Saturday, May 19, 2018

Carilah hatimu di tiga tempat



Pesanan Imam Ghazali

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al quran. Tetapi jika tidak kau ketemui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau ketemui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika masih tidak kau ketemui juga, maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"


Jaga hati, walau di mana kita berada, apa pun keadaan yang kita lalui. Kadang kala ujian dan dugaan yang diberikan untuk melihat diri kita sendiri bagaimana.

Yakinlah Allah sentiasa ada.

Mengingati mati sesungguhnya dapat menghidupkan hati.
biarlah mati sentiasa hidup di hati kita.


p/s: Doakan aku berjaya dalam kerjaya dan pelajaran aku. Aku kadang2 rasa down sambung master sambil belajar. Cuma aku teringat kawan2 yang dah berjaya tempuh dan berjaya mampu melaksanakannya takkan aku tak mampu. Doakan aku. Tq =)


N.F. 19.5.2018

No comments: