Wednesday, October 3, 2012

Bila Kita Rasa Ilmu Kita Sudah Banyak

Hot tak hot title ni.. Aku pun tak tahu...
Tapi dirasakan tangan & jemari ini sangat bergeletar untuk menari di atas papan keyboard lappy aku malam ni... Bagi menconteng sesuatu pada entry kali ini....
Usai terlalu banyak masalah yang berlaku... membuatkan aku kadang kala terfikir.. Silap akukah sebagai pemimpin yg tidak mampu memimpin sebaik-baiknya? 

Aku tertarik kepada pesanana2 seorang bakal Doktor Muslimah yang bakal menamatkan pengajian beliau di UKM kelak... Aku ada bertanyakan soalan kepada beliau yang bagi aku, ilmu agamanya lebih banyak bagi diri aku yang kerdil ini...

Rasanya aku bertanyakan soalan kepada beliau selepas aku retweet kata2 beliau

"Hidup ini bukan sepeti roda impian. Masih boleh menggunakan talian hayat. Lambat bertaubat, sukar untuk berjalan di titian siraatt."

Aku pun reply tweet beliau dengan bertanyakan soalan;

"Macam mana pula orang yang baru berubah menjadi lebih baik tetapi cara yang ditunjukkan seperti orang lain xde agama? ada sahaja tentangan umpama yang lain tidak tahu menilai yg baik dan yang buruk?"

Bakal Dr Muslimah ini membalas tweet aku;

"Itu dipanggil Ujub syg. Bangga dengan keagamaan yang dibaktikan. tentang tentangan itu dia sudah menganggap dirinya ulama' tetapi hakikatnya fasik."

Aku bertanya lagi;

"Bagaimana hendak menyelesaikan orang seperti ini?"

Beliau ini menjawab;

"Tegurlah dia dengan cara mulia. Meski dirinya ulama. Tak akan terlepas dari kesilapan, maka menghasilkan dosa. Tetapi tidak bermakna dia tidak boleh berubah :) "

Selepas itu aku tweet bali ucap terima kasih & mendoakan kesejahteraan beliau sbg saudara sesama Islama yg sudi membantu meleraikan sedikit kekeliruan di hati ini..

Aku bertanya begitu bukannya apa, banyak sangat contoh dapat dilihat... Berubah ke arah kebaikan... Alhamdulilah (aku juga inginkan hidayah & rahmah daripada Allah SWT agar terus merasai lebih lagi kemanisan dalam IMAN...) tetapi kenapa mereka diuji sebegitu rupa? Seakan-akan terlalu taksub & mendakwa bacaan mereka betul semata-mata. Seringkali ingin bertingkah lidah membentangkan apa yang terlukis di minda masing-masing....

"Kita jangan samakan diri kita dnegan pengeji. Mereka mencaci kita berbudi. Simple :) "

Teringat kata-kata pada status Hilal Asyraf di facebook beliau;

"Saya dahulu hanya diketawakan. Hingga kini, masih ada yang memberikan sindiran. Tetapi itu tidak pernah menjadi sebab untuk saya memilih putus asa dan kecewa sebagai jalan."
Aku juga teringat kata-kata salah seorang penceramah semasa kursus kahwin minggu lepas... Ustaz ini berkata;

"Jika kita merasakan kita susah, kita menderita, kita menangis... Rasulullah SAW lebih menderita, lebih menangis, lebih sedih dalam menyebarkan agama ISLAM kepada umat-umatnya...."

Bila aku teringat keywords ni aku akan bersemangat.. Setiap masalah pun akan dapat difikir secara lebih rasional.. Cuma aku manusia biasa cepat melenting apabila sesuatu dibuat entah pape...

Tapi siapalah aku, hanya manusia biasa yang masih belajar dalam mencari lebih banyak ilmu agama dan ilmu pengetahuan bagi bekalan di dunia dan di akhirat kelak. 

Moga Allah kasih pada kita semua...


Aku rasa sibuk sangat...Hanya tinggal 3 minggu lagi sebelum aku menghadapi final exam aku di semester akhir ini... Dan kehidupan aku di sini hanya berbaki 4 minggu lebih sahaja lagi.. Allahuakbar! Tak sedar sekejap sahaja masa berlalu... Perpisahan bakal bertamu... Subhanallah...moga Allah memberikan kami kesihatan, kesejahteraan dan kekuatan menghadapi saat-saat terakhir kami di sini sebelum kami melangkah ke dunia pendidikan...

" Ya Allah, mudah-mudahan aku tida lali dengan segala kesibukan ini. Amin..."

Hujung minggu ini bakal dihabiskan bersama klazmate di Kuantan selama 3 hari 2 malam... InsyaAllah semoga ianya memberi manfaat kepada kami semua... *Continue my work right now*


~Coretan: MzConan~

No comments: