Sunday, December 1, 2013

Kehidupan

Entah kenapa rasa jari jemari ni nak buat senaman pagi2 ni...


Rahsia hati kita bahagia..

Positiflah walaupun sedang diuji
Senyumlah walaupun pahit
Ketawalah walaupun tak lawak
Tenanglah walaupun gelisah dan resah

Hati ni Allah yg pegang..
Jika DIA nak terbalikkan hati kita 360' kita akan jadi seperti yang diterbalikkan
Selalu mohon dengan-Nya

Sejadah dihampar 
Menangislah semasa berdoa
Bertakafurlah memunasabahkan diri mengenang dosa-dosa
Bacalah al-Quran untuk menghilangkan duka

Menangislah bila kita sedang sedih
Menangislah bila kita sedang gembira
Menangislah bila kita sedang diuji
Menangislah bila kita sedang ketawa

Dulu..selalu amalan ini aku akan buat bila aku resah, sedih, jiwa terasa kosong..
Di tikar sejadah itu aku buat solat hajat, solat taubat
Memohon ampun atas khilaf diri, kealpaan diri kepada-Nya
Bila diuji baru hendak mendekatkan diri pada-Nya

Bila aku sedih atau rasa marah..
Aku membaca al-Quran walaupun bacaan ku tidak selancar mana sambil air mata bergenang
Bila aku dalam kedukaan atau rasa kecewa yang mendalam
Aku memuhasabahkan diri ku di malam dinihari mengenang dosa-dosa lampau dan sentiasa terfikir di benak akal ini.. "Sempatkah aku untuk bertaubat kepada-Nya? Dapatkah aku menjadi anak yang baik, hamba-Nya soleh dan di manakah tempat aku akan di tempatkan kelak? Di syurga-Nya atau menghadapi kesukaran meniti titian lalu terjunam ke neraka-Nya?? Allahu..

Sebak di dada.. Sesak di hati..
Nafas ku tidak teratur bernafas
Sedar akan kekurangan diri
Terlalu banyak dosa-dosa semalam yang masih tidak terampun dan hari ini aku masih lagi melakukan penambahan dosa dari hari ke hari..

Ya Allah.. sesungguhnya.. kelemahan aku adalah diriku sendiri..
Mudah alpa bila berada di puncak..
Bila terjatuh pandai pula mencari dahan untuk berpaut..

Tuhan ku... aku tak layak masuk syurga-Mu
Namun tidak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Berikanlah aku kekuatan & hidayah-Mu Ya Allah..


 
** Sekiranya dosa kita boleh dirakam kemudian di delete...............**


..................................................................................................... Titik yang bersambung.. 
Moga Allah mengasihani & merahmati semua hamba-Nya.. 


No comments:

Post a Comment