Saturday, December 28, 2013

Aku Kembali!!

Hujan turun dengan lebat malam ni
Bagaikan amaran kedua keluar untuk banjir

Aku baru selesai menghiburkan hati dengan tengok MLM2013 hahaha
Tapi jauh dalam hati..siap tahu apa yang tersirat..
Benar tersurat mudah nampak..

Hati sedang menangis sama lebatnya dengan hujan yang turun
Demi mu anak bangsa
Aku akan kembali bertugas dengan rela

Looking forward to meet my new cute buddy...

Cikgu dan cuti sekolah takkan terpisah..
Book tiket balik cuti hahaha

Saturday, December 21, 2013

#Untitled 2

Jam di dashboard lappy menunjukkan 4.21am

Hurghhh...lately ni tak tahulah kenapa susah sangat nak tido
Asal baring atas katil aje kepala berfikir.. 
seolah-olah sedang berfikir masalah negara..
Elok-elok lepas subuh tido dalam 3 ke 4 jam dalam pukul 11am bangun

serius buruk perangai!!
Tapi nak buat macam mana..
Aku tak boleh tido

Allah...

Cuba hibernate lappy, tutup lampu dan tarik blanket untuk tido
Esok pagi perlu jadi drebar Mak & Che Lah shopping

Aku cuba....
**Tak ada kaitan dgn yg hidup atau yg mati**

Friday, December 13, 2013

Ahmad Ammar dalam kenangan


Biodata Ahmad Ammar Dan Perjalanan Hidup Hingga Disemadikan | Subhanallah, Walhamdulillah, Allahu Akhbar. Siapa yang tidak kenal dengan anak muda yang bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam ni. Seorang remaja anak jati Malaysia yang meninggal pada 2 November lalu.

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.


Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden ABIM. Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Catatan Dari Wall Puan Nur Azlina, Ibu Ammar

Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”…

Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa pulang tempoh hari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau:

“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka.”…ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.

2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.
Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”

“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”

Al-fatihah... Semoga perjuangan beliau menjadi ikutan kita semua.

Rakaman Kehidupan

Assalamualaikum…

Tiba-tiba di pagi yg sejuk sebab hujan ni rasanya jemari ni rajin pulak nak menaip. Yelah nak buat perancangan untuk tahun hadapan malas, tengok album teringat pulak rentetan hampir 5 bulan selepas posting di Sarawak. Macam nak kongsi aje pengalaman yang tidak seberapa itu di sini.. =)

Sebelum itu, marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada mangsa-mangsa banjir yg teruk melanda sekarang.. yelahkan sekarang musim tengkujuh, memang kita selalu menjangkakan bencana ini akan tiba namun tidaklah terlangkau di fikiran kita yg bencana alam iaitu banjir kali ini sangat dahsyat.. Melihat gambar-gambar (boleh search di inchik google atau fb) bagaikan lautan yg timbul-timbul tu umpama pulau.. dahsyat.. Subahanaallah..nauzubillah…semoga kita dilindungi daripada semuanya.  Doakan semoga semuanya kembali kepada sedia ada.. Janganlah banyak sangat kematian yg berlaku.

Okeh.. U-turn balik ke cerita asal.. Story-mory pasal kehidupan sepanjang setahun ni.. Yelahkan 2013 bakal berakhir.. dari awal tahun menunggu posting yg tak tahu ke mana hujungnya, kisah pengalaman kerja sambilan sebagai kerani admin, guru ganti di sekolah menengah, guru ganti di sekolah rendah, kerja di CC, kisah selain interview (IV) ada juga keistimewaan iaitu penilaian khas (PK) untuk mana-mana graduan yg mendapat keputusan yg lebih baik (bukan aku cakap yg tak dapat tu tak baik) dan alhamdulilah aku tersenarai dalam PK di Kuantan, kisah pengalaman pertama mengundi, kisah pengalaman konvo peringkat ijazah dengan jubah yg ohsem tu, kisah terpaksa menulis surat ke UKM untuk menangguhkan pengajian peringkat sarjana ke tahun 2014, kisah tak ada reaksi apa-apa masa tahu dapat posting Sarawak esp Limbang (sebab tak pernah kenal pun, yg kenal hanya Kuching hehe), kisah hidup diperantauan, kisah gaji pertama, kisah kereta pertama, kisah rumah pertama yg telah pecah tanah dan dalam proses untuk dibina (sekarang baru bersihkan kawasan dan tambun tanah, insyaAllah dalam bulan 1 atau 2 baru mula pembinaan), kisah shopping bagai nak giler sebab dah mula pegang duit sendiri, kisah seorang budak yg kaki berjalan dan macam-macam kisahlah yg berlaku di tahun 2013 ni… Semuanya itu walaupun pahit tetap ditelan rasa manisnya nak-nak bila teringat kembali.. ^^

Tapi tak cerita dari awal tahun.. cukup sekadar mula kehidupan aku sebagai GURU. Ya.. diakui ini bukanlah kerjaya impian.. Sepanjang masa, bila cikgu tanya di sekolah pada zaman dahulu kala kerjaya ni tak pernah masuk senarai.. Namun alhamdulilah, Allah takdirkan aku di sini. Syukur.. Sangat menarik, mencabar (mungkin sebab aku posting di sini kot hehe) dan sebagainya. Sejak zaman masuk maktab lagi aku dah semaikan dalam kepala otak ni agar redha.. buat semua ni kerana Mak Ayah yg inginkan.. Redhakan.. Allah akan sayang.. Sebab tu, walaupun tak suka tapi tetap berusaha habis baik sebab aku tak nak sia-siakan peluang yg diberi. Sentiasa beranggapan bahawa setiap yg berlaku ada hikmahnya.. Tapi tak dapat nafikan kadangkala merungut jugak hehe

Semua orang ada kerjaya impian masing-masing kan..

Kawan-kawan aku selalu bertanya bila aku nyatakan hasrat nak sambung belajar..
** InsyaAllah setelah menangguh untuk tahun ni, tahun depan aku akan mula belajar semula..yippie..**

“Kau nak sambung master ni kau nak jadi pensyarah ke lepas ni?”

Jawapan aku..

“Entah.. aku tak fikir pun. Aku buat sebab parents aku nak anak mereka ada yg ada master.. aku hanya realisasikan sahaja..”

Serius cakap..jika diberi peluang (in my dream) hehe…
Nak sangat kerja yg tak hanya di sesuatu tempat sahaja. Merantau, membuat kajian, melihat budaya dan masyarakat, ke seluruh pelusuk dunia, amik gambar sana-sini, back to the nature, travel dan bla bla bla

Apa-apa pun sebagai seorang hamba Allah aku kena ada rasa SYUKUR sebab Allah tidak memberi apa yg kita mahukan tapi memberi apa yg kita perlukan.. So positive thinking =)

Ok sambung cerita... Kita tengok suasana sekolah, aktiviti yg aku ikut sepanjang 4 bulan bergelar guru ni.. Perghh.,.memang ohsem! So, please be nice dengan guru2 anda sekalia kerana tanpa mereka siaplah kita. Terima kasih cikgu2 sy di SKPT, SMAM, SMKBS, UiTM Dungun & IPGKTAA.. Budi dan jasa kalian akan sy kenang hingga akhir hayat..

Pengalaman sepanjang 4 bulan berkhidmat di SK Tiga Kampong, Limbang, Sarawak

**Layan gambar-gambar sudahlah haha**


Perjalanan ke sekolah.. Laluan ke Brunei-Miri

Mula-mula jalan oklah, kemudian rasalah macam naik kuda (tapi jalan di elok sikit & besar sikit dari jalan roller coster yg pernah aku ulang-alik masa belajar dulu), kemudian dalam (tak sampai kot) 5km jalan berbatu halus & kasar. Biasa aku ke sekolah hari Isnin pagi.. dalam 6am dah gerak ke sekolah..mula-mula dulu tumpang cikgu sekolah dari Sabah sekarang tak dah sebab dah ada si putih (thank you Mak Ayah kerana memahami) hehe.. Dalam perjalanan nak ke sekolah tu memang feeling macam kat Kundasang dah! Kabus tebal giler!! Tapi tak adalah sampai masuk mental hospital hahaha... Suka pepagi tu.. tadabur alamkan..hijau je..Awan nampak seketul-seketul..

