Slot samarinda dihiasi cerita baru Epilog Cinta Khirana yang nampaknya mampu menarik ramai hati. Adaptasi novel Mencari Jalan ke Syurga.. Sebagai peminat novel yg sentiasa akan melihat rating sesebuah novel novel ni antara terbaik.. Rating tinggi pembacanya.. Jadi memang tak nyesal untuk memiliki novel ini. Ceritanya pula boleh tengok di tv3 setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10pm. 16 episod jika tak silap.. so apa lagi..moh lar kita menonton + membacanya hehe
Ni rupanya cerita..
Agak2 cover baru novel tu macam ni tak? Baru nak cari novel ni hehe
Pelakon:
Tasha
Shilla (Dayang Khirana), Nazim Othman (Shahrul Azwan), Aliff Aziz (Sharqir
Ikhwan), Fiza Halim (Zulaikha), Arash Mohamad (Dato’ Shamsul Ariffin),Raja Ilya
(Eugene), Izati Abdullah (Rozana), Wan Shades (Pak Lang Daud), Raja Ema (Mak
Lang Rabiah), Hairi Safwan (Luqman)
Sinopsis 1:
Pada 2 tahun lepas, sebuah kemalangan jalan raya telah
meragut nyawa Dato’ Shamsul Ariffin. Khirana yang turut bersama dengannya
cedera parah dan koma selama 2 tahun. Selepas dia sedar dari koma, dia telah
hilang ingatannya. Kini, dia mulakan kehidupan baru dan bekerja di sebuah
butik.
Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan, adik kepada arwah Dato’
Shamsul Ariffin terkejut apabila terserempak dengan Khirana yang terselamat
daripada kemalangan maut itu. Shahrul Azwan telah mempergunakan Eugene untuk
menyakiti hati Khirana. Shahrul Azwan yang memerhatikan tingkah laku Khirana
berasa pelik dengan personaliti Khirana yang jauh berbeza dengan apa yang dia
bayangkan. Dia menganggap bahawa Khirana hanya berpura-pura dan merahsiakan
sikapnya yang sebenar.
Justeru, Shahrul Azwan telah memasang perangkap untuk
membawa Khirana ke sebuah hotel. Di sana, dia cuba merogol Khirana tetapi hanya
mahu menakutkannya. Shahrul Azwan tersentak dengan tindakan Khirana yang berdoa
meminta pertolongan Tuhan. Malu dengan perbuatannya, dia bergegas keluar
meninggalkan Khirana menangis sendirian di bilik hotel.
Pada masa yang sama, kesihatan isteri kepada arwah Dato’
Shamsul Ariffin, Zulaikha semakin merosot. Sebenarnya Zulaikha masih hidup
dalam dunia khayalannya dan menganggap suaminya masih ada di sisinya. Dia
berpura-pura untuk menjadi normal apabila bersama keluarga tetapi apabila dia
bersendirian, dia mula menunjukkan gangguan emosi yang tidak menentu.
Suatu hari, Khirana telah menggunakan jalan pintas ke
perhentian bas sewaktu pulang lewat dari kerja. Tanpa diduga, dia dihalang oleh
tiga lelaki yang sedang menunggunya. Tiba-tiba, Shahrul Azwan muncul bersama
motosikal berkuasa tingginya telah merempuh ketiga-tiga lelaki tersebut.
Khirana mula keliru dengan niat sebenar lelaki itu. Kadang-kala dia
muncul semata-mata untuk menyakiti hatinya dan hari ini pula dia telah
menyelamatkan dia.
Khirana mula merasakan ada sesuatu tentang sejarah silamnya
yang mengundang pelbagai persoalan. Dia mendesak Ros Azura dan Rozanna
untuk menceritakan kisah silamnya dan apakah hubungannya dengan Datuk Shamsul
Ariffin yang pernah disebut oleh Shahrul Azwan. Rozanna dengan tidak sengaja
telah membuka kisah silam dirinya yang tidak seindah yang disangkakannya.
Khirana merupakan bekas model yang sanggup melakukan apa saja demi wang,
malah dia juga seorang pemabuk dan penggoda. Yang paling mengejutkannya,
Dato’ Shamsul Ariffin terkorban dalam kemalangan dua tahun lepas. Sejauh
mana hubungannya dengan Dato’ Shamsul masih menjadi rahsia.
Shahrul Azwan mempersoalkan adiknya, Sharqir Ikhwan
tentang wang syarikat yang lesap dan menuduh adiknya yang bertanggungjawab.
Sharqir Ikhwan tegas menafikannya. Malah Sharqir Ikhwan juga mengingatkan
Shahrul Azwan agar tidak lupa pada dendamnya terhadap Khirana. Sharqir Ikhwan
mengaku telah memulakan langkahnya untuk ke arah itu. Shahrul Azwan sudah
mengesyaki kejadian Khirana diganggu tempoh hari adalah perbuatan adiknya
sendiri.
Khirana bersemuka dengan Shahrul Azwan untuk menyelesaikan
persoalan di antara mereka. Dia mengaku bahawa kemungkinan besar dia
memang mengenali arwah abangnya namun dia sendiri tidak tahu sejauh mana
hubungan tersebut selagi ingatannya tidak kembali. Shahrul Azwan ingin
bersikap adil. Dia menawarkan dirinya untuk membantu Khirana merawat
penyakitnya sehingga pulih. Khirana tidak ada pilihan lain selain
menerima tawaran tersebut demi untuk membersihkan namanya. Apakah kebenaran
akhirnya akan terbongkar?
Sinopsis 2:
Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana
miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit
semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan
yang berbeza.
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.
Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah
menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa!
Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama
terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam
dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan
cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa
sebagai pertaruhan.
Shahrul yang pada mulanya mempunyai agenda untuk membalas
dendam, tidak mampu menolak perasaan yang mula berputik kerana kebaikan dan
keinsafan Khirana. Khirana berdepan dengan pelbagai dugaan bermula dengan
kehilangan seorang kawan yang amat dikasihi sehinggalah dia hampir mati buat
kali keduanya kerana dendam seorang isteri yang mengalami tekanan jiwa. Di saat
Shahrul cuba mengecapi kebahagiaan bersama Khirana dan di saat Khirana mula
mengingati semula sejarah silamnya, Khirana ditikam kerana dendam seorang
isteri. Namun jodoh Khirana dan Shahrul masih utuh. Mereka akhirnya mengecapi
bahagia di perantauan kerana Shahrul terpaksa melepaskan segala miliknya di
Malaysia untuk menyelamatkan satu-satunya adik lelakinya.
Apakah yang telah dilakukan oleh adiknya dan apakah sejarah hitam yang telah Khirana lakukan sehingga nyawa mesti dibalas dengan nyawa? Siapakan yang membunuh kawan baik Khirana? dan siapa pula yang cuba membunuh Khirana untuk kali kedua?
Apakah yang telah dilakukan oleh adiknya dan apakah sejarah hitam yang telah Khirana lakukan sehingga nyawa mesti dibalas dengan nyawa? Siapakan yang membunuh kawan baik Khirana? dan siapa pula yang cuba membunuh Khirana untuk kali kedua?
Ni novelnya yg di adaptasi hasil karya Hasliza Ismail drp Kaki Novel
** Hehe saja bagi 2 sinopsis sebab senang nak memahami & menarik orang menonton mahupun mencari novel tu.. Okeh pembaca tegar novel sekalian ayuh kita mencari judul ini ya buat koleksi..**
Sumber 1 - Baca
Sumber 2 - Beli secara online
Sumber 3 - Download
Sumber 4 - Sinopsis