Monday, May 13, 2013

Tips bagi yang sukar bangun solat subuh

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh ialah : 



1. Tidur lebih awal.

2. Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur

3. Tekad untuk bangun solat subuh

4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun

5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat

6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat

7. Mengguna saranan-saranan peringatan

8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur

9. Tidak tidur sendirian

10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain

11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap

12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat

13. Menyalakan lampu di saat bangun

14. Tidak berjaga malam terlalu lama

15. Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur

16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar

17. Mengerjakan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh

18. Mengikut petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur

19. Tidur di siang hari (Qailulah)

20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib

21. Ikhlas kerana ALLAH SWT.

Sabda Nabi:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya:
Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.
(Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Hadis Telah sedia menyebut :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)


Seperti kata Prof Muhaya

Perkara membawa ke syurga ialah takwa dan menjaga hubungan dengan Alllah. Semoga kita semua niat utk solat tepat pada waktu dan banyakkan istighfar dan selawat. Hentikan bercerita tentang orang lain dan lihat diri sendiri.


#NoteToMySelf

Wallahualam



No comments: