ANGRY???!!
Eh sekejap ni bukan angry bird ni ya =p
Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang yang tidak berasa gembira dengan dirinya sendiri. Orang yang tidak gembira dengan dirinya sendiri, tidak dapat menggembirakan orang lain. Kita seharusnya bijak mengawal dan menangani emosi pasangan dengan kaedah dan cara yang betul.
Apabila kita
berhadapan dengan seseorang yang panas baran, jangan cepat berasa marah. Tetapi
kita menganggap dia sedang sakit dan kita sebagai doktor kepadanya.
Kata
pepatah, "Orang yang baik menjadi guru kepada orang yang jahat dan orang
yang jahat menjadi 'kertas kerja' untuk orang yang baik'.
Jadi, jika pasangan
anda adalah seorang yang panas baran, anggaplah dia sebagai seorang pesakit
yang perlu dirawat. Bagi merawatnya kita perlu tahu diagnosisnya. Bagi
mengetahui diagnosis pula, kita perlu tahu penyebabnya. Mohonlah bantuan dari
Allah s.w.t bagi menyelesaikan masalah, sekaligus memberikan ketenangan yang
menguatkan mental. Jika kita suka apa yang berlaku di dunia luaran, maka kita
perlu mencermin dunia dalaman kita iaitu:
1. Perbetulkan diri sendiri dahulu
2. Berasa belas kasihan kepada pasangan
3. Cuba berkomunikasi yang baik Sebelum menegur orang yang panas baran, menangilah kepercayaannya kepada anda dahulu kemudian tegrlah secara bijaksana.
1. Perbetulkan diri sendiri dahulu
2. Berasa belas kasihan kepada pasangan
3. Cuba berkomunikasi yang baik Sebelum menegur orang yang panas baran, menangilah kepercayaannya kepada anda dahulu kemudian tegrlah secara bijaksana.
"Lihatlah contoh terbaik iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Walaupun Baginda berasa sedih, namun Baginda tidak berasa marah apatah lagi
berdendam, apabila orang-orang Thaif telah menolak dakwahnya dan mencederakan
tubuh badannya"
"Banyak orang tahu tapi tak ramai orang sedar. Sebab
tahu tu dekat akal sahaja, informasi dengan inspirasi lain. Bila tahu dekat
akal, sedar dekat jiwa dan hati dan jiwa juga hati nak jumpa Allah s.w.t"
- Prof Dr. Muhaya, Reset Minda Artis.
Jika kita menulis matlamat hidup kemumngkinan besar akan
berjaya. Jika kita tidak pernah fikir apa matlamat hidup bagaimana mendapat
kehidupan yang bahagia dan membahagiakan
Jangan tidur selagi belum memaafkan semua orang dan berdoa
agar Allah ampunkan dosa orang lain. Fikirkan kebaikan semua orang dan lupakan
semua kebaikan kita pada orang. Niat untuk berbuat baik dan lebih beriman dan
bertakwa dan solat lebih tepat pada waktu dan menjaga aurat serta pergaulan..
Sumber: Celik Hati Prof Muhaya
Bersamalah kita menjaga diri kita... Aku pun hot temper jugak cuma kadang2 berlaku atau meletup.. Sekarang lebih cool.. atasinya dengan mengambil wuduk, membaca al-quran, buku...plus menangis sorang2..online senyap conteng kat blog hahaha
Nobody perfect but we try to be the best... peace =)
No comments:
Post a Comment