Wednesday, May 8, 2013

Kisah Cinta di Slot Lestary TV3

Woohaaa!! hehe

Tadi berkesempatan tengok episod pertama Kisah Cinta ni

Pelakon drama ni terdiri daripada Shaheizy Sam, Nur Fazura, Nadia Aqila Bajuri, Ungku Ismail, Nazim Othman, Fazlina Ahmad Daud, Arash Mohd, Kuza, Syahrul Ridzwan & Tya Adnan

Eheh..bukan nak promote ya tapi saja lagipun ni kan I punya blog..suka hatilah.. #Lantaklah **Mcm Azlan selalu cakap dalam #OhMyEnglish

Eh asal buat hashtag ni? haha pengaruh twitter #IniSemuaPoyo

Okeh..sambung balik cerita ni..

1st episod bagi aku not bad.. aku suka..yelah pelakon pun best jadi layan je ar walaupun kejap buka kejap alih sebab nak tengok jugak #MasterChefSelebriti2 di astro ria & Luhurnya sebuah ikrar di tv9 hehe

Saya ni peminat cerita Melayu..sokonglah sikit kan kan hehe

Sambung2..ke laut lama2 nanti..hehe

Sinopsis Kisah cinta:


Konflik bermula dalam satu kemalangan tragis pada malam sambutan Tahun Baru 2013. Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh lori kontena dari arah bertentangan di Lebuhraya Utara-Selatan.

Berlaku kekacauan sewaktu pengurusan jenazah mereka dalam kalangan anak masing-masing. Azalea anak kepada Zainal manakala Shah anak kepada Zaharah melaporkan bahawa ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri.

Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan begitu juga dengan Shah yang tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain.

Selepas selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua-dua pasangan itu selamat disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka.

Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku. Sewaktu mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat lama milik Zainal dan ibunya.

Pada mulanya Shah mahu membuang saja surat berkenaan, tetapi dihalang Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat berkenaan.

Baginya, ia peluang keemasan untuk mereka menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat kerana takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak.

Selepas dipujuk Azalea, Shah akur. Mereka cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpandukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan daripada surat berkenaan.

Mereka mula menjejakkan kaki ke tempat yang tertulis, mencari nama yang disebut dan memahami perkara yang diceritakan. Satu persatu kisah terungkai, dalam tidak sedar Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya itu.

Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.

**Dalam sinopsis ni dia tak de pulak cerita pasal gf Shah tu..jadi faham2lah sendiri ya**

Suka tagline cerita ni..

"Setiap pertemuan ada kisahnya tersendiri". 

Selamat menonton..=)

Adios!


sumber: FB Kisah CInta

No comments:

Post a Comment