2012 telah berlabuh tirainya… Tepat jam 12am di tanggal 01 Januari 2013, aku mengagahkan diri walaupun diri sendiri kusut dengan pelbagai perkara yang tak sudah2. Usai perginya tahun 2012 bermakna telah berlalu segala memori suka duka, pahit manis, kelam cerah akan kehidupan kita yang lepas. Usah dikenangkan lagi waktu itu, simpankannya sekadar dalam ingatan menjadi pedomen dan pengajaran yang baik mahupun buruk dalam meniti perjalanan hidup yang mendatang kelak. Banyak kisah inginku coretkan di sini, kisah sepanjang hidup setahun yg lalu (Yelah, takkan nak story kisah 23 tahun ke belakangkan? *Opss…rahsia umur makin terdedah =p * hahaha)
2012, aku kira satu kisah manis telah berlaku dalam diri
aku. Di mana aku mula mendekati dengan lebih dekat sejadah, surau dan buku2 berarahkan Islamik serta al-Quran…
Bukanlah nak kata diri ni di tahun2 yg lalu jahil namun kurangnya keteguhan
iman dalam istiqamah mengerjakan urusan Allah SWT. Sememangnya aku akui, ianya
datang selepas aku rasa ralat (kecewa sebenarnya) dengan result aku di sem 6
yang dah 2 tahun berlalu…. Bila masuk final year (2012), aku kuatkan semangat,
kuatkan iltizam.. Hijrah itu perlu dilakukan namun istiqamah dalam melakukannya
lebih penting… Namun harus aku akui, aku manusia daif yang kadang-kala lemas dalam
rayuan & bisikan syaitan yg halus membasuh telinga, minda & mata aku…
Kadang-kala tergelincir namun apabila hampir terjatuh aku memeluk kitab Allah
Al-Quran supaya aku lebih tenang & solat kian dipergiatkan…
Di tahun ini juga, aku menyaksikan satu per satu sahabat2
aku berhijrah menjadi lebih baik. Ada rasa iris hati di hati kerana aku tidak
sekuat & seteguh mereka. Aku biasa2 sahaja. Cukup bagiku menjaga diri &
menunaikan kewajipan aku sebagai hamba-NYA. Namun puaskah aku? Sorotan mata ini
melihat sahabat2ku berhijrah, aku pasti tersenyum & berdetik… ‘Semoga suatu
hari nanti aku juga seperti mereka!’ Hijrah itu indah…. SubahanAllah…. Indahnya
& manisnya Islam itu…
Tahun lalu juga memberi aku kenangan yang tidak mampu dijual
beli bersama rakan2 sekelas (PISMP Pra Jan 09) yg banyak memahat memori beribu
rasa yg sukar digambarkan. Walaupun zahirnya, aku tidak mampu memberi rasa
dalam hati ini, namun mereka tetap kesayangan di hati ini. Terlalu banyak budi
yg mereka tabur sepanjang 5tahun 5bulan aku berikrar berjanji sebagai salah
seorang guru pelatih. Terlalu banyak! Hanya Allah sahaja yg mampu membalas jasa
kalian. Syukurlah, di tahun akhir kami sekelas kurang bergolak & dilanda
ombak ganas.. Setakat sepoi2 tu normal lar kan hehe
2012 juga 1st time aku keluar travel bersendirian
(bersama Ieja) ke Sabah. Serius cakap, tak pernah berjalan sejauh tu dengan
kawan2. Dengan family tu lain lah kan… Nyata… travel ngan kawan2 lagi best kot
hahaha *Thanks Ieja, DK (bff di KK) untuk moment itu*
Walaupun 2012 ni, menyaksikan aku kurang merapatkan diri
dengan kawan2 aku di tahun2 sudah.. Bukan kerana melupakan, tetapi kekangan masa yang terlalu menekan
menyebabkan aku tiada masa. Seharian masa aku banyak dihabiskan di dalam bilik
di hadapan lappy atau mengisi sedikit kekosongan waktu dengan tidur atau
membaca. Tahun ni jugak, tak sempat nak pergi mandi-manda dengan kawan2… Tapi
sempat pulak pergi enjoy di Genting hahaha
Ting…tong….
Aku perhatikan jam di lappy dah menunjukkan
1200am 010113… Aku masih meneruskan jejari ini menari2 di keyboard lappy aku
hehe
*1st time New Year aku tak menghadap tv tau,
appreciate sikit lar kan hahah*
2012… menjadi guru praktikal di SKBJ telah memahat kenangan
yang sangat bermakna buat aku. 4 bulan aku mengutip pengalaman & nasihat
daripada orang2 berpengalaman untuk dijadikan ingatan di hari aku seperti
mereka kelak (entah bila kunjung tibanya waktu itu). Berjumpa budak secomel Naufal pasti buat aku tersenyum sentiasa..=)
2012 juga mencatatkan ramai kawan seusia dengan aku
menamatkan zaman bujang mereka termasuklah dia kisah lama ketika belasan usia….
Doa aku, semoga kalian kekal hingga ke syurga =)
2012 juga (amboi banyak benor kisah lalunya)… satu2nya bff
aku yg berlainan jantina, kami rapat kembali *keep in touch balik* setelah
beberapa tahun (dalam setahun ada sekali dua msg) menyepi… Kami berkawan sejak
tahun 2005. Dia merupakan salah seorang pencetus kenapa aku di IPG…Banyak di bantu aku sebelum aku masuk IPG. Indahnya
mempunyai sahabat yg baik.. Cukuplah kami sekadar bersahabat. Berjumpa tidak
pernah selepas habis tuisyen masa SPM dulu sehinggalah kini… alhamdulilah,
batas kami sebagai kawan dijaga.
2012 Melihatkan aku berjaya tamat pengajian dengan meneruskan amalan study group sejak foundation hingga degree.. Terima kasih banyak2 kepada rakan2 study group sy esp Chem, Ez, Ieja, Afiq, Han, Fareez, geng ber8 & rakan2 berlainan course Jie, Cida serta Ain, Atikah & Azni rakan2 di alam maya yg membantu aku tidak kira di semester berapa pun pernah & masih hingga ke semester akhir.. Jasa anda semua akan aku kenang selagi hayat dikandung badan. *Khas dedicated buat Chem & Ez kerana setia bersama study group hingga ke semester 8 serta Ieja yg rakan study group aku yg terbaik... Terima kasih korang... aku hargainya!!
2012.. Berkat doa kedua ibu bapa aku... alhamdulilah... hadiah untuk mereka.. sebaik sahaja melihat result semester terakhir aku dengan cgpa 3.80.. Sekadar berkongsi rasa syukur alhamdulilah aku, rasa syukur yg tidak terhingga & sukar digambarkan perasaan aku. Terasa berbaloi, penat lelah selama 5tahun 5bulan aku belajar & target aku tercapai... Terima kasih kepada pensyarah2, rakan2 sekelas, rakan 1 batch & rakan2 di luar sana...
2012 juga... terciptanya action research aku... syukur... tengok result 'A' itulah yg paling bermakna...=)
2012 juga... terciptanya action research aku... syukur... tengok result 'A' itulah yg paling bermakna...=)
2012...Aku tidak pasti inikah penamatnya persahabatan kami sejak 2005.. Ain, yg mengajak aku mengisi borang masuk maktab suatu ketika dahulu ketika aku & dia sama2 di UiTM.. Masih aku ingat lagi, dia telefon aku (masa tu aku bawak kereta kot) ajak beli no pin & isi borang... Hasilnya... kami sama2 menamatkan pengajian kami sebulan yg lalu. Aku harapkan persahabatan kami ini tidak akan terputus di waktu & suasana yg berbeza kelak.. Anyway, tahniah kawan.. Dah bertunang dia..=)
2012..kira sejak 2010.. Nette… masih utuh bersahabat
walaupun terpisah oleh laut selat china (mengarut!) Walaupun dah kerja, dia tak
pernah lupa aku.. Tak pernah lupa msg aku selalu… *Padahal aku yg selalu lupa
sebab busy dengan kerja & sewaktu dengannya* Terima kasih kawan, walaupun
usia kita berbeza, agama kita berlainan, loghat kita nyata berbeda.. namun
ukhuwah ini terlalu indah diamati… appreciate it!
2012...terima kasih kat seorang lelaki yg sentiasa bersama aku dan tak harapkan balasan. You know who you're...ESR..walaupun takdir telah menentukan kita tidak berjodoh tapi 6 tahun perkenalan kita tak pernah saya lupakan. Awak banyak bantu saya, bagi semangat bila saya down, memahami saya. But im not for you..thanks for everything and im really sorry..
2012...terima kasih kat seorang lelaki yg sentiasa bersama aku dan tak harapkan balasan. You know who you're...ESR..walaupun takdir telah menentukan kita tidak berjodoh tapi 6 tahun perkenalan kita tak pernah saya lupakan. Awak banyak bantu saya, bagi semangat bila saya down, memahami saya. But im not for you..thanks for everything and im really sorry..
Penutup 2012.. Berita kesedihan menyelubungi seluruh ahli
keluarga sebelah Mak aku dengan pemergian Umi (mak saudara isteri Babah) yang
telah kembali ke rahmatullah pada 26 Disember 2012 jam 1.45pm (aku ada dalam
ICU & melihat pemergian arwah). Sekejap aje orang yg ada heart attack ni kena serang...Allahu... Sayu rasa hati masa tu.. arwah Umi baik
orangnya. Perginya meninggalkan 2 orang anaknya, Azraie (22 tahun) & Bella
(21 tahun). Paling sedih sekali kat cousin
aku Bella sebab dia sepatutnya berkahwin pada Mac ni. Sedih aku tengok.
Anak perempuan menggalas tanggungjawab yg ditinggalkan oleh maknya. Benda macam
ni buat aku insaf & berfikir selagi jasad & nyawa dikandung badan tidak
mahu aku mengabaikan Mak Ayah aku.. Malam ini 1 Jan 2013, genap 7 hari arwah
meninggalkan kami semua & malam terakhir majlis tahlil untuk arwah. *Esok
pagi2 dah kena bawa Mak ke rumah toki untuk memasak di sana..Wajib bantu sebab
tak ada orang. Walaupun esok pagi nak gi sekolah Bujal kejap nak tengok ragam
budak pra 1st day di sekolah* Doakan ku, semoga roh arwah Umi
dicucuri rahmat & di tempatkan dikalangan yg soleh & solehah..amin
Azam 2013???
Menariknya… azam aku pasti sama setiap tahun iaitu untuk
cemerlang dunia & akhir (sama seperti azam awal Muharam)
Tahun ni lain sikit… *Check list*
1.
Nak posting secepatnya – sebab nak balas jasa
Mak Ayah *Moga aku takkan lupa*
2.
Nak gaji secepatnya – senang sikit nak bagi
bulan2 kat Mak Ayah & masuk duit dalam tabung haji.
3.
Nak sambung study (master) secepatnya – sebab habis
awal boleh kahwin awal =p
5.
Dan yang paling penting… aku ingin berHIJRAH
menjadi yg lebih baik – sebab dah sampai masa untuk berubah =)
*Umur makin meningkat. Itu yang perlu difokuskan. Amalan
harus dipertambahkan agar menjadi hamba-NYA yg solehah.*
Aku hentikan bebelan aku di sini *Toleh jam dah pukul 1254am…
Mak dah sound suruh tidur nanti susah nak bangun awal*
Maaf sekiranya ada TYPO & ayat putar-belit, sebab aku
tak reti nak check balik selepas mengarang…=p
Maaf jika ada yg tidak berpuas hati kerana yg baik itu
datang daripada Allah SWT & yg lemah itu datang daripada diri ini….
Maaf sekiranya pernah buat salah & silap sepanjang 2012
kepada anda semua sama ada secara sengaja atau tidak sengaja…
Maaf juga kepada sesiapa sahaja, yg kadang-kala aku terlupa
taip ‘credit to’ untuk cebisan nasihat, kata2, dan sebagainya milik anda… Aku
manusia biasa… Mohon dihalalkannya dunia akhirat…
Maaf juga kerana jarang balas ‘hi’, sapa ‘Assalamualaikum’,
bertanya ‘sihat atau tidak’ & sewaktu dengannya kepada anda semua… kerana
aku salah seorang manusia yg jarang amat suka menaip msg yg tidak berkaitan
kecuali kepada orang2 tertentu (seperti Ain yg selalu bergosip dengan aku haha)
Maaf kerana tidak mampu menjadi sahabat, teman, bff, kawan,
rakan, senior yang baik kepada anda semuanya …
Maaf kerana terpaksa menolak awak kerana diri ini penuh
dengan komitmen & cita-cita membatasi cinta… Biarlah cinta Ilahi ku cari
dahulu….
Maaf kerana pernah stalk mana2 page, profile, blog etc anda
semua… =p
Maaf kerana tidak mampu menjadi rakan sekelas yg baik kepada
anda semua…
Maaf kerana tidak mampu menjadi pelajar yg baik kepada
pensyarah semua….
Maaf di atas semua khilaf….
Siapa pun anda.. anda adalah saudara saya di dunia ini…
Di
harapkan akhirat kita akan menuju ke syurga Allah…amin
Semoga bumi Palestine tidak bergolak lagi…
Semoga Malaysia terus aman, damai & umat Islamnya
bersatu-padu, teguh berdiri bersama-sama menegakkan agama Allah.
Semoga kita semua dalam rahmat & kasih ILAHI…
Lailan Saidah... ^___^
LOLS,
Insan kerdil di bumi Allah…
p/s: tahun baru… jangan ada
*Tahun baru ni.... Harap2, tiada la KES PERSENYAWAAN
HARAM.
*Sambutan ratusan ribu rakyat bersama program ustaz azhar
idrus di shah alam dibarisi lapisan golongan tetamu artis,ahli sukan dll..
Program berunsur agama islam yang di tutup media arus perdana negara.. Yang di promote
i-city, dataran merdeka, putrajaya dll... Tanya diri sendiri.. Di mana wasatiyyah Islam sebagai agama rasmi negara ini? Alhamdulillah selesai program majlis ilmu yang diakhiri
dengan bacaan doa oleh Ustaz Azhar Idrus.. Semoga kita semua diberkati oleh Allah.. via muhammad.alhafiz
*hampir 120 000 yang hadir .. Tak dapat tengok live tengok on9 pun cukuplah.. http://www.ustream.tv/channel/ambang13
* Tak pernah mengejar populariti & kunjungan yg ramai, cuma berharap siapa yg baca perolehi manfaat & yg buruk dijadikan teladan sebagai penyuluh hidup di hari2 kelak*
** Inilah entri yg terpanjang pernah aku postkan.. sebenarnya banyak lagi nak kongsi tapi lain2 simpan buat jeruk...wassalam**
Kak Ana comel ! jangan lupakan daku :D
ReplyDeleteSelamat Meraikan Tahun Baharu,
Moga tahun ini memberikan jutaan keberkatan buat kita semua:)
Ayu: InsyaAllah..xkan lupa..ingat selalu dlm hati hehe
ReplyDeleteHarapnya.. Moga kita dipermudahkan sgla urusannya..
p/s: tnglkn website ayu di sini ^^