Biodata Ahmad Ammar Dan Perjalanan Hidup Hingga Disemadikan |
Subhanallah, Walhamdulillah, Allahu Akhbar. Siapa yang tidak kenal dengan anak
muda yang bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam ni. Seorang remaja anak jati
Malaysia yang meninggal pada
2 November lalu.
Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman
Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu
boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang
berusia 20 tahun itu.
Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2
November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas
jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana
beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam
ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau
telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti
di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid
dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2
November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh”
oleh para sahabatnya.
Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan
pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe)
Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November
2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan
satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden ABIM. Beliau juga merupakan pelajar
cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung
pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara
banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk
kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga
telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria.
Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi
kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi
pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap
hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang
yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan
lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang
kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar
hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah
begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti
yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul
seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Catatan Dari Wall Puan Nur
Azlina, Ibu Ammar
Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”…
Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda
Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa
pulang tempoh hari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau:
“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan
Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh
mereka.”…ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.
2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan
kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi
memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah
An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua
ini.
Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH
AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di
samping melakukan kajian sejarah.”
“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku
sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha
bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada
tindakan tanpa gagal.”
Al-fatihah... Semoga perjuangan beliau menjadi ikutan kita semua.
No comments:
Post a Comment