Tuesday, April 26, 2011

Sukaneka PISMP Sem 5 Ambilan Jan 2009

Tarikh: 26 Mei 2011
Masa : 7.30 am - 1 pm
Tempat : Padang Astaka IPGKTAA

Xde coretan...malas nak cerita....tapi acara pada hari ini berlangsung dengan jayanya.... 
UNit Prasekolah (unit aku!) JUARA KESELURUHANNYA.....=P
Jangan tanya kenapa muka aku xde sbb aku low profile sesangat (pdhl ajk dokumentasi & fotografi) =P

 Tiup belon pagi2....utk hias kawasan

 AJK Aktiviti sedang mengangkat peralatan dari kereta pengerusi sukaneka

 Acara dimulakan dengan aerobik

 Ni juru ajar aerobiknya....klazmate aku...hihi

Semangat dowg ni...=P


 Permainan pertama bermula.....BOLA KAIN BATIK di bawah kendalian Unit Prasekolah




 Permainan kedua......TUJU TIN di bawah kendalian Unit PSV


Permainan ketiga......SELADANG di bawah kendalian Unit PS


Permainan keempat......LARI TEMPURUNG di bawah kendalian Unit PT



Permainan kelima......KONDA KONDI di bawah kendalian Unit BM



Permainan keenam......TARIK UPIH di bawah kendalian Unit MT




PERASMIAN PENUTUP


Pengerusi bagi ucapan sepatah 2 berkata2....Haliza (klazmate)

Ucapan perasmian penutup drpd Timbalan Pengarah IPGKTAA En Roselan Ahmad


Habis........Banyak lagi gambar2 yg aku ambil...tp malas nak edit2....maaflah kalau majoriti gmbr klazmate aku jew....hihi...adatlah....=P
Dalam keadaan dilarang oleh doktor utk tidak aktif selama sebulan aku abaikan....rugi kalau tak join sama2 setelah penat2 menolong MT & AJK2 lain & Kelas lain2 merancang amali sukaneka permainan tradisional ni...

aku sempatlah main
1) Bola kain batik (emosi lebih2 lak masa main ....)
2) Tuju Tin (zero x tertuju..hampeh tul!)
3) Seladang (wow...sakit2 pun owg last sekali mati..hihi)
4) Lari dengan tempurung (bidan terjun aje...hihi)

sakit tanggung sendiri....hahaha....apa susah makan ubat letak flanil banyak2...=P
esk nak amali GERKO utk lari berpagar pulak...lompat jangan x lompat....
tp kena ar pakai knee guard kalau nak selamat...jgn main hentam jew...saje cari nahas tu...
chow bedah...nak siapkan tutorial & amali utk pra plak...=)

Tak sampai 5 minit. Wajib baca. :'(

Sahabat semua...
bacalah....
Ya Allah...
takutnyer...
bacelah sampai habis..
skjap jer..
x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,suami kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & SEMUA ORANG ISLAM dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......
AMIN.....

Luasnya Neraka


Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:
 "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:
 "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)Untuk renungan dan amalan bersama ..DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"


Sunday, April 24, 2011

sakit itu menginsafi kita...

Aku rasa mcm air mata aku bergenang jew...kalu kat rumah dah lama menjerit....sakit giler....giler pn x sakit mcm ni....hahahahaha

tadi pergi jumpa doktor dekat klinik swasta (berangan anak owg kaya x pergi klinik kerajaan...pdhl aku ni jenis malas nak menunggu jadi aku akan pilih yg cepat & dah terdidik macam tu drpd kecik sakit gi klinik dekat rumah tu hihi...)

doktor cakap sakit apa? aku pn btahu urat bengkak kot....doktor tu pun check kat area lutut aku tu tekan2...part kena tekan kat yg bengkak tu mng rasa nak hempuk je doktor tu...sakit Allah je tahu...
phtu doktor tu pun kata ni bukan urat...kalu urat biasa kat tepi lutut kiri & kanan (aku angguk2 konon2 faham hahaha) saya rasa lutut awak ni tisu mybe dah terkoyak (muka aku dah lain) tp x pyh kena operate (muka dah rasa selamat)....awk lasak x? knpa boleh jadi macam ni? aku pun crte lar yg aku jadi mcm ni dah nak masuk minggu keempat...sejak peristiwa main kejar2 ngan anak murid aku kat padang masa praktikal....hihi....doktor pun kata lagi....awk x boleh aktif sgt & buat kerja lasak...(mcm ni sbb aku wanita besi semua aku lebih senang buat sendiri hahaha prsnnya!)....sy cadangkan awk  pergi check di hospital (aku angguk dlm kepala baik aku check dgn pak sdre aku yg doktor pakar tulang tu!)....awk nak cucuk x? tp ni kesan dia kejap jew @ pun awk takut?.....aku dah sengih2 dah....menggeleng x mahu....hahaha....sy bagi krim, ubat tahan sakit, ubat surut bengkak....ingat nanti awk bthu kat lecture xboleh buat aktvt lasak @ bermain dlm tempoh sebulan awk kena rehat....aku sengih2 angguk2.....lepas tu kuar ambil ubat & balik....dlm sakit2 pun aku tetap bawak motor...huhu.....tp ntah kenapa lepas makan ubat sapu ubat....aku rasa mcm nak nangis jew (pdhl berair mata aku tahan sakit setiap kali nak angkat nak berdiri, nak duduk & mcm2 nak lagilah)....Tuhan je tahu mcmana aku rasa....aku rasa ni balasan sbb aku malas sgt....LEKA banyak sngt!! Ya ALLAH.....

