Sunday, April 25, 2010

pRKEmBangAn KogNitIf KaNak-KanaK - SaiNs

Perkembangan kognitif kanak-kanak amat perlu dititikberatkan. Ini perlu agar kita mampu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Dalam perkembangan kognitif ini, perkembangan awal sains juga memainkan peranan. Sebagai seorang bakal guru, kita perlu menggalakkan kanak-kanak berseronok dengan sains. Sains adalah perumpamaan nilai dan sikap kepada seseorang.

Sains melibatkan cuba jaya, iaitu cuba mencari jawapan dengan memerlukan kesabaran dan ketekunan. Sains juga memerlukan seorang bersifat `skeptical` supaya kesimpulan yang dibuat dapat diubahsuai. Penerokaan dan inkuiri alam sekitar dengan menanam sikap positif, sifat ingin tahu, dan berfikiran terbuka. Manakala dari segi pemilihan aktiviti guru perlu menggalakkan aktiviti yang tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah. Guru perlu memberi perhatian pada tabiat personaliti dan tabiat sosial kanak-kanak. Guru perlu memastikan ada projek yang boleh dijalankan secara individu yang ada yang berkumpulan. Guru juga perlu memilih aktiviti yang bersesuaian dengan persekitaran kanak-kanak. Sesekali, guru perlulah meminta cadangan aktiviti daripada kanak-kanak.

Guru perlu lanjutkan penerokaan topik-topik yang menarik perhatian kanak-kanak seperti menanam pokok bunga atau berkebun. Kanak-kanak dapat dididik daripada awal untuk memahami tugas dan tanggungjawab mereka mengurus alam ini. Kanak-kanak perlu dididik untuk menghormati alam sekitar dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak juga perlu diterapkan perasaan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Konsep asas dan sikap sains melibatkan bidang-bidang seperti alam kehidupan, alam fizikal dan alam semesta.

Konsep-konsep dalam bidang alam semester adalah benda hidup dan benda bukan hidup dan habitat sebagai tempat semulajadi dimana organisma hidup. Bahagian atau struktur asas tumbuhan atau pokok adalah daun, batang dan akar. Bahagian atau struktur asas badan manusia disokong oleh tulang rangka. Manakala bagi konsep bidang alam fizikal pula, bahan magnet adalah bahan-bahan yang dapat ditarik oleh magnet. Daya tarikan magnet merentasi beberapa medium.Terdapat pelbagai jenis batu dan cahaya bergerak lurus. Udara berada di sekeliling kita dan keapungan bahan atas air. Untuk konsep dalam bidang bumi dan alam semester, gunung berapi mengeluarkan gas-gas dan lava yang panas semasa meletus. Kemahiran proses sains yang digunakan adalah memerhati dan membuat inferens.

Pengintegrasian awal sains kanak-kanak dalam kehidupan harian dalam menyediakan persekitaran yang selamat dengan penyediaan meja atau sudut sains di dalam kelas. Sudut ini perlulah mempunyai identiti dan menarik. Sudut ini juga mestilah bersesuaian dengan persekitaran bilik darjah. Akuarium atau terarium letak di tempat yang selamat tetapi dapat dilihat dengan jelas. Penyusunan dan penggunaan yang fleksibel menjadikan persekitaran selamat dan menarik. Di dalam kelas guru pula berperanan besar. Menurut teori Maslow, keselamatan di dalam kelas dapat dijamin jikalau seseorang guru itu bertindak dengan konsisten. Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa selamat dan membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pembelajaran.

Rancangan penggunaan bahan-bahan yang selamat. Guru perlu mengambil langkah berjaga-jaga mengendalikan pengalaman pembelajaran sains. Bagi memastikan bahan yang digunakan adalah selamat guru perlulah mengasingkan aktiviti yang memerlukan penyeliaan orang dewasa daripada aktiviti yang boleh dijalankan tanpa penyeliaan. Pastikan guru maklumkan kepada kanak-kanak bahawa aktiviti yang mereka akan lakukan memerlukan bantuan dari guru. Mengajar kanak-kanak cara mengendalikan sesuatu dengan betul dan selamat serta dapat mengelakkan kemalangan. Memaklumkan apa yang mereka perlu buat jika berlaku kemalangan. Elakkan daripada menggunakan sumber yang beracun untuk aktiviti sains. Guru perlu menegah kanak-kanak daripada menghidu kulat atau pokok yang ada spora. Memberi panduan sekiranya terdapat aktiviti yang menggunakan bahan yang berbahaya. Guru elakkan aktiviti berdekatan dengan kawasan yang berisiko tinggi. Guru perlu memastikan murid dielakkan daripada bermain dengan haiwan liar atau haiwan yang sakit. Guru perlu mengajar kanak-kanak mengajar dan menjelah dengan selamat.

Selain daripada merancang penggunaan bahan yang selamat, guru juga boleh merancang aktiviti di sekitar kelas dan luar kelas dengan selamat. Tetapi sebelum guru meneruskan aktiviti, guru perlu memberi taklimat tentang keselamatan serta peralatan-peralatan yang akan digunakan. Salah satu aktiviti luar kelas adalah lawatan. Lawatan ini dapat memberikan kanak-kanak ‘first hand experience’. Aktitiviti yang dijalankan di luar kelas boleh di sambung di dalam kelas dengan pemerhatian dan bimbingan guru. Lawatan adalah salah satu aspek pembelajaran luar kelas yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui lawatan kanak-kanak akan dapat belajar tentang persekitaran dan pengalaman serta pembelajaran hands on. Satu lawatan yang baik dapat memberikan maklumat yang bermakna dan penemuan perkara baru. Bagi memastikan lawatan ini seronok dan selamat, guru perlu mengikuti beberapa panduan bagi membolehkan lawatan tersebut dapat dilaksanakan dengan selamat serta mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Guru perlu memilih tempat yang berkaitan dengan minat kanak-kanak. Maklumkan sekiranya ada perkara atau tempat bahaya dalam lawatan tersebut. Bilangan dewasa dan kanak-kanak iaitu nisbah yang diperlukan bagi aktiviti lawatan tersebut. Guru perlu tahu apakah aktiviti yang perlu dilakukan selepas lawatan. Lawatan perlulah berkaitan dengan tema atau aktiviti yang berkaitan. Guru perlu membantu kanak-kanak tentang pengalaman yang mereka akan dapat semasa lawatan. Guru juga perlu membantu kanak-kanak memahami dan mengambil kira keselamatan dan peraturan yang perlu diikuti. Guru hendaklah menerangkan peraturan, prosedur dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan ketika lawatan.

No comments: