Wednesday, October 3, 2012

SYIAH FAHAMAN SESAT

Semalam ada ceramah mengenai Bahana Syiah di IPG aku ni.. Tapi aku tak pergi pun sebab mengantuk tahap gaban... Selepas solat Isyak terus tumbang hingga pukul 3.45am macam tu bangun untuk bersama denganNya pula... Gitu lar... Maybe penat selepas beberapa hari tidur lambat bangun awal... badan jadi letih teramat...

Tapi aku memang tahulah sikit2 pasal syiah ni.. Cuma hari terkupas isu ni di bilik salah seorang klazmate... Ni ada artikel yang aku minta klazmate aku ni postkan di group kelas aku di fb & aku postkan di entry kali ini sebagai ingatan & pengetahuan bersama...=)


Syiah merupakan ancaman terbesar umat Islam hari ini. Terlalu besar jurang perbezaan antara syiah dan ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW.  Perbezaan pendapat dalam kalangan umat Islam ini membawa perpecahan yang sangat besar. Jika pebezaan pendapat atau ikhtilaf antara ulama membawa perkembangan ilmu tidak menjadi masalah! Jika perbezaan didalam masalah-masalah furu' juga tidak menjadi masalah yang terlalu besar dan boleh diperbaiki. Tetapi jika perbezaan AKIDAH, ini satu perkara yang perlu diberi perhatian lebih. Fahaman syiah jelas sekali telah menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Fahaman syiah ini juga boleh diistilahkan sebagai duri dalam daging kepada umat Islam hari ini. Hal ini kerana, mereka bergerak atas nama Islam yang sama dengan Ahlus Sunah Wal Jamaah. Hakikatnya mereka telah merosakkan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Anda akan lebih mengetahui mengenai kesesatan fahaman syiah ini jika anda dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca artikel ini. InsyaAllah.



SEJARAH KELAHIRAN SYIAH

Secara ringkasnya faktor yang masyhur disebut sebagai sebab kelahiran syiah ialah peranan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam tetapi sebenarnya memiliki tujuan ingin menghancurkan Islam dari dalam. Faktor kedua yang melahirkan syiah adalah Bangsa Parsi.
Sejak sejarah mula ditulis, telah wujud persaingan antara Bangsa Parsi dan Bangsa Arab dari sudut kebudayaan, tamadun dan kepercayaan agama. Persaingan ini sering kali bertukar menjadi peperangan. Zaman kegemilangan Parsi berakhir apabila pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab negara Parsi telah diambil alih oleh pemerintahan Islam. Sebahagian  Bangsa Parsi ada yang memeluk Islam dengan ikhlas. Namun sebahagian lagi, khasnya mereka yang memiliki semangat kebangsaan yang amat kuat serta kesetiaan yang tinggi kepada dinasti kesultanan, pura-pura memeluk Islam dengan objektif ingin membalas dendam dari jalan dalam.

Mari sama-sama kita meneliti dan memahami semua kesesatan yang dilakukan oleh puak-puak syiah!



ANTARA KESESATAN SYIAH

§  Mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan seluruh sahabat Rasulullah.
§  Menganggap imam mengetahui sesuatu yang ghaib seperti Allah.
§  Menuduh Umar Al-Khattab yang membunuh Fatimah.
§  Mengagung-agungkan Saidina Ali.
§  Solat boleh dijamakkan bila-bila masa.
§  Menziarahi kubur Hussein memperoleh syurga.
§  Haji tidak diperlukan.
§  Satu jihad buat mereka jika boleh membunuh ahli sunah, halal bagi mereka darah orang sunah
§  Menghina isteri-isteri nabi




KESESATAN YANG MELAMPAU

§  Syiah apabila mereka solat, mereka akan melaknat para sahabat Rasulullah.
§  Sembahyang dhuha adalah bidaah.
§  Menolak Ijmak Ulama dan Qias.
§  Imam adalah maksum.
§  Ilmu Allah berubah-rubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku pada manusia.
§  Khalifah diwasiatkan secara nas.
§  Berkeyakinan bahawa Abu Lu’lu’ Al-Majusi, pembunuh Umar bin Al-Khattab adalah seorang pahlawan dan mengiktiraf keberaniannya.
§  Hari kematian Umar juga dianggap hari kebanggaan, kesucian, barakah dan suka ria.





PERBEZAAN AKHIDAH AHLI SUNAH & SYIAH


Ahli Sunnah VS Syiah
§  AL-Quran terpelihara dan bebas dari kekurangan. (Ahli Sunnah)
§  Al-Quran sekarang ada kekurangan. ( Syiah)
§  Beriktikad penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan apa yang datang dari Nabi Muhammad SAW. (Ahli Sunnah)
§  Berpendapat penafsiran Al-Quran berpandukan Ahlul-Bait dengan riwayat yang mencela para sahabat. ( Syiah)
§  Sunah adalah apa sahaja yang datang dari nabi Muhammad SAW. (Ahli Sunnah)
§  Mengatakan percakapan 'imam 12' seperti firman Allah dan sabda Nabi SAW ( Syiah)
§  Syariat Islam adalah sempurna setelah Nabi Muhammad menjadi pesuruh Allah. (Ahli Sunnah)
§  Rasulullah hanya menyampaikan sebahagian manakala sebahagian lagi ditinggalkan pada Imam Ali. ( Syiah)
§  Tiada yang maksum kecuali Rasulullah dan para rasul-rasul yang terdahulu. (Ahli Sunnah)
§  Para imam-imam maksum dan maksum mereka adalah perinsip Imamah. ( Syiah)
§  Menerima periwayatan sahabat kerana mereka adil dan thiqah. (Ahli Sunnah)
§  Menolak periwayatan sahabat kerana beriktikad para sahabat adalah penipu, seperti Abu Hurairah. ( Syiah)





SYIAH DI MALAYSIA

Kumpulan syiah di Malaysia mula bertapak selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini mula menular melalui bahan bacaan dan orang perseorangan yang pernah berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.
Pada masa ini, syiah laknatullah menggunakan dunia maya untuk menguatkan lagi fahamannya. Anak-anak muda dan remaja Malaysia tidak terkecuali dari terpengaruh dengan fahaman yang bukan dari ajaran Rasulullah.
Fahaman syiah ini bertambah meruncing dan serius dalam kalangan pelajar universiti kerana pensyarah universiti tempatan turut menyebarkan fahaman sesat ini. Lebih merisaukan anggaran daripada sumber terbaharu, pengikut syiah di Malaysia mencecah 35 000 ahlinya diseluruh Malaysia.
Malaysia telah menfatwakan bahawa ajaran syiah adalah menyeleweng dari ajaran Ahli Sunah!


Perkembangan fahaman syiah sesat di seluruh Dunia!

UPACARA MENYEKSA & MENCEDERAKAN DIRI :: Menjadi tradisi golongan syiah menumpahkan darah mereka pada 10 atau 12 Muharram.



Hakikat sebenar syiah :: Poster 12 imam yang diagung-agungkan oleh syiah laknatullah.




:: Presiden Syria Bashar al Assad telah bertindak dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan! :: Membunuh rakyatnya yang berpegang dengan Ahlus Sunah Wal Jamaah!




Saudara Islam Kita! Lebih 9000 terbunuh (menurut PBB)! 40 000 cedera! 180 000 dipenjara! 40 000 pelarian ke Turki & Jordan!



Mempunyai kaabah sendiri di Iran


Sikap Golongan Syiah


 Kira-kira 200-250 pengikut syiah yang diserbu di Sri Gombak! (Mei 2010)




Mudah-mudahan sedikit usaha ini dapat membuka mata masyarakat Islam khasnya di Malaysia untuk menolak fahaman syiah laknatullah ini SEKERASNYA!


  TERANG LAGI BERSULUH, fahaman syiah bukan dari ajaran Islam & Kita wajib mengatakan TIDAK kepada syiah selamanya.


By: STUDENT OF INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
SUBJECT: CONTEMPORARY ISSUES IN SUNNAH STUDIES.
(IZZUDDIN, HAKIM, ASIF, HASBULLAH, HANIFI, HAZMIE & HAZIM)



MzConan: Aku terkilan & kesal.. Sebab karya2 Dr Faisal Tehrani dikata pembawa syiah... wallahualam
Jika benar moga beliau kembali ke pangkal jalan... Dalam karya2 beliau ada menulis antaranya... 'tuhan manusia' 'advencer si peniupnya' 'detektif indigo'.....

Subhanallah...maha suci Allah sekian alam...Moga hamba2Nya ini dikasihNya & dijauhkan dari sebarang anasir-anasir jahat...amin

No comments: