Friday, May 10, 2013

Hadis dalam Bulan Rejab

Tadi masa duk google cari maklumat sikit terjumpa pasal ni..

Memang ada aku jumpa share2 daripada kawan2 di FB pasal hadis palsu. Nak cakap lebih2 aku bukan pandai sangat jadi aku search cari maklumat terjumpa ini untuk perkongsian bersama..



HIMPUNAN HADITH PALSU BERKAITAN BULAN REJAB

Maka datanglah kembali Bulan Rejab dan tersebarlah kembali hadith-hadith palsu yang popular tetapi tidak pasti ketulenannya. Saya ambil pendekatan ini dengan berkongi beberapa hadith palsu berkaitan kelebihan Bulan Rejab supaya penggemar 'share' tanpa menyelidik terlebih dahulu ini men'delete' kembali post mereka dan berhenti 'berharap' dengan ganjaran-ganjaran yang bakal diperolehi. Ikhlaskan ibadah kepada Allah dan dambakan Syurga, bukan ganjaran

**********

1. "REJAB adalah bulan Allah, Sya'ban bulanku dan Ramdahan bulan umatku….. (dan seterusnya yang terlalu panjang untuk dinukilkan)."

Hadith ini adalah Maudhu' (palsu). Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi [ms 529]

2. "Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan REJAB disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan REJAB nescaya ditutup baginya pintu-pintu Neraka Jahim yang tujuh. Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan REJAB nescaya dibukakan bagikan baginya pintu-pintu Syurga yang lapan itu. Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan REJAB maka Allah menukarkan kejahatan-kejahatannya dengan kebaikan-kebaikan, dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan REJAB nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan."

Hadith ini tidak sah dan Matruk(dinukil oleh pendusta). Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi [ms 5244]

3. "Kelebihan REJAB atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir, kelebihan Sya'ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya."

Hadith ini adalah Maudhu'. Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi [ms 517]

4. "Bahawasanya di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil REJAB, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa berpuasa sehari sahaja dari bulan REJAB nescaya Allah memberinya minum dari sungai itu."

Hadith ini adalah Batil. Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi [ms 5143]

[credit: Ustaz Khairul Azmi (pengajar Ma'ahad Darul Fikri Kuantan Pahang) lulusan bahagian hadith di al-Azhar University]

**********

Doa dalam bulan Rejab..


**********************************************

Ini pula daripada Ustaz felix Siauw

1. insyaAllah, dari informasi yang bisa kita dapat 1 Rajab 2013 bertepatan dgn 11 Mei 2013 | makin dekat Ramadhan ya, alhamdulillah :D

2. juga kita dapatkan bahwa tidak ada amalan khusus diperintahkan Nabi saw terkait bulan Rajab | baik puasa, shalat, zakat atau apapun

3. "tidak ada riwayat sahih tentang keutamaan Rajab, baik puasa sebulan penuh, puasa tanggal tertentu di bulan Rajab" (Ibnu Hajar)

4. “tidak ada satu pun hadis sahih dari Nabi saw tentang keutamaan puasa bulan Rajab secara khusus" (Ibnu Rajab)

5. bolehkah puasa di bulan Rajab? BOLEH dan BAGUS sekali | namun dalilnya adalah dalil umum puasa saja, bukan dalil khusus Rajab :D

6. "berpuasalah pada bulan haram dan berbukalah (bila selesai bulan haram)" (HR Ahmad) | dan bulan Rajab termasuk bulan haram

7. sebagai info, Nabi saw bersabda bahwa bulan haram (yang dimuliakan) ada 4 bulan | yaitu Dzulhijjah, Dzulqa'dah, Muharram dan Rajab

8. "berbuat dosa di dalamnya (bulan haram) lebih besar di hadapan Allah | amal salih juga lebih besar ganjarannya" (Abdullah bin Abbas)

9. jadi perbanyaklah amalan salih di bulan Rajab, termasuk puasa | gunakan dalil-dalil umum barusan juga bagus :D

10. diriwayatkan beberapa ulama salaf puasa di semua bulan haram | misal Ibnu Umar, Hasan Al-Bashri, dan Abu Ishaq As-Subai’i

11. perbanyaklah ibadah menjelang Ramadhan, insyaAllah pasti dihitung | tidak perlu dengan dalil khusus puasa di bulan Rajab :)

12. selamat memperbayak amal salih di bulan haram | semoga dengan memperbanyak amal di bulan Rajab | kita siap menyambut Ramadhan :D

ohya, bila masih ada hutang puasa Ramadhan tahun-tahun kemarin | itu lebih utama (wajib) dibayar ketimbang puasa sunnah :D


_________________________*******______________________



Ini sumber daripada fav novelis islamic aku Ustazah Fatimah Syarha


Selamat datang, Rejab! Salah satu bulan haram (berperang) yang dimuliakan Allah dalam Surah at-Taubah, ayat 36.

BERPUASA SUNAHLAH PADA BULAN REJAB TAPI JANGAN BERPUASA SEBULAN PENUH.

Dalam buku Fiqh Shiyam, karya Prof. Syeikh al-Qaradhawi, antara puasa-puasa sunah dalam Islam ialah puasa pada bulan-bulan 'haram' ini. Ia berdasarkan satu hadis panjang riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasa'i.

Imam Ahmad memakruhkan puasa sebulan penuh pada bulan Rejab.

Ibnu Umar dikisahkan berkata, "Berpuasalah di sebahagiannya dan berbukalah di sebahagian yang lain." (Jangan berpuasa sebulan penuh).

Ibnu Abbas pun meriwayatkan demikian. Dia memarahi, "Apakah kalian akan menjadikan bulan Rejab bulan Ramadhan?"

Usah berpuasa sempena Isra' mi'raj pada 27 Rejab dengan niat ia anjuran Islam. Syeikh al-Qaradhawi menggolongkannya sebagai puasa bid'ah. Jika berpuasa pada tarikh itu sempena sunahnya berpuasa isnin khamis dan sebagainya tidak mengapa.

Bagi yang berpuasa sunah pada hari ini, TERUSKAN puasa. Anggaplah puasa hari ni sempena PUASA SUNAH PADA BULAN HARAM secara umum, bukannya PUASA KHUSUS SEMPENA 1 REJAB. 




******************************************************______________*******


Mohon maaf juga jika ada artikel dalam post Bulan Rejab aku yang lepas tersalah.. Saya budak baru belajar..

SALAM REJAB.. Semoga kita dapat beribadah dengan sempurna & dalam rahmat Allah.

Semoga Allah kasih.

Selebihnya wallahualam..aku hanya menyampaikan jika ada salah menegur dengan ikhla =)


Info menarik daripada Ustazah Fatimah Syarh: Sunat berpuasa 3 hari setiap bulan itu ada dalam SEMUA bulan bukan pada bulan Rejab sahaja. Dan ia tak semestinya berturut-turutan. Cuma lebih utama berpuasa di tiga hari putih (13, 14, 15 hb) setiap bulan.

Jom selawat & selamat berpuasa sunat di bulan Rejab =)

Annyonghi jumushipsiyo (Selamat malam)

No comments: