Thursday, April 12, 2012

Bila Allah Sentuh Hati Dengan HidayahNya

baby


Hidayah itu adalah milik Allah Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang mempunyai kuasa veto berhak memilih siapa sahaja hambaNya untuk diberikan hidayah, berjalan dijalan Islam yang sebenar. Bersyukurlah dengan sepenuh hati milikNya itu andai terasa diri sudah diberi hidayah dariNya. Tiada siapa yang dapat merasainya kecuali dirinya yang telah dipilih Allah itu. Subbhanallah, hebatnya Dia.
Allah, segala pujian hanya untukMu. Tidak puas memuji Dia. Syukur tidak terhingga. Alhamdulillah ya Allah. Andai aku antara orang yang telah dipilihNya, berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini. Pastinya pahit, namun kaki harus terus melangkah. Pujian hanya untukNya lagi, Tuhan Yang Maha Hebat. Melihat insan-insan sekeliling yang telah diketuk hatinya dengan hidayahMu. Allah..Allah..Allah.. Andai dulu dia seorang yang panas baran, sekarang seperti telah menjadi insan lain. andai dulu dia seorang yang tidak menjaga solat, sekarang menjadi gelisah jika terlewat melakukan solat. Andai dulu dia merempit, sekarang dia telah bergelar ustaz, memberi ceramah di masjid-masjid.. Subhanallah.. Hebatnya Allah... Hebat hidayahNya.. Hanya dengan setitis hidayah, mampu mengubah seseorang menjadi orang yang berbeza... *sebak*
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat. 
(Surah al-Fatihah, Ayat 6-7).
Dalam diri setiap insan itu pasti ada terdetik niat ingin berubah. Ini kerana fitrah manusia adalah baik. Semua manusia inginkan kebaikan. Carilah hidayah Allah itu..

Benar, hidayah itu milik Allah, namun sebagai hamba kita tidak boleh hanya dengan menunggu hidayah itu datang. Usaha mencari hidayah itu perlu dilakukan!
Bagi yang telah diberi pertunjuk olehNya untuk berubah, teruskan istiQomah, insyaAllah Allah sentiasa bersama. Pahit dalam perjalanan adalah lumrah kerana mahar untuk ke syurga bukannya murah, ia perlukan mujahadah! dan mujahadah itu pahit, kerana syurga itu indah :) moga kita diberi tempat disana nanti, Ameen..
Usah merasa rebah andai ada yang cuba menjatuhkanmu. Itu mungkin salah satu ujian dari Allah. Ingatlah, orang beriman itu pasti akan sentiasa diuji imannya. Yakinlah akan janji Allah, kuatkan diri anda. Allah sentiasa bersama :)
Insan sekeliling, ibubapa, saudara mara, sahabat handai.. Andai ada insan di sekelilingmu yang telah kau sedari perubahan mereka, berilah sokongan. Jangan pula bekerjasama dengan syaitan laknatullah menjatuhkan mereka. Andai hati anda masih belum disentuh, berdoalah, letakkan sepenuh harapan kepada Allah, cari jalan untuk mendapat hidayahNya.
Perubahan bukan menyuruh kita berubah dengan mendadak, insyaAllah berubahlah sikit-sikit, dari sikit itulah ianya akan menjadi banyak. Mulalah dengan meninggalkan segala yang dilarang, melakukan segala yang dikehendaki, mendirikan solat lima waktu, bersedekah, membuat baik kepada yang muslim dan bukan muslim, menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan sering menghadiri majlis ilmu serta terus memohon doa kepada Allah agar diberikan hidayah, berdoa dan terus berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk menepis segala hasutan syaitan dan godaannya.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka " 
QS 13:11
Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari hidayahNya, moga Allah merahmati kita semua, Ameen ya Rabb.
Wallahua'lam.

p/s: moga hidayah Allah sentiasa bersama hamba-hambaNYA yang memerlukannya....

Makanan Kegemaran Rasululah

Kurma~ Daripada Salman ibn 'Aamir, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “Sebaik-baik makanan sahur orang yang
beriman adalah buah tamar” (Hadis riwayat Abu Daud)

Madu~ Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”
“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah

Buah tin & zaitun~ Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Makanlah kamu semua dan makan darinya (Buah Tiin), sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam lagi. “Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata ‘Inilah buahnya’. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi.”
Dalam surah At-Tiin,Allah berfirman: “Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat s
up.


2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ^___________^

SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias

Endless Love (Filipina Drama)





Johnny and Jenny grew up together as siblings under the care of their parents Robert and Katherine. Johnny loves his sister very much and is very protective of her. Their lives were discrupted when they found out that there was a case of baby switching in the hospital on the day that Jenny was born. They discovered that the real daughter was Shirley, the poor, mean and resentful classmate of Jenny. The lives of Jenny and Shirley are dramatically reversed in an instant. Jenny wants to stay but Shirley keeps pressuring her to leave. The weak-willed Jenny decides to run away and stay with her hostile biological mother Suzy and her good-for-nothing brother Jojo. Meanwhile, Johnny and his family opt to live abroad.

Years later, Jenny grows up to be a simple, beautiful and kind-hearted young lady. She works as a chambermaid in a hotel resort. She meets a conceited and naughty hotel owner named Andrew who gets smitten by Jenny's charm and beauty. Andrew does everything to get Jenny's attention. He soon realizes that Jenny is slowly changing him for the better. The guy proudly tells his best friend that he has found the woman he truly loves.

It turns out that Johnny is the best friend of Andrew. Johnny returns from abroad to look for his beloved sister and after many years of separation, the "siblings" reunite. As Johnny and Jenny get to know each other after so many years, they start to fall in love. Jenny feels conflicted, because she is dating Andrew. Johnny hides his emotions as he is preparing to be married to his long-time girlfriend. At this time, Jenny will have Leukemia. The family and the villains of Jenny are shocked because Jenny has Leukemia and the anger of the villains Shirley and JoJo changed into love for Jenny. Days later, Johnny and Jenny finally get married and awhile after, Jenny dies. Before Jenny died, she wrote letters to her mothers, her father, Johnny, and Shirley. During her funeral, all of them read the letters Jenny left them. In Jenny's letter to her mothers, she states that she's lucky to have two loving mothers. In her father's letter, she states that she loves him very much and is the only father she knew. Though the contents of shirley's letter was never revealed, it is shown that Jenny gave shirley the Mickey Mouse watch Johnny bought for Jenny when they were teenagers. Finally, in Johnny's letter, she asks him to continue biking and always imagine that Jenny is riding with him, and not to follow her in death. Afterwards, Johnny asks Andrew to deliver Jenny's ashes to her favorite beach and asks that only him will do this and no one else. Andrew asks Johnny if he's gonna go, but Johnny replies that he wants to say goodbye to her in his own way. Afterwards, Johnny is shown biking on the road where he and Jenny always went biking, but Johnny stops in the middle of the road and doesn't notice that there is truck coming and gets hit by the truck. After looking at the sky, Johnny says that he and Jenny will be together again. Johnny dies afterwards. The Series ends with two kids (Presumably Johnny and Jenny) biking down the road where Johnny and Jenny always went biking.

Cast and Characters
Dingdong Dantes as Johnny Dizon - Johnny is very close to his sister Jenny, but they were forced to separate when they learned that their not real siblings. Years after, Johnny will look for Jenny and but passionate love will blossom between them.

Marian Rivera as Jenny Dizon/Jenny Cruz - At the beginning of the story, Jenny will live a comfortable and happy life with her parents Robert and Katherine and brother Johnny. But this will all change when she discovers that she does not really belong to the family she grew up with.

Dennis Trillo as Andrew Tantoco - The rich hotel owner where Jenny works as a chambermaid. Andrew will also develop feelings for Jenny and willing to do whatever it takes to win her love and affection.

Nadine Samonte as Shirley Cruz/Shirley Dizon - Andrew's envious and domineering girlfriend. The real sister of Johnny and the fierce rival of Jenny. She will make Jenny's life a living hell.

Bela Padilla as Yumi Ramirez - Johnny's agonizing fiancee. She and Shirley will joined force to separate Johnny and Jenny for their own gain.


p/s: cerita ni sama @ lebih kurang dengan cerita korea pertama aku tengok zaman sekolah menengah dulu iaitu Autumn in my heart....Best...superb....x rugi jika tengok ni....Sad ending bila perempuan tu meninggal tapi happy ending bila lelaki tu kena langgar dan meninggal. Kemudian mereka bersama di sana....hihi


nak download cerita ni @ cerita lain boleh kunjungi blog ni...best blog ni...update jew ceritanya...kebanyakkan cerita aku download kat sini kepalabergetar.

Adios!


Wednesday, April 11, 2012

GEMPA BUMI DI ACEH 11 APRIL 2012 – AMARAN TSUNAMI DIKELUARKAN

Agensi mitigasi bencana Indonesia menghantar pasukan penyelamat ke Aceh, susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 hari ini, yang disusuli dengan amaran tsunami yang dikeluarkan kerajaan Indonesia. Gempa bumi kuat itu menyebabkan bekalan elektrik di beberapa wilayah terputus, manakala orang ramai bergegas ke kawasan lebih tinggi.
Gempa bumi sangat kuat dirasai, bekalan elektrik terputus, jalan menuju ke kawasan tinggi sesak dan kedengaran siren di merata tempat. Bacaan ayat suci al-Quran kedengaran di semua masjid.
Jakarta – Badan Meterologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengatakan gelombang tsunami sudah terdeteksi di Sabang dan Meulaboh, Nanggroe Aceh Darussalam. Berdasarkan data dari BMKG, akibat gempa berkekuatan 8.3 pada Skala Richter yang terjadi pada Rabu (11/4/2012), sekitar pukul 15.38 WIB, telah terdeteksi tsunami di Sabang pada pukul 17.00 WIB, dengan ketinggian 0,06 m dan Meulaboh pukul 17.04 WIB setinggi 0.8 meter. – Petikan Inilah.com
Menurut maklumat media Indonesia, gempa berkekuatan 7,6 Skala Richter telah melanda Nangroe Aceh Darussalam. Gempa itu berada di koordinat 2.32 LU, 92.82 BT. Kedalaman gempa berukuran 10 kilometer. BMKG mengeluarkan peringatan adanya potensi gelombang tsunami untuk wilayah Provinsi Aceh, Sumatera Utara, Bengkulu, dan Lampung.
Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Jadi kita semua perlu berjaga-jaga dan elakkan dari berada berdekatan kawasan pantai. Ini kerana ada maklumat mengatakan Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am. Takut sekiranya berlaku kejadian tsunami.
Amaran tsunami ditarik balik sekitar Lautan Hindi 

BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia. 

Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi.

Penduduk di kawasan bandar persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.

Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.

Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. - AP (BH Online)
Malaysia juga turut terkena tempiasnya disekitar Perlis, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah gara2 gempa bumi ini.....Namun alhamdulilah, Malaysia sudah terkeluar daripada amaran tsunami..cuma Singapura & Indonesia aje belum lagi...
Gempa bumi dan segala macam bentuk malapetaka adalah suatu peringatan daripada Allah Ta'ala terus kepada kita agar kita kembali kepadaNya.. Bukan hanya dengan membiarkan saja timbul rasa takut dan bimbang sahaja dengan keselamatan kita di dunia, namun selamilah hikmah yang Allah telah jadikan itu kedalam hati kita.. Ini menyedarkan kita akan 'kesengsaraan' dan 'ketakutan' di akhirat lebih parah dan hebat daripada semua 'kesengsaraan' dan 'ketakutan' yang ada di dunia ini..Sebenarnya bala dan malapetaka yang terjadi adalah kerana tangan2 manusia sendiri yakni semuanya berpunca daripada manusia sendiri, dari segi kerosakan, kemaksiatan dan segala kemungkaran yang berlaku.
"...Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dar (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." - Ar-Ruum; ayat 41
Jangan salahkan alam, jangan salahkan sesiapa...Namun salahkan bangsa manusia kerana kita telah merosakkan dunia dengan sifat zalim kita iaitu 'tidak meletakkan sesuatu kena pada tempatnya'...seperti pemerintahan, memberikan kuasa dan sokongan kepada pihak yg tidak mahukan Islam dan sebagainya...
Gempa bumi dan gegaran yang berlaku adalah suatu tanda kecil kiamat.. Sesungguhnya bumi ini sudah terlalu uzur dan berusia, sepertimana dalam peristiwa israk mikraj Rasulullah, dimana Rasulullah telah melihat seorang perempuan tua yang telah bongkak dan sangat berusia, lalu baginda telah bertanya kepada Malaikat Jibril, siapakah dia? Lalu Malaikat Jibril menjawab, itulah dunia dan begitulah usia dunia ketika saat itu... 

Maka, bagaimanakah usia dunia pada ketika ini? Renungkanlah.. Kita sudah hampir kepada pengakhiran kehidupan dunia..
[Allah Swt hantar signal di Acheh, hampir satu dunia berdoa. Allah Swt hantar signal di Palestine, berbillion muslim berdoa. 

Kalau Allah Swt tak hantar signal, kita mungkin dalam kealpaan sombong tidak berdoa. kan? Dan ada juga yang masih tak sedar dgn signal... kita kena sedarkan mereka kan? :) Wal-Asr. - Ustaz Maghrib Tadi

Allah Swt ingin mendengar hamba-hambanya berdoa kepadaNya] - iluvislam.com
Tanya pada diri, fikir mengikut iman... 
Tafadhal, Wallahua'alam

Sekadar bingkisan;
-Tarianpena-