Thursday, September 8, 2011

Anda Topup Anda kena bayar leBih...Cukai 6% akan digerak gempurkan mula 15 Sept 2011

6% caj servis akan dikenakan kepada semua pengguna prepaid...

jadi ini bermakna,topup rm5.00 kena bayar 5.30, rm10 kena bayar rm10.60, dan seterusnya sila tengok jadual dibawah...




Pelanggan yang dihargai, kami ingin memaklumkan bahawa berkuatkuasa 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar. Cukai perkhidmatan berkenaan sebelum ini ditanggung oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Cukai perkhidmatan yang dikenakan ini adalah menurut undang-undang cukai perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang berikut.

1. Apakah cukai perkhidmatan yang dimaksudkan di sini?

• Cukai perkhidmatan ini adalah cukai penggunaan dan dikenakan ke atas para

pelanggan, seperti yang dinyatakan dalam undang-undang cukai perkhidmatan.

• Undang-undang cukai perkhidmatan memerlukan syarikat-syarikat telekomunikasi

mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar yang dinyatakan ke atas perkhidmatan

telekomunikasi yang diberikan, termasuklah tambah nilai prabayar dan pek permulaan.

• Bagaimanapun, syarikat-syarikat telekomunikasi telah menanggung kos cukai

perkhidmatan ini sejak perkhidmatan prabayar mula diperkenalkan pada tahun 1998.

• Bermula 15/9/2011, syarikat-syarikat telekomunikasi akan mengenakan cukai

perkhidmatan pada kadar 6% bagi pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan.

• Berkuatkuasa 1 Januari, kadar cukai perkhidmatan adalah 6%. Sebelum tarikh 1 Januari

2011, kadar tersebut adalah sebanyak 5%.

2. Mengapakah syarikat anda mengenakan cukai ini sekarang sedangkan syarikat anda telahpun

menanggung kos tersebut selama ini?

• Menurut undang-undang cukai perkhidmatan, tambah nilai prabayar dan pek permulaan

adalah tertakluk untuk dikenakan cukai perkhidmatan. Cukai ini adalah sama seperti yang

dikenakan pada pembelian makanan daripada restoran dan hotel-hotel, sebagai contoh.

• Perkhidmatan prabayar merupakan satu-satunya perkhidmatan di mana cukai

perkhidmatannya ditanggung oleh syarikat telekomunikasi, dan bukannya pelanggan.

• Bagaimanapun, syarikat-syarikat telekomunikasi telah menanggung kos cukai

perkhidmatan ini sejak perkhidmatan prabayar mula diperkenalkan pada tahun 1998.

• Sebelum ini, caj panggilan prabayar dan SMS adalah pada kadar yang lebih tinggi dan

ianya telah menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Contohnya, sebelum ini

semasa perkhidmatan ini mula diperkenalkan, pelanggan perlu membayar RM0.60

seminit tetapi hari ini, kadarnya adalah serendah RM0.12 sen seminit. Manakala bagi SMS,

kadarnya telah menurun daripada RM0.20 kepada serendah RM0.01 dan MMS sebelum ini

dicaj RM0.50 dan sekarang serendah RM0.10.

• Selain itu, pelanggan kini menikmati pelbagai promosi seperti masa berbual percuma dan

kredit bonus sebagai sebahagian daripada faedah menjadi pelanggan prabayar.

3. Dengan kadar cukai perkhidmatan yang baru ini, berapakah yang perlu saya bayar?

• Cukai perkhidmatan sebanyak 6% ini akan dikenakan pada peringkat jualan bagi setiap

pembelian tambah nilai prabayar mudah alih dan pek permulaan.

• Sebagai contoh, apabila anda membeli tambah nilai prabayar mudah alih bernilai RM10,

anda perlu membayar sebanyak RM10.60 dan akan menerima kredit prabayar bernilai

RM10. Tambahan sebanyak 60 sen tersebut adalah cukai perkhidmatan yang dikenakan.

4. Adakah cukai perkhidmatan ini akan dikenakan ke atas semua pek permulaan dan tambah nilai

prabayar mudah aiih?

• Ya, berkuatkuasa 15 September 2011, semua pek permulaan dan tambah nilai prabayar

mudah alih adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan 6% KECUALI kit permulaan, kad

sim dan hot ticket Internet pra bayar Maxis.

5. Adakah saya masih boleh menambah nilai di semua saluran yambah nilai prabayar mudah alih?

Ya, kecuali penambahan nilai melalui

• ATM

• Perbankan Internet

• Mesin Deposit Tunai

• Kiosk Pembayaran Elektronik

6. Jika saya tinggal di kawasan bebas cukai, adakah saya masih dikenakan cukai?

• Pembelian pek permulaan dan tambah nilai prabayar mudahalih di kawasan bebas cukai seperti

Labuan, Langkawi dan Tioman adalah dikecualikan daripada cukai perkhidmatan 6%



sumber: http://www.syokdownload.com/2011/09/topup-rm10-kena-bayar-rm1060-mulai.html




ni pulak daripada sumber: http://mynewshub.my/2011/09/08/gempar-top-up-handphone-kena-bayar-cukai-mulai-15-sept/


GEMPAR!!! - Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mula 15 Sept

KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.
Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.
Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.
Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan
60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. — BERNAMA


:: PerasaaN waktu ni ntah ar....emm...rasa nak guna walkie talkie jew lepas ni hahaha.....waLaupun aku buKan seoranG pengguNa teL yg tegar (sbb xde sape naK msG @ caLL) tp aku Nak guNa utk cari soKlaN exaM nnt cmne?? hahaha....Macam2 skg ni...pandai je mengambil kesempatan dalam kesempitan....ada Mata Pandang, ada telingA dengar, ada muluT cakap, ada tangan taip kat status fB @ blOg....Luah raSa x puas haTi....Tapi betuLLah sekarang zaMan ModeL bukAn zaMan baTu laGi...naK masUk tandAs puN keNa BAyar apatah Lagi Nak buAt benda Lagi...tePuk dada TanyaLah iMan...duNia akhir zAMan...wslm... ::

No comments: