Friday, July 31, 2009

Laporan Amali 2

LAPORAN AMALI 2
Pada 30 Julai 2009, ahli kelas kami telah melaksanakan tugasan amali dua. Di dalam tugasan amali dua, kami dikehendaki membuat kajian terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak prasekolah iaitu prasyarat kepada kemahiran menulis. Kami melihat melalui persepsi abjad dan nombor, orientasi kepada simbol yang tercetak dan aktiviti mengembangkan motor halus.
Dalam persepsi abjad dan nombor, kanak-kanak akan mengaitkan apa yang dipelajari dengan objek atau apa yang berlaku disekeliling apabila menguasai anjad atau nombor. Contohnya, apabila kanak-kanak melihat cermin mata, mereka akan mengaitkan dengan nombor 8.
Bagi orientasi kepada symbol bercetak ia bermaksud permulaan. Seperti membuat lakaran abjad atau corak ke udara yang diajar. Melibatkan rangsangan pergerakkan motor halus kanak-kanak. Kemudian, kita boleh mengaplikasikan ke dalam bahan bercetak.
Manakala bagi aktiviti mengembangkan motor halus pula, kita melihat kepada tangannya. Contohnya, memainkan kedua-dua tangannya kedepan, mengambil blok dan sebagainya.
Kumpulan kami telah melakukan amali dengan meminta ahli kelas kami berlakon sebagai murid-murid prasekolah manakala kami bertindak sebagai guru. kami telah membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan.
Kami menggunakan bahan seperti pensel warna dan kertas bercetak. Kami telah mengenalkan murid-murid dengan huruf a hingga t. Kami yang bertindak sebagai guru telah memberi penerangan kepada murid cara-cara untuk melaksanakan aktiviti. Murid-murid diminta membuat sambungan titik dari a hingga t menggunakan tangan dominan dan seterusnya mewarna bintang yang telah disambung titiknya. Pelbagai rakam dan lagak dapat dirakam. Murid-murid mewarna dengan tekun sekali. Selepas mewarna, murid-murid diminta menyanyi lagu ‘Twikle Little Star’.
Hasil dapatan daripada amali dua ini, kami mendapat pentingnya kombinasi mata dan tangan dalam mewarna. Ketelitian amat penting dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.
GeLaGat2 daK keLas aKu Masa amali 2










ni Lar... daK kelas aKu yG tiBa2 bLakon jadi kaNak2 riBena..
guNa moTor halus tu...huhu

No comments: