Catatan sebenar oleh Muhammad Irsyad Kohar pada 01hb Mei 2011
pukul 10.51 ptg,
tambah susu + coffee sikit =D
Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku
tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam
terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku
tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih
panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang –
kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku?
Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini
memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan
apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara,
untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan
merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka
kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita,
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri
kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku
ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat –
nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang
kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu?
Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah
itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan
keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang?
semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada
dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..
Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan
membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.
Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu
menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang…
berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata
mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak –
anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia
menantimu..
Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian
doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar.
Amin…
Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar
ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya
waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu….~
No comments:
Post a Comment