Saturday, December 17, 2011

Redha

Assalamualaikum….



Sejak cuti tiada 1 catatan pun yg berkisahkan riwayat hidup hamba Allah ini. Ini mungkin yg terakhir catatan santai di coretkan. Mungkin selepas ini lebih berkisahkan perihal lain…
Dalam melayari kematangan kehidupan seorang manusia & hamba Allah di muka bumi ini, aku makin sedar yg aku makin lalai. Bukan kata tidak bersolat 5 waktu & berpuasa namun pelbagai perkara yg berlaku & aku laluinya bagiku bagaikan 1 perihal peringatan Allah kepadaku yg tidak semuanya akan manis…pasti akan ada kepahitannya!

Ya, aku telah merasainya… bagaikan mahu commit suicide..nauzubillah…imanku masih menetapkan aku ditahap kewarasan & berpegang teguh kepada ajaran agamaku agama ISLAM…  Alhamdulilah, kekecewaan yg aku lalui ini bukanlah gara2 putus cinta, rasa khianat dalam persahabatan @ sebagainya. Namun biarlah ianya berlalu… aku teramat kecewa. Kecewa pada diriku, marah pada diriku & rasa kesal sangat bertali arus terasa. Aku ingat lagi, aku tidak berani untuk memberitahu kpd mak & ayahku kerana ini akan membuatkan mereka merasa kecewa dgnku… Aku bukan pergi merompak, mencuri, menipu @ membunuh orang… Tapi jika diketahui umum pasti orang hanya akan berkata aku ni psiko, terlalu berharap tinggi & sebagainya. Jadi sebelum ada mulut yg tidak senang baik apa yg dikecewakan menjadi simpanan peribadi aku, Ain & Nette…. 

Wakitu itu aku ingat lagi, bagai nak terjatuh rebah dan diri ini tidak kuat, aku berdoa kepada Allah…‘Ya Allah, andai ini yg Kau berikan padaku aku redha. Namun kuatkanlah semangatku yg hampir lumpuh & diriku yg semakin kusut ini. Berikanlah aku hidayah-MU yg teramat aku inginkan. Ya Allah, Kau yg maha mengetahui. Aku akur dgn _________. Mungkin inilah balasan di atas kealpaanku pada-MU & rasa riak yg mungkin menimbulkan rasa yg tidak baik pada yg lain. Tiada lain yg ku pinta hanyalah kembalikan kekuatan, semangat & iltizamku untuk terus menoleh ke hadapan kerana masih terlalu jauh perjalananku. Ya Allah, aku teramat lemah dalam ujian-MU ini. Aku malu. Malu pada diriku, pada keluargaku, pada rakan2ku…. Apalah dayaku, semuanya telah ditentukan oleh-MU. Aku redha Ya Allah…’

Mungkin ada beranggapan ini hanya catatan biasa namun apa yg dinyatakan semuanya dari hati…Kenapa ada nama AIn & Nette? kerana selepas itu aku telefon rakan baikku (kawan lama sejak dari sekolah) Ain…. Pada dia aku adukan rasa di hati. Masa tu aku sedang menangis tapi control walaupun Ain sedar suara aku tenggelam timbul kerana mengawal rasa. Ain banyak bagi aku nasihat. Yelah, dia pun bercakap melalui pengalamannya sendiri malahan dia pernah lebih teruk daripada aku… Habis bercakap baru reda sedikit. Namun Allah sahaja yg tahu apa yg terjadi pada aku masa tu. Malam tu aku b'sms dgn Nette. Walaupun Nette ni non-muslim tapi banyak persamaan kami bersama. Yup, kami memang senasib cuma masalah yg berbeza. Jadi senang kami berkongsi perihal hidup masing2 lagipun  jarak lautan selat China memisahkan kami untuk bersua muka...Hidup aku ok2 lah walaupun hakikatnya malam tu aku masih lagi berfikir, tak dapat tidur, menangis & berdoa pada Allah minta ditenangkan hati yg tidak tenang ini. Ianya terus & akan sentiasa ada dalam hatiku. Ain ada sisipkan pesanan di fb aku yg pada mulanya aku agak beronar2 & seakan2 menyalahkan orang lain juga (siapa yg perasan, perasanlah);

yes!REDHA..2 je jawapan terbaik bg setiap apa yg kite rs..ingt,kalau kita rs nasib kita teruk,ade lg yg lg teruk dr kita.bsyukur apa kita ada...sy pnh lalui lebih teruk,lebih perit dr awk...dan bila sy dpt sesuatu,sy blh rs NIKMAT 2 adalah hadiah dan bayaran sgt bharga atas apa dugaan yg pnh tjadi sblm ni..ingat,semua tjadi ada hikmahnya...dan sy doakn moga awk juga dpt nikmat 2 suatu hari nnti...kita ada masa lg,gunakan sebaik2nya ye sahabat....... ♥

Esoknya, aku keluar bersama sepupu2 yg pulang ke kampung. Tak jauh..bawak pergi main-main kat pantai..masa tu release sikit… Keesokkannya, teman2 aku sekolah menengah bawak keluar ambil angin pantai waktu malam…aku sedih2 pun tapi depan orang lain aku memang tak nampak sedih sebab I’m pretend to be happy…(Ni tiada kaitan tapi saja nak tulis, kerana bila aku resah, sedih, kecewa aku akan buat 3,4 perkara: 1.Berdoa 2.Mengaji 3.Tidur 4.Tengok laut.... Siapa yg kenal kenallah. Biasanya aku akan selalu mengaji apabila aku rasa pelbagai rasa, aku pun tak tahu kenapa tapi itulah yg selalu aku buat. Tidur itu ubat sakit sementara. Deruan ombak memberikan aku kedamaian. Doa tempat aku meminta & menginsafi pada DIA.

Aku tak pasti apa yg berlaku sekarang… Namun dalam kepala aku ingin berhijrah… Ditambah lagi sejak bermimpi akan balasan Allah beberapa malam & dicampur dgn ujian yg diberikan oleh Allah, aku berfikir yg aku perlu berubah… berubah menjadi lebih baik... Tapi aku sedar, aku bukanlah manusia yg kuat….Mungkin ini adalah ujian yg terbaik Allah berikan kepadaku kerana diri ini sentiasa alpa pada-NYA. Tidak menyalahkan persekitaranku namun aku yg tidak mampu menjadi seperti ikan yg tidak akan berubah rasanya walau diletak di lautan yg masin….

Tapi… ya… kini aku ingin berubah… berhijrah menjadi lebih baik… Ini bukanlah editing daripada novel versus mahupun contengan jalanan karya Hlovate yg aku baca namun ini adalah rasa di hati...Di tempat aku belajar.. sudah ramai rakan2 berubah.. berubah menjadi lebih baik.. aku tidak melihat orang lain tapi cukup sekadar adik aku di dalam kelas aku sendiri Afiq… kerana kenal peribadi beliau sebelum ini membuatkan aku kagum.


Firman Allah yang bermaksud:
“Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” – (Surah al-Mulk, ayat 1-2) .

Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah.
Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar.” – (Maksud al-Hadis)

Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan. Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.

Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud: “Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati.” (Surah al-Haysr, ayat 2)

Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka. Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan.

Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa.
Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.

Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati :Bersyukur kepada Allah dan Membilang Nikmat-Nya

Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmat-Nya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin.” - (Surah Luqman, ayat 20)

Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.” – (Surah Ibrahim, ayat 34)

Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata:
“Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat.” – (Surah an-Namlu, ayat 20) .

Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.

Musibah Menghapuskan Dosa
Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya.” – (Maksud al-Hadis)

Bersabar Tanda Kemenangan
Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat.” –(Surah al-Hadid, ayat 23)

Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah
Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting. Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.

Membaca al-Quran
Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik. Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain. Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.

Kini, aku lebih mendekatkan diri pada-NYA. Untungnya aku berada & mempunyai mak ayah serta keluarga yg sentiasa mengajak aku berbuat kebaikan. Aku sudah rajin bersolat 5 waktu, solat sunat, mengaji Quran, ke masijd & surau untuk mendengar ceramah, berpakaian lebih baik. Bukan untuk menimbulkan rasa riak di hati sehingga menyebabkan orang lain salah faham namun ini adalah satu rasa yg asing dlm diriku selama 23 tahun aku hidup di muka bumi Allah ini. Mak aku pun pelik melihat aku rajin sekarang hendak mengaji dengan ayah aku kerana sebelum ini aku spesis liat nak mengaji, bangun subuh pun dah nak pukul 6.45 itu pun dipanggil… Alhamdulilah..masih terlalu awal & hijrah ini agak berat sebenarnya buat aku yg selama ini sukakan perihal duniawi & kadangkala semasa aku sedang sibuk membuat assignment @ tugasan lain aku terlupa tanggungjawab aku sebagai seorang hamba Allah. Aku lebih rela habiskan waktu print assignment daripada terus bersolat sebaik sahaja terdengar azan, aku lebih rela berjaga malam untuk belajar semata-mata daripada bangun bersolat tahajud & qiam walaupun untuk setahun sekali… Terlalu banyak yg aku alpakan. Sebaik sahaja diberikan hadiah kealpaan aku, aku terus bangkit dari lena. Banyak! Terlalu banyak! Hingga tidak mampu ku kira banyaknbya dosa-dosaku.

Aku mengharapkan perubahan ini, biarlah ianya berkekalan & menjadi lebih baik kerana aku tahu & aku sedar inilah yg aku inginkan sejak lama dulu yg terdetik jauh disudut hatiku.

Betullah kata orang, Allah berikan kita ujian & kita akan mengingatinya. Redha itu sangat manis walaupun jauh disudut hati ini sentiasa menangis kerana terluka. Pedih namun terubat. Pahit tapi manis.

Seperti kata Mila dalam Ombak Rindu tengok skuel thriller: “Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”

Banyak orang tidak akan faham apa yg berlaku sekarang & aku harapkan ianya bukan benda asing…Cuma yg aku harapkan aku kuat menjadi yg lebih baik…insyaAllah

Selepas ini kurangkan bercakap, banyakkan amalan, siapkan kerja & sentiasa tersenyum.
Allah itu adil. DIA mendengar doa hamba-hamba-NYA.

Alhamdulilah, aku tidak tipu… KETENANGAN diperolehi… alhamdulilah…

Aku memohon semua kemaafan atas segala khilaf sama ada secara sengaja @ tidak sengaja yg aku lakukan… Harapku, moga aku kuat untuk menempuhi dugaan yg mendatang. Aku bukan berubah 180` kerana bimbingan masih diperlukan bagi diriku yg serba kekurangan & lemah ini. 

Terima kasih MAK AYAH kerana menjadikan Angah ingin berubah menjadi lebih baik dalam setiap doa kalian. dalam setiap doa kalian.

Ya Allah, teguhkan imanku, kuatkan aku… Sesungguhnya aku percaya segala ketentuan-MU hanyalah yg terbaik untuk umat-MU Ya Rabbi….amin

P/S:
Ini hanya luahan rasa hati yg tiada apa2 maksud lain, tidak perlu dipersoalkan mahupun diwar-warkan…
aku bersyukur kerana diberikan jalan yg terbaik ini…
aku juga bersyukur diterima part time di MegaZine kerana di situ cita-citaku dapat dilunaskan
aku juga bersyukur akalku masih waras & sakitku berkurangan
aku juga teramat bersyukur kerana diberikan ujian ini yg membuatkan aku banyak berfikir
Allah itu maha kuasa dan maha mengetahui….. ^_____^


catatan: aku insan kerdil di sisi-MU Ya Allah.......




No comments:

Post a Comment