Ok ni suasana kawasan sekolah yg sangat cantik, kemas dan sewaktu dengannya.. Tak nak lebih nanti kata angkat bakul sendiri haha

Dalam gambar ni ada kuarters tempat aku & kawan2 (cikgu2 baru) tinggal, kelas prasekolah aku, bilik guru, kelas tahun 2 & 3 yg telah diruntuhkan dan bakal dibina bangunan baru, kuarters guru-guru lain, susur jalan ke asrama, kelas tahun 4-6, ruangan membaca & dewan terbuka


 Ni dewan terbuka.. 1st time datang memang terpegun.. sebab cantik & kreatif.. hehe


 Ni dewan makan asrama. Asrama kat sini ala2 asrama penuh. Murid tahun 1 hnga 6 tinggal di asrama.


 Ni susur ke asrama lelaki & perempuan. Pembahagian antara dewan makan dan asrama adalah tandas & ruang murid-murid bermain. Oh ya, yg warna biru tu adalah tangki tadahan air hujan hehe


 Ni kawasan padang sekolah. Masa ni sekolah bertanding untuk keceriaan hari merdeka. Kami sampai ke peringkat kebangsaan tapi kalah hehe


 Ni masa hari sukan tahunan sekolah.. Tu dia open hall kami canggihkan. Atas tu kelas..


 Kreatif tak staf sekolah??




 Sudut depan asrama..


Ni bersebelahan dengan dewan, di sini program DEAR diadakan. Pagi-pagi, murid akan berkumpul dan membaca buku sambil ditemani oleh guru aka mentor masing-masing

Teruskan dengan gambar2 yg telah diedit & dicantumkan.. Merangkumi kehidupan hari-hariku.. 

 Kelas masa mula-mula dapat





Kelas aku.. Ni mula-mula dapat terus snap sana sini.. Kelas baru lagi ni. Dapat kat aku pun aku tak ada buat perubahan pun haha cikgu tak kreatif gitu lar..haha










Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan baik di dalam kelas, di luar kelas, sekolah dan daerah sehinggalah peringkat negeri kebangsaan..

Salah satu aktiviti Ihya Ramadhan

Robotcop.. hee..bukan ajar pasal bentuk



 Kem 1M1S



 Mesyuarat pertama sebagai guru prasekolah.. Nervous giler.. meeting pasal lawatan 1 Malaysia Prasekolah dgn GB, GPK Hem & Ibu bapa murid




 Sambutan hari 1Malaysia

 Gigih guru-guru rumah kuning latih murid bersajak, puisi hehe

 Pertandingan Keceriaan Hari Merdeka


Persiapan di ambang merdeka

 Latihan motor halus kanak-kanak haha

 Nampak guru perempuan ramaikan, tu tak rasa sangat sedih hahaha

 Rasanya ni sambutan hari merdeka kot.. Tengok yg warna kuning & hijau si cilik tahun 1 menari tarian mabuk2 hasil tunjuk ajar Cikgu Az (Cikgu dari Sabah)

 Bersama murid sesi 2013 dan PPM

 Ni lar cikgu2 baru SKTK

 Persiapan hari raya =)

 Gigih para guru esp mentor dengan budak-budak MUKUN ni.. salah satu persembahan tradisional Sarawak esp di Limbang.. Ohsem!!

 Program Bijak Prasekolah peringkat daerah

 Tekun para guru pra Limbang siapkan bahan untuk pertandingan

 Malam izin ilmu untuk murid tahun 6

 Yeah hadiah terbanyak dimenangi oleh rumah kuning haha

 Rajin anak2 ini membantu hias kelas

 5 prinsip rukun negara.. tekun anak2 ya..

 Latihan sukan tahunan

 Aksi bebas laku murid dan guru haha

 Sukan tahunan sekolah

 Cikgu join sekali murid main 

 Tarian najat kaum Iban... Tak ada tombak guna pembaris panjang pun boleh hehe

Kami ke KK 
Perjalanan naik kereta dalam 5jam macam tu

 Tempat yg best untuk joging dan cuci mata hujung minggu
Tasik Bukit Mas

 Kami jalan-jalan sampai mabuk ke Labuan.. 
2jam macam tu lar naik feri panjang (macam kapal selam pun ada aku tengok)

 Tadabur alam ke Brunei..
sejam macam tu lar dari tempat kami
Sesat-sesat pun, banyak tempat redah hehe

Ngeteh di malam hari bila tak ada kerja (weekend ajelah)

Hehe
Sebenarnya banyak.. terlampau banyak aktiviti yang berjaya dilakukan sepanjang bertugas di sana. Baik aktiviti sekolah, ppd, geng rumah sewa di bandar dan di sekolah.. Semuanya dilakukan dengan baik.. Aku baru update sebahagian sahaja.

**Atau cakap betulnya malas nak ambil dalam fon & ni awal2 aje rajin snap sana sini.. lama2 penyakit malas menyeranglah hahaha**

Banyak benda baru aku belajar bila di tempatkan di sini. Kita sebagai perantau pandai-pandailah belajr hidup di tempat orang. Jangan jadi seperti kera sumbang tu sudahlah haha

Pengalaman sangat mematangkan diri. Pesan Mak Ayah selalu ingat iaitu..

Jangan tinggal solat, mengaji selalu, jangan cari gaduh dengan orang, jangan jadi batu api, jangan sibuk hal orang, jangan percaya kat orang dan....banyak lagi..tak larat nak taip tapi insyaAllah tersemat indah di sanubari..

Dan lagi..perubahan waktu di kawasan Borneo awal sejam dari semenanjung nak-nak bab solat tu jadi kena alertlah sikit. Biasanya awal dulu tak biasa juga..canggung sikit..Lama-lama mak ok aje sebab dapat tidur awal bangun awal sikitlah haha

Tapi jujur cakap memang best di sana cuma kadang2 bila kita rasa rindu keluarga kita tak boleh start kereta terus balik rumah.. Kena fikir masak2 dulu sebab 3x flight.. duit abis, penat pun ada haha

Next time aku cerita pasal view cantik di Brunei, Sabah & Labuan..Tapi next time tu tak tahulah bila..

Oh ya, Bandung best! Macam syurga shopping.. Jadi jutawan duk sana main juta-juta rupiah bila shopping hehe

Nanti, nanti dan nanti akan update lagi pasal semua ni.. tapi..tak tahulah bila
**Rasanya yg aku ke Sabah tahun lepas pun tak update, vietnam pun tak update..hahaha**

Jam di desktop dah tunjuk 4.26am.. kita tunggu sejam lagi jangan tidur lagi..tunggu sehingga azan subuh..solat & baru tumbang...kroohhh



Sunday, December 1, 2013

Kehidupan

Entah kenapa rasa jari jemari ni nak buat senaman pagi2 ni...


Rahsia hati kita bahagia..

Positiflah walaupun sedang diuji
Senyumlah walaupun pahit
Ketawalah walaupun tak lawak
Tenanglah walaupun gelisah dan resah

Hati ni Allah yg pegang..
Jika DIA nak terbalikkan hati kita 360' kita akan jadi seperti yang diterbalikkan
Selalu mohon dengan-Nya

Sejadah dihampar 
Menangislah semasa berdoa
Bertakafurlah memunasabahkan diri mengenang dosa-dosa
Bacalah al-Quran untuk menghilangkan duka

Menangislah bila kita sedang sedih
Menangislah bila kita sedang gembira
Menangislah bila kita sedang diuji
Menangislah bila kita sedang ketawa

