Friday, July 31, 2009

Laporan Amali 1

LAPORAN AMALI 1
Pada 28 Julai 2009, ahli kelas kami telah melaksanakan tugasan amali satu. Di dalam tugasan amali satu, kami dikehendaki membuat kajian terhadap perkembangan motor halus kanak-kanak prasekolah iaitu prasyarat kepada kemahiran menulis. Kami melihat melalui koordinasi mata-tangan, kebolehan memegang alat tulis dan kebolehan membuat lakaran asas (basic stoke).
Dalam koordinasi mata-tangan, kami melihat apabila kita menulis, mata dan tangan kita bergerak secara serentak. Mata melihat huruf yang ditulis oleh tangan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah memasukkan benang ke dalam jarum dan menguntai manik. Aktiviti-aktiviti ini dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak.
Bagi memegang alat tulis pula, terdapat pelbagai cara memegang alat tulis yang dicadangkan dalam buku-buku mengenai menulis. Menurut Ziviani (1983), cara memegang alat tulis adalah; ibu jari dibengkokkan supaya bahagian atas membentuk sudut tepat dengan bahagian bawah. Pensel mestilah dipegang secara menegak oleh hujung ibu jari dengan kuku hampir menyentuh pensel dengan seboleh-bolehnya ibu jari diletakkan bawah pensel. Ziviani (1983) menunjukkan kepantasan menulis mempunyai kaitan dengan cara memegang pensel.
Manakala, bagi kebolehan membuat lakaran (basic stroke), kanak-kanak akan mempunyai kelebihan membuat lakaran asas selepas memegang pensel dengan betul. Guru perlulah memastikan murid-murid mempunyai kemahiran asas menulis. Antara aktiviti ialah, kanak-kanak menconteng pada kertas, pasir ataupun dinding.
Kumpulan kami telah melakukan amali dengan memilih untuk melakukan motor halus koordinasi mata-tangan. Ahli kelas kami diminta berlakon sebagai murid-murid prasekolah manakala kami bertindak sebagai guru. kami telah membahagikan murid-murid kepada dua orang satu kumpulan.
Kami telah menyediakan bahan-bahan untuk amali iaitu jarum, benang, kertas dan labuci. Sebelum menjalankan aktiviti, kami telah memberi arahan dan penerangan cara untuk melakukannya.
Kami telah meminta murid-murid untuk melukiskan satu lakaran seperti kucing, bulan dan sebagainya pada kertas kosong yang diberi. Seterusnya, guru memberi arahan kepada murid-murid untuk menjahit labuci pada lakaran yang dilakar di atas kertas. Semasa proses menjahit, murid-muird dibimbing oleh guru. hasilnya adalah seperti di ruangan berikutnya.
Hasil dapatan daripada amali satu ini, kami mendapat pentingnya kombinasi mata dan tangan dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira menulis dan sebagainya. Ketelitian amat penting dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Faktor keselamatan murid-murid ketika menjahit menggunakan jarum perlu dipantau dan dibimbing oleh guru.

GMbr2 Masa aMali 1 kuMp aKu...


suE & cHik raJinnyer menJahit

pandai ke haN ngan faReez menjahiT????

teha tengok jew ke fiza mJahiT??? skiP yer...

cHeM & Cha ruMate seHati bDansa..huHu


eiJa tGk aNa mjahIt..tunJuk panDai yEp...

aNtara hasIl kerja daK keLas aKu yg berLakon jd murid prasekoLah..huhu

Ini HasiL kerja aku sendiri buaT layang2 tp xjadi mana pun...


No comments:

Post a Comment