selagi boleh tahan aku tahan.....selagi boleh main aku tetap nak main....esok seminar integriti utk sem 5...lusa sukaneka utk sem 5 yg ambil PJ...tulat GERKO ambil markah utk acara lari berpagar.....isk x boleh ni...tetap kena join jgk....harap2 sehari dua ni dah sihat sikit.....hihi.....Ni ar padahnya bila kita nak bersukan tapi x buat stretching dulu jadilah macam ni...sudah terhantuk tak boleh elak2.....hihi....

Kesan Radiasi Nuklear Fukushima sama buruk Crisis Chernobyl!


1.Penularan Partikel-Partikel Radioaktif adalah di luar kawalan!

2.Gemba Bumi susulan memburukan lagi keadaan di tapak logi Fukushima.

3.Jumlah Radiasi yang di lepas boleh melebihi apa yang pernah berlaku di Logi Chernobyl,
4.aras skala tahap krisis telah di naikan kepada 7!

Sejak sekian lama menyembunyikan keadaan sebenar bencana di Logi Nuklear Fukushima, akhirnya hari ini Pegawai Bertanggungjawab di Jepun mengaku bahawa penyebaran Radiasi dari tapak runtuhan logi nuklear Fukushima adalah berada di luar kawalan mereka. Malah pihak kerajaan Jepun juga telah menaikan tahap krisis kepada aras yang lebih tinggi iaitu yang terburuk pada skala antarabangsa!

Kandungan bahan radioaktif yang mengalir keluar telah tersebar luas, dan tahap krisis telah di tingkat daripada 5 kepada 7, yang mana boleh mengancam kesihatan manusia dan persekitaran.

Paras skala 7 adalah menyamai Skala krisis letupan logi nuklear di Chernobyl pada 1986.



Setiausaha Kabinet Jepun Yuki Edano berkata, sebagaimana di dedahkan, skala aras telah di tingkatkan: "Ini sangat pasti bahawa kes ini merupakan bencana yang sangat besar.

"Kami amat minta maaf kepada orang ramai, orang-orang yang tinggal berdekatan logi nuklear dan masyarakat antarabangsa disebabkan bencana yang sangat besar ini."
kebakaran pada hari ini di kawasan penyaluran air laut ke kawasan reaktor no.4


penempatan sementara bagi mangsa tsunami yang kehilangan kediaman.

Semoga kita mengambil iktibar apa terjadi di Jepun..Katakan Tidak kepada Tenaga Nuklear!

Sumber : daily mail & http://ibnuyunus.blogspot.com/2011/04/kesan-radiasi-nuklear-fukushima-sama.html

Friday, April 15, 2011

ITULAH PENGALAMAN....

Hari ini hari terakhir aku menjalani praktikum di SK Tanjung Besar (SKTB). Selama 4 minggu di SKTB, mencatat memori yang terindah....banyak pengalaman baru aku perolehi....dari hal pengurusan sekolah, murid, hal ehwal pengurusan prasekolah, menulis jurnal, menyiapkan portfolio, penulisan RPS sehingga ke penulisan objektif semuanya mencatatkan kenangan yang manis. SKTB....sekolah kurang murid...guru besar yg best, guru2 yg best, guru pembimbing yg tersangat best, pensyarah pembimbing yg memahami & best, my mpp yg supportive dan best....housemate yg supportive dlm kritikan....semualah....aku pasti akan rindukan suasana sperti itu & seakan tidak sabar menempuh alam baru di sekolah.....alhamdulilah praktikum fasa 1 ini berjalan dengan lancar dan baik...menjadi terbaik memerlukan usaha yg jitu...kritikan & kegagalan menjadi pemangkin kepada sebuah kejayaan! syukur pada ILAHI, di atas limpah kurnia-NYA...insya ALLAH, mencuba untuk menjadi yg terbaik di kalangan yg terbaik mejadi impian setiap insan termasuklah aku...dalam usaha mengapai semua itu, sekali gagal tidak bermaksud kita gagal buat selamanya....pasti ada jalan untuk menuju ke gerbang kejayaan....insya-ALLAH....


TERIMA KASIH WARGA SKTB!! SEMUANYA DALAM KENANGAN.....=)))

Bersama anak murid Prasekolah Tok Gajah
Praktikum Fasa 1
Sk Tanjung Besar
21 Mac - 15 April 2011




>>> malam ni didera untuk menjalani kursus KOAM...esok pagi exam KOAM....ZERO dalam kepala ni pasal KOAM....stay up lah aku malam ni....huwaaaa
>>> episod menyiapkan assignments PRA3110 dan PRM3103 bermula....chayuk3x