Tuesday, December 15, 2015

Batas-batas aurat di media sosial

Ya Allah, matikan kami dlm keaddan khusnul khotimah.

Daripada aku untuk diriku, teman, kerana kita mahu sama2 ke jalan yg diredhai Allah.

Satu hari si polan bukak facebook terus like gambar perempuan yg ada dedah auratnya wpn btudung tetapi tidak pakai lengan panjang, nampak kakinya yg tidak bstoking,  kemudian si polan ni like juga gambar lelaki kononnya sado tidak berbaju sekadar seluar pendek mcm seluar kanak2 sehingga nampak spender di belakang..Habis di facebook,  si polan bukak pula twitter,  retweet gambar yg mendedahkan aurat. Lepas tu bukak pula instagram klik 💟 (like)  di instagram artis, kawan2 yg tidak menutup aurat..

MasyaAllah.. teruknya kita seakan-akan menyokong tindakan mereka.

Tidakkah kita lupa bahawa lengan, kaki yg terdedah untuk perempuan yg bkn muhrin itu aurat, tidakkah kita tahu badan lelaki yg kita pndg sado2 tapi huduh dan buruknya kerana ubah apa yg Allah dah ciptakan tubuh badannya...Allah.. kesal.. kesal... itu tidak lagi termasuk dgn zina mata, zina hati dan sebagainya.

Tidakkah kita terfikir,  sekiranya satu hari nanti mereka berubah menjadi lebih baik dgn izin Allah & pasti kekesalan ada dlm hati mereka untuk apa yg pernah mereka lakukan dulu. Mereka cuba buang,  delete semua gambar2 mereka di facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Tapi.... Ada seorang artis yg telah berhijrah merasakn kekesalannya beliau kerana cerita beliau yg tidak menutup aurat masih lagi tersiar di tv, gambar2 masa lalu beliau masih lagi ada. Kita pula yg pernah post2 like2 retweet tweet2 gambar2 yg tidak menutup aurat diri kita sendiri dan org lain mcm mana pula rasanya??? tidakkah terjentik rasa di hati kita akan dosa2 ini? Tidakkah kita takut nanti di pdg masyhar kelak terpaksa kita mencari mereka untuk memohon maaf?

Jika sayangkan diri kita,  keluarga kita, sahabat2 kita & umat sesama Islam maka ambil langkah untuk katakan TIDAK pada gambar yg mendedahkn aurat ini. Sayanglah diri awak.  Sekarang banyak sangat hal2 berlaku. Gambar yg kita kata tidak seksi pada mata kita mungkin seksi dimata lelaki atau perempuan. Tambah lagi jika mereka membayangkan sesuatu apabila melihatnya.. Nauzubillahminzalik..kita dah share saham dengan mereka iaitu dosa zina mata. masyaAllah..

Oleh itu,  apa tindakan kecil tapi besar ganjaran untuk kita lakukan.?

Tak perlu kita nak expose yg kita cantik menawan kerana saya tahu hamba ciptaan Allah memang dah memang cantik bombastik tapi lagi cantik kebabom jika dia buat apa yg Allah suruh tutup aurat sesempurnanya. Jika tidak dapat banyak sikit2 dahulu lama2 jadi bukit jugakkan? Sayangilah diri, banyak sangat mata2 nakal dan liar memerhati kita! cukuplah simpan pose2 kita macam model dlm simpanan kita sendiri.

Begitu juga, tidak perlu kita tunjuk macam kita seorang shja punya badan sado sasa gagah, giler bekerja 24jam sehari sampai tak ada rehat tapi bila time nak pergi ke masjid solat berjemaah, lembik macam tak makan nasi 10 hari, ini tidak lagi berjemaah solat subuh lagilah jauh! oh tapi, pergi gym hari2 workout, lepak di kedai mamak malam sampai ke pagi boleh pula,  nak ke masjid sekali sehari pun susah!

Tidak semua orang seperti di atas, tapi saya mahu kita sama2 kejar yg baik2 sahaja di dunia ni kerana dunia tempat kita berpenat2 akhirat tempat kita rehat2..tidakkah kita mahu mendapatkannya??

Jika kita inginkan yg terbaik, selalulah memberikan yg terbaik..Walaupun kita bukan yg terbaik, berusahalah. Kerana Allah sentiasa kasih pada hambaNya.

#imancoret
#ubahdirisayangidiri
#notetomyself

No comments:

Post a Comment