyang dalam kehidupan Muslim selalu menjadi buah perbahasan dan bahan peringatan dalam banyak ceramah dan syarahan agama.
Penegasan ini sedia terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis :
Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan sembahyang bermakna dia mendirikan agamanya. sebaliknya pula, sesiapa yang meninggalkan sembahyang bermakna dia meruntuhkan agamanya” (Maksud hadis)
Perbedaaan antara keimanan dan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang” (Maksud hadis)
Bahawa sembahyang itu bolh mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran” (al-Ankabut, ayat 45)
Amalan seseorang hamba yang mula-mula sekali dihisab pada hari Kiamat ialah sembahyang fardhu. Jika baik sembahyang yang dilakukannya, maka baiklah amal keseluruhannya. Jika rosak sembahyangnya,maka rosaklah amal keseluruhannya” (maksud hadis)
Namun ramai yang memandang ringan dan mengambil mudah amalan harian ini; pekerjaan sembahyang dilakukan mengikut perasaan dan keadaan. Mereka hanya bersembahyang apabila tidak berada dalam kesibukan. Mereka bersembahyang setelah dilanda malapetaka dan kesusahan. Mereka melakukan sembahyang semata-mata sebagai suatu eksais atau senaman untuk kesihatan badan. Mereka menangguh hari tua, dan membiarkan usia muda berlalu tanpa pengisian.
Sesetengah daripada mereka ini bersembahyang untuk pertunjukan, supaya dipandang mulia dan kelihatan rajin beribadat pada pandangan orang. Bagi yang meninggal sembahyang, mereka pantang ditegur dan dinasihati; jawapan mereka ialah “ibadatnya adalah persoalan peribadi”.
Tidak hairanlah diantara mereka ini, sembahyang tidak menjadi urusan serius. Mereka bangun dan bergerak dengan malas untuk bersembahyang. Mereka tidak membersihkan diri dan berwuduk dengan teratur. Ketika bersembahyang, mereka bertindak acuh tidak acuh atau bergopoh gapah untuk menamatkan ibadatnya. Tubuh fizikal mereka sahaja yang beraksi dan bergaya, sedangkan jiwa mereka meronta-ronta. Mata mereka terbeliak melihat kemana-mana, dan anggota mereka bergerak kesini-sana. Mereka menjadi… “orang lalai dalam sembahyang…” sebagaimana yang digambarkan oleh al-Quran.solat
Kebiasaannya, sembahyang sebegini tidak melahirkan impak atau kesan yang baik. Mereka berkenaan tidak terpengaruh oleh sembahyangnya. Sembahyang mereka sekadar ritual atau lakonan yang ditinggalkan begitu sahaja sesudah ia dilakukan. Mereka kembali kepada kehidupan maksiat, jika mereka berkeadaan sedemikian sebelum itu. Perbuatan bersembahyang berlalu begitu sahaja dalam kehidupan mereka.
Sebaliknya, mereka yang beriman dan bertaqwa mengurus sembahyangnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh rasa tanggungjawab. Mereka tidak berlengah-lengah untuk bersembahyang apabila tiba waktunya. Dengan tubuh yang telah dibersihkan dan berbekalkan wudhuk yang telah disempurnakan, mereka melakukan sembahyang dengan khusyuk. Takbiratul ihram menjadi deklarasi pembukaan, satu perisytiharan kemerdekaan. Hanya Allah sahaja menjadi penumpuan dan pemusatan. Dengan segera mereka berada disuatu alam tersendiri, dunia sembahyang. Dengan tertib dan teratur, mereka menjalankan sembahyang berkesedaran bahawa Allah sedang melihatnya. Baginya, itu mungkin pertemuan terakhir dengan Penjadinya.
Mereka ini adalah orang yang kusyuk dalam sembahyang, dan mereka akan memperolehi kejayaan.” (maksud al-Quran : Surah al-Mukminun, ayat 2.)
Sembahyang mereka ini berpotensi atau berpeluang besar melahirkan kesan yang baik. Disamping pahala dan balasan Illahi, mereka memperolehi ketenangan jiwa hasil daripada kerehatan dalam sembahyang. Sementelah lagi jika surah-surah dibaca waktu sembahyang difahami sehingga ia diterjemahkan menjadi pegangan sesudah bersolat. Mereka kembali bertaburan di bumi Allah setelah selesai sembahyang, sambil berhubungan dengan Allah dan manusia mengikut ketetapan dan peraturanNya.
Lebih-lebih lagi sekiranya sembahyang mereka ialah sembahyang berjemaah yang menjanjikan 27 kali ganda. Perjalanan mereka ke masjid bukan sahaja dituruti oleh perjumpaan yang mengikat silatur rahim atau persaudaraan Islam, tetapi juga disaksikan oleh cahaya matahari atau air hujan, serta rumput rampai yang mengiringi laluannya.
Mereka tersebut sesungguhnya mejadikan kehidupan sebahagian daripada sembahyang. Ini menepati janji mereka dalam sembahyang apabila mereka mengisytiharkan “Bahawa sembahyangku, ibadatku, hidup dan matiku adalah kerana Allah
Tidaklah hendak dinafikan bahawa sembahyang itu adalah pekerjaan yang berat, kecuali bagi mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa. Betapa tidaknya? Manusia memerlukan komitmen untuk menjalankan ibadat harian ini. Barangkali dia terpaksa bangun diwaktu pagi yang amat sejuk untuk berwudhuk, atau terlebih dahulu mandi wajib sebagai persediaan untuk bersembahyang. Barangkali dia terpaksa memberhentikan kerja yang sedang asyik dilakukan.
Tetapi dalam kehidupan hari ini, mereka juga mempunyai banyak keistimewaan. Bekalan air dan api memudahkan pengurusan sembahyangnya, sedangkan generasi sebelumnya terpaksa berpelita ayam ke perigi dan ke sungai. Kenderaan yang berbagai jenis melengkapkan perjalanan ke surau dan masjid, sedangkan nenek moyang mereka dahulu terpaksa berjalan kaki mengharungi semak dan belukar, kadangkali terpaksa pula melintasi titian batang kelapa.
Begitu hebat sekali pengaruh sembahyang, seandainya ia diuruskan dengan betul; iaitu ibadat yang diperintahkan oleh Allah secara langsung kepada Rasulullah S.A.W.
Maka bersesuaian sekali dengan kepentingannya, maka baginda sebelum wafat berpesan mengingati ummah supaya jangan meninggalkan sembahyang.
Oleh : Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar. Dipetik dari Suara Masjid At-Taqwa, TTDI m/s 4 & 10.