SINOPSIS STANZA CINTA
Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”
Irfan Ikmal - “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang...namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya...namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”
Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku...dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina
KUPASAN KESELURUHAN NOVEL - STANZACINTA
Epilog
Kisah bermula dengan kehidupan Amni Sorfina yang bekerja sebagai muallimah/guru disekolah kebangsaan agama. Ia memaparkan pengalaman yang dilalui dan langkah baru dalam hidup Amni selepas tamat belajar di universiti dalam jurusan senibina. Turut diceritakan juga kisah persahabatan Amni yang terjalin atas nama Allah bersama Kak Bee.
Dan dalam episod ini turut diselitkan juga pengenalan watak Irfan, iaitu bakal tunang kepada Amni. Disini pembaca akan tertanya-tanya bagaimana Irfan mula hadir dalam hidup Amni. Ada beberapa persoalan yang mula dibangkitkan disini. Irfan bukanlah lelaki yang Amni impikan selama ini untuk dijadikan suami pilihan. Irfan bukanlah cinta pertama Amni. Terlalu sukar cinta Amni untuk diberikan kepada Irfan.
Siapakah dia lelaki yang berjaya bertakhta di hati Amni Sorfina selama ini. Mengapa Amni akhirnya memilih Irfan sebagai tunangnya??
Ada perkara yang begitu sulit diterjemahkan. Begitu sukar diungkapkan. Jalan hidup Amni Sorfina yang penuh liku tatkala segala impian dan angannya jauh sekali dari kenyataan.
“Apabila mimpi jauh dari kenyataan, aku terpaksa berdiri menghadapinya dengan seribu kemungkinan”- Amni Sorfina
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Bab 1 -universiti
Didalam bab 1, barulah kisah Irfan dan cinta pertama Amni dikupas. Kisah hidup Amni di universiti yang mula mempertemukan Amni dan Mohamad Irfan Ikmal. Amni yang tidak pernah membuka pintu hatinya untuk Irfan. Meski Irfan sedaya upaya membuktikan cintanya yang tiada sempadan buat Amni. Ternyata cinta Amni terlalu mahal untuk dimiliki.
Irfan seorang pemuda yang terlalu baik, tetapi dia bukanlah lelaki yang diimpikan Amni selama ini. Meskipun Irfan memilikinya segalanya, rupa yang kacak, baik dan kaya raya. Apa yang dicari Amni tiada dalam diri Irfan. Irfan lelaki yang tersangat baik. Tetapi kurang sekali ilmu agamanya, sedikit sekali tahunya tentang hukum-hukum islam. Malah watak Irfan yang manja serta tidak tahu berdikari menambahkan lagi benci dihati Amni.
Amni memerlukan seorang lelaki yang dapat membimbingnya menyelusuri jalan dakwah, dapat mendidiknya menjadi wanita solehah, mendidiknya menjadi zaujah yang terbaik. Dia mahu dipimpin dan bukannya memimpin.
Dalam tempoh itu, hadir Taufiq Imran yang berjaya membuka pintu hati Amni. Mengajar Amni erti cinta sejati yang diredhai Allah. Taufiq Imran juga yang membawa Amni ke jalan dakwah. Jalan yang lebih mendekatkan dirinya dengan Allah.
Taufiq ialah lelaki impian Amni Sorfina selama ini. Hadir dengan jatidiri yang penuh karisma, seorang ketua pimpinan dalam jemaahnya, seorang vokalis nasyid, seorang qari yang sangat bagus, malah seorang lelaki yang sangat soleh dan tawadhuk.
Pertama kali Amni Sorfina jatuh hati pada Taufiq tatkala mendengar bacaan Surah Al A’raf yang dibacakan Taufiq dgn penuh merdu dan syahdu. Saat itu Amni berbisik, “Aku mencintai-Nya kerana Allah. Aku mencintainya kerana agama yang ada padanya. Jika dia menghilangkan agamanya, maka hilanglah cintaku padanya………”. Itulah saat pertama kalinya Amni Sorfina jatuh cinta. Itulah juga saat pertama kalinya Amni merasa dadanya bergetar hebat dengan cinta.
Sungguh sempurna……..sama sekali seperti yang diidamkan Amni selama ini. Inilah lelaki yang dicarinya sepanjang hayat ini. Yang ingin diserahkan cintanya selama ini. Bukan pada sembarangan lelaki. Taufiq itulah lelaki sempurna dimatanya, yang didambakan Amni untuk dijadikan teman hidup. Terasa lengkap sudah pencariannya selama ini.
Namun…..ternyata taqdir Allah tidak sama dengan kehendak Amni Sorfina. Disini dikupas dengan mendalam bagaimana Amni Sorfina berhadapan dengan saat yang paling sukar dalam hidupnya…..bagaimana Amni belajar tersenyum ketika berada dalam derita yang mengguris jiwa, belajar bersangka baik dengan segala taqdir Allah buat-Nya. Bagaimana Amni belajar untuk mengenal hakikat “redha”, sedangkan perkara yang paling diingin-ingnkan selama ini, yang sejak sekian lama baru ditemui…kini terpaksa dilepaskan pergi.
Subhanallah………..
Apakah orang-orang beriman itu menyangka mereka sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji??(Al Ankabut ayat 2-3)
Inilah harga yang perlu dibayar Amni. Syurga Allah itu bukan murah harganya. Sesungguhnya Allah telah membeli orang-orang mukmin itu dengan jiwa dan harta mereka..dan memberi mereka dengan syurga(At Taubah ayat 111).
Memang terasa peritnya, memang terasa pedihnya..Amni menelan segala yang terhidang untuknya dengan penuh rasa tawaduk dan istiqamah. Jalan yang disediakan Tuhan dihadapan sana pastilah lebih baik. Kerana Amni yakin, Dia perencana yang Maha Hebat. Usah ditangisi akan taqdir-Nya...usah dikesali akan keputusan-Nya.
Disamping masalah Taufiq dan Irfan...ada dugaan lain yang bertandang silih berganti. Sahabat Amni yg tersayang diambil Allah ke sisi-Nya. Seolah-olah tidak pernah surut dari hidup Amni perkataan “derita” dan “ujian”. Aimata menjadi teman sejatinya. Namun........jauh diatas segalanya, setiap perkara itu menghidupkan lagi benih cintanya kepada Allah.
Amni tidak mengalah dengan ujian yang mendatang, tidak berputus asa dengan apa yang bukan miliknya, malah tidak pula bersangka buruk dengan Allah yang meletakkan jalan derita buat-Nya.
Suatu hari, pernah tersungkur juga dia...tidak mampu berdiri lagi meneruskan langkah tatkala ujian terasa begitu berat dan melelahkan. Namun Allah Yang Maha Penyayang tidak pernah meninggalkannya. Malah terus-terusan memberikan petunjuk dan Hidayah-Nya..sehingga Amni mampu bangkit semula meneruskan langkahnya. Allah adalah kekuatannya!!
Jauh dari segalanya Amni tahu, hati yang derita dan penuh kesedihan miliknya itu lebih lunak, dan mudah pula dekat dengan Allah. Itulah sebenarnya kehendak Allah. Agar Amni Sorfina lebih tabah..dan lebih memerlukan Tuhannya. Kerana manusia itu sering kali lupa pada Tuhannya ketika berada dalam nikmat dan kesenangan. Tetapi, dekat sekali dengan Tuhannya ketika berada dalam kesusahan dan derita.
“Ya Allah........kuatkanlah hati daku untuk selalu ingat kepada-Mu dan jadikanlah kesusahan yang kualami ini sebagai cara untuk aku mendekati-Mu” – Amni Sorfina
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
EPISOD AKHIR (Sambungan epilog)
Akhir sekali..apakah yg menanti Amni.Siapakah yang dipilihnya. Apakah Irfan yang menagih janji ataupun Taufiq yang ditunggu-tunggu selama ini ???
Taufiq tiba-tiba hadir semula dalam hidupnya setelah hampir 2 tahun sunyi dari hidup Amni Sorfina. Ketika itu Amni sudahpun bersedia dan mula membuka hatinya untuk memilih Irfan sebagai teman hidupnya. Mereka bakal bertunang sedikit waktu lagi.
Lelaki yg didambakan Amni untuk dijadikan teman hidupnya selama ini ialah Taufiq Imran. Lelaki pertama yang dicintai Amni Sorfina adalah Taufiq. Kemunculan semula Taufiq seolah-olah membuka kembali lembaran baru dalam hidupnya. Ternyata selama ini Amni belum pernah melupakan Taufiq apatah lagi menyingkirkan Taufiq dari hatinya. Segala kisah silam yang terjadi bukan salah Taufiq. Amni tiada sebab untuk membenci Taufiq, malah tiada sebab pula untuk melupakan Taufiq. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba juga.
Akhirnya Taufiq memang benar-benar kembali dalam hidupnya. Bunga-bunga cintanya terasa kembali mekar…semekar cintanya pada Taufiq yang tidak pernah padam.
Tetapi mampukah Amni memungkiri janjinya pada Irfan. Mampukah Amni Sorfina menjadi pendusta dan munafiq. Yang mana apabila berjanji dia melanggar janjinya. Janji Amni untuk membawa Irfan mengenal Allah dengan lebih dekat, membimbing Irfan ke jalan dakwah, mengajar Irfan menjadi lelaki yang diadun dengan Al Quran.
Sedikit demi sedikit Amni nampak Irfan mula berubah. Amni lihat kesungguhan Irfan dalam berusaha. Amni tahu kejujuran hati Irfan. Tenyata Amni juga tiada sebab untuk menolak Irfan begitu sahaja. Tidak tergamak untuknya mematahkan sekeping hati yang begitu tulus dan suci mencintainya. Saat berita buruk menimpa keluarga Irfan..Irfan lebih memerlukannya. Irfan lebih perlukan sokongan dan dokongan dari Amni.
Lalu, apakah pilihan yang Amni miliki. Kedua-duanya lelaki yang terlalu baik..terlalu baik untuk disakiti hatinya. Tetapi Amni harus memilih kerana dia tidak bisa memilih keduanya. Ada hati yang akan terluka..ada jiwa yang pasti terguris.
Amni perlukan seorang suami yang mampu membimbingnya..bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Kerana dia hanya seorang wanita yang dijadikan dari tulang rusuk seorang lelaki. Baginya, lelaki itu adalah pemimpin. Pengemudi bahtera yang bakal dinaikinya.
Tetapi, dalam masa yang sama Amni merasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dikorbankan perasaan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah. Cinta itu bukan kerana terpaksa dan kasihan…..tetapi Amni tidak mampu mengatakan perkara sekejam itu kepada Irfan………!!
Siapakah yang akhirnya dipilih Amni Sorfina. Keputusan yang harus dibuat bukan sembarangan. Sekali lagi taqdir mengujinya. Tegakah dia melukakan hati seseorang demi memenuhi impian dan kehendak hatinya selama ini.
Akhirnya........kepada Allah jualah Amni Sorfina merintih, mengadu dan mohon petunjuk terbaik. Amni mencari nur cinta Tuhannya.....kerana dengan cahaya cinta itu sahaja bisa menjawab segala persoalan hidupnya. STANZA CINTA adalah perjalanan Amni Sorfina dalam mencari Nur cinta Illahi. Demi mendapatkan cinta makhluq-Nya…terlebih dahulu harus dicari cinta yang hakiki. Cinta yang tidak pernah surut atau berkurang itu pastilah cinta dari illahi..malah sering bertambah meskipun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.
Sekian..STANZA CINTA nukilan dari Nurull Halawati Haron (Halawatul Iman).
Tuhan…….ku mencari-mencari cinta…akhirnya ku temui cahaya cinta sejati milik-Mu. Ingin ku peluk cinta dan rindu ini…biar tidak sekali-kali Engkau jauh dariku. Ingin ku nyatakan pada dunia...aku bangga menjadi makhluk-Mu!!Aku bangga menjadi khalifah yang dicintai-Mu.
sumber: nurullhalawati.blogspot.com
aku cari blog penulis novel ini untuk mencari definisi dakwah yang ingin disampaikan di dalam penulisan beliau...alhamdulilah berjaya ku temui....
No comments:
Post a Comment