Tuesday, November 19, 2013

KESAL.....

Selalu sangat bibir mengungkap kata kesal.
Lalu keluar perkataan itu.

"Kalaulah…"

Cukup.
Tanam dalam hati.
Semua yang kau alami.
Yang lalu, sekarang mahu kini.
Semua itu aturan Dia.

Dia takkan buat apa apa tanpa sebab.
Semua pasti ada hikmah.
Ada pengajarannya.

Dan sekalipun kau tak jumpa apa disebaliknya.
Ingat satu.

Mungkin Dia mahu ajar kau.
Supaya hati hati dalam membuat keputusan di kemudian hari.
Dan kau tak perlu lagi ucap kata kata kesal itu.

Itu pun pengajaran.
Bukan?

Jadi belajar.
Bukan ulang kesilapan.

— via noktahtulisan

copypaste from Aku Islam

No comments: