Friday, August 7, 2009

Laporan Amali 3

LAPORAN AMALI 3
Pada 4 Ogos 2009, ahli kelas kami telah melaksanakan tugasan amali yang ketiga. Di dalam tugasan amali ketiga ini, kami dikehendaki membuat kajian terhadap perkembangan kemahiran melukis melalui peringkat-peringkat perkembangan seperti membuat contengan, pergerakan corak terkawal, garisan terkawal, bentuk terkawal, bentuk bermakna, bentuk simbolik dan lukisan bermakna. Kami juga perlu menjalankan aktiviti mengembangkan kemahiran melukis.
Bagi kemahiran melukis, kemahiran kanak-kank maju mengikut peringkat yang tertentu. Semakin meningkat usia, semakin berkembanglah kemahiran melukis. Pada tahap permulaan melukis, kanak-kanak akan menconteng pada satu buku kertas sahaja. Setelah kanak-kanak bertambah yakin maka contengan akan memenuhi kertas tersebut. Sedikit demi sedikit mereka akan mencuba. Kanak-kanak maju dari satu peringkat ke peringkat seterusnya bergantung kepada kebolehan dan tahap pembelajaran mereka. Sebagai guru, kita boleh membantu dengan menyediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti mereka. Mereka juga perlu diberi peluang untuk mencuba sesuatu perkara yang diingini.
Manakala, bagi perkembangan kemahiran melukis kanak-kanak, koleksi-koleksi lukisan yang dipaparkan bertujuan untuk memahami bagaimana kemahiran melukis kanak-kanak berkembang dari usia 1 ½ tahun hingga 6 tahun. Bagi proses mengembangkan bakat kanak-kanak, mereka perlu banyak mencuba, sediakan bahan yang sesuai, memberi rangsangan, berbincang dan mempamerkan hasil kerja mereka.
Bagi amali kali ini, kumpulan kami telah memilih untuk melakukan aktiviti mewarna dan membuat contengan bebas dalam gambar yang telah dicetak. Kami telah memulakan sesi pengajaran dengan meminta ahli kelas kami yang berlakon sebagai murid prasekolah membaca doa dahulu. Selepas itu kami telah membahagikan kumpulan kepada 3 kumpulan mengikut umur iaitu 4, 5 dan 6 tahun di meja yang berasingan. Tujuannya, kami ingin melihat tahap pencapaian perkembangan motor halus murid-murid yang berbeza umur.
Kami telah menyediakan bahan bercetak iaitu gambar 4 jenis belon yang berlainan bentuk untuk diwarna dan dicontengkan. Sebelum itu, kami telah memberi arahan dan penerangan bagaimana untuk menjalankan aktiviti mewarna tersebut. Kami juga telah menyediakan sekotak pensel warna untuk setiap kumpulan. Kami telah menghadkan masa mewarna dan mebuat contengan selama 15 minit sahaja.
Selepas semuanya selesai, semua hasil lukisan dipersembahkan di hadapan kelas. Hasil kumpulan 4 tahun sangat menarik. Kami mengakhiri kelas dengan membaca doa.
Hasil daripada aktiviti yang telah dijalankan, kami telah membuat refleksi iaitu positifnya; aktiviti contengan sangan menarik, ianya juga dapat melihatkan daya imaginasi kanak-kanak dan mewarna belon sangat baik serta ianya mampu mengembangkan kreativiti kanak-kanak dan. Manakala teguran membina; kami tidak boleh terlalu memberi penekanan untuk kanak-kanak cepat menyiapkan tugasan, bahan jangan terlalu besar atau banyak kerana ini akan menyebabkan kanak-kanak mudah bosan dan malas. Kami juga boleh mengisinya dengan meletakkan huruf atau apa sahaja yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk terus leka dengan tugasan yang diberi.
Secara kesimpulannya, kami telah memahami setiap bahan yang digunakan haruslah kreatif dan mampu menjana tahap perkembangan sesorang kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak berlainan tahap perkembangannya.
antaRa RagaM2 yg seMpat diraKam:


KumpuLan ni jadi murid 6 tahUn


kUmpUlan ni puLa murid 4 taHun


ManaKala kumPuLan iNi muRid 5 taHUn


seMangat sue mewaRna


conTeNgan yG peLbaGai..


ruMate aKu paNdai warna jew..hahaha



baGi aKu ni yG paLing meNarik...
hasiL kerJa CHa..

TamAt lar kisaH aMali 3...
byk lg aMaLi nK keNa buaT idea da Makin kerinG...




Yang selalu kita baca tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanya…..

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina sehingga menjadi bayi seterusnya
menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan-Nya .Adakah kita tidak mengenang Budi, Allah yang menciptakan dan dengan rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerah-Nya. Jadi di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari............... untuk dijadikan renungan dan iktibar yang boleh diamalkan .


Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"