Dulu..selalu amalan ini aku akan buat bila aku resah, sedih, jiwa terasa kosong..
Di tikar sejadah itu aku buat solat hajat, solat taubat
Memohon ampun atas khilaf diri, kealpaan diri kepada-Nya
Bila diuji baru hendak mendekatkan diri pada-Nya

Bila aku sedih atau rasa marah..
Aku membaca al-Quran walaupun bacaan ku tidak selancar mana sambil air mata bergenang
Bila aku dalam kedukaan atau rasa kecewa yang mendalam
Aku memuhasabahkan diri ku di malam dinihari mengenang dosa-dosa lampau dan sentiasa terfikir di benak akal ini.. "Sempatkah aku untuk bertaubat kepada-Nya? Dapatkah aku menjadi anak yang baik, hamba-Nya soleh dan di manakah tempat aku akan di tempatkan kelak? Di syurga-Nya atau menghadapi kesukaran meniti titian lalu terjunam ke neraka-Nya?? Allahu..

Sebak di dada.. Sesak di hati..
Nafas ku tidak teratur bernafas
Sedar akan kekurangan diri
Terlalu banyak dosa-dosa semalam yang masih tidak terampun dan hari ini aku masih lagi melakukan penambahan dosa dari hari ke hari..

Ya Allah.. sesungguhnya.. kelemahan aku adalah diriku sendiri..
Mudah alpa bila berada di puncak..
Bila terjatuh pandai pula mencari dahan untuk berpaut..

Tuhan ku... aku tak layak masuk syurga-Mu
Namun tidak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Berikanlah aku kekuatan & hidayah-Mu Ya Allah..


 
** Sekiranya dosa kita boleh dirakam kemudian di delete...............**


..................................................................................................... Titik yang bersambung.. 
Moga Allah mengasihani & merahmati semua hamba-Nya.. 


Saturday, November 30, 2013

#KenduriKahwin

Sahabat saya dah kahwin!!!


Inilah sahabat dari zaman sekolah menengah.. Walaupun lain2 sekolah, lain2 UiTM, lain2 IPG, posting lain2 daerah di Sarawak.. Dia org yg membawa aku ke dunia pendidikan.. Terima kasih awak sebab jadi sahabat yg baik kepada kawan awak yg annoying ni hehe

Barakallah both of you.. May Allah bless till jannah...

Comel sangat.. =)


Wednesday, November 20, 2013

Tugas seorang guru

Credit untuk orang yg edit ni


Dari hari ke hari cikgu-cikgi ni banyak sangat tugasan
Jadi hormatilah guru anda seadanya..

Fikir positif bila dia marah tanda dia sayang kita

hahaha

#Untitled 1

Rasa hati siapalah yg tahu
Sujud aku pada Allah SWT
Semoga resah dalam hati ini berkurangan
Semoga diri lebih tabah dan cekal dari sedia ada...



Tuesday, November 19, 2013

KESAL.....

Selalu sangat bibir mengungkap kata kesal.
Lalu keluar perkataan itu.

"Kalaulah…"

Cukup.
Tanam dalam hati.
Semua yang kau alami.
Yang lalu, sekarang mahu kini.
Semua itu aturan Dia.

Dia takkan buat apa apa tanpa sebab.
Semua pasti ada hikmah.
Ada pengajarannya.

Dan sekalipun kau tak jumpa apa disebaliknya.
Ingat satu.

Mungkin Dia mahu ajar kau.
Supaya hati hati dalam membuat keputusan di kemudian hari.
Dan kau tak perlu lagi ucap kata kata kesal itu.

Itu pun pengajaran.
Bukan?

Jadi belajar.
Bukan ulang kesilapan.

— via noktahtulisan

copypaste from Aku Islam

Friday, October 25, 2013

Penawar Duka Pengubat Sengsara

Dahsyat betul tajuk entri kali ni eheh

Tapi ni sebenarnya tajuk buku Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Coretan mengenai rohani & puisi nurani
Banyak pengisian di dalamnya.. 

