Wednesday, May 15, 2013

Menteri Kabinet Persekutuan Negeri Malaysia 2013






PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan Kabinet yang baru di pejabatnya di Putrajaya. Barisan kabinet baru itu dijangka menyaksikan satu pasukan yang mampu menjana idea-idea baru untuk meneruskan agenda transformasi nasional yang dicetuskan PM. 

Menurut Perdana Menteri, barisan cabinet yang baru dilantik itu merupakan kabinet yang berimbang, campuran antara muka lama dan muka baru. Katanya, antara ciri-ciri anggota yang dilantik juga terdiri dari kalangan teknokrat, mampu menyumbang idea-idea yang kreatif dan bernas.

Disamping itu, beliau juga berkata barisan cabinet tersebut mampu meningkatkan prestasi kerajaan dan keyakinan rakyat. Kata PM lagi, tumpuan juga akan diberikan kepada isu integriti dan juga isu rasuah akan diberi perhatian.

Barisan kabinet baru ini menampilkan 30 jawatan menteri serta 27 jawatan timbalan menteri daripada 24 kementerian telah ditampilkan. Ia menyaksikan beberapa muka-muka baru seperti Nancy Syukri, Datuk Paul Low, Waytha Moorthy Ponnusamy, Khairy Jamaluddin, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Mary Yap, Datuk Hassan Malek dan lain lagi.

Sebanyak lima senator yang bakal dilantik juga telah disenaraikan dalam barisan tersebut, di mana dua daripadanya menjawat jawatan menteri dan tiga daripadanya menjawat jawatan timbalan menteri. P

erdana Menteri dalam taklimatnya sebelum pengumuman barisan cabinet tersebut telah menyatakan keyakinan beliau terhadap individu-individu yang dilantik.

"Saya yakin bahawa Kabinet ini mampu meneruskan momentum transformasi nasional di samping dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan," kata Najib.

Sementara itu, penganalisis politik Norizan Sharif telah berkata pasukan kabinet yang dilantik adalah pasukan yang boleh membawa agenda transformasi yang dibawa oleh Najib.

“Perdana Menteri (semasa penggal lepas) keseorangan dalam merealisasikan agenda transformasi,” kata Norizan.

Sebelum ini, beliau juga telah mencadangkan agar saiz kabinet dikecilkan kepada hanya 10 kementerian supaya menjadi lebih mudah untuk mencari individu yang layak.

Berikut adalah senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

Perdana Menteri & Menteri Kewangan I : Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri  & Menteri Pelajaran 1 : Tan Sri Muhyiddin Yassin

Jabatan Perdana Menteri:

Menteri:
(1) Yb Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (Umno)
(2) Yb Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
(3) Yb Senator Dato’ Sri Idris Jala (Senator)
(4) Yb Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Pbrs)
(5) Yb Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim (Umno)
(6) Yb Puan Hajah Nancy Binti Shukri (Pbb)
(7) Yb Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (Prs)
(8) Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

Timbalan Menteri:
(1) Yb Datuk Razali Bin Ibrahim (Umno)
(3) Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)


Menteri Kewangan:
(1) Menteri Kewangan I: Yab Dato’ Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (Umno)
(2) Menteri Kewangan Ii: Yb Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (Umno)

Timbalan Menteri:
(3) Yb Datuk Ahmad Bin Maslan (Umno)


Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:
(1) Menteri I: Yab Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Yassin (Umno)
(2) Menteri Ii: Yb Dato’ Seri Idris Bin Jusoh (Umno)

Timbalan Menteri:
(3) Timbalan Menteri I: Yb Datuk Mary Yap Kain Ching (Pbs)
(4) Timbalan Menteri Ii: Yb Tuan P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan (Mic)


Menteri Pertahanan:
(1) Menteri : Yb Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Abdul Rahim Bakri (Umno)


Menteri Pengangkutan:
(1) Menteri : Yb Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno) (Memangku)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb. Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Umno)


Menteri Dalam Negeri:
(1) Menteri : Yb Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Umno)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (Pbb)


Menteri Kerja Raya:
(1) Menteri : Yb Dato’ Fadilllah Yusof (Pbb)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (Umno)


Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri:
(1) Menteri : Yb Dato’ Seri Mustapa Bin Mohamed (Umno)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb. Hamim Bin Samuri (Umno)


Menteri Luar Negeri:
(1) Menteri : Yb Dato’ Seri Anifah Bin Haji Aman (Umno)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Hamzah Bin Zainuddin (Umno)


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan:
(1) Menteri : Yb Dato’ Hasan Bin Malek (Umno)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator) (Umno)


Menteri Komunikasi Dan Multimedia:
(1) Menteri : Yb Dato’ Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (Umno)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Jailani Bin Johari (Umno)


Menteri Sumber Manusia:
(1) Menteri : Yb Datuk Richard Riot Anak Jaem (Supp)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Ismail Bin Abd. Muttalib (Umno)


Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:
(1) Menteri : Yb Dato’ Seri Shafie Bin Haji Apdal (Umno)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Datuk Alexander Nanta Linggi (Pbb)


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan: (1) Menteri : Yb Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Dahlan (Umno)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Halimah Binti Mohd Saddique (Umno)


Menteri Belia Dan Sukan:
(1) Menteri : Yb Tuan Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (Umno)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Saravanan A/L Murugan (Mic)


Menteri Kesihatan:
(1) Menteri : Yb Dato’ Seri Subramaniam (Mic)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Seri Hilmi Bin Yahaya (Umno)


Menteri Wilayah Persekutuan:
(1) Menteri : Yb Dato’ Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (Umno)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)


Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi:
(1) Menteri : Yb Dato’ Seri Douglas Uggah Embas (Pbb)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Noriah Binti Kasnon (Umno)


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:
(1) Menteri : Yb Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (Pbs)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Sri Mahdzir Bin Khalid (Umno)


Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:
(1) Menteri : Yb Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Umno)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Tajuddin Bin Abdul Rahman (Umno)


Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan:
(1) Menteri : Yb Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz (Umno)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Joseph Salang Anak Gandum (Prs)


Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi:
(1) Menteri : Yb Datuk Dr. Ewon Ebin (Upko)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (Umno)


Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:
(1) Menteri : Yb Datuk Seri G. Palanivel (Mic)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Dr. James Dawos Mamit (Pbb)


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat:
(1) Menteri : Yb Datuk Rohani Binti Abdul Karim (Pbb)

Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Yb Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (Umno)


***___________________****


Di sini dapat dilihat menteri pelajaran KPM & IPT digabungkan.. Harapnya lepas ni lebih saksama dan teratur biarpun terpaksa menghadapi open market & berdaya saing. Doa aku juga bahkan semua rakan2 yg masih lagi tidak posting/interim.. semoga Menteri Pelajaran bersama timbalan dapat memandang serius isu penempatan kami ini. Senang untuk kami nak move on dan merancang langkah seterusnya.

Apa2 pun semoga menteri2 & timbalan2 menteri ini dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur, amanah dan adil. Semoga Malaysia lebih maju dan aman serta tenteram.

Di sini dapat dilihat lebih ramai anak Melayu di kabinet 2013 ini. alhamdulilah..semoga PM kita ambil iktibar daripada PRU13 yang lalu.. Moga semuanya baik2 belaka & berada dalam rahmat Allah SWT.

Semoga dalam kasih Allah.

Jom solat isyak ^^


Sumber 1: Astro Awani
Sumber 2: Blog

No comments: