Friday, December 13, 2013

Rakaman Kehidupan

Assalamualaikum…

Tiba-tiba di pagi yg sejuk sebab hujan ni rasanya jemari ni rajin pulak nak menaip. Yelah nak buat perancangan untuk tahun hadapan malas, tengok album teringat pulak rentetan hampir 5 bulan selepas posting di Sarawak. Macam nak kongsi aje pengalaman yang tidak seberapa itu di sini.. =)

Sebelum itu, marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada mangsa-mangsa banjir yg teruk melanda sekarang.. yelahkan sekarang musim tengkujuh, memang kita selalu menjangkakan bencana ini akan tiba namun tidaklah terlangkau di fikiran kita yg bencana alam iaitu banjir kali ini sangat dahsyat.. Melihat gambar-gambar (boleh search di inchik google atau fb) bagaikan lautan yg timbul-timbul tu umpama pulau.. dahsyat.. Subahanaallah..nauzubillah…semoga kita dilindungi daripada semuanya.  Doakan semoga semuanya kembali kepada sedia ada.. Janganlah banyak sangat kematian yg berlaku.

Okeh.. U-turn balik ke cerita asal.. Story-mory pasal kehidupan sepanjang setahun ni.. Yelahkan 2013 bakal berakhir.. dari awal tahun menunggu posting yg tak tahu ke mana hujungnya, kisah pengalaman kerja sambilan sebagai kerani admin, guru ganti di sekolah menengah, guru ganti di sekolah rendah, kerja di CC, kisah selain interview (IV) ada juga keistimewaan iaitu penilaian khas (PK) untuk mana-mana graduan yg mendapat keputusan yg lebih baik (bukan aku cakap yg tak dapat tu tak baik) dan alhamdulilah aku tersenarai dalam PK di Kuantan, kisah pengalaman pertama mengundi, kisah pengalaman konvo peringkat ijazah dengan jubah yg ohsem tu, kisah terpaksa menulis surat ke UKM untuk menangguhkan pengajian peringkat sarjana ke tahun 2014, kisah tak ada reaksi apa-apa masa tahu dapat posting Sarawak esp Limbang (sebab tak pernah kenal pun, yg kenal hanya Kuching hehe), kisah hidup diperantauan, kisah gaji pertama, kisah kereta pertama, kisah rumah pertama yg telah pecah tanah dan dalam proses untuk dibina (sekarang baru bersihkan kawasan dan tambun tanah, insyaAllah dalam bulan 1 atau 2 baru mula pembinaan), kisah shopping bagai nak giler sebab dah mula pegang duit sendiri, kisah seorang budak yg kaki berjalan dan macam-macam kisahlah yg berlaku di tahun 2013 ni… Semuanya itu walaupun pahit tetap ditelan rasa manisnya nak-nak bila teringat kembali.. ^^

Tapi tak cerita dari awal tahun.. cukup sekadar mula kehidupan aku sebagai GURU. Ya.. diakui ini bukanlah kerjaya impian.. Sepanjang masa, bila cikgu tanya di sekolah pada zaman dahulu kala kerjaya ni tak pernah masuk senarai.. Namun alhamdulilah, Allah takdirkan aku di sini. Syukur.. Sangat menarik, mencabar (mungkin sebab aku posting di sini kot hehe) dan sebagainya. Sejak zaman masuk maktab lagi aku dah semaikan dalam kepala otak ni agar redha.. buat semua ni kerana Mak Ayah yg inginkan.. Redhakan.. Allah akan sayang.. Sebab tu, walaupun tak suka tapi tetap berusaha habis baik sebab aku tak nak sia-siakan peluang yg diberi. Sentiasa beranggapan bahawa setiap yg berlaku ada hikmahnya.. Tapi tak dapat nafikan kadangkala merungut jugak hehe

Semua orang ada kerjaya impian masing-masing kan..

Kawan-kawan aku selalu bertanya bila aku nyatakan hasrat nak sambung belajar..
** InsyaAllah setelah menangguh untuk tahun ni, tahun depan aku akan mula belajar semula..yippie..**

“Kau nak sambung master ni kau nak jadi pensyarah ke lepas ni?”

Jawapan aku..

“Entah.. aku tak fikir pun. Aku buat sebab parents aku nak anak mereka ada yg ada master.. aku hanya realisasikan sahaja..”

Serius cakap..jika diberi peluang (in my dream) hehe…
Nak sangat kerja yg tak hanya di sesuatu tempat sahaja. Merantau, membuat kajian, melihat budaya dan masyarakat, ke seluruh pelusuk dunia, amik gambar sana-sini, back to the nature, travel dan bla bla bla

Apa-apa pun sebagai seorang hamba Allah aku kena ada rasa SYUKUR sebab Allah tidak memberi apa yg kita mahukan tapi memberi apa yg kita perlukan.. So positive thinking =)

Ok sambung cerita... Kita tengok suasana sekolah, aktiviti yg aku ikut sepanjang 4 bulan bergelar guru ni.. Perghh.,.memang ohsem! So, please be nice dengan guru2 anda sekalia kerana tanpa mereka siaplah kita. Terima kasih cikgu2 sy di SKPT, SMAM, SMKBS, UiTM Dungun & IPGKTAA.. Budi dan jasa kalian akan sy kenang hingga akhir hayat..

Pengalaman sepanjang 4 bulan berkhidmat di SK Tiga Kampong, Limbang, Sarawak

**Layan gambar-gambar sudahlah haha**


Perjalanan ke sekolah.. Laluan ke Brunei-Miri

Mula-mula jalan oklah, kemudian rasalah macam naik kuda (tapi jalan di elok sikit & besar sikit dari jalan roller coster yg pernah aku ulang-alik masa belajar dulu), kemudian dalam (tak sampai kot) 5km jalan berbatu halus & kasar. Biasa aku ke sekolah hari Isnin pagi.. dalam 6am dah gerak ke sekolah..mula-mula dulu tumpang cikgu sekolah dari Sabah sekarang tak dah sebab dah ada si putih (thank you Mak Ayah kerana memahami) hehe.. Dalam perjalanan nak ke sekolah tu memang feeling macam kat Kundasang dah! Kabus tebal giler!! Tapi tak adalah sampai masuk mental hospital hahaha... Suka pepagi tu.. tadabur alamkan..hijau je..Awan nampak seketul-seketul..

Ok ni suasana kawasan sekolah yg sangat cantik, kemas dan sewaktu dengannya.. Tak nak lebih nanti kata angkat bakul sendiri haha

Dalam gambar ni ada kuarters tempat aku & kawan2 (cikgu2 baru) tinggal, kelas prasekolah aku, bilik guru, kelas tahun 2 & 3 yg telah diruntuhkan dan bakal dibina bangunan baru, kuarters guru-guru lain, susur jalan ke asrama, kelas tahun 4-6, ruangan membaca & dewan terbuka


 Ni dewan terbuka.. 1st time datang memang terpegun.. sebab cantik & kreatif.. hehe


 Ni dewan makan asrama. Asrama kat sini ala2 asrama penuh. Murid tahun 1 hnga 6 tinggal di asrama.


 Ni susur ke asrama lelaki & perempuan. Pembahagian antara dewan makan dan asrama adalah tandas & ruang murid-murid bermain. Oh ya, yg warna biru tu adalah tangki tadahan air hujan hehe


 Ni kawasan padang sekolah. Masa ni sekolah bertanding untuk keceriaan hari merdeka. Kami sampai ke peringkat kebangsaan tapi kalah hehe


 Ni masa hari sukan tahunan sekolah.. Tu dia open hall kami canggihkan. Atas tu kelas..


 Kreatif tak staf sekolah??




 Sudut depan asrama..


Ni bersebelahan dengan dewan, di sini program DEAR diadakan. Pagi-pagi, murid akan berkumpul dan membaca buku sambil ditemani oleh guru aka mentor masing-masing

Teruskan dengan gambar2 yg telah diedit & dicantumkan.. Merangkumi kehidupan hari-hariku.. 

 Kelas masa mula-mula dapat





Kelas aku.. Ni mula-mula dapat terus snap sana sini.. Kelas baru lagi ni. Dapat kat aku pun aku tak ada buat perubahan pun haha cikgu tak kreatif gitu lar..haha










Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan baik di dalam kelas, di luar kelas, sekolah dan daerah sehinggalah peringkat negeri kebangsaan..

Salah satu aktiviti Ihya Ramadhan

Robotcop.. hee..bukan ajar pasal bentuk



 Kem 1M1S



 Mesyuarat pertama sebagai guru prasekolah.. Nervous giler.. meeting pasal lawatan 1 Malaysia Prasekolah dgn GB, GPK Hem & Ibu bapa murid




 Sambutan hari 1Malaysia

 Gigih guru-guru rumah kuning latih murid bersajak, puisi hehe

 Pertandingan Keceriaan Hari Merdeka


Persiapan di ambang merdeka

 Latihan motor halus kanak-kanak haha

 Nampak guru perempuan ramaikan, tu tak rasa sangat sedih hahaha

 Rasanya ni sambutan hari merdeka kot.. Tengok yg warna kuning & hijau si cilik tahun 1 menari tarian mabuk2 hasil tunjuk ajar Cikgu Az (Cikgu dari Sabah)

 Bersama murid sesi 2013 dan PPM

 Ni lar cikgu2 baru SKTK

 Persiapan hari raya =)

 Gigih para guru esp mentor dengan budak-budak MUKUN ni.. salah satu persembahan tradisional Sarawak esp di Limbang.. Ohsem!!

 Program Bijak Prasekolah peringkat daerah

 Tekun para guru pra Limbang siapkan bahan untuk pertandingan

 Malam izin ilmu untuk murid tahun 6

 Yeah hadiah terbanyak dimenangi oleh rumah kuning haha

 Rajin anak2 ini membantu hias kelas

 5 prinsip rukun negara.. tekun anak2 ya..

 Latihan sukan tahunan

 Aksi bebas laku murid dan guru haha

 Sukan tahunan sekolah

 Cikgu join sekali murid main 

 Tarian najat kaum Iban... Tak ada tombak guna pembaris panjang pun boleh hehe

Kami ke KK 
Perjalanan naik kereta dalam 5jam macam tu

 Tempat yg best untuk joging dan cuci mata hujung minggu
Tasik Bukit Mas

 Kami jalan-jalan sampai mabuk ke Labuan.. 
2jam macam tu lar naik feri panjang (macam kapal selam pun ada aku tengok)

 Tadabur alam ke Brunei..
sejam macam tu lar dari tempat kami
Sesat-sesat pun, banyak tempat redah hehe

Ngeteh di malam hari bila tak ada kerja (weekend ajelah)

Hehe
Sebenarnya banyak.. terlampau banyak aktiviti yang berjaya dilakukan sepanjang bertugas di sana. Baik aktiviti sekolah, ppd, geng rumah sewa di bandar dan di sekolah.. Semuanya dilakukan dengan baik.. Aku baru update sebahagian sahaja.

**Atau cakap betulnya malas nak ambil dalam fon & ni awal2 aje rajin snap sana sini.. lama2 penyakit malas menyeranglah hahaha**

Banyak benda baru aku belajar bila di tempatkan di sini. Kita sebagai perantau pandai-pandailah belajr hidup di tempat orang. Jangan jadi seperti kera sumbang tu sudahlah haha

Pengalaman sangat mematangkan diri. Pesan Mak Ayah selalu ingat iaitu..

Jangan tinggal solat, mengaji selalu, jangan cari gaduh dengan orang, jangan jadi batu api, jangan sibuk hal orang, jangan percaya kat orang dan....banyak lagi..tak larat nak taip tapi insyaAllah tersemat indah di sanubari..

Dan lagi..perubahan waktu di kawasan Borneo awal sejam dari semenanjung nak-nak bab solat tu jadi kena alertlah sikit. Biasanya awal dulu tak biasa juga..canggung sikit..Lama-lama mak ok aje sebab dapat tidur awal bangun awal sikitlah haha

Tapi jujur cakap memang best di sana cuma kadang2 bila kita rasa rindu keluarga kita tak boleh start kereta terus balik rumah.. Kena fikir masak2 dulu sebab 3x flight.. duit abis, penat pun ada haha

Next time aku cerita pasal view cantik di Brunei, Sabah & Labuan..Tapi next time tu tak tahulah bila..

Oh ya, Bandung best! Macam syurga shopping.. Jadi jutawan duk sana main juta-juta rupiah bila shopping hehe

Nanti, nanti dan nanti akan update lagi pasal semua ni.. tapi..tak tahulah bila
**Rasanya yg aku ke Sabah tahun lepas pun tak update, vietnam pun tak update..hahaha**

Jam di desktop dah tunjuk 4.26am.. kita tunggu sejam lagi jangan tidur lagi..tunggu sehingga azan subuh..solat & baru tumbang...kroohhh



No comments:

Post a Comment