Friday, September 28, 2012

[BAJET 2013 - HIGHLIGHTS]

Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan


MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN

29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025)
- Peruntukan sektor pendidikan: RM38.7 bil. @ 15% dari keseluruhan peruntukan
- Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
- Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)

30. Pembangunan Sektor Pendidikan
-Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah (RM1 Bilion)


LATIHAN & KEMAHIRAN

33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional - RM3.7 bilion
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran: RM440 juta
- Peralatan ILP & IKBN: RM366 juta
- Program latihan berstrategik tinggi: melatih 5,000 orang
- Program RAPID di Pengerang: melatih 300 belia dalam bidang minyak & gas
- Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN: melatih 3,200 pelajar India

34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) - memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya

35. Skim Latihan 1Malaysia: potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat

36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO

http://mahasiswajohor.blogspot.com/2012/09/belanjawan-2013.html

Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti


MEMPERGIAT AKTIVITI R&D

38. Peruntukan R&D kepada 5 Universiti Penyelidikan: RM600 juta
- Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
- Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa

39. Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti R&D
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
-Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan

40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi
-Program Inovasi Inklusif: kerjasama agensi Kerajaan & NGO


BELIA DAN SUKAN

70. Program Pembangunan Belia
- Program Y-Creative: penglibatan persatuan belia seluruh negara
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF): usahawan muda menceburi bidang ICT
- Penubuhan Young Enterpreneur Fund: pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
- Program 1M4U: menggalakkan aktiviti sukarelawan belia

71. Rebat RM200 kepada belia 21
30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G: manfaat 1.5 juta pengguna


BANTUAN DAN SUBSIDI

79. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
-Bantuan tunai RM500: isirumah berpendapatan
RM3,000
-Bantuan tunai RM250: individu bujang berumur 21 tahun ke atas
RM2,000

http://mahasiswajohor.blogspot.com/2012/09/belanjawan-2013.html

MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR

90. Program kebajikan kepada pelajar sekolah
RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks

91. Program bantuan persekolahan - RM100 kepada pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5

92. Program Baucar Buku 1Malaysia - RM250 kepada pelajar universiti
-Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6

93. Menaikkan pelepasan cukai SSPN daripada RM3,000 kepada RM6,000


PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN

94. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30 September 2013)

95. Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten

Baca lanjut di: http://mahasiswajohor.blogspot.com/2012/09/belanjawan-2013.html


Komen:
Biasa2 aje Cuma cara bercakap semasa PM membentangkn bajet dirasakan kurang bersesuaian… seperti sedang blame something before PRU 13… Tapi aku husnuzon… Moga dijauhi segala yg buruk. Apa2 pun, pemimpin yg baik  adalah pemimpin yg sentiasa memikirkan orang bawahannya.. Tidak akan menindas & bersikap adil serta saksama… Itu pemimpin yg bergelar khalifah….Semoga kita mendapat keberkatan daripada apa yg berlaku… Moga Malaysia akan sentiasa aman & damai.. Rakyat hidup bersatu padu…Allahuakbar!!

Melihat daripada perancangan bajet 2012 ini, bidang pendidikan tetap diutamakan, sebilangan besar bajet 2013 diperuntukkan hanya untuk Kementerian Pelajaran Malaysia.. Kerana... Pendidikan itu sangat penting dan mustahak untuk kehidupan. Prasekolah, KEMAS, Perpaduan, Permata dapat peruntukan 1.2 billion… Subhanallah… Moga dipergunakan sebaik2nya segala kemudahan yg diberikan ini bagi memimpin generasi muda yg cilik ini…

TAJUK : ‘IZINKAN SAYA BERZINA DENGAN ANAK PAKCIK'?

Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap


Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.


Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.


Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??


Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan Acik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami ke hulu ke hilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je Pak cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya Pak cik sikit?
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : Pak cik ngan mak cik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh pak cik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya pak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
 



Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.


Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak pak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Mak cik pak cik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. pak cik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : tak da apa mak cik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?



Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.


Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pergi kat mak cik ngan pak cik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. 



Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.


Bapa G : tapi kan. Pak cik nak anak pak cik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pak cik nak anak pak cik rasa ke pak cik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Pak cik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pak cik, pak cik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. 



Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.


Bapa G : kau memadai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pak cik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pak cik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pak cik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pak cik. Pak cik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nilah pak cik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula?
Teruna : yalah. Dah pak cik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pak cik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pak cik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pak cik untuk berzina ngan anak pak cik. Apa yang penting pak cik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pak cik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pak cik. Pak cik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau. 



“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). 


Teruna: Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pak cik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pak cik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. 


Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.


Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pak cik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pak cik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.

Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pak cik, saya seorang bayar mahar untuk anak pak cik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pak cik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pak cik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pak cik.,Sorylah pak cik kalau ada kata saya yang membuat pak cik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. 


Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.


Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pergi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan..
~COPYPASTE~ >__<
~semoga dapat manfaat bersama..Insyaallah..


Buku yg aku nak suggest kat sahabat2 semua tentang erti sebuah perhubungan berlandaskan syariat Islam & mengikut sunnah Rasul serta pahtu kepada perintah Allah, bacalah novel Cinta High Class ~ Ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi, Pemilik Cintaku selepas Allah & Rasul Ustazah Fatimah Syarha & Denyut Kasih Medik Dr Farhan Hadi.... Sungguh ianya sangat bererti... Rasa terharu membaca kekuatan iman & jagaannya adab Qaniah & Dr Muslih dalam perhubungan mereka sebelum berkahwin... Cinta yg terlalu mahal & terjaga... Subhanallah...aku ingin memiliki cinta sebegitu.. Cinta hanya kerana Allah SWT...

Untuk halwa & penulisan yg selamba bacalah novel karya Hlovate yg padat isinya disamping penyampaian dakwah secara halus kepada pembacanya.. Hlovate penulis yg misteri, humble... Setiap penyampaian beliau sentiasa berilmu

Karya2 Hilal Asyraf sentiasa dikagumi... Kagum kepada bakat yg ada pada Hilal, anak muda yg baru berusia 23 tahun itu.. Penulisan beliau sangat hebat!

Ini antara penulis2 kegemaran aku... Walhal banyak lagi aku suka baca.. Yelah dah hobi pun suka membaca walaupun busy macam mana pun tetap luangkan masa kerana membaca itu menambah ilmu pengetahuan aku... Ada sahabat aku bertanya, 'Kau baca novel cepat je habis...Kenapa baca buku @ novel Islamik lambat habis?' Aku senyum... "Kerana aku ingin memahaminya.. Novel biasa hanya sekadar hiburan disebabkn hobi.. Manakala yg aku baca lambat itu sebagai santapan rohani & pengetahuan aku."

Teringat aku semasa aku berbual dengan salah seorang junior aku yg berlainan agama.. Aku meminjamkannya buku motivasi berjudul 'Sebelum aku berhijrah'.... Aku tahu dia berminat pada agama Islam namun begitu aku sedar sukar sebenarnya pengorbanan yang perlu dilakukan... Dia memberitahu aku jawapan yg hampir sama aku beritahu kepada sahabat aku reason kenapa baca lambat... Buku2 ilmiah perlu dihayati & difahami... Perlu juga berguru supaya tidak sesat... Moga dia diberikan hidayah-NYA...




Thursday, September 27, 2012

Cerpen daripada Hilal Asyraf: Bila Kamu Menghina Rasulullah Aku.

Saya perlu mendahulukan cerpen ini,
sebagai response saya kepada filem Innocence Muslim.
Cerpen Bila Kamu Menghina Rasulullah Aku.
Semoga ada manfaatnya di dalam cerpen ini.
Enjoy!
:-)


Aku terdengar kekecohan itu. Seperti dunia sedang bergegar dan gunung ganang menangis. Aku melihat dari jendela kesibukan hidupku. Rupanya kekasihku dihina lagi yang entah buat kali ke berapa. Dan ummat baginda menjadi marah, lantas timbul kekecohan di sini dan di situ.
Aku menghela nafas. Sebak itu wujud.
Menutup mata. Aku dapat rasa ada cecair sejuk mengalir pada pipi di bawah mata.
Aku terkilan dengan kedua-duanya. Kepada yang membina video itu dan kepada yang merosakkan wajah Islam dengan sikap mereka.
Aku lantas melihat semula ke belakang. Kepada susuk tubuh itu yang kini abadi di atas helaian-helaian kertas di dalam kitab-kitab mukhtabar. Berusaha untuk mencari sesuatu.
Buat mereka yang menghina Rasulullah SAW aku itu.
Dan buat mereka yang berakhlak buruk, dalam mempertahankan Rasulullah SAW aku itu.

********

Baginda kelihatan tersangat letih. Dengan darah yang menjadi warna tubuhnya ketika itu. Luka-luka menghiasi diri. Di sisinya Zaid bin Harithah berusaha memberikan yang terbaik kepada tubuh suci itu, tanpa menghiraukan dirinya yang turut luka-luka hasil jamahan batu-batu dari penduduk Ta’if.
Ketika itulah baginda berdoa kepada Allah SWT. Menyatakan akan usahanya, dan memohon ampun jika ini semua berlaku kerana kelemahannya. Menyatakan betapa lemahnya baginda, dan kepadaNya sahaja tempat baginda mampu bergantung harap.
Meruntun dunia mendengar doa itu, hingga malaikat turun memberikan tawaran. Jika mahu, gunung di Ta’if itu akan diangkat lalu dengannya Kaum di Ta’if itu dihancurkan. Namun di tengah luka dan kepedihan, di tengah kesedihan dan ketidak upayaan, Rasulullah SAW aku itu berkata:
“Jangan, moga daripada mereka, akan lahir orang-orang yang beriman kepadaNya.”
Aku yang tidak berada di sana, namun berdiri di tempat itu dengan dihubungkan helaian-helaian Sirah itu pada hujung jemariku, menangis.
Inilah Muhammad SAW yang dibenci itu.
Mengapa ini tidak diceritakan di dalam cerita mereka itu?
Mengapa ini tidak dicontohi oleh mereka yang mahu mempertahankan baginda itu?

*******

Baginda ketika itu dalam saat yang genting. Manusia-manusia rakus dari kumpulan kaafir Quraisy sedang berlumba untuk menamatkan nyawa baginda. Barisan tentera Muslimin di Medan Uhud yang hancur akibat ketidak patuhan sebahagian tentera, membuatkan tentera-tentera musuh berjaya menerobos ke benteng terakhir. Semua dahagakan darah baginda.
Yang ada di sisi baginda pada saat cemas itu hanyalah Sa’ad bin Abi Waqqas dan Talhah bin Ubaidillah. Mempertahankan Rasulullah SAW dengan segala kemampuan yang mereka ada, sebelum para sahabat yang lain tiba.
Ketika itu Ibn Qami’ah dari pasukan lawan berjaya menerobos dan melandaskan pukulan. Bahu baginda menjadi mangsa, dan kemudiannya pipi baginda. Hingga tali pengikat keledar besi yang dipakai baginda, terperusuk masuk ke pipi baginda. Beberapa batang gigi baginda patah, dan mengalirlah kemudiannya darah. Hingga baginda menakung dengan tangan suci baginda darah itu.
Saat ini, apa yang keluar daripada mulut baginda?
“Wahai Tuhanku, ampunkanlah kaumku itu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
Dan bersegeralah Abu Ubaidah yang telah sampai berusaha mencabut tali pengikat keledar itu, hingga giginya pula yang tercabut. Datang pula Abu Talhah, Abdurrahman bin Auf dan Abu Bakr mempertahankan baginda dan memukul musuh agar meninggalkan kawasan itu.
Suasana itu sangat mengharukan. Aku tidak berada di sana. Namun aku seakan wujud di sana. Bergetar hati ini ‘melihat’ suasana itu.
Mengapa ini tidak pula diceritakan?
Dan mengapa sikap itu tidak pula menjadi contohan?

*******

Kelihatan baginda mesra berlumba lari dengan Aisyah yang dicintainya. Kelihatan baginda menyantuni isteri-isteri baginda di rumah. Kepada Hafsah, kepada Ummu Salamah, kepada Zainab binti Jahsy dan lain-lain dari Ummahatul Mukminin, baginda mengasihi semuanya. Bahkan masih memuji dan mengingati isteri pertamanya Khadijah dengan penuh kasih dan cinta.
Seorang yang walaupun sibuk menerima tentangan, peperangan, memberikan penyampaian, keluar memerhatikan sahabat dan rakan, tetap pulang ke rumah dalam keadaan yang tidak membawa tekanan dan masih ada masa bermesra dengan isteri dan anak-anak baginda, membantu menguruskan hal ehwal rumahtangga.
Bagindalah juga yang menunjukkan contoh yang cantik kepada isteri-isteri baginda. Kala roti yang dibawa oleh Aisyah terjatuh, baginda adalah yang mengutipnya, meniupnya, dan memakannya. Tiada pembaziran di sisi baginda. Kala Aisyah cemburu kepada madunya Zainab, hingga menampar hidangan yang datang daripadanya, baginda adalah yang tenang dan sekadar lembut mengajak Aisyah mengutipnya semula, meminta Aisyah menghantarkan hidangan balas buat madunya.
Jika benarlah tubuh yang suci itu merupakan seorang yang gila seks, merupakan seorang yang sukakan seks dengan kanak-kanak, melakukan penderaan seksual, maka mengapa isteri-isterinya bahagia dan kemudian menjadi antara paksi penyebaran ajaran yang dibawa oleh baginda?
Baginda adalah yang mengangkat hak para wanita, para isteri, yang selama ini dianggap sekadar tempat melempiaskan nafsu dan melakukan kerja-kerja seperti hamba. Baginda adalah yang memuliakan para wanita dan menghormati baginda. Tiada baginda membentak isterinya kala makanan tiada, tiada pula baginda adalah yang bising kala makanan tidak kena dengan seleranya.
Maka mengapa itu semua tidak diceritakan?
Dan mengapa, dari kalangan ummat baginda, yang mengaku beriman dengan baginda, tidak mencontohi keadilan ini kepada wanita mereka?
Aku tidak berada di sana, tidak wujud kala baginda wujud, namun aku sentiasa tidak pernah gagal merasa hidup dengan kehidupan baginda. Kutekap buku sirah yang berhubung dengan tanganku ke wajah, kalaulah dari tulisan-tulisan itu dapat kuhidu haruman tubuh baginda.
Air mata ini mengalir.

*******

Apakah orang ramai mengenali Abdullah ibn Ubai ibn Salul? Kepala munafiq. Antara yang menyebarkan cerita fitnah akan kecurangan Aisyah RH. Antara yang membuatkan 300 orang dari 1,000 orang tentera Uhud berpatah semula ke Madinah. Antara yang berkata di kalangan orang ramai tanpa segan silu bahawa dia akan menghalau Muhammad keluar dari Madinah.
Hingga Umar RA yang terkenal pantas melindungi baginda ingin memenggal kepala celaka itu. Tetapi apa yang Rasulullah SAW lakukan?
Dihalangnya Umar, dan berkata:
“Apakah engkau ingin nanti manusia berkata, bahawa Muhammad membunuh saudaranya?”
Dan kala Abdullah ibn Ubai ibn Salul ini mati, baginda dengan penuh kasih, ingin melaksanakan Solat Jenazah kepadanya dan mendoakan kebaikan buatnya. Tetapi Allah SWT sendiri menghalang baginda. Hingga turun ayat:
 “Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja). Kendati pun kamu memohonkan ampun bagi mereka tujuh puluh kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampun kepada mereka. Yang demikian itu adalah karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.” Surah At-Tawbah ayat 80.
Tetapi kasihnya baginda, baginda berkata: “Maka aku akan memohon ampun buatnya lebih dari 70 kali.”
Dan kemudiannya Allah memberikan penegasan akan maksud ayat tadi:
“Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.” Surah At-Tawbah ayat 84.
Membuatkan Rasulullah SAW memahami bahawa memang tiada keampunan, buat yang mati tanpa bertaubat dari dosa-dosanya.
Namun kasihnya Rasulullah SAW itu terpancar pada tindakannya ketika itu. Walau Abdullah ibn Ubai Ibn Salul itu kerjanya hanyalah untuk melukakan baginda dari hari ke hari. Dari masa ke masa. Dari waktu ke waktu. Tetapi lihatlah bagaimana Rasulullah SAW melayannya. Berusaha hingga ke akhirnya agar seluruh ummatnya masuk ke dalam syurgaNya.
Mengapa ini tidak diceritakan oleh mereka?
Mengapa keindahan dan kecantikan sikap ini tidak pula dicontohi oleh mereka yang ingin mempertahankan baginda?
Aku tidak berada di sana. Tetapi kisah-kisah ini hidup bersama diri. Aku sentiasa mencari di mana semua ini dalam kehidupan hari ini, terutama di dalam diri.
Di manakah baginda yang dikatakan kita cinta itu, di dalam kehidupan kita ini?

********

Kala tentera berzirah lengkap itu bergerak dari empat penjuru Makkah, menggegarkan kota suci itu dengan derap kaki dan tunggangan, semua yang wujud di dalam kota itu bergetaran. Bermain semula segala seksaan, hinaan, usaha untuk pembunuhan, kempen untuk peperangan, yang mereka laksanakan ke atas Rasulullah SAW.
Semua masuk ke rumah masing-masing, ada yang bersembunyi di Masjidil Haram, dan Abu Sufyan bersembunyi bersama keluarganya di dalam rumah. Kerana Rasulullah SAW yang mulia itu sebelum datang bersama 10,000 tenteranya, telah mengembalikan Abu Sufyan ke Makkah dengan mesej penuh kemanusiaan:
“Barangsiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan, dia akan selamat. Barangsiapa yang masuk ke rumah masing-masing, dia akan selamat. Barangsiapa yang masuk ke dalam masjid, dia akan selamat.”
Dan kemudian pecahlah panggilan agar semua berkumpul di sekitar Rasulullah SAW. Ada mata-mata yang sempat melihat bagaimana baginda masuk dengan menungganginya untanya. Tidak pula tubuh mulia itu mendabik dada pada hari dia sepatutnya melaksanakan sedemikian. Bahkan tubuh mulia itu menunduk, hingga kepalanya hampir menyentuh belakang untanya. Mulut terkumat kamit merendahkan diri baginda kepada Yang Esa atas kejayaannya.
Kala seluruh Makkah senyap hendak menerima keputusannya, baginda yang mulia itu bertanya:
“Sangkaan kamu, apakah yang aku akan lakukan?”
Berkatalah yang hampir dengan baginda:
“Kami mengenalimu sebagai orang yang baik, maka kami yakin engkau akan melakukan kepada kami yang baik-baik sahaja.”
Tersenyum baginda ketika itu, dan kemudian baginda yang pernah diseksa, dihina, diusahakan untuk dibunuh oleh penduduk Makkah itu berkata:
“Pada hari ini, aku berkata kepada kalian sebagaimana Yusuf berkata kepada saudara maranya: Pada hari ini tiada cercaan buat kalian, moga-moga Allah mengampuni kalian dan Dia itu adalah Yang Maha Penyayang dari kalangan Penyayang(Surah Yusuf ayat 92)”
Ya. Aku tidak wujud pada hari itu. Tiada di sana ketika itu. Namun aku dapat merasa getaran kasihnya baginda. Bagaimana seorang gila darah dan peperangan boleh melaksanakan tindakan sedemikian rupa? Bagaimana seorang gila seks mampu berakhlak sebegitu rupa?
Mengapa ini tidak diceritakan oleh mereka?

*******
Mereka menghina susuk tubuh suci itu, tanpa menyedari betapa baginda mengasihi akhi-akhi dari kalangan para Nabi. Sering dididik kepada ummat baginda, bahawa Musa itu saudaranya, bahawa Isa itu saudaranya.
Mereka menghina susuk tubuh suci itu, tanpa pernah ambil peduli betapa baginda sering berpesan kepada tenteranya agar tidak mencantas pokok sesuka hati, agar tidak menganggu orang yang berada di dalam rumah dan rumah-rumah ibadat. Sejarah sendiri mengakui betapa Salahuddin Al-Ayubi adalah bukti kepada indahnya ajaran baginda ini, menakhluk Baitul Maqdis dengan aman menyantuni ahli-ahlinya, sedang penakhluk Baitul Maqdis dari kalangan Tentera Salib menumpahkan darah hingga ke paras lutut kuda.
Kadangkala aku menjadi amat hairan dengan bagaimana mereka mempermainkan susuk tubuh mulia ini. Dikatakan kalau betul lelaki suci ini baik, maka mengapa ummat Islam ada yang melakukan keganasan.
Ya. Aku hairan apabila muslim melakukan kesalahan, yang disalahkannya adalah Islam.
Aku ingin bertanya, akan nuklear yang diturunkan ke Hiroshima dan Nagasaki. Apakah itu ajaran Injil? Apakah agama Kristian bersalah?
Aku ingin bertanya akan pengambilan Palestin dan penubuhan tanah haram Israel, pembunuhan demi pembunuhan di sana, kezaliman demi kezaliman di sana, apakah itu ajaran di dalam Taurat? Apakah boleh aku mahu menghina agama Yahudi akan kesilapan ini?
Islam dipersalahkan atas perlakuan Muslim, maka apakah mereka ini boleh menerima jika aku menyalahkan Kristian atas perbuatan penganutnya, dan Yahudi atas perbuatan penganutnya?
Pastinya atas dasar hak asasi manusia, kamu akan bising dan memarahi aku. Tetapi lihatlah kamu!
Saban waktu tanpa segan mereka menghina Rasulullah SAW, Islam, keEsaan dan keSucian Allah SWT, tanpa kajian dan pemerhatian yang menyeluruh. Gila seks, gila darah, itu sahaja tomahan mereka. Tomahan demi tomahan yang tidak langsung dilihat oleh mereka sisi-sisi lain kehidupan baginda.
Bagaimana baginda melayani cucu-cucunya yang bermain di atasnya kala dia sedang solat.
Bagaimana baginda bergurau bermesra dengan perempuan yang lebih tua, bertaraf nenek.
Bagaimana baginda duduk dengan orang-orang miskin sehingga yang datang melihat tidak mampu membezakan baginda dengan mereka.
Bagaimana amanahnya baginda, bagaimana belas kasihannya baginda dalam menjatuhkan hukuman, bagaimana bencinya baginda dengan kezaliman.
Mengapa ini semua tidak diungkit dan diangkat?
Dan yang buat aku lebih hairan, mengapa ini semua tidak dicontohi dengan baik oleh mereka yang mengaku mempertahankan baginda?
********
Aku membuka mata. Keluar dari lautan imbasan. Kuletakkan kitab-kitab yang menceritakan susuk indah itu, dan kuhela nafas.
Rasulullah SAW aku itu, yang mulia dan cantik peribadinya itu, tidak pernah membunuh orang yang tidak sepatutnya dibunuh. Jika ada yang bersalah, maka yang bersalah sahaja menerima hukumnya. Di dalam Islam, tidak diajar bahawa anak mewarisi dosa ibu bapanya, orang lain mewarisi dosa orang lain.
Maka tiada di dalam akhlak Islam, tiba-tiba dibom bangunan, dibunuh orang yang tidak berdosa, atas kesilapan dan kerosakan yang dilakukan oleh orang lain kepada Islam kita.
Namun di sebelah pihak sana, tidakkah intelektual yang dicanangkan wujud pada diri mereka ini tidak terfikir, siapalah yang tidak marah dan terganggu emosinya kala orang yang dikasihinya melebihi diri sendiri dihina?
Justeru, mengapa mula mencari fasal?
Apakah tidak cukup sebelum-sebelum ini segala video yang menghina tatacara kehidupan Islam, Rasulullah SAW, bahkan Allah SWT sendiri dihina dengan rakus? Tidak cukupkah?
Dan kepada saudara maraku, entah aku fikir berapa kali kita menerima provokasi sebegini. Tidak kita belajarkah? Memang mereka sengaja mahu buat kita marah dan kemudian beraksi sebagaimana aksi-aksi yang tidak sepatutnya, agar perjalanan dan perjuangan mereka untuk memburukkan nama Islam menjadi lebih mudah.
Aku sentiasa berfikir bagaimana hendak mengubah suasana ini.
Lantas akhirnya aku tengok diriku.
Hei, kenapa aku masih duduk di sini?
Lantas aku berdiri, bergerak melaksanakan kerja-kerja.
Telefon pintarku kuangkat, Umar Mita sahabat karibku, videografer dan fotografer yang pakar, kudail nombornya.
“Assalamu’alaikum Umar, jom buat video. Nabi kita dihina. Kita pulangkan sesuatu kepada mereka, dengan cara yang selayaknya.”
Kemudian aku buka komputerku, kulihat pada laman sosial yang aku sertai, ternampak Ameen Misran sahabatku, hebat berpuisi di dalam Bahasa Inggeris. Lantas aku hantarkan mesej:
“Ameen, buat satu poem, tunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Ada orang menghina Nabi kita. Mari kita pulangkan sesuatu kepada mereka, dengan cara yang selayaknya.”
Kemudian aku terlihat saudara seIslamku dari eropah telah membuat puisi yang hebat, dengan rasa gembira aku share.
Aku teringat akan sahabatku Uzair yang merupakan seorang pelajar agama yang cerdik, lantas aku hubungi dia: “Uzair, ada orang hina Nabi kita. Tulislah artikel, nota, untuk kita ulas isu ini sebaiknya.”
Aku yang ada kebolehan menulis cerita, menulis sedikit cerita.
Kemudian selesai, aku keluar dari rumah. Menyantuni masyarakatku seperti biasa. Memanggil ahli-ahli usrahku berkumpul, duduk di dalam bulatan bagi membersihkan fikrah kami, kemudian berdiskusi akan hal ini.
“Dakwah itu perlu digencarkan lagi. Sampaikan keindahan Islam, dan membentuk lagi peribadi-peribadi yang indah bagi menjadi duta kepada Islam buat masyarakat. Hingga sampai satu saat kita mampu membina sistem kita sendiri, dan merobohkan sistem yang rosak ini. Mengangkat keadilan dan membasmi kezaliman. Agar lebih ramai lagi mencintai deen ini, Tuhannya, dan Rasulnya.”
Ya. Itu respon aku.
Dan aku berharap nanti, Allah pertemukan aku dengan kekasihku yang dihina itu.
Aku mahu mampu berkata di hadapan baginda nanti:
“Sesungguhnya aku telah membelamu, dengan akhlakmu wahai kekasihku.”
Ya. Inilah yang aku akan lakukan, bila kamu menghina Rasulullah aku.



Saudara Hilal Asyraf ni merupakan salah seorang writer yg aku suka baca apa yg dia tulis selain Hlovate yg karya2nya ringa & selamba serta beliau berdakwah dalam novel2nya... Tulisan Ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi sentiasa menjadi bacaan aku... Aku suka membaca.. Tidak semestinya, kita tak ikut serta kita tak tahu... Don't judge the book by its cover...Aku paling tak suka dipaksa @ memaksa dlm konteks KETERPAKSAAN... Jadi moga kita menjadi umat-NYA yg soleh & solehah...amin

Thursday, September 13, 2012

Konspirasi Lagu Gangnam Style Yang Menghina Rasulullah Terbongkar!



Konspirasi Lagu Gangnam Style Yang Menghina Rasulullah Terbongkar! : Apa yang merisaukan zaman sekarang, bila orang berhujah benda yang dia sendiri tak tahu betul atau tidak, kemudiannya mengatakan maklumat tersebut daripada ulamak dotdotdot (fill in the blank) sebagai satu cara mahu orang percaya dengan apa yang disampaikannya sedangkan ulamak tersebut tak pernah mengeluarkan fakta dan kata-kata seperti itu.

Isu lagu Gangnam Style pun boleh meleret-leret kononnya “Saya nak jadi yahudi” la dan paling baru, menghina Nabi Muhammad S.A.W. Inisiatif ingin menyebarkan sesuatu untuk kebaikan tu sangat baik tapi biarlah sesuatu yang disebarkan itu, kita sendiri tahu sejauh mana kebenarannya. Janganlah nak paranoid dengan semua benda. Kalau tak suka, abaikan sahaja dan tak perlu gunakan agama dan nama ulamak sebagai cara ingin menghentam minat orang lain. Kita takkan mampu paksa orang lain untuk minat apa yang kita minat, dan membenci apa yang kita benci.



Walau apapun, kita patut pengeji para gadis Islam yang terkinja-kinja menggayakan tarian dari lagu ini. Memang dalam tarian dan juga video clip mereka, ada banyak simbol gerak-geri yang lucah dan tak patut kita contohi. Mereka di Korea, ada cara mereka dan kita patut tahu mana yang boleh kita ikut dan tidak. Dengar sebagai penyedap halwa telinga sudahlah. Tak perlulah sampai terikut-ikut dan tak perlu juga terlalu paranoid dengan semua benda yang kita sendiri pun tak tahu sejauh mana kebenarannya.


Lirik Gangnam Style Dalam Bahasa Melayu

Seorang gadis yang panas dan humanle pada siang hari
Seorang gadis bergaya yang tahu bagaimana untuk menikmati kebebasan secawan kopi
Seorang gadis yang hatinya semakin panas apabila malam datang
Seorang gadis dengan jenis yang piuh
Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang adalah seperti panas seperti anda pada siang hari
Seorang lelaki yang satu-tembakan kopinya sebelum ia juga menyejuk
Seorang lelaki yang hatinya pecah apabila malam datang
Itu jenis lelaki
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam
Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh
Seorang gadis yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia memainkan
Seorang gadis yang meletakkan rambutnya apabila masa yang sesuai datang
Seorang gadis yang meliputi dirinya tetapi adalah lebih seksi daripada seorang gadis yang bares semua
Seorang gadis sensable seperti itu
Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia bermain
Seorang lelaki yang pergi sepenuhnya gila apabila datang masa yang sesuai
Seorang lelaki yang telah membonjol idea dan bukannya otot
Itu jenis lelaki
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam
Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Anda tahu apa yang saya cakapkan
Oppa adalah gaya Gangnam
layan je lagu ni tapi tak tengok video klip...muzik...download ajelah mp3nya... Jika was-was sbb tak faham bahasanya tak payah dengar langsung...peace.. (=

