Pada 8 Oktober 2009, ahli kelas kami telah melaksanakan tugasan amali yang keenam. Di dalam tugasan amali keenam ini, kami dikehendaki membuat perancangan aktiviti perkembangan fizikal di prasekolah yang terdiri motor-persepsi iaitu melalui kesedaran badan (meniru pergerakan seperti Simon Says), kesedaran masa (melalui pergerakan mengikut rentak, ritma) dan kesedaran ruang (melalui penggunaan halangan). Selain itu, kami juga perlu menyediakan persekitaran yang selamat untuk aktiviti permainan fizikal, permainan lasak dan permainan luar.
Melalui amali ini, kumpulan kami telah memilih untuk meniru aksi yang ditayangkan melalui LCD. Kami telah memilih video lagu ‘If you’re happy’ sebagai tayangan. Kemudian, kami meminta rakan sekelas yang berlakon sebagai murid-murid prasekolah menari. Kami juga memasang video lagu ‘Mary’ dan rakan sekelas diminta menyanyi sambil menari.
Kami telah mengabungkan ketiga-tiga kesedaran tersebut menjadi satu. Ianya bertujuan untuk menarik perhatian murid agar lebih seronok ketika belajar. Kerana dunia kanak-kanak dipenuhi warna-warni yang indah belaka. Untuk aktiviti yang lasak dan memerlukan ruang yang besar kami perlu mencari dan menggunakan kawasan yang luas dan lenggang sebagai medan untuk senang berinteraksi dan kanak-kanak dapat memperolehinya dengan cepat.
Dalam aktiviti yang kami jalankan, banyak perkara baru dapat kami perolehi antaranya, medan interaksi antara murid dan guru sangat penting. Guru perlulah memberi penerangan dengan jelas sebelum memulakan sesuatu ativiti. Murid juga perlulah memberi perhatian dengan apa yang guru sampaikan.
Dalam aktiviti yang dijalankan ini, kami telah meminta murid untuk menyanyi sambil menarik berdasarkan tayangan yang kami tayangkan. Ia adalah untuk memberi daya imaginasi dan ketajaman pemandangan terhadap apa yang ditayangkan. Murid dikehendaki berbaris tiga barisan memanjang kemudian melakukan apa yang dilaksanakan.
Hasil daripada aktiviti yang telah dijalankan, kami telah membuat refleksi iaitu positifnya; aktiviti ini dapat menarik minat murid dan murid sangat gembira. Manakala teguran membina; kami perlu memberi arahan dengan lebih jelas lagi.
Secara kesimpulannya, kami telah memahami setiap bahan yang digunakan haruslah kreatif dan mampu menjana tahap perkembangan sesorang kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak berlainan tahap perkembangannya.
No comments:
Post a Comment