Antara:
  • Iman tidak dipaksa
  • bila usia menjelang 40 
  • kemanisan dalam ujian
  • menangislah wahai mata
  • mencari keberkatan masa
  • di sebalik cinta & tawakal
  • Mencari hikmah di sebalik duka
  • Jalan pulang ke pangkuan Tuhan
  • di manakah hendak dicari ketenangan?
  • pengaruh wanita dalam kehidupan lelaki
Pengisian yg berilmiah untuk santapan rohani.. 
Jiwa kan selalu dahagakan & laparkan makan-makan sebegini
hehe

"Duka, gundah dan sengsara itu tidak diminta bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah daripada semuanya.

Tuesday, October 22, 2013

Husnuzon...

Pernah tak alami rasa berprasangka pada orang disekeliling kita?

Hehe.. tak payah nak tipu jika aku cakap tak ada!
Ofcos lar ada!!
Tapi selalu atasinya dengan senyum & husnuzon walaupun payah..

Kebetulan aku tertengok post2 daripada page Aku Islam & Ustazah Fatimah Syarha di FB masing2 terdetik pulak di hati nak berkongsi & untuk ingatan diri aku yg tak seberapa ini..

Let's check out!!

Prasangka itu ada dalam hati yang tidak menyiasat dengan teliti tentang sebab sesuatu perkara terjadi...lalu, hati meneka2 sendiri tanpa bukti.. tanpa kita tahu perihal sebenar yang menyebabkan begitu dan begini. Jadi, adilkah kita?

Berprasangka baiklah sesama manusia, di mana ada kesilapan jelas nyata,tegurlah dengan berhemah bukan mengumpat mengata....jika tidak jelas apa adanya, bersangka baiklah supaya hati bebas dari dicemar hasutan syaitan yang sedang mencucuk untuk memutuskan ukhwah yang terbina...

Tip Hablum minannas.

Jadilah peguam bela kepada orang yang diumpat depan kita.
Datangkan 70 sebab dulu untuk baik sangka.
Jika kita mendengar perihal seseorang, 
rujuklah orang itu sendiri atau tulisannya sendiri, bukan dari mulut orang.

Sebelum melatak label pada orang lain, koreksilah diri sendiri, boleh jadi kita lebih layak untuk label itu.
Sentiasa positif pada semua orang.
Hidup lebih bahagia. Insya Allah.


Yeah.. jelas untuk ingatan kat diri aku ni..
Jangan terlalu percayakan orang disekeliling kita
Berbaik dengan semua orang
Relaks kan diri kita daripada anasir2 yg tidak baik..

CHem!!!
Happy besday!!
May Allah bless you!!

**Eh tiba-tiba..hahah**

Sunday, October 20, 2013

Tentang Sesuatu



Hidup ini ada banyak rahsia
Itu tak termasuk banyak kisah lagi
Kisah sedih, gembira, tawa, nangis
Ibarat putaran roda di tayar 'si putih'

Orang kata ukur baju biarlah di badan sendiri
Yelah.. Jika aku ni saiz L takkan nak ukur badan org saiz S pulak =p

Hidup biarlah sederhana
Tak kaya tapi lengkap
Solat membaca al-Quran jadikan amalan
Itulah yg Mak Ayah aku selalu sisipkan pesanan
Tapi anak mereka ni selalu alpa
Hidup suka sangat enjoy hehe




Eh..
Tiba-tiba..
lahir rasa kagum pada seorang teman

Ehem..ehem..
Bukan kaum Adam tapi kaum Hawa

Kehilangan bukanlah tanda kita perlu berputus asa & menyerah
Life must goes on
Aku suka independent kau tu kawan
Aku pun tak mampu jadi macam tu..
Salute beb!!

Aku ni
Nampak luaran keras macam kayu
Tapi dalam ada taman ya =p

Miss moment2 zaman belajar..
Seriously.. terpaksalah gua akuinya 
**Hehe..malu2 tutup muka dua2 belah**

Apalah aku mengarut ni..
Annoying!

Kbai.