Tuesday, October 9, 2012

Cerita Jalan2 Memahat Memori

Weekend yg lepas aku & klazmate gerak ke Kuantan.. Plan ni last minute... Sebab...erkk...hahaha...Banyak sangat keKangan...Biasalah student last sem ni...=)

Malas nak cerita lebih2.. Aku cerita berdasarkan gambar2 jelah (PeMalas edeN ni Non)
Aku juga malas nak susun nak gmbr2 di bawah ikut urutan...=p
Malas sbb nak tdo dah ni.. Esok nak gi tgk seminar pembentangan zon tiMur...
Ngantuk3x...(nanti2 aku baiki lar)



 Gerak nak g tengok wayang 
(sebenarnya tipu..Mula2 plan nak gi main boling sekali ada tournament lak so decide tgk wayang)



 GenG TaKen 2 (disspointed cerita) wakakaka



 Pagi Sabtu... ceria2 Nak gi kuad lentang di GamBang Water park


 KaMI 16 org (3 org KlazMate ada KekangaN so tak dapat join)


 Main lar sangat!


 paling BEst! SliDE... Teringat kat sunway lagooN lagi tinggi...


 Makan..Makan... Muka lapo suMenya esp aku lar hahaha


 GenG kAraM di lauT...=p


 Hangat lar sangat! Padahal hanGit! hahaha


 KaMi GenG jiwaNg Karok di Dapur =p



 Malam tu LEpaK maKan di padaNG MpK
(Import dr pasar Malam)



 OverNigHt kaT TC.. Sengal2 ayam 
Nyanyi depan khalayak
Rasa FaMes kalah artis...=p


 LasT daY before check ouT


 LaMa x Main kamera... Jadi puLak aku snaP kali ni


 Bila dsLr D90 nak ada dalaM tangan... #RayaHaji nanti...=)


SuasaNa di GamBang Water parK....












KenanGan itu Manis untuk dikeNang, jiKa kita menghargainya
Thanks for everything
and
sorry for every single things i done!

-MzConan-



Sumber: DSLR Ieja & Ain
Editing: Ana89 & MzConan

***banyak gambar aku dah delete demi menjaga aurat kawan2 😍

Wednesday, October 3, 2012

SYIAH FAHAMAN SESAT

Semalam ada ceramah mengenai Bahana Syiah di IPG aku ni.. Tapi aku tak pergi pun sebab mengantuk tahap gaban... Selepas solat Isyak terus tumbang hingga pukul 3.45am macam tu bangun untuk bersama denganNya pula... Gitu lar... Maybe penat selepas beberapa hari tidur lambat bangun awal... badan jadi letih teramat...

Tapi aku memang tahulah sikit2 pasal syiah ni.. Cuma hari terkupas isu ni di bilik salah seorang klazmate... Ni ada artikel yang aku minta klazmate aku ni postkan di group kelas aku di fb & aku postkan di entry kali ini sebagai ingatan & pengetahuan bersama...=)


Syiah merupakan ancaman terbesar umat Islam hari ini. Terlalu besar jurang perbezaan antara syiah dan ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW.  Perbezaan pendapat dalam kalangan umat Islam ini membawa perpecahan yang sangat besar. Jika pebezaan pendapat atau ikhtilaf antara ulama membawa perkembangan ilmu tidak menjadi masalah! Jika perbezaan didalam masalah-masalah furu' juga tidak menjadi masalah yang terlalu besar dan boleh diperbaiki. Tetapi jika perbezaan AKIDAH, ini satu perkara yang perlu diberi perhatian lebih. Fahaman syiah jelas sekali telah menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Fahaman syiah ini juga boleh diistilahkan sebagai duri dalam daging kepada umat Islam hari ini. Hal ini kerana, mereka bergerak atas nama Islam yang sama dengan Ahlus Sunah Wal Jamaah. Hakikatnya mereka telah merosakkan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Anda akan lebih mengetahui mengenai kesesatan fahaman syiah ini jika anda dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca artikel ini. InsyaAllah.



SEJARAH KELAHIRAN SYIAH

Secara ringkasnya faktor yang masyhur disebut sebagai sebab kelahiran syiah ialah peranan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam tetapi sebenarnya memiliki tujuan ingin menghancurkan Islam dari dalam. Faktor kedua yang melahirkan syiah adalah Bangsa Parsi.
Sejak sejarah mula ditulis, telah wujud persaingan antara Bangsa Parsi dan Bangsa Arab dari sudut kebudayaan, tamadun dan kepercayaan agama. Persaingan ini sering kali bertukar menjadi peperangan. Zaman kegemilangan Parsi berakhir apabila pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab negara Parsi telah diambil alih oleh pemerintahan Islam. Sebahagian  Bangsa Parsi ada yang memeluk Islam dengan ikhlas. Namun sebahagian lagi, khasnya mereka yang memiliki semangat kebangsaan yang amat kuat serta kesetiaan yang tinggi kepada dinasti kesultanan, pura-pura memeluk Islam dengan objektif ingin membalas dendam dari jalan dalam.

Mari sama-sama kita meneliti dan memahami semua kesesatan yang dilakukan oleh puak-puak syiah!



ANTARA KESESATAN SYIAH

§  Mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan seluruh sahabat Rasulullah.
§  Menganggap imam mengetahui sesuatu yang ghaib seperti Allah.
§  Menuduh Umar Al-Khattab yang membunuh Fatimah.
§  Mengagung-agungkan Saidina Ali.
§  Solat boleh dijamakkan bila-bila masa.
§  Menziarahi kubur Hussein memperoleh syurga.
§  Haji tidak diperlukan.
§  Satu jihad buat mereka jika boleh membunuh ahli sunah, halal bagi mereka darah orang sunah
§  Menghina isteri-isteri nabi




KESESATAN YANG MELAMPAU

§  Syiah apabila mereka solat, mereka akan melaknat para sahabat Rasulullah.
§  Sembahyang dhuha adalah bidaah.
§  Menolak Ijmak Ulama dan Qias.
§  Imam adalah maksum.
§  Ilmu Allah berubah-rubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku pada manusia.
§  Khalifah diwasiatkan secara nas.
§  Berkeyakinan bahawa Abu Lu’lu’ Al-Majusi, pembunuh Umar bin Al-Khattab adalah seorang pahlawan dan mengiktiraf keberaniannya.
§  Hari kematian Umar juga dianggap hari kebanggaan, kesucian, barakah dan suka ria.





PERBEZAAN AKHIDAH AHLI SUNAH & SYIAH


Ahli Sunnah VS Syiah
§  AL-Quran terpelihara dan bebas dari kekurangan. (Ahli Sunnah)
§  Al-Quran sekarang ada kekurangan. ( Syiah)
§  Beriktikad penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan apa yang datang dari Nabi Muhammad SAW. (Ahli Sunnah)
§  Berpendapat penafsiran Al-Quran berpandukan Ahlul-Bait dengan riwayat yang mencela para sahabat. ( Syiah)
§  Sunah adalah apa sahaja yang datang dari nabi Muhammad SAW. (Ahli Sunnah)
§  Mengatakan percakapan 'imam 12' seperti firman Allah dan sabda Nabi SAW ( Syiah)
§  Syariat Islam adalah sempurna setelah Nabi Muhammad menjadi pesuruh Allah. (Ahli Sunnah)
§  Rasulullah hanya menyampaikan sebahagian manakala sebahagian lagi ditinggalkan pada Imam Ali. ( Syiah)
§  Tiada yang maksum kecuali Rasulullah dan para rasul-rasul yang terdahulu. (Ahli Sunnah)
§  Para imam-imam maksum dan maksum mereka adalah perinsip Imamah. ( Syiah)
§  Menerima periwayatan sahabat kerana mereka adil dan thiqah. (Ahli Sunnah)
§  Menolak periwayatan sahabat kerana beriktikad para sahabat adalah penipu, seperti Abu Hurairah. ( Syiah)





SYIAH DI MALAYSIA

Kumpulan syiah di Malaysia mula bertapak selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini mula menular melalui bahan bacaan dan orang perseorangan yang pernah berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.
Pada masa ini, syiah laknatullah menggunakan dunia maya untuk menguatkan lagi fahamannya. Anak-anak muda dan remaja Malaysia tidak terkecuali dari terpengaruh dengan fahaman yang bukan dari ajaran Rasulullah.
Fahaman syiah ini bertambah meruncing dan serius dalam kalangan pelajar universiti kerana pensyarah universiti tempatan turut menyebarkan fahaman sesat ini. Lebih merisaukan anggaran daripada sumber terbaharu, pengikut syiah di Malaysia mencecah 35 000 ahlinya diseluruh Malaysia.
Malaysia telah menfatwakan bahawa ajaran syiah adalah menyeleweng dari ajaran Ahli Sunah!


