Pernah tak kita balik dari sekolah atau kelas (untuk pelajar sebab pekerja confirm lar balik selepas jam 4 petang kan kecuali cikgu hehe) Tapi yang bekerja tu boleh juga join the club masa lunch hour tidur sekejap...
Bila waktu lunch tu atau balik2 rumah je nak tidur? Yelah..dengan cuaca yang panas terik (macam musim sekarang) lagilah kan kan..penat!
Tidur seketika pada waktu begini ni amat2 digalakkan. Melelapkan mata untuk seketika..bila bangun fresh tapi janganlah sampai sejam dua jam bagai nanti bangun rasa nak grrr!! marah orang je hehe
Okeh..jom check kenapa dikatakan sunnah tengahari ni..
Sunnah tidur tengahari yang dilupakan
Termasuk sunnah yang amat digalakkan ialah tidur sebentar diwaktu tengahari.
Daripada Anas RA, bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda,
Termasuk sunnah yang amat digalakkan ialah tidur sebentar diwaktu tengahari.
Daripada Anas RA, bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda,
قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
'Tidurlah qailulah (tidur sebentar di waktu tengahari) kerana syaitan tidak melakukan qailulah. [riwayat al-Tabarani]
Tidur tengahari boleh dilakukan sama ada sebelum zohor atau selepas zohor berdasarkan kesempatan dan kelapangan seseorang.
Terdapat riwayat dari Anas bin Malik RA yang memberitahu bahawa kebiasaan para sahabat rasulullah melakukan qailulah selepas solat Jumaat dengan katanya,
كَانُوا يُجَمِّعُوْنَ ثُمَّ يَقِيْلُوْن
'Mereka (para sahabat) melakukan solat
Jumaat lalu berqailulah (tidur atau rehat sebentar di waktu tengahari).'
[riwayat al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad]
Para salaf selalu menekankan kepentingan tidur tengahari, Amirul Mukminin Umar al-Khattab RA misalnya selalu berpesan kepada orang ramai supaya melakukan qailulah. [riwayat ini terdapat dalam Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam al-Bukhari]
Semoga dengan mengikuti sunnah ini kita beroleh kebaikan di dunia dan diakhirat!

Perkongsian bersama...=)
Jom selawat.
"Iman itu memaafkan. Iman itu aman." - Luqman
No comments:
Post a Comment