Wednesday, August 8, 2012

Solat Sunat Taubat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: 

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)


Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: 

“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)


Syarat-syarat taubat :
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk 
selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.


Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. 

Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.


Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

• Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
• Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
• Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
• Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
• Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah 
Ta’ala),

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

• Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

• dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

• Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-
masing ke hadhrat Allah.


Sekadar perkongsian ilmu bersama walaupun aku tahu di luar sana ramai dah yang tahu...
Teringat pulak dekat zaman sekolah dulu.. Masa tu form 5, selepas waktu sekolah kami dikehendaki solat zuhur & solat sunat hajat sebelum kelas tambahan. Ingat lagi ada seorang guru aku ni....ingat2 lupa namanya tapi rasanya cikgu perempuan & bukanlah guru kegemaran aku hihi! Cikgu aku ni selalu berpesan kepada kami sebelum solat sunat hajat, solat sunat taubat dulu. Awak semua minta itu ini pun, tapi tak bertaubat atas dosa2 yg dah awak buat tak guna jugak! hihi... Zaman sekolah umur pun baru 17 tahun apalah sangat yang tahu... Aku & kawan2 sengih2 sahajalah.. tapi kami buat.. yelah geng2 kelas depan sikitkan mestilah dengar cakap cikgu walaupun belakang2 soseh..soseh...hahaha... Tapi kerana teguran dari beliaulah membuatkan aku bila hendak solat sunat hajat pasti akan buat solat sunat taubat dahulu... Banyak dosa & khilaf yang aku buat setiap hari yg disedari mahupun tidak... Siapalah aku ini.. hanya manusia kerdil...=)

Arghhh...Jika bercakap tentang kenangan semalam ketika di bangku sekolah terlalu banyak.. Si budak kecik melawan senior, lompat pagar sebab nak balik rumah weekend, lari sembunyi dalam loker sebab warden cari selepas buat bising masa tengok FIFA, jalan itik sampai ke blok asrama lelaki, tidur di atas jalan raya berbumbungkan langit berlantaikan tar beralaskan lengan dengan senior2, lawan cakap warden, buat surat tukar sekolah sendiri, lari2 tepi sawah sebab tak nak masuk kelas, buat alasan sakit tak nak ke sekolah dan macam2 lagi...

Sebetulnya..ramai guru2 aku terkejut bila dapat tahu (Mak aku beritahu sebab Cikgu2 sekolah aku selalu datang ke post office tmpt Mak aku bekerja dulu) yang aku masuk maktab perguruan (kini IPG)... Paling sengal masa aku pergi beraya rumah cikgu kelas aku dgn kawan2, dia boleh gelak2 pulak bila tahu aku belajar kat IPG... Aish...sabo jew lar aku..Nampak sangat ketidaksesuaian (betul ke perkataan ni? hihi!) aku sebagai seorang pendidik! 

Tapi mula2 daftar masuk ke bumi bertuah ni (IPGKTAA) aku pun macam tak ada feeling jugak.. No heart feeling gitu.. Hati ni masih kat UiTM (tempat aku belajar sebelum masuk IPG).... Lama jugaklah nak pupuk rasa kecintaan pada kerjaya guru ni.. Naik PISMP sem 3 baru 70% aku terima dengan rela hati & kini dah sem akhir sem 8... Hati tu dah jadi 101% dah rasanya hahaha... Tapi kadang2 terfikir jugaklah.. Nak ajar anak murid macam mana sedangkan diri sendiri tak betul lagi...Rasa bertuah tu tetap ada walaupun ada hati2 kecil yg nakal berkata; 'Jika aku masih di uni maybe aku dah grad & kerja (tengok kawan2 aku semua dah dapat scroll degree mereka last year)....@pun jika aku masuk matrik Gambang tu maybe aku dah boleh sambung master sekarang'...hahahaha...Tapi macam mana pun, aku tetap bangga dapat masuk IPG ni... Belajar percuma tak ada yuran, dapat elaun, pengalaman banyak (teori & praktikal seimbang) & apa lagi yang aku nak sebagai seorang anak kampung? Humble giler kan? Dush!! 

Memang aku sekarang bercita2 tinggi.. Aku sentiasa berdoa, aku tidak hanya akan pegang scroll degree tapi lebih lagi insyaAllah dengan izin-NYA... Jika tahun depan rezeki aku posting di semenanjung, maka rezeki aku untuk sambung terus master bulan 9 tahun depan akan diteruskan.. Nak ambil course apa pun dah ada dalam fikiran, uni mana nak pilih pun dah ada, simpanan pun dah ada (aku menyimpan sejak PISMP sem 1 untuk sambung belajar).... 

Sekarang ni sebagai seorang HAMBA ALLAH aku hanya bertawakal & berdoa kerana walau sehebat manapun manusia merancang, hebat lagi perancangan yang ALLAH aturkan untuk hamba-NYA... 

Manalah tahu tiba2 aku kahwin tahu depan ke...hahaha..walhal umum tahu aku sememangnya menolak perkahwinan di usia muda..Relaks relaks dulu..Buat penat belajar je jika terus kahwin..Bagilah Mak Ayah kita rasa duit gaji kita dulu...hahahaha...Nauzubillah..Aku menolak jodoh pada waktu ini...umur dah 27 thn ke atas okeh lar tu..hahahaha

Cakap pasal kahwin muda ni teringat kazen aku yg dulu study kat Australia & baru aje kerja dgn Petronas nak kahwin dah dengan tunangnya yg masih lagi study di UK amik medic....Kazen aku ni lelaki okeh... Terkejut juga bila dia call beritahu 12 Dis 2012 tarikh kahwinnya... Aku tanya dia "Asal awal kahwin bukan ikut perancangan masa tunang dulu ikat 2 tahun? Amboi kau gatal eh, muda lagi kot kau tu!" Dia kata, "Jodoh aku dah sampai..jadi awallah aku kahwin. Lagipun aku nak elak maksiat hahaha" (beritahu kazen aku sambil gelak).. Senget kazen aku ni...Tapi betul jugak lama dah mrk bercinta sejak sekolah lagi...Teringat masa kecik2 dulu, kami ramai2 (aku & kazen2 lelaki) pergi memancing sambil naik basikal dekat Tasik Taman Danau Kota (dulu perasaan anak jati kL!)...Sekarang semua dah besar2, bila jumpa sekarang semua buat2 tak kenal & tak tegur sapa (aku memanglah dgn sapa2 pun malas nak tegur hahah!) Kami hanya bercakap bila perlu aje & hal2 yg sewaktu dgnnya... Itu okeh lar kan dah abis degree & dah kerja... Ni kazen aku seorang lagi pun nak kahwin jugak tapi tahun depanlah agaknya (awal tahun rasanya)... Umur baru 21 tahun baru abis diploma... Masa dia bertunang bulan 6 hari tu, aku juga yg terkena (akukan cucu perempuan sulung sebelah Mak).. Semua duk pakat tanya, bila pulak turn akunya? hihi.. Nasib baik Mak backup cakap aku belajar lagi.. Bila orang mempersoalkan jodoh, apa yg aku buat hanya tersenyum & berkata cita2 saya tinggi.. at least jika sy xdapat capai master sebelum kahwin biarlah sy senangkan Mak & Ayah saya dulu.... Easykan? hahaha.. Hidup tak perlukan alasan untuk kita terus memberi alasan....

Teringat satu petikan dalam salah sebuah buku yang dibaca tetapi diubahsuai oleh aku sesedap rasa;

'Cinta itu mahal, tetapi bukan semua orang yang mengerti akan cinta. Pengertian cinta akan menetapkan harga cinta itu sendiri. Jika kita benar faham mengenai cinta maka cinta itu akan menjadi mahal. Namun jika kita tersilap menghitung erti cinta, cinta akan menjadi muran semurah-murahnya... Cinta bukan berlandaskan hawa nafsu tapi sebenarnya cinta itu berlandaskan keimanan. Keimanan kepada Allah SWT...Jika kita mencintai Allah pasti ianya akan membuahkan cinta2 lain. Siapa yang mencintai Allah, dia akan mencintai Rasulullah SAW dgn sepenuh jiwa. Siapa yg mencintai Allah, dia akan mencintai kedua2 ibu bapanya dgn bersungguh2...Destinasi cinta ialah Allah SWT...Cinta itu satu ibadah...Apabila kita mencintai seseorang carilah yang akan melangkah & berpimpin tangan dgn kita ke dalam syurga... MAHAL...Cinta sebegini mahal...INDAH...cinta sebegini terlalu indah...'

Bukan sebatas dunia tapi melangkau akhirat. Bukan setakat di bumi, malah bertaut hingga ke syurga nanti...Aku mengejar cinta sebegini...Tapi bukan ustaz yang aku nak pilih dijadikan suami (aku sedar kediri..tak layak nak mendampingi. Aku ilmu tak cukup lagi)....Tapi cukuplah sekadar dia ada pegangan agama & kerjaya yg baik...=)

Opss....ini bukan bermakna aku mengata ketidaksetujuan aku kepada perkahwinan di usia muda... Melalui bacaan & pengamatan orang disekeliling...Ianya ada pro & kontra... Syaitan akan menangis apabila ada anak gadis berkahwin & perkahwinan itu sendiri mengikut sunnah Rasulullah...(Jika salah mohon betulkan sebab sy budak baru belajar)... Aku setuju untuk orang lain tapi bukan untuk diri sendiri...Bagi aku banyak lagi yg aku nak buat... Walaupun ada sahabat berkata; 'Masa kahwin boleh jugak belajar!' Aku hanya angguk2 sajelah....Buat2 keras hati...hahaha...Tapi itulah..Dah sejak azali (dr umur 0 bulan hnga 24thn) aku memang jika ada matlamat dalam hidup yg dah ditetapkan maka itulah yg aku kejar dulu.. Lain2 hal yg tak penting aku campak buang dulu hahaha Sebab tu jika orang kata aku sombong ke, berlagak ke, kera sumbang ke & sewaktu dengannya aku buat tak tahu je (walaupun dalam hati bergelora syaitan tiup api kemarahan tu hahaha)...Bila kita fikir positif makan takkan hilang pun rasa keinginan itu...Makin membara adalah huhu


Sebelum aku merapu berjela2 lagi sampai membuang waktu aku baik aku berhenti di sini... Nak siapkan AR lagi ni.. Assignment pun baru pagi tadi sentuh2 buat ala2 warming up...

*Uish... lecture AR aku buat sport check lagi malam ni...Habislah klazmate aku...=p


"Ilmu itu adalah cahaya & cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang2 yang melakukan maksiat" - Iman Syafi'i-


Sentiasalah kita saling pesan memesan antara 1 sama lain.. Jika salah tegurlah...insyaAllah, jiwa yg penuh dgn rasa manisnya iman akan dapat menerimanya dgn lapang & penuh ketenangan, namun ingatlah biarlah ianya bersesuaian & bukannya menjatuhkan air muka seseorang itu dikhalayak ramai...


TERIMA KASIH ALLAH atas jalan yang KAU tunjukkan kepadaku... 


No comments:

Post a Comment