Monday, January 16, 2012

PENIPUAN AKAUN MAYBANK2U


Assalamualaikum...
Tetiba tadi aku terbuka lama sesawang ini... penulis menceritakan perihal penipuan wang melalui maybank2u...Aku juga pengguna maybank2u & mohon dijauhkan walaupun duit bukannya banyak sangat namun setiap yang ada tetap rezeki drpd Allah & keringat mak & ayah aku... So beware kepada sesiapa sahaja. Mungkin anda orang yg seterusnya...

Jom baca catatan beliau:

Kita sering dengar bagaimana wang dalam akaun seseorang hilang begitu sahaja,terutama yang mengunakan perbankan online.Pagi tadi saja nak tengok email kat spam box sebab dah banyak sangat,takut juga kalau ada email yang penting terlepas pandang.
Tertarik dengan satu email konon-kononnya dari maybank2.Email tersebut saya print screen.sila lihat bawah,
www.azmanisma.com
Bila saya lihat pada email tersebut saya dah dapat agak,email ini adalah email palsu,kerana email itu bukan dari maybank, sebaliknya email admin website phising tersebut.Sifat ingin tahu saya begitu menebal,jadi saya klik pada link tersebut,saja nak tengok bagaimana cara mereka menipu orang ramai.
Setelah klik saya dibawa ke satu website phising.Mereka tidak boleh menipu saya kerana,apabila saya lihat url tersebut,ternyata website tersebut tidak membawa saya kepada website https maybank sebaliknya ke website http://www.donatedisaster.com/NewMaybankUpdate/.Nampak sangat mereka  ini penipu.Saya ada printscreen laman website phising tersebut sila lihat dibawah.
www.azmanisma.com

Bila lihat pada website tersebut memang sama seperti website maybank2u.Saya cuba masukan username palsu untuk melihat apa seterusnya yang berlaku.Sekali lagi tipu daya mereka tidak menjadi kerana semasa saya daftar akaun maybank2u saya sudah masukan sekuriti imej.Apabila saya klik kepada link tersebut sekuriti imej saya tiada.
Contoh printscreen dibawah.

www.azmanisma.com

Apabila saya klik sahaja, mereka meminta saya supaya menukarkan sekuriti imej,lalu saya masukan gambar yang mereka berikan dan nama imej tersebut.Mereka meminta saya masukan TAC nombor (kod yang dihantar ke talipon bimbit untuk pengesahan) untuk pengesahan.Setelah 10 minit berlalu tiada kod hantar ke talipon bimbit saya.
Mereka memang licik bayangkan pada permulaan tadi, jika saya tidak alert, saya sudah beri kepada mereka username serta password saya ke website phising tersebut tanpa disedari.
Kepada sesiapa sahaja yang dapat email seperti saya,berhati-hatilah.Mengikut kata admin,pihak maybank2u mereka tidak akan menghantar apa-apa email kepada pelanggan mengenai masalah sekuriti pada maybank2u.Jika ada email sebegitu sila abaikan sahaja.

SILA TWEET,LIKE,G+,SHARE KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA,SUPAYA MEREKA ALERT DENGAN PENIPUAN INI.

No comments: