Thursday, August 2, 2012

Sabarlah Wahai Hati

Usai terawih.. Aku menapak naik masuk bilik.. Buka fb kejap sebelum nak menaip AR... Sayu hati tengok post2 adik2 & kawan2 kabo nak balik esok kampung masing2.. Aku? Masih di sini.. Sayang maktabkan...


Sedih memanglah, sebab memang dah plan nak balik rumah cuti Nuzul Quran ni.. 3 hari kot cuti, buat apalah aku nanti.. Maka akan tersiaplah AR aku dengan jayanya...insyaAllah...

Ni semua gara2 Along aku lar galok gi kabo ke Ayah masa Ayah call dia dari Mekah (Oh ya Mak Ayah aku ke Tanah Suci lagi tahun ni macam tahun2 yg sudah)... Apa lagi, hati orang tua tak senang duduklah.. Mak aku memang call akulah sepanjang hari tu..Nak dekat berbuka baru telefon bersambut (aku ni hp tak lekat tangan)...Mula2 cakap benda lain, lepas tu Mak cakap, "Ayah cakap jangan balik rumah. Tak ada orang kat rumah. Fie (adik) kan gi belajar. Nanti apa2 hal berlaku tak ada sapa2...." lepas tu mulalah Mak membebel, lepas tu sayup2 dengar suara Ayah kabo gitu gini ke Mak untuk sampaikn kat aku.....hahahaha

Tadi lepas usai baca yassin, adik aku call tanya balik ke tak... Aku cuma cakap tak tahu lagi, rasa macam tak.. Dia gelaklah.. cakap.. "Bagus2 dengar cakap orang tua. tak payahlah aku masak nanti"

Ngek betul adik aku ni! Mentang2lah selama ni (bulan Ramadhan & raya ke 5 kami beraya tanpa Mak Ayah di pagi syawal) dia selalu masak... Aku ni setakat tolong bolehlah..hahaha... Sekarang tak lagi.. Hujung tahun lepas dah mula rajin memasak.. Ringankan tulang sikit...Tapi tulah selera aku western, bakery...camne tu? hihihi

Sedih ke raya tanpa parents? tanya seorang sahabat... Aku cuma kata, tahun pertama je lepas tu bereh lar... Buat apa nak halang, dah parents kita suka buat benda camtue lagipun mereka mampu & ibadah mereka buatlah kita sebagai anak nak menghalang.. Masing2 dah besar..Boleh bawak diri sendiri...Cuma, simpan hasrat dalam hati ni tahun depan dah kerja aku nak gi jugak pose kat sana...insyaAllah jika ada rezeki lebih @ support daripada parents ke hahahaha

Balik lagi 2 minggu...banyak kerja nak buat sehari sebelum raya tu...Buat kuih raya chocolate chip, popia kecik plak... Huarghhh... tu tak masuk lagi adik aku akan bahagikan tugas2 bersih rumah... Serius...im dying! hahaha

Nasib baik, baju raya Mak aku dah siapkan awal2...Jadi tak adalah sedih sangat... lagipun tahun ni Parents aku balik pagi raya kedua...Jadi kita enjoy jew lar...Cuma yg aku paling suka adalah..bila malam raya aku akan merempit ngan adik gi beli baju raya dia & kerepek2...Sebelum tu kami bersama Along akan masak rendang dulu...Jika ada parents aku, jangan mimpilah aku boleh ikut adik aku berjalan tengah2 malam macam tu... huhu

Lambat lagi raya...sekarang nampak banyak AR je... Esok dahlah kelas Dr..Nak ajar analisis kuantitatif..Maybe sebab bahan aku yang Dr guna bentang kat lecture2 tu salah sikit sebab aku tak perasan sebab careless tu yang Dr nak buat kelas plak tiba2 aje esok... T____T

Nak tidur..nak tidur... Esok lepas sahur, subuh.. Nak cari bahan buat assignment plak...


Lailan Saidah...


Semoga semuanya dalam Qalbun Saleem (hati yang sejahtera) & dirahmati Allah..


Buku terbaru coretan Ustazah Fatimah Syahra & suaminya Dr Hadi
Baru aje buat tempah daripada beliau... Tak sabar nak baca... *-*

No comments: