Tuesday, September 6, 2011

Stanza Cinta: Hidup bukan untuk hidup..





Hidup bukan untuk hidup
Hidup untuk Yang Maha Esa
Hidup bukan untuk mati
Mati sebenarnya untuk hidup…

Salam Maghfirah. 

Salam 14 Ramadhan.

Moga kita masih tidak lelah untuk beramal demi merebut cinta Ilahi..

Sahabat-sahabat,


Hidup bukan untuk hidup..
Perlu disematkan dalam diri kita agar sentiasa mengingati bahawa bukan selamanya kita ini akan terus hidup. Mungkin sebentar lagi jika sudah sampai ajal kita pasti nyawa akan dicabut oleh Malaikat Izrail.

Kita tidak mungkin dapat menunda atau mempercepat walau sesaat walau kadar sekelip mata. 

"..Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
Yunus: ayat 49

Teringat di sekolah ana dahulu. Seorang pengawas putera memberi tazkirah tentang mati. Dia menggunakan perkataan “Time is Up!”. Ya apabila masa kita sudah tamat tiada lagi kompromi untuk kita. 

Kita bukanlah Nabi Allah Ibrahim a.s yang merupakan Khalilullah yang mana di saat hujung nyawanya didatangi Malaikat dan Malaikat meminta izin dengannya terlebih dahulu untuk dicabut nyawa. 

Antara inti bicara Nabi Ibrahim a.s:

“Adakah kekasih sanggup menyakiti kekasih dengan mencabut nyawa kekasihnya?”

Soalan yang diajukan Nabi Ibrahim ini membuntui Malaikat Izrail. Ini membuatkan Malaikat Izrail bertemu dengan Allah dan menyampaikan bicara Nabi Ibrahim.

Lalu Allah berfirman yang mafhumnya:

“Adakah kekasih tidak ingin bertemu kekasihnya?”

Mendengar jawapan yang dibawakan Malaikat Izrail dari Allah Taala itu membuatkan Nabi Ibrahim dengan senang hati menyambut undangan dari kekasihnya. Baginda tersangat rindu bertemu kekasihnya.

MasyaAllah..Subhanallah..indahnya cinta Allah..

Mati kita bukanlah penamat segalanya. Tetapi ianya permulaan episod yang lebih panjang. Permulaan bagi hitungan amal. Permulaan bagi sebuah kehidupan yang kekal abadi di negeri abadi. 
Mengapa perlu gentar untuk mati.. sedangkan ianya merupakan episod indah kisah cinta seorang kekasih dengan Pencipta kasih dan cinta iaitu Allah Subhanahu waTaala.

Jadikan ingatan kita akan kematian sebuah landasan untuk kita gentar dengan Allah. Gentarlah kita dengan amal yang menjadi bekal untuk dibawa bertemu ke sana nanti. Gentarlah dengan amal yang dilakukan semasa hayat kita. Moga-moga dengan secoret gentar kita ini membuahkan taqwa (klik sini untuk tahu lebih lanjut tentang TAQWA)

Jadi sahabat-sahabat, jadikan Ramadhan kali ini medan terbaik untuk kita memperbaiki amalan kita. Jadikan Ramadhan satu madrasah (sekolah) untuk mendidik kita menjadi insan yang bertaqwa. Moga dengan menjadi insan yang soleh dan bertaqwa kita kita tidak akan gentar untuk mati tetapi menjadi perindu kepada mati yang membawa kita bertemu dengan kekasih kita..



Apa kaitannya kata-kata indah di atas dengan Stanza Cinta?

Bagi yang mengikuti drama Stanza Cinta setiap hari Ahad jam 9 malam pasti pernah terdengar kata-kata ini dalam episod keempat. Ana petik beberapa bait kata indah sebagai review ana terhadap cerita ini. Kata-kata indah yang terlahir dari bibir Amni yang dilakonkan oleh Nur Fathia. 

Hidup bukan untuk hidup
Hidup untuk Yang Maha Esa

Hidup bukan untuk mati
Mati sebenarnya untuk hidup…

Tahniah! ana tujukan kepada perangka ceritanya iaitu Puan Nurull Halawati. Ini merupakan novel sulung beliau dan yang mengkagumkan ana adalah kisah yang digarapnya berjaya dipaparkan di kaca televisyen. Bukan itu sahaja, apa yang membuatkan hati ana sangat tertarik dengan cerita ini adalah ianya berunsur Islamik! Bukan senang untuk bertemu penulis yang menyampaikan kalam dakwah dekad ini. 

Penulis seperti Zaid Akhtar dan Fatimah Syarha merupakan inspirasi ana dalam dunia penulisan. Moga ana mampu menulis seperti mereka ini. Menulis sambil berdakwah..


bila Baca blog ni, aku rasa tertarik dengan tulisan beliau. aku peminat novel dan pernah membaca novel stanza cinta ni dan menonton cerita ni yg sedang hangat ditayangkan....namun definisi secara mendalam bagi orang seperti aku yg kdg2 hanya membaca & melihat sahaja tidak lengkap jika tidak mendalami makna & pengertian yg ingin disampaikan....
kata-kata indah yg dituliskan dan diperkatakan

Hidup bukan untuk hidup
Hidup untuk Yang Maha Esa

Hidup bukan untuk mati
Mati sebenarnya untuk hidup…

sangat menyentuh jiwa ini....bukan nak jiwang tapi sesuatu perkara tu kan x semua orang dapat....hidayah drp ALLAH pun x semua orang dapat rasakan...semua hidupku hanya untuk DIA...amin 

No comments:

Post a Comment