Tuesday, August 7, 2012

Action Research

Baru aje lepas dapat call daripada lecture aku yg mengajar AR.. Sport check okeh! Kau ada? hahaha

Sebelum ni adalah 2, 3 kali Dr beritahu nak buat sport check call tengah2 malam tengok kami ni dah tidur ke belum @ buat AR...hahaha..Mujurlah aku lepas abis terawih 8 rakaat tadi balik bilik bukak lappy betulkan AR sambil baca buku Langit Ilahi 2 - Kembara Hamba Mencari Cahaya by Hilal Asyraf... Lepas tu siap mintak aku sendkan kat beliau no2 telefon klazmate aku yang lain... Huih...sport check belajar pun ada kot!  Terbaeekkk!!

Semalam boleh dikatakan hampir 90% klazmate aku termasuk diri ini tak tidur @ tidur2 ayam sebab siapkan AR.. Pagi tadi lepas urine test di dewan bersama AADK, masuk kelas DR check draf AR yang kami dah hantar.. Kena pulak last sekali check aku punya... Banyak lagi kena edit, buang & betulkan... Penat jugaklah ni... Hari Khamis & Jumaat ni DR nak abiskan ajar semua yg perlu ada dalam AR... Next week, konfem tak boleh fikir nak balik raya lagi tapi kena fikir nak siapkan AR kerana AR penuh perlu dihantar sebelum raya.. DR kata beliau buat macam tu untuk memudahkan kami.. Jadi masa raya nanti tak adalah dok ingat kat AR je hahahaha

Saya sedang berbicara dengan waktu sekarang.. Kena manage betul2 masa sekarang.. Dahlah diri ini tak boleh penat, berfikir terlalu banyak.. Jika tak migrain datang menghimpit...huhu

Menurut catatan Hilal Asyraf (salah seorang writer yg aku suka karyanya); Fiqh Awlawiyyat iaitu fikah keutamaan..

'Yang utama perlu diutamakan, yang penting perlu didahulukan dan yang tidak urgent boleh dilewatkan.'

Penyusunan itu adalah untuk mengelakkan kita daripada membazirkan masa atas perkara yang tidak penting, sehingga meninggalkan perkara yang penting..

Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Daripada kebaikan Islam ialah seseorang itu meninggalkan apa-apa yang tidak berguna padanya (tidak bermakna).'

Apabila kita berbicara dengan waktu mungkin waktu dapat melapangkan drinya sedikit dengan kita jika kita berbicara dengan baik kepadanya.....

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud;
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian...." (Al-'Asr: 1-2)

Kehidupan manusia akan kerugian jika tidak dapat menguruskan masa dengan baik...

Oleh itu, hargailah masa anda kerana bagi aku setiap masa adalah emas & sangat berharga!

Saya menghargai masa & sekarang perlu tidur sebelum bangun qiam serta sambung buat AR balik...insyaAllah...

Mata dah pejam sebelah.. Tapi masih meneruskan membaca buku sehingga tertidur..

Lailan Saidah... ^____^



2 comments:

  1. Hidup untuk memberi bukan untuk meminta.. Yakin pada-Nya... pasti akan ada jalan untuk anda.. selamat berkarya teman

    ReplyDelete