Tuesday, May 29, 2018

Don't hurt


Image may contain: text





Don't hurt yourself by talking about it again and again.
And don't hurt people by asking it again and again.

Real 'move on' is when we don't talk about it anymore. 
To other people or even to ourselves.

#akuislam

Saturday, May 26, 2018

Sweet Moment

Panjang. Tapi nak jugak dedikasi hahaha

Episod tarik beg, galas beg, tidur di airport, kejar2 flight dah berakhir. Jika ada pun mungkin untuk travel atau study.

Kenangan 4 tahun 4 bulan di Limbang, Sarawak.

Tak banyak tak sikit, tapi cukup membahagiakan.
Bila datang kau disambut dan pergi kau ada yg mengalirkan air mata.

Bukan untuk rakan2 sahaja tapi juga ibu2 dan murid2. Terasa hangat pelukan ikhlas kalian. Sungguh saya rasa dihargai melihat kehadiran ibu2 dan bapa2 serta murid2 tadi. Walaupun pergi saya tanpa apc hahaha, tapi cukuplah saya rasa kehilangan saya akan dirasai mungkin.

Buat rakan2 seperjuangan, saya rasa berada di samping keluarga bersama anda semua. Terima kasih yg hadir meluangkan masa hadir hari ini. Sungguh saya akan rindu, nak makan sama2, masak sama2, buat backdrop, ajar budak persembahan semua turun, semualah bersama bagai satu keluarga.

Buat rakan2 prasekolah, terima kasih tunjuk ajar dan ilmu yg diberikan. Allah sahaja yg dapat membalas.

Terima kasih Allah atas pengalaman dan rasa kasih sayang ini. Walaupun ada tak sayang tapi rupanya lebih ramai yg sayang Allah bagi.

Saya akan ingat dan simpan semua kenangan dalam memori. Semoga semua kebaikan yg diberikan kepada saya oleh sesiapa sahaja sepanjang saya berkhidmat di SK Tiga Kampong ini, Allah akan balas berlipat lagi rahmat dan kebaikan kepada kalian.

#nfwork
#doayangbaikbaik
#fikiryangbaikbaik

NF 19 Disember 2017


p/s: tak sangka aku simpan tulisan yang taip ni. Tak tahu apa motif tapi post ajelah di blog ni. Hampir 6 bulan dah tinggalkan bumi kenyalang. Kenangan mahal. Sahabat2 yg baik dan dikeliling dengan orang2 yang baik. Semoga kalian semua dalam rahmat Allah.

10 Ramadan

MOVE ON

Saat kamu masih setia tak mahu melepaskan dia. Saat kamu masih lagi sudi memberi 'green light' untuk dia kembali mengisi ruang kekosongan di hati kamu yang sepi itu. Mungkin dia sudah pun bahagia dengan insan lain. Dan saat itu bagi dia kamu hanya tinggal kenangan.

"Teman, kekosongan di hati itu sepatutnya kita isi dengan cinta kepada Allah."

Sampai bila hidup nak dihantui kenangan lama? Dia tidak lagi menghargai kamu. Mengapa kamu masih sibuk menanti dia yang tak pandai menghargai kamu? Mengapa kamu masih sibuk menanti dia yang tak pandai menghargai ketulusan hati kamu? Stoplah dari menanti dia yang kamu anggap 'permata' itu tapi sebenarnya 'kaca' yang sungguh melukai hati kamu.

Untuk apa kamu menghargai orang yang tak pernah nak menghargai kamu? Untuk apa kamu setia, menaruh hati pada orang yang tak sudi? Menaruh hati pada seseorang yang mungkin pada pandangan matanya dia cuma anggap kamu sekadar teman biasa. Untuk apa memberi cinta pada yang tidak sudi menyambut rasa cintamu?

Teman, cinta itu menyembuhkan bukan menyakitkan. Jika kamu boleh mengikhlaskan segalanya.

"Yakinlah takdir tidak pernah salah. Ada hikmah Allah nak beri. Percayalah nanti yang betul-betul jodoh kamu Allah akan hadirkan jua."

Bangkit teman,

Lelaki atau wanita bukan dia seorang sahaja. Lupakanlah dia sebagaimana kita pernah melupakan Allah, jika Allah kita boleh lupakan. Lalu mengapa tidak manusia yang belum tentu halal bagi kita itu tak boleh kita lupakan?

"Usah pikir soal dia lagi. Usah berharap yang dia akan kembali semula. Usah bermimpi di siang hari lagi."

Untuk kamu yang nak move on, mulai sekarang kalau benar kamu mahu melupakan dia. Kamu padamlah number dia, delete gambar dia, stop stalk facebook, instagram dan twitter dia. Azam lah untuk hapus dia dari dalam hati dan hidup kamu.

"Allah tidak menemukan kamu dan dia hanya untuk saja-saja. Tapi Allah juga tidak memisahkan kamu dan dia hanya untuk saja-saja. Ada hikmah yang Allah nak beri."

Dan mungkin itu kerana Allah lebih menyukai hati kita fokus hanya kepada perkara yang diredhai-Nya.

kredit: Medandakwah

Saturday, May 19, 2018

Carilah hatimu di tiga tempat



Pesanan Imam Ghazali

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al quran. Tetapi jika tidak kau ketemui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau ketemui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika masih tidak kau ketemui juga, maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"


Jaga hati, walau di mana kita berada, apa pun keadaan yang kita lalui. Kadang kala ujian dan dugaan yang diberikan untuk melihat diri kita sendiri bagaimana.

Yakinlah Allah sentiasa ada.

Mengingati mati sesungguhnya dapat menghidupkan hati.
biarlah mati sentiasa hidup di hati kita.


p/s: Doakan aku berjaya dalam kerjaya dan pelajaran aku. Aku kadang2 rasa down sambung master sambil belajar. Cuma aku teringat kawan2 yang dah berjaya tempuh dan berjaya mampu melaksanakannya takkan aku tak mampu. Doakan aku. Tq =)


N.F. 19.5.2018

Ramadan

Ramadan tahun ini aku rasa yang terbaik.
Kehidupan yang makin baik hari demi hari
Nikmat yang tidak perlu didustakan bertambah baik.
Alhamdulilah.