Perkembangan fahaman syiah sesat di seluruh Dunia!

UPACARA MENYEKSA & MENCEDERAKAN DIRI :: Menjadi tradisi golongan syiah menumpahkan darah mereka pada 10 atau 12 Muharram.



Hakikat sebenar syiah :: Poster 12 imam yang diagung-agungkan oleh syiah laknatullah.




:: Presiden Syria Bashar al Assad telah bertindak dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan! :: Membunuh rakyatnya yang berpegang dengan Ahlus Sunah Wal Jamaah!




Saudara Islam Kita! Lebih 9000 terbunuh (menurut PBB)! 40 000 cedera! 180 000 dipenjara! 40 000 pelarian ke Turki & Jordan!



Mempunyai kaabah sendiri di Iran


Sikap Golongan Syiah


 Kira-kira 200-250 pengikut syiah yang diserbu di Sri Gombak! (Mei 2010)




Mudah-mudahan sedikit usaha ini dapat membuka mata masyarakat Islam khasnya di Malaysia untuk menolak fahaman syiah laknatullah ini SEKERASNYA!


  TERANG LAGI BERSULUH, fahaman syiah bukan dari ajaran Islam & Kita wajib mengatakan TIDAK kepada syiah selamanya.


By: STUDENT OF INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
SUBJECT: CONTEMPORARY ISSUES IN SUNNAH STUDIES.
(IZZUDDIN, HAKIM, ASIF, HASBULLAH, HANIFI, HAZMIE & HAZIM)



MzConan: Aku terkilan & kesal.. Sebab karya2 Dr Faisal Tehrani dikata pembawa syiah... wallahualam
Jika benar moga beliau kembali ke pangkal jalan... Dalam karya2 beliau ada menulis antaranya... 'tuhan manusia' 'advencer si peniupnya' 'detektif indigo'.....

Subhanallah...maha suci Allah sekian alam...Moga hamba2Nya ini dikasihNya & dijauhkan dari sebarang anasir-anasir jahat...amin

Bila Kita Rasa Ilmu Kita Sudah Banyak

Hot tak hot title ni.. Aku pun tak tahu...
Tapi dirasakan tangan & jemari ini sangat bergeletar untuk menari di atas papan keyboard lappy aku malam ni... Bagi menconteng sesuatu pada entry kali ini....
Usai terlalu banyak masalah yang berlaku... membuatkan aku kadang kala terfikir.. Silap akukah sebagai pemimpin yg tidak mampu memimpin sebaik-baiknya? 

Aku tertarik kepada pesanana2 seorang bakal Doktor Muslimah yang bakal menamatkan pengajian beliau di UKM kelak... Aku ada bertanyakan soalan kepada beliau yang bagi aku, ilmu agamanya lebih banyak bagi diri aku yang kerdil ini...

Rasanya aku bertanyakan soalan kepada beliau selepas aku retweet kata2 beliau

"Hidup ini bukan sepeti roda impian. Masih boleh menggunakan talian hayat. Lambat bertaubat, sukar untuk berjalan di titian siraatt."

Aku pun reply tweet beliau dengan bertanyakan soalan;

"Macam mana pula orang yang baru berubah menjadi lebih baik tetapi cara yang ditunjukkan seperti orang lain xde agama? ada sahaja tentangan umpama yang lain tidak tahu menilai yg baik dan yang buruk?"

Bakal Dr Muslimah ini membalas tweet aku;

"Itu dipanggil Ujub syg. Bangga dengan keagamaan yang dibaktikan. tentang tentangan itu dia sudah menganggap dirinya ulama' tetapi hakikatnya fasik."

