Monday, December 26, 2011

Ujian & dugaan ILAHI


Ujian dan dugaan yang melanda, bukan semestinya dibenci Allah Ta'ala, bukan juga tanda diri itu hina.. Dan kesenangan dan kebahagiaan di dunia, bukanlah juga semestinya dicintai oleh Allah Ta'ala, bukan juga tanda diri itu mulia..


Hakikat ujian dan dugaan yang menimpa, kekadang itu tanda kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya, sebagai tarbiyyah dan didikan secara langsung dariNya kepada kita, agar kita sedar dari terleka dan alpa..

Dan hakikat kesenangan dan kebahagiaan yang diterima, kekadang itu merupakan juga ujian dariNya untuk diri kita, kerana Dia ingin melihat sejauh mana kita menggunakan serta memanfaatkan nikmat kurniaanNya itu di dunia.

Sesungguhnya kita berusaha dan merancang, namun Allah lah yang akan menentukan, kerana Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita, dan Dia menetapkan sesuatu mengikut keperluan kita, bukan kehendak kita yang seringkali berlandaskan nafsu didalam jiwa..

Hakikatnya sebagai manusia...

Semua inginkan kebahagiaan..
Dan tiada siapa yang mahukan penderitaan..

Semua inginkan kejayaan..
Dan tiada siapa yang mahukan kegagalan..

Semua inginkan kebaikan..
Dan tiada siapa yang mahukan keburukan..

Semua inginkan kemuliaan..
Dan tiada siapa yang mahukan kehinaan..

Semua inginkan kebijaksanaan..
Dan tiada siapa yang mahukan kebodohan..

Semua inginkan kekayaan dan kemewahan..
Dan tiada siapa yang mahukan kemiskinan dan kepapaan..

Semua inginkan kecantikan dan keindahan..
Dan tiada siapa yang mahukan kehodohan..

Semua inginkan kemenangan..
Dan tiada siapa yang mahukan kegagalan..

Semua inginkan kesenangan..
Dan tiada siapa yang mahukan kesusahan dan kesulitan..

Semua inginkan pasangan yang soleh/ah sebagai teman..
Dan tiada siapa yang mahukan insan tholeh/ah sebagai pasangan..

SESUNGGUHNYA, semua orang pasti inginkan kesempurnaan dan kelebihan..
Dan tiada siapa yang mahukan kekurangan dan kelemahan...........
Semua itu adalah satu kebenaran yang pasti tidak dapat disangkal lagi..

Bukannya Allah tidak mengetahui semua ini, sedangkan Dia yang telah menciptakan segala-gala di dunia ini...

Masa kan Allah ingin menzalimi setiap insani, sedangkan kita semuanya adalah hambaNya yang kekal abadi...

Jangan persoalkan 'kenapa' dan 'mengapa' sesuatu yang tidak kita inginkan pula terjadi, dan yang kita mahukan tidak pula dimiliki, kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya di dunia ini...

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."[Al-Baqarah ayat 214]

Kekadang kita merasakan yang 'sempurna' itu akan memberi kebahagiaan di dunia, hingga melihat insan yang memiliki apa yang 'sempurna' itu adalah sangat bertuah berbanding kita. Walhal kita tidak tahu apa masalah dan musibah yang dihadapinya, apa yang mengganggu dan mengusutkan fikirannya, apa yang meresahkan jiwanya. 

Ketahuilah mata kita ada batas-batasnya, apa yang dilihat oleh mata, belum tentu adalah realiti bagi hidupnya..

Berapa ramai yang kaya, namun sentiasa sibuk sentiasa, malah selalu hidup dalam kegelisahan jiwa..
Berapa ramai yang cantik, namun kecantikannya membuatkan dirinya alpa dan leka..
Berapa ramai yang bijak, namun menggunakan kebijaksanaannya untuk kepentingan hidupnya semata-mata..
Berapa ramai yang bahagia, namun mengambil remeh temeh akan kesusahan hidup orang lain didunia..
Berapa ramai yang baik, namun merasakan mereka selalu baik dan yang lain pula buruk sentiasa..
Berapa ramai yang hidupnya senang, namun kesenangannya membuatkan dirinya semakin jauh dariNya...

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan."[Al-Anbiya' ayat 35]

Maka, usahlah khuatir jika hidupmu dipenuhi penderitaan, kesusahan, kemiskinan, kekurangan dan kelemahan, kerana insyaAllah disebalik semua itu pasti Allah akan membalasnya atau menyempurnakan hakmu yang 'terkurang' didunia tika berada di akhirat sana, selagi mana dirimu redha, bersyukur dan bersabar sentiasa, malah istiqamah melaksanakan tanggungjawab kita kepadaNya..

".......Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah ayat 216]

MAKA.. BERSYUKURLAH sentiasa, meskipun ianya suatu penderitaan dan kesusahan di dunia, kerana ingatlah, apa yang 'terkurang' didunia, pasti Allah akan sempurnakannya di akhirat sana, dan apa yang sudah 'terlebih' didunia, ingatlah bahawa Allah akan menghisabnya kerana ia adalah suatu amanah dariNya.....

No comments: