Semalam ada ceramah mengenai Bahana Syiah di IPG aku ni.. Tapi aku tak pergi pun sebab mengantuk tahap gaban... Selepas solat Isyak terus tumbang hingga pukul 3.45am macam tu bangun untuk bersama denganNya pula... Gitu lar... Maybe penat selepas beberapa hari tidur lambat bangun awal... badan jadi letih teramat...
Tapi aku memang tahulah sikit2 pasal syiah ni.. Cuma hari terkupas isu ni di bilik salah seorang klazmate... Ni ada artikel yang aku minta klazmate aku ni postkan di group kelas aku di fb & aku postkan di entry kali ini sebagai ingatan & pengetahuan bersama...=)
Syiah
merupakan ancaman terbesar umat Islam hari ini. Terlalu besar jurang perbezaan
antara syiah dan ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW.
Perbezaan pendapat dalam kalangan umat Islam ini membawa perpecahan yang sangat
besar. Jika pebezaan pendapat atau ikhtilaf antara ulama membawa perkembangan
ilmu tidak menjadi masalah! Jika perbezaan didalam masalah-masalah furu' juga
tidak menjadi masalah yang terlalu besar dan boleh diperbaiki. Tetapi jika
perbezaan AKIDAH, ini satu perkara yang perlu diberi perhatian lebih. Fahaman
syiah jelas sekali telah menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Fahaman syiah ini juga boleh diistilahkan sebagai duri dalam daging kepada umat
Islam hari ini. Hal ini kerana, mereka bergerak atas nama Islam yang sama
dengan Ahlus Sunah Wal Jamaah. Hakikatnya mereka telah merosakkan agama Islam
yang dibawa oleh Rasulullah. Anda akan lebih mengetahui mengenai kesesatan
fahaman syiah ini jika anda dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca artikel
ini. InsyaAllah.
SEJARAH
KELAHIRAN SYIAH
Secara
ringkasnya faktor yang masyhur disebut sebagai sebab
kelahiran syiah ialah peranan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang
berpura-pura memeluk Islam tetapi sebenarnya memiliki tujuan ingin
menghancurkan Islam dari dalam. Faktor kedua yang melahirkan syiah adalah
Bangsa Parsi.
Sejak
sejarah mula ditulis, telah wujud persaingan antara Bangsa Parsi dan Bangsa
Arab dari sudut kebudayaan, tamadun dan kepercayaan agama. Persaingan ini
sering kali bertukar menjadi peperangan. Zaman kegemilangan Parsi berakhir
apabila pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab negara
Parsi telah diambil alih oleh pemerintahan Islam. Sebahagian Bangsa Parsi
ada yang memeluk Islam dengan ikhlas. Namun sebahagian lagi, khasnya mereka
yang memiliki semangat kebangsaan yang amat kuat serta kesetiaan yang tinggi
kepada dinasti kesultanan, pura-pura memeluk Islam dengan objektif ingin
membalas dendam dari jalan dalam.
Mari
sama-sama kita meneliti dan memahami semua kesesatan yang dilakukan oleh
puak-puak syiah!
ANTARA
KESESATAN SYIAH
§ Mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan seluruh
sahabat Rasulullah.
§ Menganggap imam mengetahui sesuatu yang ghaib
seperti Allah.
§ Menuduh Umar Al-Khattab yang membunuh Fatimah.
§ Mengagung-agungkan Saidina Ali.
§ Solat boleh dijamakkan bila-bila masa.
§ Menziarahi kubur Hussein memperoleh syurga.
§ Haji tidak diperlukan.
§ Satu jihad buat mereka jika boleh membunuh
ahli sunah, halal bagi mereka darah orang sunah
§ Menghina isteri-isteri nabi
KESESATAN
YANG MELAMPAU
§ Syiah
apabila mereka solat, mereka akan melaknat para sahabat Rasulullah.
§ Sembahyang
dhuha adalah bidaah.
§ Menolak
Ijmak Ulama dan Qias.
§ Imam
adalah maksum.
§ Ilmu
Allah berubah-rubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku pada manusia.
§ Khalifah
diwasiatkan secara nas.
§ Berkeyakinan
bahawa Abu Lu’lu’ Al-Majusi, pembunuh Umar bin Al-Khattab adalah seorang
pahlawan dan mengiktiraf keberaniannya.
§ Hari
kematian Umar juga dianggap hari kebanggaan, kesucian, barakah dan suka ria.
PERBEZAAN
AKHIDAH AHLI SUNAH & SYIAH
Ahli
Sunnah VS Syiah
§ AL-Quran
terpelihara dan bebas dari kekurangan. (Ahli Sunnah)
§ Al-Quran
sekarang ada kekurangan. ( Syiah)
§ Beriktikad
penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan apa yang datang dari Nabi Muhammad
SAW. (Ahli Sunnah)
§ Berpendapat
penafsiran Al-Quran berpandukan Ahlul-Bait dengan riwayat yang mencela para
sahabat. ( Syiah)
§ Sunah
adalah apa sahaja yang datang dari nabi Muhammad SAW. (Ahli Sunnah)
§ Mengatakan
percakapan 'imam 12' seperti firman Allah dan sabda Nabi SAW ( Syiah)
§ Syariat
Islam adalah sempurna setelah Nabi Muhammad menjadi pesuruh Allah. (Ahli
Sunnah)
§ Rasulullah
hanya menyampaikan sebahagian manakala sebahagian lagi ditinggalkan pada Imam
Ali. ( Syiah)
§ Tiada
yang maksum kecuali Rasulullah dan para rasul-rasul yang terdahulu. (Ahli
Sunnah)
§ Para
imam-imam maksum dan maksum mereka adalah perinsip Imamah. ( Syiah)
§ Menerima
periwayatan sahabat kerana mereka adil dan thiqah. (Ahli Sunnah)
§ Menolak
periwayatan sahabat kerana beriktikad para sahabat adalah penipu, seperti Abu
Hurairah. ( Syiah)
SYIAH
DI MALAYSIA
Kumpulan
syiah di Malaysia mula bertapak selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979.
Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini mula menular melalui bahan bacaan dan
orang perseorangan yang pernah berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.
Pada masa
ini, syiah laknatullah menggunakan dunia maya untuk menguatkan lagi fahamannya.
Anak-anak muda dan remaja Malaysia tidak terkecuali dari terpengaruh dengan
fahaman yang bukan dari ajaran Rasulullah.
Fahaman
syiah ini bertambah meruncing dan serius dalam kalangan pelajar universiti
kerana pensyarah universiti tempatan turut menyebarkan fahaman sesat ini. Lebih
merisaukan anggaran daripada sumber terbaharu, pengikut syiah di Malaysia
mencecah 35 000 ahlinya diseluruh Malaysia.
Malaysia telah
menfatwakan bahawa ajaran syiah adalah menyeleweng dari ajaran Ahli Sunah!
Perkembangan
fahaman syiah sesat di seluruh Dunia!
UPACARA MENYEKSA &
MENCEDERAKAN DIRI :: Menjadi tradisi golongan syiah menumpahkan darah mereka
pada 10 atau 12 Muharram.
Hakikat sebenar syiah :: Poster
12 imam yang diagung-agungkan oleh syiah laknatullah.
:: Presiden Syria Bashar al Assad
telah bertindak dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan! :: Membunuh
rakyatnya yang berpegang dengan Ahlus Sunah Wal Jamaah!
Saudara Islam Kita! Lebih 9000
terbunuh (menurut PBB)! 40 000 cedera! 180 000 dipenjara! 40 000 pelarian ke
Turki & Jordan!
Mempunyai kaabah sendiri di Iran
Sikap Golongan Syiah
Kira-kira 200-250 pengikut syiah
yang diserbu di Sri Gombak! (Mei 2010)
Mudah-mudahan sedikit usaha ini
dapat membuka mata masyarakat Islam khasnya di Malaysia untuk menolak fahaman
syiah laknatullah ini SEKERASNYA!
TERANG LAGI BERSULUH,
fahaman syiah bukan dari ajaran Islam & Kita wajib mengatakan
TIDAK kepada syiah selamanya.
By: STUDENT OF INTERNATIONAL
ISLAMIC COLLEGE
SUBJECT: CONTEMPORARY ISSUES IN
SUNNAH STUDIES.
(IZZUDDIN, HAKIM, ASIF,
HASBULLAH, HANIFI, HAZMIE & HAZIM)
MzConan: Aku terkilan & kesal.. Sebab karya2 Dr Faisal Tehrani dikata pembawa syiah... wallahualam
Jika benar moga beliau kembali ke pangkal jalan... Dalam karya2 beliau ada menulis antaranya... 'tuhan manusia' 'advencer si peniupnya' 'detektif indigo'.....
Subhanallah...maha suci Allah sekian alam...Moga hamba2Nya ini dikasihNya & dijauhkan dari sebarang anasir-anasir jahat...amin