Friday, December 14, 2012

MENGENALI RACUN HATI

               “Hai orang-orang yg beriman, janganlah kamu mendahului Allah & RasulNYA, bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 
(Al-Hujurat: 1)

Ketahuilah bahawa semua maksiat dalam bentuk apapun adalah merupakan racun bagi hati, penyebab sakitnya hati bahkan juga penyebab matinya hati. Berkata Abdullah Ibnu Mubarak:


            “Meninggalkan dosa & maksiat dapat menjadikan hidupnya hati, dan sebaik-baik jiwa adalah yg mampu meninggalkan perbuatan dosa dalam dirinya. Maka barang siapa yg menginginkan hatinya menjadi hati yg selamat hendaklah membersihkan diri dari racun-racun hati, kemudian dengan menjaganya tatkala ada racun hati yg berusaha menghampirinya & apabila terkena sedikit dari racun hati bersegeralah untuk menghilangkannya dengan taubat dia istighfar.”


Racun-racun hati itu banyak jenisnya, antaranya adalah berlebih-lebihan (banyak) bicara atau fudhulul kalam. Dikatakan bahawa memperbetulkan istiqamah iman sebelum istiqamah lisannya. Oleh ekranan itulah Islam mengajarkan umatnya agar tidak banyak bicara tanpa disertai zikir kepada Allah, kerana akan mengakibatkan kerasnya hati.


*Terjumpa keratan kertas drpd Lajnah Dakwah & Ceramah BIAGA IPG*

p/s: Sama-samalah kita menjaga hati masing-masing. Bagi aku solat tu yang penting serta hubungan kita sesama manusia terutamanya kedua ibu bapa memainkan peranan dalam membentuk hati yg bersih.
Renung-renungkan, jaga hati masing-masing… ^___^


No comments:

Post a Comment