Friday, September 7, 2012

Titian istiqamah

Titian istiqamah itu bukan mudah diharungi. Walaupun luas perjalanannya hanya sekangkang kera tapi pandangan kita menjadi kabur tatkala singgah di pertengahan jalan. Objektif dan niat itu sudah sudah ditetapkan namun dek kerana sekatan-sekatan yang menggoda, kita tewas tanpa sempat mencuba.
Kondisi fizikal yang dikuasai nafsu seringkali dapat menewaskan kehendak fitrah nurani di jiwa ibarat memecahkan kacang, sungguh mudah. Sedangkan yang dikejar itu baik, mengapa diuji hingga sebegini rupa?
Begitu halnya yang dapat dititipkan dalam mukadimah di atas tentang istiqamah. Suatu proses didikan hati untuk berikhlas, melibatkan lambakan perasaan yang tiada penghujung. Mendepani hiba, sengsara, derita, sedih dan kecewa semata-semata untuk menggapai keikhlasan dalam beramal untuk Tuhan Yang Esa, Allah Yang Murah dengan pemberian-Nya. Hanya Mukmin yang betul-betul bertakwa akan berjaya memilikinya. Beruntunglah bagi mereka.
Bagaimana dengan kita?
Ikhlas itu membawa manusia menyelusuri jalan hidayah. Destinasi yang dituju penuh dengan limpahan kebenaran hidup. Di situ segala kekusutan dan permasalahan akan terungkai dengan taufik yang dibekal oleh kemantapan iman. Namun hendak mengecapnya cukup payah, kita mendepani keremukan perasaan, mungkin kerana rasa tidak dihargai, tidak dimengerti mahupun dipinggir dan disisihkan. Maka kita susah untuk ikhlas kerana itu ikhlas itu bermaksud beramal semata-mata kerana Allah.
Manusia harus akui, kita sering cuba menarik perhatian orang lain tumpu pada kita. Mengakui kebolehan ataupun bakat yang kita ada. Menjadi orang yang dikagumi dan disanjungi mereka. Betul tak? Ya. Kita sering mengharapkan pandangan tinggi daripada mereka. Kata-kata pujian mereka. Malangnya bukan selalu kehendak itu akan dipenuhi. Acap kali simptom ini mengakibatkan kekecewaan dan derita yang berpanjangan. Kerana apa?
Andai kita mengharapkan kasih manusia mungkin saban tahun ia berubah menjadi benci. Kalau kita mencari kecintaan daripada manusia mungkin cinta tidak terbalas. Sekiranya kita mengharapkan penghargaan daripada manusia mungkin siapa jamin ia dapat bertahan lama.Akhirnya kita yang menjadi tidak keruan. Jangan salahkan sesiapa derita kekecewaan yang kita dapat kerana kita yang mencari nahas. Mengapa cari yang tidak kekal sedangkan Allah itu ada?
Kerana itu pentingnya ikhlas yang dianjurkan Islam. Suatu pekerjaan dan amalan bersandarkan semata-mata mengharapkan perhatian, rahmat, pertolongan, kebahagian dan keredhaan daripada Allah! Itulah ikhlas. Mana mungkin Allah membiarkan hamba-hamba-Nya bersendirian.
Limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya sentiasa di sisi cuma jarang manusia sedari. Kehidupan itu juga satu lambang daripada kasih sayang-Nya. Walaupun beronak duri dan berliku-liku tapi alhamdulillah kita diberi satu kehidupan untuk mengecap kehidupan yang lebih baik di akhirat sana. Cuma perlukan sedikit usaha dan tekad. Sedihnya banyak yang menyesal diberi kehidupan hingga sanggup mati daripada hidup. Na'uzubillah min zalik...
Maka bulatkan hati hanya untuk Allah. Kita telah kufur apabila terasa berat untuk menerima cubaan yang dihidangkan oleh Allah ini dalam kehidupan. Kerana apa? Kerana sungguh jelas manusia yang suka merungut dengan kehidupannya itu melebihkan cintanya kepada dunia berbanding cinta kepada penciptanya sendiri. Itulah ciri-ciri orang munafik.
Kesimpulannya, sentiasalah mengkoreksi diri dan bermuhasabah. Siapalah kita untuk meminta yang bukan hak kita. Bersyukurlah dengan segala yang ada dan ikhlaskan diri untuk menerimanya takdir yang telah tertulis.
Wallahu Ta'ala A'lam

Thursday, September 6, 2012

Islam sebagai cara hidup

Bagi orang Islam, Islam bukanlah hanya terhad pada Rukun Islam dan Rukun Iman semata-mata namun menjadikan Islam sebagai cara hidup. Namun timbul persoalan, bagaimanakah menjadikan Islam sebagai cara hidup?
Ada pandangan yang mengatakan untuk jadikan Islam sebagai cara hidup, kita perlu rujuk Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad. Memang benar. Namun tidak semua dari kita mampu memahami keseluruhan kandungan Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan kita. Maka kita perlu merujuk kepada para ilmuan untuk kita memahami bagaimana menjadikan Islam sebagai cara hidup. Apa yang pasti, dengan kita menjadikan Islam sebagai cara hidup, tidak bermakna kita meminggirkan kehidupan di dunia ini. Mukmin Profesional satu istilah yang mungkin boleh digunakan untuk melambangkan orang Islam yang menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Mukmin Profesional, satu istilah yang mungkin asing bagi kita. Istilah ini diperkenalkan sejak tahun 1999 oleh Tuan Haji Ahmad Salim bin Omar, Pengarah Urusan Fitrah Perkasa. Mukmin Profesional inilah yang memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad.
Mari kita lihat secara ringkas langkah menjadi Mukmin Profesional:
  1. Menentukan arah hidup (Hidayah sebagai petunjuk hidup)
  2. Menentukan tujuan hidup (Ibadah sebagai tujuan hidup)
  3. Mengikut jalan Islam (Syariat sebagai jalan hidup)
  4. Menyediakan bekalan hidup (Solat sebagai bekalan hidup)
  5. Memiliki pendorong hidup (Zikir sebagai pendorong hidup)
  6. Mengatasi halangan hidup (Dosa sebagai penghalang hidup)
  7. Menghadapi Kesudahan hidup (Mati sebagai pengakhiran hidup)
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mukmin Profesional, anda boleh membeli buku Mukmin Profesional : Celik Mata Hati – 7 Langkah Memperkasakan Diri tulisan Pahrol Mohamad Juoi terbitan Telaga Biru.

rujukan bahan berilmiah di http://www.duniafaris.com