Saturday, January 7, 2012

Praktikum Fasa 3

Alhamdulilah...syukur pada Allah...maklumat mengenai praktikum telah diketahui hari ini semalam (12am now). Aku dapat di SK Bandar Jerantut... Di mana tu? Tidaklah diketahuinya tapi melalui maklumat rakan2 & adik2 junior dekat area bandar lama Jerantut dan bersebelahan dgn pejabat PPD. Kali ni alhamdulilah sekali lagi dapat berpraktikum dgn Afiq (my partner part 1). Serius terkejut! Sebab, langsung tak menjangkakan keputusan ni namun redha walaupun tidak bersama Ieja seperti yg dirancang & diinginkan. Kami akan dinilai oleh En Che Lah untuk major Prasekolah & Tn Hj Bakari untuk minor Muzik dalam Prasekolah. Begitulah putaran alam, ada sedih & gembira, suka & duka. Alhamdulilah lagi sekolah aku berdekatan dgn sekolah Ain (klazmate) yg bakal buat bersendirian praktikum, jadi tidaklah rasa terumbang-ambing & selesa sedikit bila ada yg sudah kenal. Tahu2 sahaja kebetulan semasa ke JIP untuk berjumpa lecture En Ab. Karim untuk pembelian buku kajian tindakan, aku terserempak dgn Pn Rofida. Alhamdulilah Puan membantu kami mendapatkan rumah sewa di sana & insyaAllah pagi ini (around 9am) aku & Ain akan pergi melihat rumah sewa & berbincang harga rumah serta sekolah kami. Kemungkinan besar kami akan tinggal bersama dgn budak Pemulihan yg 1 sekolah dgn aku...namun segala-galanya terserah apabila kami ke sana nanti sambil ditemani Izza (itupun jika dia tak jadi nak tengok rumah sewanya!)


Mungkin ini telah diaturkan oleh Allah...Sebagai hamba-NYA aku hanya berserah & bertawakal dgn qadak & qadarnya. 

Homework???? Banyak2.... Weekend ni selain mencari rumah sewa & sekolah praktikum kena siapkan bayang2 proposal kajian tindakan untuk di hantar kepada Dr Azhar Isnin ini.. Lepas itu pembentangan power point model kajian & tutorial EDU3107. Fuh!!! Ingatkan boleh relax2 aje tapi sedapppp!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi oklah, Dr Azhar bagi kami tugasan yg akan menyenangkan kami nanti & aku suka cara Dr mengjar kami dalam kelas walaupun kadang2 terdetik di hati ini 'Dr bila nak take five?' hehehe

Semoga Allah merestui perjalanan aku semester ini dgn jayanya. Segalanya ku berserah pada-MU Ya Rabbi...

Kena tidur awal esok nak bangun pagi subuh di surau..insyaAllah...=)

Semoga kita semua dilindungi & dirahmati oleh Allah SWT...amin

No comments:

Post a Comment