Saturday, May 26, 2018

Sweet Moment

Panjang. Tapi nak jugak dedikasi hahaha

Episod tarik beg, galas beg, tidur di airport, kejar2 flight dah berakhir. Jika ada pun mungkin untuk travel atau study.

Kenangan 4 tahun 4 bulan di Limbang, Sarawak.

Tak banyak tak sikit, tapi cukup membahagiakan.
Bila datang kau disambut dan pergi kau ada yg mengalirkan air mata.

Bukan untuk rakan2 sahaja tapi juga ibu2 dan murid2. Terasa hangat pelukan ikhlas kalian. Sungguh saya rasa dihargai melihat kehadiran ibu2 dan bapa2 serta murid2 tadi. Walaupun pergi saya tanpa apc hahaha, tapi cukuplah saya rasa kehilangan saya akan dirasai mungkin.

Buat rakan2 seperjuangan, saya rasa berada di samping keluarga bersama anda semua. Terima kasih yg hadir meluangkan masa hadir hari ini. Sungguh saya akan rindu, nak makan sama2, masak sama2, buat backdrop, ajar budak persembahan semua turun, semualah bersama bagai satu keluarga.

Buat rakan2 prasekolah, terima kasih tunjuk ajar dan ilmu yg diberikan. Allah sahaja yg dapat membalas.

Terima kasih Allah atas pengalaman dan rasa kasih sayang ini. Walaupun ada tak sayang tapi rupanya lebih ramai yg sayang Allah bagi.

Saya akan ingat dan simpan semua kenangan dalam memori. Semoga semua kebaikan yg diberikan kepada saya oleh sesiapa sahaja sepanjang saya berkhidmat di SK Tiga Kampong ini, Allah akan balas berlipat lagi rahmat dan kebaikan kepada kalian.

#nfwork
#doayangbaikbaik
#fikiryangbaikbaik

NF 19 Disember 2017


p/s: tak sangka aku simpan tulisan yang taip ni. Tak tahu apa motif tapi post ajelah di blog ni. Hampir 6 bulan dah tinggalkan bumi kenyalang. Kenangan mahal. Sahabat2 yg baik dan dikeliling dengan orang2 yang baik. Semoga kalian semua dalam rahmat Allah.

No comments:

Post a Comment