Aku bertanya lagi;

"Bagaimana hendak menyelesaikan orang seperti ini?"

Beliau ini menjawab;

"Tegurlah dia dengan cara mulia. Meski dirinya ulama. Tak akan terlepas dari kesilapan, maka menghasilkan dosa. Tetapi tidak bermakna dia tidak boleh berubah :) "

Selepas itu aku tweet bali ucap terima kasih & mendoakan kesejahteraan beliau sbg saudara sesama Islama yg sudi membantu meleraikan sedikit kekeliruan di hati ini..

Aku bertanya begitu bukannya apa, banyak sangat contoh dapat dilihat... Berubah ke arah kebaikan... Alhamdulilah (aku juga inginkan hidayah & rahmah daripada Allah SWT agar terus merasai lebih lagi kemanisan dalam IMAN...) tetapi kenapa mereka diuji sebegitu rupa? Seakan-akan terlalu taksub & mendakwa bacaan mereka betul semata-mata. Seringkali ingin bertingkah lidah membentangkan apa yang terlukis di minda masing-masing....

"Kita jangan samakan diri kita dnegan pengeji. Mereka mencaci kita berbudi. Simple :) "

Teringat kata-kata pada status Hilal Asyraf di facebook beliau;

"Saya dahulu hanya diketawakan. Hingga kini, masih ada yang memberikan sindiran. Tetapi itu tidak pernah menjadi sebab untuk saya memilih putus asa dan kecewa sebagai jalan."
Aku juga teringat kata-kata salah seorang penceramah semasa kursus kahwin minggu lepas... Ustaz ini berkata;

"Jika kita merasakan kita susah, kita menderita, kita menangis... Rasulullah SAW lebih menderita, lebih menangis, lebih sedih dalam menyebarkan agama ISLAM kepada umat-umatnya...."

Bila aku teringat keywords ni aku akan bersemangat.. Setiap masalah pun akan dapat difikir secara lebih rasional.. Cuma aku manusia biasa cepat melenting apabila sesuatu dibuat entah pape...

Tapi siapalah aku, hanya manusia biasa yang masih belajar dalam mencari lebih banyak ilmu agama dan ilmu pengetahuan bagi bekalan di dunia dan di akhirat kelak. 

Moga Allah kasih pada kita semua...


Aku rasa sibuk sangat...Hanya tinggal 3 minggu lagi sebelum aku menghadapi final exam aku di semester akhir ini... Dan kehidupan aku di sini hanya berbaki 4 minggu lebih sahaja lagi.. Allahuakbar! Tak sedar sekejap sahaja masa berlalu... Perpisahan bakal bertamu... Subhanallah...moga Allah memberikan kami kesihatan, kesejahteraan dan kekuatan menghadapi saat-saat terakhir kami di sini sebelum kami melangkah ke dunia pendidikan...

" Ya Allah, mudah-mudahan aku tida lali dengan segala kesibukan ini. Amin..."

Hujung minggu ini bakal dihabiskan bersama klazmate di Kuantan selama 3 hari 2 malam... InsyaAllah semoga ianya memberi manfaat kepada kami semua... *Continue my work right now*


~Coretan: MzConan~

Kerana Aku Juga Seperti Mu

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (Surah az-Zukhruf, ayat 67)


Teman,
Aku bukan sahabat sebaik yang kau sangka,
Aku bukan sahabat yang mampu berdiri sendiri untuk menasihati kamu,
Aku juga bukan sahabat yang selalu teguh imannya,
Malah, aku juga bukan sahabat yang selalu bersih hatinya.

Kerna,
Aku juga remaja sepertimu, sahabat,
Di saat gelora cinta dunia membuak-buak...

Kerna,
Aku juga manusia, sahabat,
Yang selalu ada naik turun imannya.

Kerna,
aku juga insan, sahabat,
Yang selalu lupa saat diri dibuai cinta dunia.

Kerna,
Kalian tidak tahu keadaan hatiku ini,
Sekiranya kalian tahu,
Mungkin kalian akan berasa jijik dengan hatiku yang penuh dosa ini.

Memang benar,
Diri ini selalu menasihati kalian,
Diri ini selalu mengingatkan kalian...

Tetapi,
Adakah kalian tahu,
Segala nasihat yang aku berikan itu,
Bertujuan untuk mengingatkan diri ini jua,
Bertujuan agar bila aku lupa,
Kalian bisa mengingatkan aku kembali.
Untuk mengingatkan agar diingatkan,
Bukankah itu tujuan sebenar kita bersahabat?
Untuk kita saling ingat mengingati?
Atas dasar iman dan taqwa?

Aku tidak mahu di Hari Akhirat nanti,
Kita berbalah dan menjadi musuh,
Kerana tidak mengingatkan antara satu sama lain.
Aku juga perlu bimbingan, wahai sahabat.
Aku juga perlu dinasihati, wahai sahabat.


Hilal Asyraf berkata, "Kalau benar bersahabat biar berpimpin tangan merentas Syurga, bukan menjadi pengkhianat melempar sahabat ke neraka. Maka, jadilah pelindung yang melindungi sahabatnya daripada azab Neraka."

Err, sudikah kiranya sudi berpimpin tangan denganku ...menuju Jannah-Nya?

Monday, October 1, 2012

PadaMu Ku Berserah Diri


alt

' Ya Allah... Hari-hari yang aku lalui semakin mencabar. Sungguh mencabar.. Acapkali ku bisikkan,

"Mampukah aku menetapkan prinsipku?"

"Mampukah aku untuk terus berdiri teguh di atas landasan yang bengkok?"

"Mampukah aku??"

Untuk menjadi gagak putih dalam kalangan gagak hitam memang sesuatu yang mustahil untuk dilakukan terutama bagi hamba Allah sepertiku...Terlalu banyak kelemahan... Tetapi aku tahu, untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah bukan sesuatu yang mustahil.. Semua orang boleh buat termasuk AKU.

Ya Allah...
Bagaimana...? Berikanlah petunjuk-Mu. Sungguh ya Allah, aku benar-benar tertekan... Keadaan semakin rumit... Mampukah aku untuk terus menguatkan iman dalam kalangan teman-teman yang kurang menjaga pergaulan? Yang tidak memegang amanah sebagai pelajar? Yang melanggar perintah Allah supaya menghormati guru? Yang tidak bekelakuan seperti muslim atau muslimah yang cuba mentarbiyah diri?
Sungguh ya Allah... Aku benar-benar perlukan pertolongan daripada-Mu... Tetapi, mampukah aku untuk terus berdiri dengan penuh dedikasi?  Mampukah?

Sudah berpuluh-puluh atau mungkin juga beratus-ratus kali aku menghadapi keadaan seperti ini...

"Eh, you dah siap homework? Nak pinjam kejap boleh? Nanti I pulangkan balik."

"Eh, em, awak dah siap kerja sekolah? Tengok kejap. Tak tahulah nak buat macam mana. Lagipun, busy semalam."

"Esok tolong bawa buku BM ya. I tak siap lagi. Tak tahu nak buat macam mana. Peninglah.. Banyak sangat homework."

Ayat serupa. Matlamat juga serupa. Matlamat untuk mengadakan 'acara tiru-meniru'. Dan 'acara' ini sering kali berulang, berulang dan berulang.

Ya Allah...
Aku tidak kisah jika teman-temanku hendak meminta bantuan daripada aku untuk menerangkan soalan-soalan atau mata pelajaran yang mereka tidak faham atau tidak tahu. Tetapi mengapa mereka sering mencari jalan mudah dengan cara MENIRU kerja orang lain? Aku bukan berkira ya Allah... Bukan... Cuma mereka tidak berusaha. Yang mereka tahu, 'kalau tak siap, meniru....' dan yang menjadi 'mangsa' adalah aku...

Ya Allah...
Adakah aku terlalu berlembut dengan teman-temanku sehingga mereka pijak kepala aku? Atau mungkin juga aku terlalu memendam apa yang aku rasa? Dan yang menjadi pendengar setia ialah Engkau ya Allah... Dan apa yang aku risaukan sekarang ialah apabila 'pendam menjadi dendam'.
Nau'zubillahiminzalik ya Allah... Aku tidak mahu sifat itu ada di dalam diriku... Bersihkanlah hatiku...

Ya Allah...
Kadangkala aku bosan dengan sikap mereka. Bukan dengan mereka tetapi dengan sikap mereka. Apabila meniru, sudah tentu tiada usaha. Sedangkan, jika hendak menuntut ilmu perlu ada usaha. Barulah ada nilai kesungguhan yang sebenar.
Ya Allah...
Kuatkanlah imanku untuk terus menegakkan syiar Islam di sekolahku. Menjaga peribadiku sebagai seorang wanita Islam dalam kalangan teman-temanku yang kurang memahami 'batas-batas pergaulan dalam Islam'... Kuatkanlah aku ya Allah... Kuatkan diriku, imanku, jasadku dan emosiku... Berikanlah petunjuk-Mu di setiap langkahku... Aku sangat memerlukan-Mu... '

' Ya Allah...
Mencabar sungguh dunia-Mu ini ya Allah sehinggakan kadang kala aku juga seolah-olah ragu dengan rahmat-Mu. Terlalu mengharapkan pergantungan kepada manusia. Yang akhirnya akan mengundang kecewa.

Ya Allah...
Terlalu banyak perkataan-perkataan yang tidak baik yang keluar daripada mulut teman-temanku dan yang menjadi 'pendengar' kepada perkataan-perkataan tersebut ialah aku. Walaupun aku hanya pendengar dan mereka tidak pernah mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak baik kepadaku, tetapi aku sangat kecewa dan terkadang aku tertanya,

"Inikah teman-teman yang mampu membimbing aku untuk menuju ke jalan-Mu? Menuju syurga-Mu? Teman-teman yang mampu mendekatkan diriku kepada-Mu? Teman-teman yang mampu mentarbiyah aku di samping mentarbiyah diri mereka juga? Inikah ya Allah..."

Sungguh ya Allah... Hanya Engkau yang memahami perasaanku. Yang memahami isi hatiku. Perkataan-perkataan yang kasar dan sia-sia sering kali terhambur keluar daripada mulut mereka, tidak kira lelaki atau perempuan, sama saja. Tiada beza. Carutan demi carutan sering kali dituturkan.

Ya Allah...
Kuatkanlah imanku. Bantulah aku untuk menguatkan imanku. Hanya Engkau yang dapat membantu aku. Aku tidak kuat untuk berdiri seorang diri tanpa adanya pertolongan daripada-Mu... Sangat benar kata pujangga,

"Seseorang yang cuba mendekatkan diri kepada Allah, akan terasa asing di tengah-tengah manusia."
Dan kini ya Allah, aku sangat mengerti perkataan 'asing' itu... Sangat mengerti.

Ya Allah...
Kadang kala aku juga ingin berkongsi pendapatku dengan teman-teman yang sekepala denganku. Yang ingin berkongsi suka duka denganku. Yang mampu memberi inspirasi kepadaku. Tetapi bagaimana ya Allah jika cara pemikiran aku dan teman-teman sungguh berbeza? Bagaimana ya Allah... Bagaimana...

Ya Allah...
Aku cuba untuk mengajak mereka ke jalan-Mu, tetapi ya Allah, payah sekali walau aku cuba berlembut, cuba mengajak mereka dengan cara yang halus... Aku cuba ya Allah, tetapi apakan dayaku, aku tidak berjaya... Mungkin kerana aku terlalu banyak dosa dan terlalu banyak kelemahan... Maafkan aku ya Allah... Aku tidak sehebat Asiyah, tidak pula sekuat Sumayyah... Maafkan aku...

Ya Allah...
Hampir setiap hari kulihat kemungkaran berlaku di depan mataku. Lelaki dan perempuan yang bergelak ketawa bersama-sama. Mampu juga tergelak besar dan terbahak-bahak bersama-sama. Ada juga yang berkongsi masalah peribadi yang terlalu peribadi bersama mereka yang berlainan jantina... Di manakah cara hidup Islam diletakkan? Di mana ya Allah... Perasaan malu juga sudah tidak diambil kira. Lelaki dan perempuan duduk rapat-rapat bagai tiada dosa dan pahala. Bisik-bisik ke telinga masing-masing untuk berkongsi cerita. Apabila ditegur, mereka berkata,

"Kawan je kot... Bukannya kami buat apa-apa pun...Lek luuuuuuuu..."

Nau'zubillahiminzalik ya Allah...

Nauzubillahiminzalik...

Ya Allah...
Mampukah aku untuk terus bertahan?? Mampukah aku ya Allah... Aku benar-benar rasa keseorangan tanpa teman yang mampu menasihati aku untuk sentiasa mengingati-Mu di setiap detik dan waktu...

Ya Allah yang Maha Mengetahui... Hari ini aku sudah pandai tersenyum apabila ada lelaki-lelaki yang mengusik, ada lelaki-lelaki yang membuat lawak di depanku... Dan kadang-kadang tergelak kecil... Maafkan aku ya Allah... Ampunkan aku... Aku juga sangat kecewa dengan diri ini...

Dan sebab itu, aku mula tertanya dan bertanya kepada diriku, mampukah aku?? Mampukah aku untuk terus istiqomah dalam persekitaran seperti ini... Mampukah aku... Mampukah? "
Ya Allah, PadaMu ku berserah diri...

"Pada hari itu (hari kiamat), sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)"
( Surah Az-Zukhruf  ayat 67)


*Moga aku dijauhkan daripada semua ini. Moga dihadirkan bakal Imam yg terus membawa aku ke jalanMu Ya Allah...
*Aku mencari bakal Imam yg sederhana sifatnya, besar cita-citanya & tidak akan sesekali memperkenalkan aku pada kehidupan yg melalaikan aku padaNya...

Jika pernah satu ketika dahulu ada sahabat aku bertanya kenapa aku tolak ESR... Jawapan yg aku dapat beri masa itu, aku hendak belajar & mempunyai cita2 yg besar... Walhal disebalik semuanya terselit satu rahsia yg aku sebenarnya memandang lelaki yg BERSIH....

Ada sahabat aku berkata aku sukakan sahabat baik aku InchikAA disebabkan satu perkara terutamanya iaitu DIA BERSIH...

Bersih ni bukanlah disebabkan pengambilan dadah, rokok atau sebagainya, tetapi aku mencari bakal imam ku yg tidak pernah hatinya disentuh kerana aku sendiri tidak pernah merasai apa itu erti cinta walaupun umur dah meninjak ke angka 24 tahun hahaha, selain dia tidak pernah mengajak aku untuk keluar bersama2 walaupun aku sendiri yg mengajaknya (galok aku ni! wakaka ajak2 ayam je ni aku...) Erkk tapi aku tak tahulah pasal InchikAA aku ni...Kami hanya bersahabat sejak form 5 hingga sekarang. Kami tidak pernah bercerita tentang soal siapa pasangan hidup awak? Apa status awak sekarang? Rata-rata kami berhubung apabila memerlukan...Seperti berkongsi cerita tentang kisah bajet2013 (menipu je ni!), tanya pendapat (sambung master dah sahabat aku ni!) etc.... Soal perasaan, jiwa raga, hati pedal limpa semuanya TIADA!! Dia pun pemalu (wakakaka yeke??) Kami jika selisih tepi jalan pun tak pernah bersapa.. In the end dia atau aku yg terperasan terserempak tu akan msg... "Eh awak ke tadi kat bla bla..?" Sakit hati tak? =p

Tapi dia sahabat lelaki aku yg terbaik & akan kekal dgn status tu dlm hidup aku... Kisah aku masuk belajar di IPG ni pun dia salah seorang yg bersungguh2 membantu aku sehinggalah kamu renggang sikit selepas aku masuk IPG dia pula di Uni di Shah Alam... Sekarang baru okeh balik, tapi kami tetap dewasa & matang dalam menuturkan kata2... Aku rasa berkurun dah tak dengar suara dia...hahahaha...Tak ada kepentingan orang kata...=p

Nampak aku memang easy going, ada kehidupan sosial.. Namun begitu, dari segi batas2 pergaulan antara lelaki & perempuan tetap aku jaga...InsyaAllah, akan berterusan sehingga akhir waktu tiba untuk diijabkabulkan kelak....Siapa pun dia, aku berdoa moga bakal imam ku ini SEDERHANA sifatnya & BERSIH...

Apa-apa pun semua yang berlaku hanya dengan izin Allah SWT...